PETALING – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Petaling sedang mencari waris seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan di dalam kotak perlindungan bayi (baby hatch) di Petaling Jaya pada November 2018.
Kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Nur Iman yang kini berusia dua tahun.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling, P Nithiah berkata, pihaknya telah memohon kepada mahkamah untuk meletakkan kanak-kanak tersebut dalam jagaan penjaga sementara pada 2019 selama dua tahun.
Menurutnya, siaran akhbar dilakukan bagi mengesan ibu bapa atau waris kenak-kanak tersebut memandangkan tempoh jagaan itu telah tamat.
“Keluarga kandung kanak-kanak itu tidak pernah tampil. Usaha mengesan dilakukan untuk memberi maklum balas sebelum Perintah Kebenaran Pengangkatan dikeluarkan oleh mahkamah, ” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai di bahagian Pelindung Kanak-Kanak, JKM Petaling, Nor Asmanizah Ahmad di talian 03-78422584/87.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Warga peneroka dan generasi kedua FELDA perlu merebut setiap peluang disediakan kerajaan melalui dana diperkenalkan FELDA.
Pengerusi FELDA, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tujuan utama pihak FELDA menyediakan dana adalah untuk digunakan warga peneroka mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.
“Adalah menjadi satu kerugian jika semua peluang terhidang ini tidak direbut oleh warga peneroka dan generasi kedua atau ketiga FELDA.
“Kita ingin melihat tahap ekonomi dan taraf hidup semua warga FELDA berada dalam keadaan sangat selesa dan tidak hanya mengharapkan pendapatan melalui hasil ladang sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke FELDA Jengka 8, di sini, hari ini.
Seramai 185 orang hadir terdiri daripada Ketua Peneroka, GPW , MBFM , KAF & seorang dari pengurusan dari 37 buah rancangan Wilayah Jengka.
Idris turut mengingatkan semua pimpinan FELDA agar terus membantu menjayakan hasrat kerajaan untuk meningkatkan imej FELDA supaya terus harum di seluruh dunia.
“Kita ada program Mencari Keberkatan yang diinspirasikan khusus bagi meningkatkan rasa kasih dan bangga dalam kalangan warga peneroka kerana terpilih menyertai serta membangunkan tanah rancangan kendalian FELDA,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, kunjungan Pengerusi FELDA itu sangat dinanti-nantikan dan memberi suntikan semangat kepada semua peserta FELDA Wilayah Jengka.
Pengerusi Biro Sosial FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud
Katanya, warga peneroka juga komited untuk memenuhi hasrat pihak pengurusan FELDA untuk memastikan jenama FELDA dapat mencipta sejarah tersendiri di peringkat global menjelang tahun 2040- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
90 PERATUS MAJIKAN GAGAL PATUHI AKTA 446 DI PAHANG
BENTONG: Hampir 90 peratus majikan yang telah diperiksa didapati gagal mematuhi Akta 446 iaitu sebanyak 623 majikan telah diberikan notis pematuhan dan perlu mengambil tindakan segera agar tidak didakwa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Hussain berkata, daripada 853 majikan itu, hanya 89 majikan sahaja yang mematuhi Akta 446 dan peraturan-peraturan di bawah akta.
Datuk Seri Johari Hussain meninjau antara kemudahan yang disediakan di kawasan ‘perumahan’ pekerja Genting Malaysia Berhad diiringi oleh Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman.
Katanya, sebanyak 34 kertas siasatan telah dibuka sepanjang operasi dilaksanakan dalam tempoh tersebut bagi tujuan pendakwaan.
Beliau berkata demikian selepas melakukan Operasi Perakuan Penginapan di Bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang diadakan di Resident Staff Centre (RSC), Genting Highlands Resort, di sini, hari ini.
“Kerajaan Pahang telah melakukan pemeriksaan terhadap 853 premis majikan di seluruh negeri ini bagi tempoh 1 Februari 2021 hingga 23 Mac 2021 pada Ops Perakuan Penginapan Akta 446 dengan melibatkan seramai 36,305 pekerja.
Datuk Seri Johari Hussain turut mencuba peralatan gimnasium yang disediakan di RSC , hari ini
“Tindakan ini bukan bertujuan menghukum mana-mana majikan sebaliknya ingin memastikan majikan dapat menyediakan penginapan yang sesuai dan selamat kepada pekerja serta bebas daripada penularan jangkitan Covid-19,” katanya.
Katanya, majikan yang didapati gagal memohon perakuan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 di bawah Seksyen 24D (3) dan mana-mana penyedia penginapan berpusat boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24D (4), (Akta 446).
Turut hadir, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang, Pezman Che Husin, Pengarah PERKESO Pahang, Tarmizi Mukhtar, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Pahang, Wan Sarimah Awang dan Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman.
Katanya, pihak kerajaan Negeri Pahang sangat komited melaksanakan operasi itu apabila negara mencatatkan sebanyak 527 kluster yang membabitkan tempat kerja.
Datuk Johari (tengah), Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pahang, Pezman Che Husin (kanan) dan Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Atisha Parasuraman. (kiri)
Beliau berharap agar majikan dapat mengambil tindakan segera dengan menyediakan penginapan pekerja yang selamat, selesa dan kondusif kepada pekerja dan memohon Perakuan Penginapan daripada JTK Pahang dengan kadar segera.
Operasi bersepadu turut melibatkan agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP), Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, PERKESO, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kira-kira 20 pengusaha ikan sangkar di Kampung Lada, Kampung Perias termasuk Jerantut Feri mengalami kerugian besar akibat ikan sangkar peliharaan mereka yang boleh dijual minggu ini mati sejak dua hari lalu.
Tinjauan SAHIH, dianggarkan 80 buah sangkar terlibat dengan kejadian itu dan kira-kira 160,000 ekor ikan mati dengan kerugian keseluruhan hampir RM 1.6 juta.
Seorang pengusaha, Afzalrullah Isharum (28) berkata, sepatutnya ikan-ikan itu boleh dijual minggu ini kerana saiz dan beratnya dianggarkan antara 800 gram sehingga 1.2 kilogram.
Seorang pengusaha, Afzalrullah Isharum (28) berkata, sepatutnya ikan-ikan itu boleh dijual minggu ini kerana saiz dan beratnya dianggarkan antara 800 gram sehingga 1.2 kilogram.
“Minggu lepas, hujan berterusan mengakibatkan beberapa tempat banjir kilat terutama kawasan Hulu Tembeling dan paras air sungai di kawasan sungai tempat ternakan kami turut naik mendadak.
“Sejak dua hari lalu, sebanyak 10,000 ekor mati, punca sebenar masih tidak diketahui, sepatutnya ikan ternakan saya boleh dijual minggu ini, saya fikir hanya sangkar ikan saya sahaja yang terlibat,” katanya.
Antara puluhan ribu ikan mati sejak dua hari lalu di kawasan Kampung Lada, Kg Perias dan Jerantut Feri
Katanya, hujan reda empat hari lalu, bermula air sungai surut banyak ikannya mati, keadaan air sungai ketika itu terlalu keruh.
Seorang lagi pengusaha di Kampung Lada, Zaharah Aidin berkata sudah lima tahun menternak ikan, ini kali pertama beliau mengalami kejadian seperti ini.
Zaharah Aidin berkata sudah lima tahun menternak ikan, ini kali pertama beliau mengalami kejadian seperti ini.
“Kira-kira empat sangkar ikan terlibat dan dianggarkan hampir 10,000 ekor mati, ini lah mata pencarian kami sekeluarga, hasil jualan ikan ini sudah dirancang untuk perbelanjaan sambutan bulan puasa dan hari raya Aidil Fitri, bulan Mei nanti,” katanya.
Sementara itu, Ahli parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris yang meninjau tempat kejadian turut terkejut dan simpati apa yang dialami oleh pengusaha ikan.
Ahli parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris, memohon pihak berwajib untuk menyiasat punca sebenar kejadian ikan mati sebegitu banyak dan melibatkan kira-kira 20 pengusaha ikan dan puluhan sangkar.
“Pihak pejabat parlimen akan berusaha memohon pihak berwajib untuk menyiasat punca sebenar kejadian ikan mati sebegitu banyak dan melibatkan kira-kira 20 pengusaha ikan dan puluhan sangkar.
“Kerugian besar pasti dialami oleh pengusaha yang telah mengeluarkan modal yang banyak dan bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan ikan seperti patin dan tilapia yang boleh dijual minggu ini,” katanya.
Katanya, ternakan ikan sangkar sepanjang Sungai Pahang dari Kuala Tembeling sehingga ke Kampung Gintong menjadi lokasi terbaik penternakan ikan sangkar yang menggunakan air Sungai Pahang di daerah ini dan menjadi buruan pemborong ikan yang datang dari pasar Selayang untuk dijual di Lembah Klang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan membina lapangan terbang baharu di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini.
Pembinaan lapangan terbang itu adalah antara usaha terbaharu kerajaan Pahang untuk menjadikan kawasan perindustrian Gebeng sebagai daerah perindustrian berpendapatan tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, perancangan itu juga dilihat sebagai bersesuaian dengan status bandaraya diperoleh Kuantan pada 21 Februari lalu dan sebahagian strategi kerajaan Pahang menarik lebih ramai pelabur berpotensi ke Gebeng.
“Sekarang ini pun beberapa syarikat luar sudah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri dan bersedia untuk melabur di Kuantan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Rahim Muda
“Inilah peluang kerajaan negeri meningkatkan ekonomi dan menambahkan hasil seterusnya memberi kemakmuran kepada rakyat Pahang,” katanya di sini, hari ini.
Abd Rahim turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk menaik taraf status bandar Pekan dan Cameron Highlands kepada perbandaran.
“Kita memang ada perancangan untuk menaik taraf pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pekan dan Cameron Highlands kepada Majlis Perbandaran Pekan dan Majlis Perbandaran Cameron Highlands… memang ada usaha ke arah itu (naik taraf).
“Selain itu, kita juga melihat kepada kemungkinan lain seperti naik taraf status Bentong dan Temerloh sebagai bandaraya, cuma buat masa ini kita lihat daerah Bentong paling berpotensi dijadikan bandaraya dalam masa beberapa tahun akan datang,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan berlaku kenaikan cukai taksiran di daerah Kuantan selepas menerima status bandaraya, beliau berkata perkara itu tidak ada dalam perancangan kerajaan negeri buat masa ini.
“Persoalan ini sudah banyak kali disuarakan oleh ramai pihak dan saya boleh memberi pengesahan bahawa ia tidak berlaku (kenaikan cukai taksiran) dalam masa terdekat.
“Sebenarnya kerajaaan negeri boleh menaikkan cukai (taksiran) tanpa menunggu status bandaraya, tapi itu bukanlah hasrat utama kerajaan Pahang kerana kita lebih mementingkan agenda menjaga kesejahteraan rakyat berbanding mengutip cukai,” katanya- SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Sambutan jubli perak penubuhan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) tahun ini lebih bermakna apabila dijangka menerima status sebagai universiti penuh, tidak lama lagi.
Sudah pasti pengiktirafan ini meningkatkan lagi prestij KUIPSAS yang mempunyai kira-kira 5,000 alumni sedang menjawat pelbagai jawatan penting di pelbagai bidang.
Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, pencapaian itu juga dilihat sejajar dengan perancangan ahli lembaga pengarah kolej universiti itu dan sokongan berterusan daripada kerajaan Pahang.
“Kita punya perancangan besar yang sudah siap diatur apabila menjadi universiti penuh nanti. Antaranya kita sasarkan untuk menjadi universiti wakaf seperti Al-Azhar (Universiti Al-Azhar, Mesir) dalam masa beberapa tahun selepas dinaik taraf.
“Untuk itu KUIPSAS berhasrat mewujudkan sebuah yayasan yang bakal menjadi pemudah cara dalam misi ini.
“Sekarang ini pun ramai dalam kalangan penuntut KUIPSAS terdiri daripada golongan B40,” katanya ketika ditemui di sini.
Mohd Zawavi yang menjadi warga KUIPSAS tidak lama selepas institusi pengajian tinggi (IPT) itu dibuka pada 1996 berkata, pihaknya juga bercadang memperbanyakkan lagi kurusus pengajian sebaik sahaja menerima status universiti penuh.
“Sekarang ini kita tawarkan 17 program pengajian diploma, ijazah sarjana muda (lapan) dan masing-masing satu master (ijazah sarjana) serta program asasi merangkumi bidang pengajian pengurusan perniagaan, sistem kewangan Islam dan undang-undang syariah.
“Kita nak tambah lebih banyak kursus peringkat ijazah, master dan doktor falsafah (PhD), terutamanya dalam bidang tahfiz dan juga multimedia.
“Ketika ini terdapat 1,640 pelajar dan 220 kakitangan yang mana 140 daripadanya adalah kakitangan akademik, termasuk lima pensyarah dari Timur Tengah,” katanya.
Beliau menambah, pihaknya berharap apabila dinaik taraf menjadi universiti penuh nanti, KUIPSAS dapat menarik lebih ramai penuntut dari luar negara.
Mengulas mengenai antara pencapaian alumni KUIPSAS, Mohamad Zawavi berkata, ada antara bekas graduan kolej universiti itu memegang jawatan sebagai hakim syarie, kadi, pensyarah dan pengarah pelbagai agensi kerajaan.
“Kebolehpasaran graduan kita juga sangat bagus dengan lebih 80 peratus memperoleh tawaran kerja sebaik menamatkan pengajian.
“Bagi memudahkan lagi peluang pekerjaan kepada pelajar kita, KUIPSAS menandatangani memorandum persefahaman dengan lebih 20 pemain industri yang memberi fokus kepada bidang kewangan Islam,” katanya.
Ditubuhkan 27 Ogos 1996 dengan nama asalnya Kolej Islam Pahang (KIP) sebelum ditukar kepada Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) dan kini dikenali sebagai KUIPSAS, kolej universiti ini juga dilantik sebagai pusat rujukan tulisan jawi selepas diperkenankan oleh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tahun 2016.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Bekas wartawan veteran, Harun @ Sharifuddin Mohamed dan lebih dikenali dengan Abang Din meninggal dunia pada usia 70 tahun di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, pada jam 10.53 pagi tadi.
Anaknya, Nurhazwani Nadia Harun berkata, Allahyarham bapanya mendapatkan rawatan di HOSHAS sebanyak dua kali, kali pertama pada 15 Mac lalu dan dibenarkan pulang ke rumah pada 17 Mac.
Allahyarham bersama keluarganya, gambar kecil, Allahyarham Harun @ Sharifuddin Mohamed dan lebih dikenali dengan Abang Din
“Pada kali kedua, Allahyarham telah dihantar semula ke HOSHAS pada 24 Mac lalu dan menghembuskan nafas terakhir di WAD ICU pada 10.53 pagi tadi.
“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Kerdau selepas solat Asar,” katanya.
Allahyarham meninggalkan dua orang anak dan seorang isteri, Normala Hamzah, 62 tahun serta dua orang cucu.
Allahyarham semasa hayatnya telah menyumbang bakti melalui penulisan kewartawanan kira-kira 50 tahun dan pernah menulis untuk Berita Harian dan penyiaran NTV7 sebelum berkhidmat untuk Bernama.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
IPOH: Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah memasang Sistem Amaran Awal (EWS) Tanah Runtuh di sekitar kawasan cerun di Seksyen 44, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Cameron Highlands bagi mengesan sebarang runtuhan susulan.
KKR dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ketika ini terdapat runtuhan tanah di cerun jalan itu yang merupakan laluan untuk berulang-alik dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands, dengan anggaran kedalaman runtuhan setinggi 250m dan sepanjang 600m.
Petugas meletakkan kon dan tanda amaran di laluan tersebut
Kenyataan itu menyebut sistem EWS tersebut menggunakan dua Robotics Total Station (RTS) dan 27 prisma, lapor Bernama.
“Usaha pembaikan jangka masa panjang terus dilaksanakan yang kini memasuki peringkat perancangan reka bentuk. Konsep Contiguous Bored Pile Wall dirancang digunakan bagi pembaikan cerun ini.
“Peruntukan kerja pembaikan cerun yang diterima pada tahun ini adalah sebanyak RM8 juta melalui Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12. Kos anggaran keseluruhan pembaikan adalah RM127 juta dan baki peruntukan akan diterima bermula tahun hadapan,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Kanan Kerja Raya, Fadillah Yusof turun padang meninjau dua lokasi di Jalan Persekutuan FT185 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya dari Simpang Pulai ke Gua Musang, Kelantan.
Bagi lokasi kedua iaitu di jalan Seksyen 60 hingga Seksyen 62 FT185 di Lojing, Kelantan yang rosak akibat banjir lumpur pada 3 Jan lepas, laluan itu masih boleh diakses pengguna namun di beberapa lokasi berlaku lencongan sementara.
Menurut KKR, kajian Kesesakan Lalulintas Cameron Highlands dijangka siap pada Oktober ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dengan mengambil kira aspek teknikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.
“Kesan bencana tersebut, lima jambatan di lokasi turut terjejas. Pembaikan menyeluruh melibatkan jalan, jambatan, cerun, perabut jalan dan lampu jalan perlu dilaksanakan di masa hadapan bagi mengelakkan perkara sama berulang. Kos jangka panjang ini dianggarkan sebanyak RM5.8 juta,” menurut kenyataan itu.
Tinjauan turut dilakukan di lokasi Cadangan Projek Jalan Pintas di Kuala Terla dan Blue Valley berikutan laluan sedia ada tidak dapat menampung keperluan trafik akibat aktiviti perniagaan serta pelancongan yang semakin bertambah di sepanjang laluan itu.
Menurut KKR, kajian Kesesakan Lalulintas Cameron Highlands dijangka siap pada Oktober ini bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dengan mengambil kira aspek teknikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.
“KKR sedar faktor alam sekitar di kawasan bercerun dan berlandskapkan tanah tinggi boleh mengundang risiko terutama sewaktu hujan lebat.
“Justeru, pemantauan lokasi seperti ini terus dilaksanakan secara berkala bagi mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat yang menggunakan jalan raya persekutuan terjamin,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kursus peningkatan produktiviti dan pemantapan Good Animal Husbandry Practices (GAHP) kendalian Jabatan Perkhidmatan Veterinar daerah ini akan diadakan pada 8 April depan.
Kursus ini akan menumpukan kepada industri ternakan sarang burung walit.
Penganjuran kursus ini adalah inisiatif bersama antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jerantut dan Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit negeri Pahang.
Pengerusi persatuan, Datuk Ko Ah Kuan berkata, kursus sehari ini dijadualkan bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang di Dewan Besar Majlis Daerah Jerantut.
“Pihak penganjur menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang kepada semua peserta kursus.
Pengerusi persatuan, Datuk Ko Ah Kuan
“Buat masa ini, seramai 60 peserta sudah mendaftarkan diri untuk menyertai kursus berkenaan dan mereka adalah dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang dan 150 peserta dari persatuan.
“Kita membuka penyertaan kepada peserta yang berminat dan berada di Pahang sahaja buat masa ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Kursus itu menawarkan maklumat lengkap mengenai aspek pensijilan GAHP, myGAP dan kaedah pensampelan di premis sarang burung walit yang diusahakan.
Selain itu, peserta juga akan dilatih mengenai panduan mengisi borang pensijilan MyGAP, cara mendaftar premis perladangan burung walit dan perancangan pembangunan perniagaan berasaskan sarang burung walit.
GAMBAR HIASAN
“Ceramah atau kursus akan disampaikan oleh doktor pakar dan pegawai dari Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut serta agensi berkaitan.
“Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan yang wajib dimiliki pengusaha sarang burung walit jika ingin memperbaharui lesen atau memohon lesen untuk memulakan industri burung walit di negara ini,” katanya.
Yuran pendaftaran untuk kursus ini ialah RM150 bagi ahli Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Pahang dan RM200 bagi bukan ahli persatuan.
GAMBAR HIASAN
Orang ramai yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh menghubungi Madam Lee di talian 019-911 4648 bagi mendapatkan maklumat lanjut.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – Tiada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Guru, di sini seperti yang ditularkan susulan kawasan itu menunjukkan peningkatan kes positif Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebaliknya polis hanya menjalankan strategi pencegahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di laluan utama keluar masuk di taman perumahan itu.
“Saya ingin tegaskan sekatan ini bukan PKPD, tetapi hanya sebagai tindakan pencegahan bagi mengawal penularan Covid-19 di taman ini dari terus meningkat.
“Penduduk masih boleh keluar masuk seperti biasa. Jadi, kita minta kerjasama baik dari semua pihak bagi memastikan kelancaran sekatan jalan ini.
“Kita juga minta, kalau mereka (penduduk) boleh memberi kerjasama dengan menyediakan dokumen yang sesuai bagi membolehkan petugas kita membuat semakan apabila keluar dari kawasan ini dan ia sangat mustahak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di kawasan Taman Guru, pada Jumaat.
Kawasan itu menempatkan seramai 1,500 hingga 2,500 penduduk membabitkan kawasan yang berkeluasan 3.50 kilometer.
Pada Khamis tular, satu edaran makluman mengenai PKPD di Taman Guru, yang akan dilaksanakan berkuatkuasa pada Jumaat, jam 12.01 pagi sehingga 4 April depan.
Mohamad Noor berkata, kawalan pencegahan dilakukan selama 24 jam itu membabitkan tiga pusat pemeriksaan di kawasan berkenaan.
Menururnya, seramai 58 anggota yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia ( RELA).
“Mereka ini akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut masa ditetapkan sehingga jangkitan Covid-19 di kawasan ini terkawal,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Noor memberi jaminan bahawa pihak polis tidak akan menyusahkan penduduk dan meminta agar kerjasama diberikan kepada anggota yang bertugas, lapor SINAR HARIAN
“Penduduk tidak perlu bimbang, mereka masih boleh melakukan riadah masih tetapi perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan,” katanya.
Sehingga ini, 29 kes positif Covid-19 di Taman Guru Dan 105 kes melibatkan kontak rapat satu.
Peningkatan Kluster Gambang ini antara faktor PKPD akan dilaksanakan Akan diumumkan di kawasan Taman Guru, Kuantan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!