YOUTUBER TERKENAL, MRBEAST BAGI PULAU PERSENDIRIAN KEPADA SUBSCRIBER BERTUAH

Youtuber terkenal, MrBeast hadiahkan pulau persendirian kepada salah seorang subscriber saluran YouTubenya!

Youtuber tersebut meraikan kejayaannya yang berjaya mencapai hingga 100 juta subscriber.

MrBeast atau nama sebenar Jimmy Donaldson muatnaik sebuah video bertajuk I Give My 100,000,000th Subscriber A Private Island.

Pemilik saluran Youtube itu membawa 100 orang subscriber ke sebuah lokasi untuk merebut dapatkan ‘kunci’ ke pulau persendirian itu.

Peserta perlu mengharungi empat halangan untuk menjadi pemilik pulau tersebut.

Cabaran pertama peserta perlu menyalakan api di tepi pantai menggunakan peralatan yang disediakan sahaja, hanya 50 orang yang berjaya layak ke cabaran kedua.

Cabaran kedua ialah permainan ‘red light, green light‘ seperti Squid Games tetapi berada di tengah laut, di atas bot.

Cabaran ketiga, 10 peserta perlu berdiri di atas 10 papan, dan lima papan akan jatuh secara rawak.

Cabaran terakhir, peserta mencari plak khas pencapaian 100 juta subscriber yang dicapai oleh MrBeast, peserta yang berjaya jumpa akan menjadi pemenang.

‘Plak ini adalah kehidupan saya sedekad ini, terima kasih kepada subscriber saya.

‘Saya hargai setiap orang yang menyokong dan menonton saluran saya’, kata Donaldson.

Jom tonton video MrBeast, I Give My 100,000,000th Subscriber A Private Island.

SUMBER : AWANI