MBI SEDIAKAN SURAU BERGERAK UNTUK UMAT ISLAM

IPOH : Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melancarkan perkhidmatan surau bergerak pada Mac lalu untuk memudahkan peniaga beragama Islam beribadah.

Surau bergerak memberi banyak manfaat terutama kepada mereka yang berniaga di lokasi perniagaan tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Abu Bakar Hussain berkata ramai yang menggunakan kemudahan yang disediakan.

Perkhidmatan bas bergerak berada pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad bermula jam 6.30 petang hingga 12 malam dan bergerak mengikut lokasi yang bersesuaian serta permintaan ramai.

‘Ramai yang menggunakan surau bergerak ini, bak kata mereka berniaga, berniaga juga tetapi solat tidak dilupakan’, katanya.

Kemduahan ini disediakan untuk mengajak umat Islam bersama-sama mengingati suruhan Allah SWT walaupun kehidupan seharian penuh dengan aktiviti.

Menurut sumber, MBO adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama mempunnyai bas yang direka khas untuk dijadikan surau supaya umat Islam dapat menunaikan solat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata idea dan reka bentuk surau bergerak ini mengambil kira kemudahan asas serta penambahbaikkan dengan ciri-ciri moden lagi selesa.

Abu Bakar berkata, agensi atau ertubuhan bukan kerjaan (NGO) yang ingin menggunakan perkhidmatan surau bergerak itu boleh hubungi pihak MBI atau dirinya untuk keterangan lanjut.

SUMBER : AWANI