BALING – “Ini bukan kali pertama saya jumpa barang-barang macam ni, tapi kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita, ” kata seorang kakitanganMajlis Daerah Baling (MDB).
Kakitangan Majlis Daerah Baling tersebut yang bertugas ketika itu telah menjumpai sebuah beg yang berisi wang tunai sebanyak RM100,000 dan terus melaporkan kejadian menemui beg kepada pihak pengurusan Majlis Daerah Baling serta menelefon pengunjung tersebut.
Pengunjung tersebut kembalik semula untuk menuntut beg berisi wang RM100,000. -Foto Tiket Cincin Utara
Pihak MDB menghubungi pengunjung pengunjung yang bermalam di Ulu Legong Hot Spring yang tertinggal sebuah beg milik beliau yang berisi wang tunai hampir RM100,000,00.
Pengunjung tersebut yang dalam perjalanan pulang ke rumah terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada pihak MDB kerana beliau sama sekali tidak teringat akan beg tersebut kerana tergesa-gesan untuk pulang.
Pengunjung itu datang semula ke Baling Hot Spring beliau berkata dia sangat bersyukur dengan penemuan beg berisi wang itu.
“Saya bersyukur sangat, semua ni adalah duit hasil perniagaan dan beliau tak sempat untuk bank-in. Saya tidak menyangka masih ada insan yang jujur,”katanya.
Sementara itu, kakitangan MDB berkata kejadian itu bukan kali pertama dia menemui barang-barang seperti itu.
“Saya masih berpegang prinsip, kalau kita ambil sekeping, hilang segunung kepercayaan orang kat kita,” katanya.
Kredit: Tiket Cincin Utara
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Banyak ruang perniagaan boleh diterokai di Paksitan – PUNB
SIALKOT, Pakistan – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mendapati masih banyak ruang terbuka yang boleh diterokai dalam usahasama perniagaan antara Malaysia dan Pakistan.
Pengerusi PUNB, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, lawatan ke negara itu membawa banyak makna untuk mencari peluang perniagaan yang boleh diketengahkan.
Ahmad Nazlan melawat salah satu kios pameran Pakistan Agri Expo 2022 di Lahore. -Foto FB Ahmad Nazlan
“Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil sektor makanan, tekstil dan perindustrian, namun kami berhasrat membeli makanan segar dan sayur-sayuran termasuk kentang, bawang dan daging beku.
“Kita juga cuba membeli bahan mentah untuk produk tekstil yang digunakan di rumah, hotel dan hospital sebagai tambahan kepada pakaian, selain itu cuba meneroka peluang pelaburan baharu,” katanya.
Beliau berkata, delegasi Malaysia sebelum ini melawat Pakistan Agri Expo 2022 di Lahore dan kini turut melawat Faisalabad untuk mengenal pasti pembekal baharu untuk pasaran di Malaysia.
Delegasi ahli perniagaan dari Malaysia melawat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sialkot (SCCI) untuk sesi pertemuan dan perbincangan bersama ahli jawatankuasa eksekutif dewan itu.
Naib Presiden Kanan SCCI Sheikh Zohaib Rafique Sethi berkata, terdapat banyak ruang yang sangat luas untuk mewujudkan usahasama dan kerjasama perniagaan antara komuniti perniagaan Malaysia dan Pakistan.
Manakala, Naib Presiden SCCI, Qasim Malik berkata lawatan delegasi perdagangan Malaysia amat bermakna serta membuka peluang perniagaan, pameran perdagangan yang diadakan turut membantu dalam mempromosikan perdagangan dua hala.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR -Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, semalam.
Pelumba berusia 19 tahun itu mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.
Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohanan www.atcc2022.com.
Sementara itu, pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.
Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ketujuh. – BERNAMA
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SUNGAI PETANI – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan Ekspo Institusi Pendidikan TVET 2022 di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani bertemakan “Mertabat Kemahiran, melestari Komuniti Keluarga Malaysia”.
Ekspo tersebut akan diadakan mulai 23 Jun (Khamis) hingga 25 Jun (Sabtu) 2022 merupakan acara tahunan KPLB sejak tahun 2019 yang bertujuan untuk mempromosi kesedaran, menarik minat dan meningkatkan pengambilan atau kemasukan pelajar baharu.
Bagi tahun 2022, tahun keempat penganjuran, Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 diteruskan untuk memperkasa agenda TVET nasional menerusi kempen, promosi serta penjenamaan semula secara komprehensif, selaras dengan insiatif-inisiatif di bawah Majlis TVET Negara (MTVET).
Ekspo ini diadakan secara hibrid yang mana pengisian program-program sepanjang Ekspo berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Penganjuran Ekspo ini bertepatan dengan Minggu TVET Negara yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Jun 2022.
Justeru, penganjuran Ekspo ini melibatkan kerjasama 280 Institusi Pendidikan TVET@KPLB di bawah tujuh (7) agensi KPLB iaitu KEMAS, JAKOA, MARA, PERDA, KEDA, KETENGAH dan RISDA.
KPLB mensasarkan 100,000 orang pengunjung (fizikal dan dalam talian) sepanjang Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 berlangsung.
Majlis Perasmian Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 akan diadakan pada 23 Jun 2022 (Khamis), jam 3:00 petang yang disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Manakala Majlis Penutup pula akan diadakan pada 25 Jun 2022 (Sabtu), jam 2:30 petang oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.
Orang ramai dan lepasan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, boleh juga melayari secara dalam talian melalui portal Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB Tahun 2022 (https://ekspotvet.rurallink.gov.my).
Serta media sosial rasmi Kementerian KPLB iaitu Facebook rasmi KPLB (https://www.facebook.com/kplbofficial/), Instagram (kplb_gov) dan Twitter (kplb_gov).-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Rozdeen (duduk tiga dari kiri) bersama-sama ahli JPAN dan SKM Selangor merakamkan kenangan di PJMM sebelum berbuka puasa.
Koperasi aktif dan berdaya saing wajar diberi insentif
SEMENYIH – Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) Selangor dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Selangor perlu mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai perkara demi membantu memajukan koperasi di negeri itu.
Pengarah SKM Negeri Selangor, Rozdeen Mohd Jaafar, berkata sekarang ada 1,800 koperasi yang berdaftar di Selangor dan memerlukan bimbangan serta bantuan bagi bergerak maju ke depan supaya mampu berdaya saing.
Rozdeen (tengah) bersama-sama ahli JPAN dan SKM Selangor melihat penghuni yang menghadapi masalah kesihatan pada majlis berbuka puasa bersama penghuni PJMM, di Semenyih, Selangor, baru-baru ini.
Katanya, koperasi yang aktif dan mampu berdaya saing wajar diberikan insentif, manakala yang kurang aktif atau sebaliknya wajar diberi perhatian untuk dibimbing supaya berupaya untuk bangkit serta bergerak maju demi menzahirkan manfaat kepada ahli.
“Aset hampir dua bilion dimiliki koperasi di Selangor wajar dipertingkatkan lagi supaya dapat memberi faedah serta manfaat dalam semua segi selain mampu memastikan sesebuah koperasi terus beroperasi,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis anjuran JPAN Selangor itu, Pengerusi JPAN Selangor, Datuk Mohd Alias Hamzah; Pengurus JPAN Selangor, Khalilluddin Md Yatim; Penasihat (2) PJMM, Mohiadin Bahado; Pengurus PJMM, Sazali Mohiden dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah JPAN dan SKM Selangor.
Penghuni di JPMM menerima sumbangan pada majlis berbuka puasa anjuran JPAN Selangor.
Pada majlis itu Rozdeen melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan JPAN Selangor yang menyantuni warga emas di pusat jagaan berkenaan kerana mereka rata-rata sudah uzur serta tersisih daripada ahli keluarga atau tiada waris sudah pasti gembira diziarahi.
Menurutnya, dia juga berasa bangga apabila JPAN Selangor turut merancang menjadikan PJMM itu sebagai anak angkat yang sudah pasti dapat menjamin bantuan serta perhatian untuk membela nasib warga emas di situ akan diutamakan.
“Ahli koperasi yang berjaya serta mampu berdaya saing wajar juga mencontohi JPAN Selangor menyantuni warga emas di pusat jagaan supaya mereka mampu beroperasi terutama yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penghuninya,” kata beliau.
Sementara itu, Mohd Alias dalam ucapannya pula berkata, usaha PJMM itu suatu yang murni menjaga serta mengurus warga emas tiada waris dan tersisih meneruskan kelangsungan hidup tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Jelasnya, warga emas terbabit bukan mengharapkan wang tetapi mereka lebih kepada naluri menagih kasih sayang dan tidak sewajarnya bagi waris yang masih ada khasnya tidak memberi perhatian atau datang menziarah mereka di situ.
“Sebagai sokongan dan menghargai PJMM yang begitu komitmen menjaga warga emas ini JPAN Selangor dalam proses menjadikannya anak angkat supaya dapat turut serta menyantuni penghuni di situ.
“Jika diadakan aktiviti di sini sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati dan menjadi pengubat rindu warga emas terbabit kepada ahli keluarga selepas tidak dipedulikan,” katanya. –SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penjawat awam negeri Pahang dapat BKK 2022 sebanyak RM1,200
KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri 2022 berjumlah RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang.
Peruntukan keseluruhan untuk menjayakan inisiatif ini berjumlah RM9.6 juta ringgit yang bakal dinikmati oleh 8,000 penjawat awam negeri ini melibatkan semua gred perjawatan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Bantuan Khas Kewangan ini akan mula dibayar pada 20 April 2022 iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.
“Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri kali ini meningkat sebanyak RM200 berbanding RM1,000 yang disumbangkan tahun lalu.
“Bantuan ini dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam di negeri ini,” katanya melalui kenyataan media.
Katanya, beliau berharap Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban para penjawat awam Negeri Pahang dalam membuat persediaan menyambut Aidil Fitri nanti. Namun, berbelanja lah secara berhemah dan berjimat-cermat.
“Saya juga mengharapkan pemberian insentif ini dapat menyuntik semangat dan motivasi penjawat awam negeri Pahang untuk meningkatkan prestasi kerja serta berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RANAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan selepas corong botol minuman yang diminumnya tersekat pada lidah, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Ranau, sebelum kakitangan hospital itu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.49 petang dan dua anggota dikejarkan ke lokasi bersama kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati lidah mangsa tersekat pada corong botol minuman, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.
“Anggota bomba kemudian memotong dan menanggalkan objek itu menggunakan peralatan khas,” katanya dihubungi hari ini.
Beliau berkata, operasi itu berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 10 minit bagi memotong objek yang diperbuat bahan plastik.
“Operasi ditamatkan jam 3.40 petang dan kes diserahkan kepada pihak perubatan hospital untuk rawatan lanjut kepada mangsa,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hari raya hampir tiba, lemang menjadi salah satu juadah popular. Beberapa petua untuk membeli lemang yang sudah siap dibakar. Petua ini untuk membantu pembeli mendapatkan lemang yang terbaik
1. Cari gerai lemang yang banyak kayu
Dinasihatkan anda mencari gerai lemang yang banyak kayu. Sebab kebiasaanya gerai lemang yang banyak kayu ini akan membakar lemang digerai tersebut dan sahaja dekat bara api.
2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar atau terlalu kecil
Buatlah pemilihan yang bijak, tak semestinya lemang yang besar rasanya sedap. Ambil yang sedang-sedang sahaja sebab yang besar tidak semestinya dimasak dengan sempurna. Apabila kita potong lemang yang besar ini, keliling lemang memang masak namun di bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Jadi seeloknya belilah yang kurus serta kecil, peluang untuk garing tu amat tinggi. Sebab total surface area yang kena haba sangat besar.
3. Minta tauke lemang belah dahulu bahagian bawah lemang
Sebolehnya minta tauke belah dahulu bahagian bawah lemang tu. Ini kerana nak bakar lemang orang akan pakai hipotesis. Jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk dekat pelanggan dan kata lemang masak. Kita pun beli namun menyedihkan bila potong bahagian bawah masih lagi tak masak. Kesian.
4. Jangan singgah kedai lemang yang guna kayu pallet
Jangan sesekali singgah beli lemang di gerai yang menggunakan kayu pallet sebagai kayu bakar lemang. Tolong jangan! Sebab gerai yang pakai pallet ini berbahaya sewaktu bakar lemang tersebut. Kalau anda perasan, pallet kayu ini jarang anai-anai sentuh kan?
Ya, sebabnya pallet kayu ini telah diracun dengan sejenis chemical khas untuk mengelakkan anai-anai makan. Jadi kalau pallet tersebut dibakar secara tidak langsung ia akan menghasilkan gas berbahaya. Walaupun kita tak nampak mungkin lemang tersebut sudah terkena tempias.
5. Kalau beli banyak cuba minta diskaun
Kalau anda beli 3 batang ke atas rasanya tak salah kan minta diskaun. Tapi janganlah minta diskaun gila-gila. Kesian la dekat orang yang bakar lemang siang malam tu, ingat senang ke nak kawal api. Hari-hari pedih mata tau!
6. Pilih bahagian atas lemang yang sudah kering
Sewaktu membeli lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang sudah kering. Apabila kepala sudah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling lama 2 hari. Walaupun kepala tersebut nampak kotor atau tidak elok, jangan buang! Bahagian tersebutlah yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak-lemak santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So dia rasa masin-masin sikit dan berlemak. Memang sedap!
7. Terbalikkan lemang upside down
Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang upside down dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi.
8. Bau dahulu kepala lemang
Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu kepala lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
Akhir sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak. Namun, kena jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tauke lemang. Sekarang zaman viral, lemang tak masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.
Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan puan, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplenpun.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Nor Faizah Mohamad Hamizam sedang mendukung Nur airis Maisarah Mohd Zulkarnaen yang menderita buah pinggang bocor bersama seorang anaknya berusia 14 tahun di di No. 21, Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Kampung Bukit Dinding, Jerantut, Pahang hari ini.
JERANTUT – Seorang ibu muda memerlukan bantuan untuk membiayai rawatan anak bongsunya yang mengalami penyakit buah pinggang bocor.
Ibu muda itu, Nor Faizah Mohamad Hamizam, 31, berkata, anak bongsunya itu turut menderita penyakit usus dan hati sejak berusia dua tahun, tetapi pulih setelah mendapat rawatan dan pembedahan Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (HTAKL) penghujung tahun lalu.
Nor Faizah Mohamad Hamizam memangku Nur airis Maisarah Mohd Zulkarnaen yang menderita buah pinggang bocor di No. 21, Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Kampung Bukit Dinding, Jerantut, Pahang hari ini.
Katanya, dia memerlukan perbelanjaan untuk membeli susu, lampin pakai buang, ulang alik ke HTAKL termasuk persekolahan tiga orang anak sehingga mencecah RM3,000 sebulan.
“Anak saya, Nur Airis Maisarah Mohd Zulkarnaen yang berusia tiga tahun lima bulan yang mengalami penyakit buah pinggang bocor dan memerlukan rawatan susulan dan memerlukan perbelanjaan yang besar.
“Suami saya, Mohd Zulkarnaen Idham Zaabar, telah meninggal dunia pada 31 Januari 2022 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit kencing manis yang kronik serta ditambah komplikasi jangkitan kuman dalam darah, asid dalam darah dan hati,” katanya di rumahnya di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Kampung Bukit Dinding, Jerantut, hari ini.
Katanya, kini tanggungjawab dipikul olehnya untuk mencari rezeki dan sedang berusaha mencari kerja untuk perbelanjaan keperluan dapur, perubatan Nur Airis Maisarah dan persekolahan tiga orang anak berusia 10 , 12 dan 14 tahun.
“Saya menjual ketupat cuma memperoleh pendapatan kecil sahaja akibat ancaman wabak Covid-19 dan kemudiannya makanan itu dijual secara hantar dan bayar, malah lama-kelamaan kekurangan pelanggan.
“Saya pernah menerima sumbangan daripada kerajaan negeri, tetapi kesemua wang itu dibelanjakan untuk rawatan dan pembedahan anak saya yang mengalami penyakit bahagian usus dan hati tahun lalu,” katanya.
Dia merayu kepada orang ramai yang ingin menyumbang bolehlah salurkan bantuan dengan menghubungi Nor Faizah Mohamad Hamizam menerusi talian 013 6958230 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional, nombor akaun 0610541100001386 (Nor Faizah).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang penyelam hilang di Mersing ditemui selamat
MERSING – Salah seorang daripada empat penyelam Eropah yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol semalam ditemui selamat sebentar tadi.
Kristin Groedem seorang rakyat Norway telah menyelam di kawasan itu yang dilaporkan hilang ditemui selamat sebentar tadi.
Penyelam yang selamat itu, telah menyelam bersama tiga lagi yang masih hilang dikenal pasti sebagai Alexia Alexandra, 18, (Perancis); Adrian Peter, 46, (British) dan anaknya, Nathen Renze, 14, (Belanda).
Perkara itu disahkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi Facebooknya sebentar tadi.
“Kesemua mangsa adalah pelancong yang seorang daripada mereka merupakan seorang jurulatih (selam) manakala tiga yang lain adalah pelajar.
“Ini bukan kali pertama mereka menyelam, sebaliknya kesemua mereka agak berpengalaman dalam selaman dan sedang menaik taraf sijil kelayakan menyelam,” katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.
Onn Hafiz berkata semua keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kehilangan mangsa dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga petang ini bergantung keadaan cuaca.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!