KUANTAN – ADUN Pelangai yang baharu dipilih, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan pada persidangan dewan undangan negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Dia yang berusia 50 tahun itu membaca dan menandatangani sumpah jawatan di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Majlis itu berlangsung sebelum mesyuarat ketiga penggal kedua persidangan DUN Pahang bermula.
Amizar, daripada BN, memenangi pilihan raya kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober lalu.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.
Amizar memperoleh 7,324 undi menewaskan Kasim Samat dari PN, yang memperoleh 4,375 undi, manakala calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni, hanya mendapat 47 undi.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seramai 12 pesakit kronik di kawasan Jerantut, menerima sumbangan musim tengkujuh semalam.
Sumbangan itu adalah hasil inisiatif FELDA melalui Biro Kebajikan Sosial FELDA Wilayah Jengka.
Penyampaian sumbangan itu dilakukan pengerusi biro berkenaan, Razak Daud.
“Sumbangan ini adalah bagi meringankan bebanan mereka dalam membuat persiapan menjelang kedatangan musim tengkujuh.
“Adalah menjadi harapan kami agar sumbangan disampaikan ini dapat membantu mereka,” kata Razak.
Turut hadir Pengurus FELDA Jengka 14, Tamrin Zakaria.
Penerima sumbangan itu adalah pesakit kronik dari FELDA Jengka 24, Kampung Kuala Sat, Kampung Pagi dan FELDA Jengka 14, dekat Jerantut.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Kesulitan dihadapi bekas wartawan, Khairulmizan Yahya mendapat perhatian Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud.
Khairulmizan berdepan kesukaran mendapat dana bagi pembelian susu khas untuk anaknya, Afi Talhah yang dilahirkan secara pra matang.
Anaknya itu juga ditempatkan dalam wad kanak-kanak sejak dilahirkan kira-kira setahun lalu.
Afi Talhah hanya dibenarkan dibawa pulang ke rumah beberapa minggu lalu oleh pihak hospital.
Itu pun selepas pihak hospital mendapat jaminan bahawa Khairulmizan boleh mencari ikhtiar bagi menyediakan susu khas terbabit bagi kegunaan anaknya.
Nasib Khairulmizan mendapat perhatian Razak yang mengetahui perkara itu.
“Saya terpanggil untuk memberikan sedikit sumbangan bagi pembelian susu kepada anak rakan kita, Khairulmizan yang sedang berdepan kesukaran,” kata Razak.
Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Afi Talhah, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 163019474946 atas nama Khairulmizan Yahya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jawatankuasa setiap bencana Felda perlu bersiapsiaga
JERANTUT – Peneroka FELDA dinasihatkan membuat persiapan awal untuk menghadapi keadaan cuaca tidak menentu sepanjang Monsun Timur Laut.
Selain mengemaskini stok barangan keperluan asas di pangkalan hadapan, mereka juga perlu peka dengan arahan pihak berkuasa.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, selain membuat persiapan awal, kawasan tanah rancangan yang sering dilanda banjir juga dinasihatkan menubuhkan jawatankuasa khas bencana di peringkat FELDA masing-masing.
“Macam kita di FELDA Jengka 24, memang dah ada jawatankuasa ini dan saya cadangkan FELDA lain juga mewujudkan jawatankuasa serupa.
“Ini bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan dan operasi memindahkan penduduk terjejas banjir jika bencana itu berlaku,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka bermula 11 November ini hingga Januari tahun hadapan.
Razak calon, jawatankuasa khas bencana FELDA Jengka 24 dianggotai pemimpin setempat dan dibantu badan bukan kerajaan (NGO) seperti Kami Anak FELDA, Majlis Belia FELDA Malaysia, Gabungan Peneroka Wanita dan RELA.
Katanya, penduduk terjejas banjir di FELDA Jengka 24 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Jengka 24 dan mengingatkan kepada anak-anak supaya tidak bermain air atau mandi diarus yang deras dan berhampiran punca elektrik— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ada pengendali Facebook masih tabur fitnah terhadap Wan Rosdy
JERANTUT – Pengendali laman sosial Facebook Promosi PN Maran didakwa sengaja mencari publisiti murahan apabila memfitnah dan membuat hantaran jelek terhadap Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Fitnah itu berhubung ucapan Menteri Besar yang tersasul menyebut ‘Palestin hancur’ ketika Himpunan Pahang4Palestine di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, Ahad lalu.
Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ketua-ketua Peneroka FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pihaknya kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pengendali laman Facebook itu.
“Umum mengetahui himpunan besar-besaran oleh kerajaan Pahang itu tanda solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan diserang rejim zionis.
“Kerana terlalu bersemangat ketika berucap, Menteri Besar tersasul ketika berucap dan telah pun meminta maaf.
“Bukan Tok Wan (Wan Rosdy) tidak sedar, beliau sedar dan minta ia (kesalahan) tidak sebarkan.
“Kenapa masih sebar dan buat pula hantaran jelek?,” katanya.
Ahad lalu, tular rakaman video berdurasi 20 saat yang memetik Wan Rosdy menyebut ‘Palestin hancur’ sebelum beliau meminta maaf atas kesilapan itu.
Dalam hantaran Facebook Promosi PN Maran, mereka mengeluarkan fitnah terhadap Menteri Besar Pahang yang menyebut Apakah MB Pahang ini keturunan Yahudi ke?.
Hantaran itu menerima 4,400 respon dan juga komen yang rata-ratanya mengecam, memperlekeh dan menghina Wan Rosdy.
Mengulas lanjut, Razak berkata, pengendali Facebook Promosi PN Maran sengaja membesar-besarkan isu itu demi meraih sokongan.
“Mereka ini dilihat seolah-olah ketandusan idea dan tindakan tersebut bagi kami amatlah memalukan ketika semua rakyat bersolidariti kepada rakyat Palestin.
“Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kepada pengendali Facebook berkenaan supaya ia menjadi iktibar kepada orang ramai,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pelangai pada 7 Oktober lalu masih belum cukup untuk mengatasi permainan persepsi dilakukan pembangkang.
Walaupun kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) itu membuktikan ‘Gelombang Hijau’ tidak diterima baik di Pahang, namun kesan ‘perang saraf’ oleh jentera parti gabungan Perikatan Nasional (PN) agak merisaukan wakil rakyat Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.
“Saya risau kesan jangka panjang permainan persepsi oleh mereka.
“Macam isu FELDA ini bukanlah kata kita tidak memenangi hati mereka, isunya fitnah terlalu banyak.
“Dan pihak mereka ini masuk rumah menaburkan fitnah, menaburkan persepsi, ini yang berlaku,” katanya ketika ditanya mengenai pola pengundian penduduk di tiga FELDA dalam Pelangai pada PRK baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun mengakui agak terkejut dengan sambutan diterima daripada pengundi muda yang sebelum ini dikatakan kononnya lebih cenderung menyokong PN.
Katanya, ia adalah hasil usaha berpanjangan jentera Pemuda UMNO dan rakan dalam Kerajaan Perpaduan menyantuni golongan itu.
“Memang ada segelintir anak muda yang duduk di luar (Pelangai) cuba mempengaruhi ibu bapa mereka, cuma apa yang kita nampak, sokongan anak muda ini sudah mula kembali kepada UMNO,” katanya.
Amizar juga meletakkan sasaran untuk mematahkan persepsi yang disebarkan pembangkang ketika PRK dengan prestasi sepanjang perkhidmatannya sebagai ADUN kawasan itu.
Katanya, hanya melalui perancangan dan pelaksanaan secara sistematik dapat membantu meningkatkan semula keyakinan pengundi di kawasan itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada PRK Pelangai baru-baru ini, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.
Kemenangan itu juga menyaksikan kerusi DUN Pelangai kekal milik BN sejak 1986.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Pelangai pada pilihan raya kecil (PRK) kali ini, dalam pertembungan tiga penjuru.
Setakat jam 8.10 malam, BN menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 43 undi.
Dengan kemenangan itu, BN terus mengekalkan 17 kerusi DUN sama jumlah dengan PH manakala PN kekal dengan lapan kerusi.
Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi itu daripada BN, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi).
PRK Pelangai diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan kematian Johari yang terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor Ogos lalu.
Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Proses pengundian bermula jam 8 pagi dan ditutup pada jam 6 petang, menyaksikan sebanyak sembilan pusat mengundi biasa membabitkan 30 saluran dibuka.
Mengikut data SPR memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK Pelangai menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Oktober lalu, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.
Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mulai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada BN-UMNO, dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu untuk lapan penggal (1986-2022).- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam melancarkan manifesto khusus untuk pengundi dewan undangan negeri (DUN) itu, beberapa jam sebelum tempoh berkempen berakhir.
Manifesto ‘Ikhtiar Pelangai’ merangkumi empat perkara itu adalah tekad Amizar untuk pengundi di kawasan berkenaan jika dipilih sebagai wakil rakyat.
Fokus utama manifesto itu adalah pembangunan, pendidikan, kebajikan dan ekonomi.
“Mungkin ada pihak-pihak lain juga ada menawarkan seperti saya tawarkan ini.
“Namun, saya ingin tegaskan bahawa semua ikhtiar ini dapat direalisasikan jika tuan-tuan dan puan-puan memberikan peluang kepada parti yang memimpin kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebagai wakil di DUN Pelangai.
“Berilah saya peluang untuk membuktikan kemampuan saya dalam menjadi wakil rakyat di DUN Pelangai,” katanya melalui siaran di laman sosial Facebook miliknya, petang tadi.
Untuk sektor pembangunan, Amizar menawarkan kemudahan jalan raya baru menghubungkan antara Karak ke Simpang Pelangai.
Selain itu, pembukaan stesen minyak di Simpang Pelangai, bank serta mewujudkan rumah PR1MA Pahang antara pecahan dalam teras pembangunan dalam manifesto itu.
Bagi sektor pendidikan pula, Amizar mahu memastikan pembabitan lebih ramai anak muda dalam program TVET, menaiktaraf kemudahan perpustakaan serta pendidikan Orang Asli.
Manakala untuk kebajikan pula, Amizar menawarkan bantuan kepada orang ramai bagi tujuan pendidikan untuk semua peringkat serta pusat hemodialisis serta klinik kesihatan swasta.
Dalam sektor ekonomi pula, Amizar berhasrat untuk menjadikan Pelangai sebagai ‘gateway’ kepada Pahang bagi pintu masuk Pahang-Negeri Sembilan.
Selain itu, beliau juga berhasrat mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan serta memakmurkan lagi kegiatan ekonomi setempat.
“Saya juga bertekad untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dalam bidang pelancongan ataupun ‘agrotourism’ untuk menambah pendapatan penduduk.
“Melalui usaha dirancang ini, saya juga ingin merancakkan pemasaran produk tempatan dan juga hasil kampung,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
UMNO Jerantut mula pecutan akhir kempen PRK Pelangai
BENTONG – Lebih kurang 24 jam lagi, tempoh berkempen bagi PRK Pelangai akan berakhir.
Dalam tempoh kritikal ini, UMNO Bahagian Jerantut terus giat melaksanakan pelbagai program bagi memastikan seramai mungkin pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.
AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, antara program yang sudah dilakukan pihaknya adalah Ziarah Kasih di FELDA Kemasul.
“Program Ziarah Kasih sememangnya menjadi rutin harian UMNO Bahagian Jerantut sejak hari pertama berkampung di FELDA Kemasul.
“Selain itu, kita juga menganjurkan dua program kenduri rakyat bersama penduduk di sini,” katanya.
Selain itu, kata Razak, UMNO Bahagian Jerantut turut mengagihkan makanan dari rumah ke rumah menggunakan konsep memasak secara gotong-royong.
Katanya, turut diadakan aktiviti kesenian seperti persembahan wayang kulit, dikir barat dan wayang pacak.
“Satu ‘flashmob’ bagi menyambut kepulangan perantau ke kampung bagi mengundi sejak petang tadi.
“Program ini turut disertai ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh dan AJK UMNO Bahagian,” katanya lagi.
Turut diadakan adalah ceramah isu semasa yang disertai pimpinan UMNO dan Pakatan Harapan peringkat negeri dan Pusat.
Antara yang menyertai ceramah adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan ahli MT UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.
Selain itu, turut membantu kempen adalah bekas menteri besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob dan bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Terpulang kepada bidang kuasa Menteri Besar – Amizar
BENTONG – “Saya ‘no comment’, sebab ini bukan bidang kuasa saya, ini bidang kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar,”
Demikian jawapan calon BN untuk pilihan raya kecil (PRK) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam ketika ditanya mengenai khabar angin dia akan dilantik sebagai Exco jika menang pada 7 Oktober ini.
Ketika disoal sama ada beliau bersedia untuk memasuki pejabat exco jika dipilih sebagai wakil rakyat, Amizar menjelaskan beliau tidak boleh menjawab soalan itu.
“Saya tidak boleh mendahului (Menteri Besar Pahang),” katanya ringkas ketika ditemui selepas melakukan ziarah kasih di FELDA Kemahal, dekat Pelangai, hari ini.
Jawatan exco Pahang mempunyai satu kekosongan ketika ini susulan penyandang kerusi DUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang meninggal dunia selepas terbabit dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos lalu.
Selain ADUN Pelangai, Allahyarham Johari juga adalah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai corak kempen dilakukan PN cuba menimbulkan persepsi kononnya kerajaan Pahang yang membabitkan gabungan BN-PH ketika ini menggugat agama Islam, Amizar memberitahu, ia adalah tindakan yang silap.
“Itu kesilapan besar, inilah fitnah yang saya amat risau.
“Cara nak berkempen jangan terlalu ekstrem.
“Nak datang (berkempen), datanglah, ini negara demokrasi.
“Tapi janganlah (datang) untuk sebar fitnah,” katanya.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!