Biasanya sebelum melancong ke luar negara kita pasti tahu barang yang boleh dibawa dan barang larangan.
Kalau naik kapal terbang, sememangnya banyak barangan yang tidak dibenarkan. Jika penumpang tidak mematuhi peraturan, pihak berkuasa akan mengenakan tindakan undang-undang seperti tidak dibenarkan ke destinasi, dikenakan denda atau mungkin akan ke penjara.
Baru-baru ini, Mashable melaporkan seorang pelancong dari Bali, Indonesia dikenakan denda sebanyak AU$2,664 (RM8,254.78) apabila tiba di Darwin, Australia kerana membawa masuk makanan segera, McDonald’s.
Pelancong itu membawa masuk beberapa McMuffins, croissant ham dan beberapa menu lain yang ditemui dalam bagasi mereka.
Pihak kerajaan Australia tidak bertolak ansur dengan pelancong yang melanggar undang-undang kerana berikutan penyakit kaki dan mulut yang telah merebak di pulau itu.
Kerajaan Australia melaburkan berjuta-juta bagi mengelakkan penyakit tersebut dengan mengambil langkah biosekuriti yang lebih rapi di kawasan lapangan terbang.
Menteri Pertanian, perikanan Australia dan perhutanan, Murray Watt berkata denda yang dikenakan kepada pelancong tersebut adalah dua kali ganda kos tambang penerbangan dari Bali.
Semua menu yang diseludup telah dirampas dan diperiksa untuk dikaji penyakit kaki dan mulut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INDIA – Seorang pelajar jurusan kejururawatan ditahan oleh pihak berkuasa selepas disyaki menggunakan picagari yang sama menyuntik vaksin COVID-19 kepada lebih 30 pelajar sekolah menengah di India.
Menurut sumber, Jitendra Ahirwar yang dilatih untuk menjalankan program vaksinasi oleh jabatan kesihatan tempatan, ditahan awal minggu ini setelah didapati melakukan kesalahan tersebut di daerah Sagar, Madhya Pradesh.
Pegawai Polis Daerah, Tarun Nayak berkata pihak polis telah menahan lelaki itu selepas didapati menyuntik vaksin menggunakan picagari yang sama kepada lebih 30 pelajar. Namun, semua pelajar yang menerima vaksin tersebut selamat.
‘Kejadian ini berlaku ketika program vaksinasi mega sedang dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah tersebut pada hari Rabu yang lalu’, katanya.
Ketua Pegawai Perubatan dan Kesihatan daerah Sagar, Dr. Devendra Goswami berkata pegawai vaksinasi daerah itu digantung tugas dan akan menjalani siasatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selamat Hari Teman Wanita! Dikatakan setiap 1 Ogos adalah ‘National Girlfriend Day’ iaitu pada hari ini pasangan kekasih akan meluangkan masa dan kasih sayang sepanjang hari.
Sebenarnya ‘National Girlfriend Day’ bukanlah dituju khas kepada teman wanita sahaja, ia juga boleh diraikan bersama isteri, ibu, kawan-kawan perempuan malah adik beradik perempuan juga boleh sambut bersama jika berkelapangan.
Bagaimanapun tidak pasti siapa mencipta atau sejarah ‘National Girlfriend Day’ ini.
Untuk hargai seseorang tidak perlu menunggu hari tertentu, kita perlu hargainya setiap masa.
Apa kata kita lihat 5 fakta wanita yang lelaki wajib tahu!!
1) SUKA DIPUJI
Siapa yang tak suka dipuji? Semua orang suka terutama perempuan! Cuba korang puji perempuan, mesti muka dia malu-malu kucing tapi sebenarnya dalam hati memang melompat-lompat. Lepas tu dia akan cerita pada BFF dia!
2) MAMPU TERSENYUM WALAUPUN BERSEDIH
Perempuan ni memang kuat nangis tapi tak semua orang nampak dia menangis. Dia akan menangis depan orang yang dia percaya sahaja, orang lain akan nampak dia happy seperti tiada masalah. Hebat, kan?
3) LUANGKAN MASA UNTUK ORANG TERSAYANG
Penat macam mana pun, sibuk macam mana pun perempuan akan cari masa untuk luangkan masa bersama orang tersayang. Tidak kira siang atau masa, dia akan buang segala rasa penat untuk tumpu sepenuhnya kepada orang yang mereka sayang.
4) AIRMATA
Airmata tu memang satu-satunya senjata yang hebat. Dengan airmata mampu membuatkan lelaki terdiam tapi tak semua airmata itu senjata. Ada juga airmata yang keluar tu adalah airmata kegembiraan.
5) DETEKTIF
Mampu jadi detektif kalau ada ‘bau-bau’ pasangannya curang! Hati-hati ya guys kalau curang tu perempuan automatik akan jadi hebat dalam bidang penyiasatan! Sorok macam mana pun, akhirnya akan tahu juga apa yang lelaki buat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR –Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sejumlah RM274 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam usaha mendokong pembangunan kemajuan masyarakat Orang Asli.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peruntukan itu meningkat RM37.8 juta berbanding peruntukan tahun lalu iaitu sebanyak RM236.2 juta.
“Jumlah berkenaan itu merangkumi peruntukan Pembangunan RM113.8 juta, Dasar Sedia Ada RM67.1 juta, Program Khusus RM90 juta dan pelaksanaan Program Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli & Penan atau KEDAP sebanyak RM3 juta.
Peruntukan yang disediakan ini menunjukkan Kerajaan Keluarga Malaysia begitu komited dalam memastikan tiada satu pun daripada rakyat Malaysia terpinggir daripada menerima pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.”
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perhimpunan Perdana Batin/Penghulu Orang Asli bersama Pemimpin di Ibu Negara hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri I KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri II KPLB, Datuk Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Dato’ Mohd Nor.
Jelas Mahdzir, peruntukan besar itu sekaligus menafikan tohmahan terhadap kerajaan meminggirkan keperluan masyarakat Orang Asli di negara ini.
Sebaliknya kerajaan kata Mahdzir, meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan masyarakat Orang Asli untuk membantu Kerajaan dalam mencorak masa depan masyarakat Orang Asli.
Pada masa yang sama, kerajaan turut berharap Batin dan Penghulu Orang Asli memainkan peranan sebagai ejen penghubung diantara masyarakat Orang Asli dengan agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Dengan adanya pemimpin yang dilantik dalam kalangan komuniti Orang Asli sendiri, saya percaya bahawa masa depan masyarakat Orang Asli terpelihara.
Selain itu menurut Mahdzir, kerajaan turut membelanjakan sejumlah RM6.5 juta setahun bagi membayar elaun bulanan kepada Batin dan Penghulu.
Di pihak JAKOA pula sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan, sentiasa mencari ruang kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk manfaat kepada masyarakat Orang Asli.
Sementara itu, pada majlis yang sama Mahdzir turut merasmikan Kad Pengenalan Tauliah Batin yang pertama kali diperkenalkan.
Penggunaan Kad Pengenalan itu bakal memudahkan pengecaman kuasa Batin dan Penghulu Orang Asli.
Selain memberikan keistimewaan tertentu kepada Batin dan Penghulu Orang Asli menerusi kerjasama dengan Maraliner, Bank Rakyat dan Aeon Big.
Untuk rekod, JAKOA melantik seramai 624 orang sebagai Batin dan Penghulu bagi mewakili 206,777 masyarakat Orang Asli pelbagai suku di seluruh negara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Seorang remaja lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berjaya ditahan pihak polis kerana menunggang motosikal yang dilaporkan hilang di bandar ini pada 20 Julai lalu.
Suspek lelaki yang mengganggur itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek itu ditahan ketika menunggang motosikal berkenaan oleh BSPT dalam satu operasi pemeriksaan di bandar ini pada 21 Julai, jam 11 pagi.
Suspek lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan bersama motosikal yang dilaporkan hilang pada 20 Julai 2022 di bandar Bentong, Bentong, Pahang semalam. – FOTO/IHSAN IPD BENTONG
“Hasil pemeriksaan polis, suspek telah menunggang motosikal yang dilaporkan hilang pada 20 Julai lalu yang diparkir di hadapan sebuah restoran di bandar ini.
“Suspek berkenaan telah ditahan polis dan dibawa ke IPD di sini untuk siasatan lanjut,”katanya.
Katanya, kes kehilangan ini berjaya diselesaikan oleh polis tempoh kurang 24 jam selepas dilaporkan oleh pemiliknya berikutan penahanan lelaki tersebut.
Suspek lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan bersama motosikal yang dilaporkan hilang pada 20 Julai 2022 di bandar Bentong, Bentong, Pahang semalam. – FOTO/IHSAN IPD BENTONG
“Suspek berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 379A Akta Kanun Keseksaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Zaiham meminta orang ramai supaya lebih berwaspada serta berhati-hati dengan suasana persekitaran khususnya menjaga kenderaan dan motosikal masing-masing daripada berlaku kejadian kecurian.
Katanya, IPD Bentong sangat menghargai kerjasama orang ramai dan terus menyalurkan maklumat sebarang kegiatan kecurian dan jenayah tertentu menerusi talian 09 -2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BANGI – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah memperuntukkan RM59.4 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi usaha mendokong dasar pendidikan negara.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jumlah ini merangkumi penyediaan pengangkutan murid ke sekolah, pakaian seragam sekolah, wang saku untuk pelajar sekolah menengah, keperluan diri untuk pelajar yang tinggal di asrama dan pelbagai lagi bantuan bagi pelajar Orang Asli.
“Pendidikan adalah asas dalam usaha kerajaan untuk memperbaiki nasib Orang Asli. Ini menunjukkan bahawa tiada satu pun dalam kalangan Keluarga Malaysia disisihkan oleh kerajaan.
Mereka turut berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sama seumpama warganegara Malaysia yang lain,”
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Anugerah Murid Cemerlang Orang Asli 2021 di Bangi hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Dato’ Mohd Nor.
Mahdzir turut memaklumkan atas kerjasama strategik JAKOA-MARA melalui Young Talent Development Programme (YTP), pelajar orang asli lepasan SPM yang memperoleh keputusan cemerlang kini turut berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Selain daripada YTP, terdapat beberapa program di bawah Penganjuran Pelajaran seperti World’s Top Universities (WTU), IPMA Excellent Programme (IESP), Graduate Excellent Programme (GrEP), Professional Development Programme (Pro-P) turut menawarkan peluang kepada anak-anak Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi.
“Sejak 2010, seramai 131 belia Orang Asli telah mendapat manfaat daripada kerjasama ini.
Bukan hanya di institusi pendidikan luar negara, kerjasama strategik seumpama ini turut dijalinkan dengan IPTA dan IPTS tempatan seperti UNITEN, UPNM, UCAM dan Kolej FELCRA bagi memberi lebih pilihan kepada pelajar Orang Asli.
Bagi pelajar yang memilih untuk melanjutkan pembelajaran di dalam bidang kemahiran, KPLB turut menawarkan program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada masyarakat Orang Asli,”
Beliau dalam pada itu turut mengalu-alukan belia Orang Asli untuk menyertai TVET bagi melahirkan belia yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi.
“Untuk tahun 2022, sejumlah 679 belia Orang Asli telah mengambil inisiatif untuk menyambung pengajian di institusi TVET dalam pelbagai bidang dan telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
Saya percaya 76 belia Orang Asli yang berada di hadapan saya ini adalah hasil daripada usaha gigih anda semua dan memberikan 110% untuk masa hadapan, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada ibu bapa, guru-guru dalam memberikan sokongan dan dorongan sehingga mencapai keputusan yang membanggakan,”
Bersempena majlis pada hari ini, pelajar cemerlang yang diraikan turut membawa pulang sijil dan wang tunai sebagai insentif bagi menghargai mereka dalam memberikan yang terbaik dalam peperiksaan.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Nescafe, kopi, teh atau kopi moden yang sering tular memang menjadi pilihan ramai orang tidak kira pada waktu pagi atau petang, malah malam juga menjadi minuman untuk berehat.
Air yang menjadi kegemaran ramai ini mengandungi kafein menyebabkan ketagihan hingga menyebabkan masalah kesihatan.
Apakah kesan kafein terhadap badan jika ambil dalam jumlah yang banyak dan berlebihan.
Risiko berlaku ‘caffeine induced cardiac arrest’ iaitu kegagalan jantung berpunca daripada kafein.
Serangan jantung mengejut dan menyebabkan kematian.
Minuman berkafein bukan tidak elok tetapi perlu mengambil dalam jumlah yang betul. Jika ambil secara betul, kafein memberi khasiat.
Ia menjadi ‘pembunuh’ jika diambil secara tidak terkawal dan melebihi keperluan badan.
Menurut sumber, laporan yang dikeluarkan daripada World Health Organization (WHO), kafein boleh diambil 400mg sehari.
Satu kajian dalam Journal of Analytical Toxicology, 51 kes kematian berpunca daripada kafein berlebihan, individu minum dengan 30 cawan kopi dalam masa yang singkat.
Setiap individu perlu tahu jumlah kafein yang diambil dan jarak masa.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum dapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 perlu dapatkan segera kerana jangkitan kes virus itu semakin meningkat.
‘Dapatkan suntikan cepat, jika anda belum berbuat demikian. Jika anda berisiko tinggi dan status positif COVID-19 dapatkan Paxlovid’, katanya.
Beliau menyarankan kepada rakyat Malaysia yang belum terima suntikan, dapatkan Paxlovid iaitu ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan bagi merawat pesakit COVID-19 yang bergejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).
Khairy berpesan rakyat Malaysia perlu memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak dan amalkan juga kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan dan dapatkan).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun dos penggalak tidak diwajibkan kepada semua tetapi ia penting bukan sahaja untuk elak positif COVID-19 malah dos tersebut dapat membantu hadapi varian baharu terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah tersebar.
Dilaporkan tujuh juta rakyat Malaysia belum menerima dos penggalak COVID-19 setakat ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SHANGHAI – Kampung Baimu, Danling terltak di wilayah Sinchuan mempunyai 2,119 penduduk daripada 631 buah keluarga.
Menarik di kampung ini, terdapat bilangan kelahiran kembar yang banyak.
Dalam tempoh masa 12 tahun lalu, sekurang-kurangnya 33 pasangan kembar dilahirkan.
Setiausaha Parti kampung tersebut, Li Yuxia berkata, kampung ini boleh dipanggil ‘Kampung Kembar’.
Li juga memiliki anak kembar perempuan.
Bagaimanapun, daripada 33 kembar, sekurang-kurangnya lima pasangan kembar sudah meninggal dunia.
Tujuh pasangan kembar tinggal seorang daripada mereka, manakala 21 pasangan kembar masih hidup.
Menurut Red Star New, tujuh pasangan tinggal berseorangan, 21 pasang kembar masih hidup.
Daripada 28 pasang kembar, sama ada salah seorang daripada mereka yang hidup.
10 pasang kembar lelaki dan 11 pasang kembar perempuan.
Tujuh pasang yang lain adalah kembar lelaki dan perempuan.
Umur pasangan kembar di kampung itu adalah dari setahun hingga 70 tahun.
‘Bukan orang luar sahaja yang keliru dengan rupa paras pasangan kembar, malah penduduk kampung ini pun sering tertukar kerana penampilan kembar juga hampir serupa’, kata Li.
Salah seorang penduduk kampung berkata semasa sekolah rendah, anak kembarnya berada di kelas yang sama tetapi gugu asingkan kelas kerana elak kekeliruan dan lebih mudah dibezakan.
Menurut cerita penduduk kampung, seorang penduduk kampung bernama Huang Wenjuan pernah menyangka seorang lagi penduduk di kampung yang sama bernama Huang Wen sebagai saudara kembarnya yang bernama Huang Hui.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!