KAPAL TERBANG BOEING 737 DITEMUI DI BALI

BALI : Kapal terbang Boeing 737 yang terbiar bertahun-tahun menjadi tarikan pelancong.

Pesawat besar tersebut terletak di kuari batu kapur berdekatan dengan Lebuhraya Nusa Dua Selatan, Bali.

Tiada siapa tahu bagaimana pesawat besar itu berada di lokasi.

Pesawat itu terletak tidak jauh dari pantai popular Bali, pantai Pandawa dan menjadi salah satu tempat pelancong yang berkunjung ke pantai tersebut.

Beberapa penduduk tempatan menyatakan pesawat tersebut akan diubahsuai menjadi sebuah restoran, namun, kenyataan ini tidak disahkan oleh pihak berkuasa.

Pesawat yang terbiar itu berpagar hingga pelancong tidak dapat mendekati atau masuk ke dalam.

Saksikan YouTube mengenai kapal terbang Boeing 737.

SUMBER : JOE