BERA : Seramai 331 penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat sini, selesai menerima dos penggalak mereka, semalam.
Menurut Pengerusi rumah kebajikan itu, Yap Yoke Moey, proses suntikan dos penggalak dilakukan sekumpulan pegawai dan kakitangan kesihatan daerah di premis berkenaan bermula jam 9 pagi.
“Mereka sebelum itu memberi penerangan ringkas kepada semua penghuni mengenai kepentingan dos penggalak dalam membendung penyebaran virus COVID-19, terutamanya mutasi dikenali Omicron yang sangat bahaya dan mudah merebak,” katanya.
Yoke Moey berkata, proses suntikan berjalan lancar dan tidak ada penghuni yang mengalami kesan sampingan yang teruk selepas menerima dos penggalak mereka.
Katanya, langkah memberikan dos penggalak kepada warga emas diharap dapat membantu menambahkan sistem perlindungan anti bodi mereka daripada dijangkiti virus terbabit.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Jangan pilih lagu AJL36 ikut sedap dengar dan rasa sebaliknya kaji dan analisa – Datuk Mokhzani
Banyak sangat komen juri netizen yang pedas melalui media sosial berkaitan dengan 12 lagu yang terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL36) musim ke-36, yang telah dipertontonkan di peringkat separuh akhir yang disiarkan melalui stesen televisyen swasta (TV3) baru –baru ini.
Semi Final Muzik-Muzik 36 (SFMM36) itu mempertaruhkan 30 buah lagu yang merangkumi pelbagai genre muzik termasuklah balada, pop rock dan hip hop dan dinyanyikan oleh para penyanyi hebat tanah air.
Pemilihan 12 lagu ke peringkat akhir dipilih oleh juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail di peringkat separuh akhir yang disiarkan secara langsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022.
Datuk Mokhzani Ismail ketua juri separuh akhir AJK ke-36
Katanya, menjurikan lagu dendangan artis yang sudah lama berada dalam pasaran tidak begitu mudah sebab perbezaan antara juri netizen hanya mendengar dan meminati lagu dan artis, manakala, juri professional pula mendengar, mengkaji dan menganalisa sesuatu lagu itu.
“Juri profesional mengkaji struktur ciptaan dan kreativiti, lirik, susunan muzik ,impak dalam industri muzik dan seterusnya persembahan live di atas pentas menentukan lagu tersebut layak dipertimbangkan.
“AJL 36 kali ini, tujuh belas lagu balada mendominasi daripada 30 buah lagu yang disiarkan di peringkat separuh akhir,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mokhzani berkata, di peringkat separuh akhir, ciptaan balada dengan mud minor yang mendayu-dayu dengan nyanyian merintih cepat memberi kesan kepada pendengar.
“Bentuk (form) muzik lagu balada tiada beza dengan pendekatan pergerakan kord yang lazim digunakan, tetapi pada yg lebih kreatif penciptanya mampu membawa melodi keluar dari kebiasaan dengan extended chorus dan modulation.
“Kita seharusnya tidak lupa dengan kreativiti pencipta yang cuba keluar dari genre balada seperti traditional komtemporari, hip hop, pop rock, pop alternatif dan sebagainya,” katanya.
Katanya, penggiat seni muzik yang membawa kelainan dalam industri, jangan “bunuh” kreativiti mereka disebabkan ada segelitir peminat yang tidak berminat dengan genrenya atau tidak mememinati penyanyi yang membawa lagu tersebut.
“Sejarah awal AJL menyaksikan lagu melankolik sering mendominasikan status sebagai juara AJL tetapi sejak lagu genre hip hop “ Apa Kabar’ nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne dinobatkan sebagai juara tahun AJL29 (2015) ia mula berubah landskap muzik tanahair.
Kemudian muncul lagu ‘Gila” dendangan Kaka Azraff, Loca B dan Noki dipilih untuk menjuarai AJL35 kerana komposernya berani membuat pembaharuan.
“Justeru, barisan juri akan memilih pemenang berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Lagu yang agak kompleks daripada sudut teknikal pembikinannya tetapi tidak mengetepikan aspek komersial seharusnya dipuji.
“Sebagai ketua juri separuh akhir AJL36, mengakui semua 30 lagu adalah terbaik dalam genre masing-masing tetapi perlu diingat semua genre perlu dengan kupasan yang terperinci dari segala sudut dan kriteria,” katanya.
Katanya, pemilihan 12 buah lagu dari 30 lagu ini menepati segala bentuk genre dan memberi pengikhtirafan dan keadilan saksama pada semua pencipta, setiap lagu telah memenuhi piawaian kualiti dan mempunyai impak dalam industri selain sebahagiannya membawa pembaharuan bentuk muzik baru yang dialu-alukan.
Mokhzani berkata, kepada pencipta irama tradisional etnik tiada salahnya menjadikan lagu-lagu rakyat sebagai inspirasi tetapi mengolahnya semula dengan elemen menarik seperti memasukkan hip hop dan gubahan moden adalah satu pembaharuan ke arah membawa lagu sedemikian berada dalam kelasnya yang tersendiri.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Runtuhan tebing dan mendapan Jalan Lepar Utara – Kota Gelanggi, penduduk bimbang keselamatan
JERANTUT – Kira-kira 2,000 orang penduduk bimbang Jalan Lepar Utara melalui Kota Gelanggi ke Bandar Pusat Jengka dan Jerantut akan berlaku mendapan tanah dan runtuhan tebing di satu kawasan laluan tersebut pada gelombang pertama banjir pada 19 Disember 2021 lalu.
Laluan itu sudah dibaikpulih pada penghujung tahun lalu (2021) untuk cuma satu lorong sahaja, tetapi penduduk bimbang kerana hujan lebat masih berlaku ketika tempoh gelombang kedua ini dikhuatiri kawasan berkenaan mengalami kejadian yang sama semula.
Jalan berkenaan antara laluan utama penduduk keluar berbelanja, rawatan hospital dan urusan tertentu di Bandar Pusat Jengka dan bandar Jerantut kerana perjalanannya lebih dekat serta tempoh masa yang singkat.
Penduduk Felda Lepar Utara 4, Noh Hitam Yusof, 57, berkata, kejadian tebing runtuh sudah lama berlaku sejak musim banjir awal tahun lalu sehingga gelombang pertama pada 19 Disember nampak ketara apabila kejadian itu semakin teruk menyebabkan hampir sebahagian jalan tersebut.
“Pada mula kejadian berkenaan, kebanyakan penduduk tidak berani memandu kenderaan di laluan ini bimbang sekiranya berlaku runtuhan memandangkan hujan lebat turun dalam tempoh seminggu mulai 17 Disember 2021.
“Walaupun sudah dibaiki untuk cuma laluan satu lorong bagi kenderaan ringan pada penghujung tahun ini, tetapi kita masih bimbang sambil berharap kerajaan membina laluan baharu dalam masa terdekat,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Din Yusof, 57, berkata, Jalan Lepar Utara melalui Kota Gelanggi ke bandar terdekat semakin tenat dan perlukan perhatian segera kerajaan memandangkan laluan tersebut telah lama berlaku kerosakan akibat mendapan dan runtuhan tebing.
“Bilakah penantian kami penduduk di sini untuk menggunakan kemudahan jalan raya yang selamat dan selesa akan berakhir kerana laluan ini adalah jalan utama kami ke bandar.
“Cuma satu harapan sahaja kami perlukan kemudahan jalan raya yang sempurna dan selamat termasuk membaikpulih beberapa laluan lain ke gugusan Felda ini yang mengalami masalah yang sama setiap kali musim tengkujuh,” katanya.
Pemilik laman sosial Facebook dikenali Mohamad Arif Mohamad Sofian, 40-an menerusi penghantarannya menambah jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan yang menghubungkan perkampungan Lepar Utara 1,2 dan 4 dengan dunia luar.
“Harap situasi kali ini mendapat perhatian penuh pihak yang bertanggungjawab. Kes ini sudah lama. Nak tunggu sampai bila baru nak repair (baiki) betul-betul.
“Ini cuma salah satu jalan yang rosak, bersepah (banyak) lagi jalan rosak teruk dari bandar menuju ke Felda Lepar Utara. Harap dapat perhatian wajar pihak yang bertanggungjawab….” katanya menerusi hantaran tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Anggota APM, sempat merakam perjalanan ke Kampung Aur sebelum karam dipukul ombak.
JERANTUT – Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) nyaris maut apabila bot yang mereka naik tenggelam dalam perjalanan misi menghantar bantuan makanan ke perkampungan orang asli di Kampung Aur, Kuala Tahan, pada 11.00 pagi, hari ini
Ketika tiba di lokasi kejadian di Jeram Panjang, bot itu dipukul ombak dan arus deras sehingga menenggelamkan bot tersebut dan menghanyutkan bekalan makanan yang nak disampaikan.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, bot tersebut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dalam perjalanan menghantar bekalan makanan dan setiba di Jeram Panjang bot tersebut dipukul ombak dan arus deras seterusnya terbalik.
“Sejurus kejadian tersebut berlaku, ketiga-tiga sukarelawan APM tersebut berjaya menyelamatkan diri ke tempat yang lebih selamat dan bot yang mereka guna pecah dan barang-barang bantuan musnah dibawa arus sungai yang deras.
“Syukur, tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku kepada penjawat awam yang menjalankan misi murni menjaga rakyat dalam menangani isu banjir, kadang kala boleh membahayakan nyawa mereka sendiri demi tugas yang diamanahkan,” katanya.
Katanya, anggota polis dari Pondok Polis Kuala Tahan bersama Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kuala Tahan dan dibantu seramai 10 orang penduduk kampung menggunakan 4 buah bot telah bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan mencari dan menyelamat mangsa.
Bot yang digunakan membawa bekalan makanan untuk dihantar kepada penduduk Orang Asli di Kampung Aur yang karam, pada jam 11.00 pagi, hari ini.
“Saya percaya isteri atau anak mangsa akan risau, semasa mereka menjalankan tugas, saya berdoa agar Allah membalas budi dan sumbangan mereka dalam misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada mangsa agar rakyat berada dalam keadaan sejahtera.
“Ketiga-tiga mangsa anggota APM itu selamat dan pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kuala Tahan,” katanya. -SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Panel SPRM: Adik guna akaun Azam Baki untuk beli saham
Foto atas : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki.
Kuala lumpur – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.
Pada sidang media hari ini, pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberikan penjelasan.
Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir Baki.
Abu Zahar berkata mereka berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.
“Dalam pertemuan itu, Azam telah jelaskan kedudukan sebenar pada kami bahawa saham-saham beliau digunakan adiknya, Nasir Baki untuk beli saham-saham berkaitan pada 2012
“Yang mana beliau tak punyai sebarang kepentingan sendiri bagi pembelian mahupun pemilikan saham-saham berkenaan.
“Dalam masa sama, ia dibuat di open market dan tiada sebarang percanggahan kepentingan semasa pembelian pada 2015. Bagaimanapun semua telah dipindahkan kepada Nasir Baki pada tahun berkaitan
“Ahli-ahli LPPR berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan sendiri atas saham-saham berkenaan,” katanya yang menambah mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
Berdasarkan laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam adalah pengarah bahagian siasatan SPRM.
Abu Zahar berkata lembaga itu berhasrat mendedahkan perkara itu kepada umum, tetapi bekas anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Edmund Terence Gomez meletakkan jawatan terlebih dahulu.
Gomez meletak jawatan pada 23 Dis selepas mendakwa pengarah panel berkenaan, Borhan Dolah tidak mengendahkan permintaan untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan dakwaan terhadap Azam.
Abu Zahar berkata Gomez sepatutnya mengikut prosedur yang betul dengan mengemukakan perkara itu kepada lembaga penasihat atau Jawatankuasa Aduan.
Dia juga menyangkal dakwaan bahawa lembaga itu telah menerima surat daripada Gomez.
Lembaga itu, kata Abu Zahar, telah menemui Gomez untuk membincangkan perkara itu tetapi dia enggan berbuat demikian.
SUMBER : Malaysiakini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Ali Mahmood berbangga memiliki kereta nasional yang tahan lasak
TEMERLOH – Sebuah kereta Proton Waja mencapai kilometer (km) sehingga mencecah lebih 600,000 km perjalanan tetapi masih belum menjalani proses pembaikan menyeluruh (overhaul) sepanjang beliau menggunakan kenderaan itu sudah 20 tahun.
Memang sekali pandang sebuah kereta Waja itu tidak nampak sesuatu yang luar biasa kerana sudah menjadi perkara biasa ada yang masih memandu kereta berusia 20 hingga 40 tahun, malah ada yang masih memandu kereta berusia lebih 50 tahun.
Seorang bekas wartawan Utusan, Ali Mahmood yang pernah berkhidmat di negeri Pahang sekitar tahun 2003 hingga 2013 mendedahkan rahsia keretanya itu masih utuh dan ‘kuat’ lagi tanpa melakukan overhaul terhadap kenderaannya itu.
Paparan di meter menunjukkan lebih 600,000 km perjalanan Ptoron Waja ini tanpa overhaul
“Sebenarnya kalau ikut pengeluar kenderaan, kereta yang menggunakan enjin petrol perlu di overhaul apabila mencecah 250,000km dan enjin diesel 300,000km,’’ katanya
“Penggunaan minyak enjin dan bahan bakar petrol pada kereta zaman moden ini dapat memanjangkan usia kereta sehingga 400,000, saya guna kereta ini cukup lasak sepanjang bertugas di negeri ini, di Kuantan dan Temerloh,” katanya.
Beliau yang pernah memenangi anugerah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Hadiah Kajai MPI-Petronas pada tahun 2000, wartawan Bahasa Melayu terbaik MPI_Petronas 2000 dan memenangi anugerah kategori Penulis Sukan Terbaik (Bahasa Melayu) MPI-Petronas 2002.
Katanya, mungkin ramai tidak percaya, kilometer perjalanan mencecah lebih 600,000km tetapi masih belum menjalani proses pembaikan menyeluruh dengan hanya mengikut petua seorang jurutera kereta Formula 1 (F1) semasa membuat liputan perlumbaan kereta terpantas di dunia di Litar F1 Sepang pada tahun 2002.
Petua, guna minya pelincir dan isi muanyai petrol Petronas penuh
“Semasa saya sedang makan, datang seorang jurutera F1, kalau tidak silap dari pasukan McLaren. Semasa berbual dia memberikan tip untuk memanjangkan usia enjin sesebuah kereta sehingga 500,000km dan dia minta saya mencubanya.
“Selain itu dia mencadangkan kepada saya menggunakan minyak enjin dan petrol Petronas selain memberitahu saya supaya mengisi semula petrol sampai penuh apabila bahan bakar dalam tangki minyak sudah separuh tangki untuk mengelak petrol `mengeluap’ dan disedut masuk ke dalam enjin bagi mengelak enjin akan cepat rosak,’’ kata.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas: Mangsa banjir, Mohd. Nazrun Ab. Rahman (kiri) menerima bantuan wang ihsan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pahang bernilai RM1, 500 daripada Ahli Mesyuarat Kerajaan Pahang, Datuk Nazri Ngah di Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang baru-baru ini.
JERANTUT – “Saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana menghulurkan bantuan berjumlah RM1,500 dapatlah menarik nafas lega berbelanja keperluan dapur walaupun masih lagi kesempitan untuk berbelanja keperluan lain”, kata mangsa banjir Felda Kota Gelanggi Dua, Mohd. Nazrun Ab. Rahman, di sini di Felda Kota Gelanggi Dua, hari ini.
Katanya, gelombang pertama banjir bermula pada 18 Disember 2021 selama seminggu menyebabkan dia antara mangsa yang kehilangan pendapatan akibat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sebuah sekolah kawasan Felda tersebut.
“Keprihatinan kerajaan cukup bermakna bagi kami memulihkan kehidupan selepas mangsa banjir khususnya dalam kalangan keluarga yang susah untuk memulakan semula pendapatan baharu,” katanya di Felda Kota Gelanggi Dua dekat sini.
“Ibarat kata ‘Orang berbudi, kita berbahasa, memuji tindakan pantas kerajaan termasuk pengurusan Pejabat Daerah yang komited melaksanakan tugas bantuan tersebut bagi meringankan beban mangsa banjir dalam tempoh pemulihan selepas bencana itu,” katanya di sini.
Di Kampung Pamah Rawas, Raub, seorang mangsa banjir, Nor Amin Nur Azahar, 31, bantuan wang ihsan itu hanya cukup menyediakan perbelanjaan keperluan dapur dan juga kerja pembersihan serta membaikpulih kedai runcitnya yang tenggelami banjir air Sungai Dong pada 18 Disember 2021.
Nor Amin Nur Azahar, 31, bantuan wang ihsan itu hanya cukup menyediakan perbelanjaan keperluan dapur dan juga kerja pembersihan serta membaikpulih kedai runcitnya yang tenggelami banjir air Sungai Dong pada 18 Disember 2021.
“Namun, saya bersyukur memperoleh bantuan ihsan ini kerana kerajaan amat cakna dengan kesusahan mangsa banjir di kawasan luar bandar khususnya saya yang sudah dua kali mengalami bencana yang sama pada 2021,” katanya.
Nor Amin berkata, dia terkejut pada mulanya dan gembira kerana proses memperoleh wang bantuan ini amat cepat selepas kembali ke rumah daripada PPS kampung tersebut selepas banjir surut.
Warga emas Kampung Pamah Kulat, Raub, Maliah Madun, 86, berkata, bantuan wang ihsan yang cukup mudah dan pantas daripada kerajaan, amat menggembirakan kalangan warga emas di situ untuk membeli keperluan tertentu selepas banjir.
Maliah Madun, 86, berkata, bantuan wang ihsan yang cukup mudah dan pantas daripada kerajaan, amat menggembirakan kalangan warga emas di situ untuk membeli keperluan tertentu selepas banjir.
“Bagi mak cik, wang sebanyak RM1,500 hanya buat belanja membeli ubat dan keperluan dapur dan perlu berbelanja secara berhemah. Mak cik amat bersyukur kerana kerajaan segera membantu penduduk warga emas di sini.
“Setahu mak cik tidak ada sesiapa pun mengambil maklumat diri (mak cik), tetapi tiba-tiba ketua kampung memberitahu supaya hadir mengambil wang bantuan daripada wakil rakyat yang hadir ke kampung ini. Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail amat memahami kesusahan yang menimpa mangsa banjir,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ambil tindakan pemilik akaun Facebook STEADYAKU47 hina Agong
JERANTUT – Satu hantaran kenyataan daripada sebuah laman sosial Facebook STEADYAKU67 pada 3 Januari yang menghasut rakyat supaya menandatangani petisyen yang menolak dan hilang kepercayaan terhadap Yang Di Pertuan Agong (YDPA) wajar diambil tindakan segera.
Exco Kebajikan Kerabat Pahang, Datuk Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata, kenyataan itu menunjukkan sikap kurang sopan dan pemikiran siviks yang rendah sebagai seorang rakyat Malaysia terhadap negara ini di bawah sistem raja berpelembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara.
Exco Kebajikan Kerabat Pahang, Datuk Wan Zamzuri Wan Hasenan
“Oleh kerana kenyataan yang dikeluarkan itu melalui laman sosial Facebook, diminta pihak berwajib menyiasat dengan segera pemunya akaun itu, STEADYAKU47 dan dibawa ke muka pengadilan serta seterusnya diambil tindakan sewajarnya.
“Usul petisyen itu terhadap YDPA sebagai satu unsur hasutan yang boleh mencetuskan api kemarahan serta memecah-belah perpaduan rakyat negara ini,” katanya ketika dihubungi.
Ahli Keluarga Che Wan Ulu Tembeling, Wan Zakaria Wan Awang berkata, beliau mengutuk sekerasnya-kerasnya kenyataan di laman sosial Facebook yang menghasut rakyat.
Dipercayai gambar profil pemilik akaun STEADYAKU47 di laman Facebook.
“Selepas membaca hantaran di Facebook STEADYAKU47 di rumah Taman Pedah Jaya semalam, saya terpanggil bersama ahli keluarga Che Wan Ulu Tembeling dan bandar ini membuat laporan polis kerana kami amat kecewa serta mengutuk keras kenyataan pemilik akaun tersebut.
“Pemilik akaun tersebut telah menghina institusi Raja Berperlembagaan kerana menghasut orang ramai yang boleh mencetus keharmonian negara,” katanya selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, hari ini.
Wan Zakaria mengetuai seramai 10 orang ketua Keluarga Che Wan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini turut mempamerkan playcard dengan tertera ayat ‘Kami Pertahan Raja Kami’ dan ‘Ya Allah Selamatkan KBDYMM YDP Agong’ dan ‘Ya Allah Lindungilah Raja-raja Melayu’ di luar kawasan IPD tersebut.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Harta arwah ayah, walaupun selalu kena banjir tetap menjadi amanah
Oleh Amir Hamzah Nordin
JERANTUT – Dia teringat arwah ayahnya bila musim tengkujuh hadir, dia (arwah ayah) akan mengangkut dan memindahkan barangan berharga ke rumah rakit yang memang sudah siap sedia sepanjang tahun kerana selalunya setiap hujung tahun sehingga awal tahun akan berlaku banjir di daerah Jerantut.
Suhaimi Roja, 36 tahun berkata, kali pertama banjir hadir pada 24 hingga 27 Disember, ketika itu paras air sampai ke bumbung bahagian dapur rumahnya.
Suhaimi Roja, rumah ini adalah amanah arwah ayahnya dan tetapi dijaga
“Tidak sampai seminggu keletihan mengemas dan membersihkan rumah belum reda selepas dilanda banjir akhir tahun lalu, datang lagi banjir gelombang kedua pada jam 9.00 malam 1 Januari baru-baru ini.
“Saya, emak dan kakak berpindah semula ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan Teh, tapi banjir kali kedua melanda sedalam kira-kira 1.2 meter,” katanya ketika ditemui di hadapan rumahnya, semalam.
Katanya, pada tahun 2014, banjir naik sehingga kira-kira 10 meter (32 kaki), habis satu rumah sudah tidak nampak bumbung, sehinggakan bila berperahu, pendayung terkena bumbung rumah.
“Memang berhajat nak ubahsuai rumah tinggi seperti dua tingkat, tapi kami keluarga orang susah tidak mempunyai modal untuk membina rumah baharu,” katanya.
“Kedudukan rumah kami terletak rendah kira-kira 2 meter dari paras jalan raya dan setiap hujung tahun hatinya dan keluarga berdebar-debar bimbang air naik terutama di waktu malam,’ katanya.
Katanya, dia sekeluarga takut, jikalau air naik sangat cepat dan deras, rumah itu berdekatan dengan Sungai Pahang, dua rumah di sini adalah paling awal akan ditenggelami air bersama rumah emak saudaranya.
“Tapi saya bersyukur apa yang ada, ini harta arwah ayah tinggalkan, saya jaga amanahnya bersama tanaman yang ada di kawasan belakang rumah,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA MUDA – Tiada berlaku kenaikan air laut yang luarbiasa hari ini berikutan fenomena air pasang besar yang dijangkakan berlaku di Kuala Muda Kedah.
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Kedah Kapten (Pertahanan Awam ) Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan paras air laut yang dicatatkan setakat pukul 1.39 minit pagi tadi ialah 1.34 meter berbanding ramalan ketinggian paras air laut 2.34 meter.
Cuaca dilaporkan baik namun pemantauan diteruskan sehingga esok.
Ahad lalu Jabatan Pengairan dan Saliran J-P-S memaklumkan fenomena air pasang besar dijangka berlaku bermula Ahad sehingga esok di beberapa tempat di Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi hingga 5 Januari itu di kawasan terbabit. _- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!