Tips Pilih Cermin Mata Mengikut Bentuk Muka

Orang rabun kalau tak pakai cermin mata, ibarat ‘buta’. Pandangan yang kabur membuatkan tidak selesa dan penglihatan tidak jelas.

Selain itu, cermin mata bantu menghalang mata anda daripada UV cahaya matahari. Mata akan kurang lesu dan dapat menjaga kesihatan mata. Cermin mata adalah aksesori tambahan yang mempunyai pelbagai bentuk.

Terlalu banyak stail cermin mata di pasaran, adakah semua jenis dan bentuk cermin mata sesuai dengan muka anda? Jom tengok tips pilih cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka.

Bentuk Muka Segi Empat

Sesiapa yang memiliki bentuk muka segi empat, sebaiknya pilih bingkai cermin mata yang berbentuk bulat. Kalau tidak mahu bingkai bulat, anda juga sesuai dengan bingkai bentuk bujur atau mata kucing (cat eye).

Bentuk Muka Bulat

Lain pula jika nada memilik muka berbentuk bulat, pilih bingkai cermin mata bersegi. Kalau boleh, jangan pilih bingkai bulat kerana akan menyerlahkan lagi bentuk muka anda. Apabila anda memilih bingkai cermin mata bersegi, ia akan seimbangkan bentuk muka dan memberikan kesan lembut pada bentuk muka anda.

Bentuk Muka Hati

Bentuk muka hati atau ‘love shape’ nampak lebih sempurna jika memakai cermin mata tanpa bingkai. Anda akan nampak lebih relax dan sederhana. Bentuk muka ‘love shape’ biasanya memiliki dahi luas dan dagu runcing, jadi pilihan cermin mata yang tepat adalah mata kucing (cat eye).

Bentuk Muka Bujur Sirih

Bentuk muka bujur sirih sangat beruntung kerana tiada masalah untuk memakai apa-apa bentuk bingkai cermin mata. Hari-hari boleh tukar cermin mata sebab hampir semua bentuk bingkai cermin mata sesuai dengan bentuk muka ini. Cari sahaja bingkai yang sama lebar dengan muka anda, ia akan nampak kemas dan selesa.