Juadah Makmur erat hubungan, warga FELDA Jengka 24 nikmati rezeki dikongsi
Juadah Makmur erat hubungan, warga FELDA Jengka 24 nikmati rezeki dikongsi
JENGKA: Penduduk FELDA Jengka 24 berpeluang menikmati juadah menerusi inisiatif Juadah Makmur sumbangan Kerajaan Pahang selepas menunaikan solat Jumaat di masjid kawasan berkenaan, hari ini.
Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail atas sumbangan juadah berkenaan untuk dinikmati penduduk setempat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Tok Wan, YB Haris Salleh Hamzah selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang yang menyumbang dan menjayakan pengagihan Juadah Makmur kepada warga FELDA Jengka 24.
“Alhamdulillah, rezeki Juadah Makmur sumbangan Menteri Besar Pahang dapat dinikmati penduduk FELDA Jengka 24, khususnya mereka yang hadir menunaikan solat Jumaat hari ini.
“Terima kasih kepada Tok Wan, Yb Haris Salleh Hamzah dan Penyelaras DUN Pulau Tawar. Yb Norsarfinaz Mohd Azman atas sumbangan serta keprihatinan kepada warga FELDA Jengka 24. Penduduk turut merakamkan penghargaan atas perkongsian rezeki ini,” katanya.
Untuk rekod, program Juadah Makmur diperkenalkan Kerajaan Pahang pada 9 Disember 2022 sebagai inisiatif berkongsi rezeki dengan rakyat menerusi pengagihan makanan percuma selepas solat Jumaat di masjid terpilih seluruh negeri.
Inisiatif cetusan Menteri Besar Pahang itu turut diperluaskan kepada jabatan kerajaan dan organisasi tertentu secara bergilir-gilir, selain memberi manfaat kepada pengusaha makanan serta pembekal bahan mentah tempatan.
Program berkenaan mencerminkan usaha kerajaan negeri menyantuni rakyat, mengeratkan hubungan masyarakat dengan kepimpinan serta memastikan kemakmuran negeri dapat dikongsi bersama. – SAHIH
#JuadahMakmur #FELDAJengka24 #PahangMakmur #KongsiRezeki
