HARGAI WANITA SETIAP HARI, KETAHUI FAKTA MENGENAI WANITA, YANG AKHIR SEKALI TU BAHAYA!

Selamat Hari Teman Wanita!
Dikatakan setiap 1 Ogos adalah ‘National Girlfriend Day’ iaitu pada hari ini pasangan kekasih akan meluangkan masa dan kasih sayang sepanjang hari.

Sebenarnya ‘National Girlfriend Day’ bukanlah dituju khas kepada teman wanita sahaja, ia juga boleh diraikan bersama isteri, ibu, kawan-kawan perempuan malah adik beradik perempuan juga boleh sambut bersama jika berkelapangan.

Bagaimanapun tidak pasti siapa mencipta atau sejarah ‘National Girlfriend Day’ ini.

Untuk hargai seseorang tidak perlu menunggu hari tertentu, kita perlu hargainya setiap masa.

Apa kata kita lihat 5 fakta wanita yang lelaki wajib tahu!!

1) SUKA DIPUJI

Siapa yang tak suka dipuji? Semua orang suka terutama perempuan! Cuba korang puji perempuan, mesti muka dia malu-malu kucing tapi sebenarnya dalam hati memang melompat-lompat. Lepas tu dia akan cerita pada BFF dia!

2) MAMPU TERSENYUM WALAUPUN BERSEDIH

Perempuan ni memang kuat nangis tapi tak semua orang nampak dia menangis. Dia akan menangis depan orang yang dia percaya sahaja, orang lain akan nampak dia happy seperti tiada masalah. Hebat, kan?

3) LUANGKAN MASA UNTUK ORANG TERSAYANG

Penat macam mana pun, sibuk macam mana pun perempuan akan cari masa untuk luangkan masa bersama orang tersayang. Tidak kira siang atau masa, dia akan buang segala rasa penat untuk tumpu sepenuhnya kepada orang yang mereka sayang.

4) AIRMATA

Airmata tu memang satu-satunya senjata yang hebat. Dengan airmata mampu membuatkan lelaki terdiam tapi tak semua airmata itu senjata. Ada juga airmata yang keluar tu adalah airmata kegembiraan.

5) DETEKTIF

Mampu jadi detektif kalau ada ‘bau-bau’ pasangannya curang! Hati-hati ya guys kalau curang tu perempuan automatik akan jadi hebat dalam bidang penyiasatan! Sorok macam mana pun, akhirnya akan tahu juga apa yang lelaki buat.