“Perarakan Maulidur Rasul Satukan 100 Penduduk Felda Bukit Kuantan”
“Perarakan Maulidur Rasul Satukan 100 Penduduk Felda Bukit Kuantan”
KUANTAN, – Hampir 100 penduduk Felda Bukit Kuantan di sini menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menyertai perarakan sambil mengalunkan selawat sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M.
Ketua Program Sambutan Maulidur Rasul Surau Al-Hidayah, Ayu Norehan Saleh berkata, peserta terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan warga emas.
Beliau berkata, program seumpama itu merupakan kali pertama dianjurkan untuk kariah surau berkenaan dan sambutannya amat menggalakkan.
“Pada mulanya saya menjangkakan peserta hanyalah sekitar 30 orang, namun tidak menyangka ia mendapat penyertaan hampir 100 orang.

“Kami merupakan kariah surau di kawasan ini yang dikenali dengan jolokan ‘pulau’ kerana kedudukannya terpisah daripada penduduk lain walaupun dalam satu kampung.
“Saya terharu apabila melihat warga emas menaiki kerusi roda ditolak cucu, ada yang berjalan menggunakan tongkat, selain kanak-kanak yang teruja bangun seawal pagi semata-mata untuk sama-sama berselawat mengelilingi kawasan ‘pulau’ sejauh kira-kira satu kilometer.
“Lebih menggembirakan apabila wujud sikap toleransi dalam kalangan penduduk yang masing-masing memainkan peranan membantu melancarkan program.
6126000245353241322.jpg)
“Ada yang menyumbangkan sepanduk, replika unta dan pohon kurma, bunga telur, makanan serta minuman semata-mata mahu program ini lebih meriah,” katanya ketika ditemui pada Program Sambutan Maulidur Rasul Surau Al-Hidayah, di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata, program itu akan diteruskan sebagai usaha memupuk semangat cintakan Rasulullah SAW selain mengeratkan silaturahim antara penduduk.-SAHIH