Perdana Menteri luluskan peruntukkan 5juta bina ban baru di Segamat
Segamat – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob meluluskan peruntukkan lima juta ringgit bagi membina sebuah ban baru di Segamat, Johor.
Ban itu akan dibina secepat mungkin bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di daerah tersebut.
Tanbahnya, Jabatan Pengairan dan Saliran akan menyediakan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir khususnya di daerah-daerah berisiko seluruh negara.
Jelas Perdana Menteri, isu banjir akan diselesaikan walaupun melibatkan peruntukkan kewangan yang besar.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kerja pembersihan di Lebuh raya KL-Karak selesai dan boleh dilalui
KUALA LUMPUR – Pengendali Lebuhraya ANIH Berhad, Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), kerja-kerja pembersihan dan pembaikan di sepanjang KM77 – KM78 arah timur Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak telah siap dan sudah dibuka semula kepada pengguna pada jam 3.00 pagi semalam.
Pengguna lebuh raya yang ingin ke Pekan Karak tidak perlu membuat pusingan ‘U’ sebelum Plaza Tol Karak dan boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi masing-masing.
Antara laluan di lebuh raya KLK telah dibersihkan dan boleh dilalui
Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, bagaimanapun pengguna yang menghala ke Kuala Lumpur dari Karak masih perlu melakukan pusingan ‘U’ di Plaza Tol Karak.
“Pada masa ini, lorong kiri dan kanan menghala ke Kuala Lumpur dari KM66 hingga KM70 sudah dibuka sepenuhnya.
“Namun, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah keselamatan apabila menghampiri lorong kontra bermula dari Sungai Dua, di KM74.8 hingga KM77.3, untuk memastikan keselamatan dan keselesaan semua, ” katanya.
Pengguna lebuh raya perlu patuhi arahan dan papan tanda disediakan
Katanya, ANIH Berhad ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa syarikat sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kekal sebagai keutamaan.
Untuk maklumat lebih lanjut, tepat dan terkini, sila rujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT – Line di 09 5479111/1-700-818-700.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Gunung Jabal al-Lawz, Tabuk menjadi tumpuan penduduk apabila diselimuti salji. – Foto PSA
RIYADH – Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu.
Ia adalah disebabkan oleh gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut negara itu dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.
Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji tersebut.
Sejumlah kanak-kanak menikmati salji yang turun, mengambil gambar dan berkongsinya di media sosial.
Ramai pengguna media sosial yang terkejut kerana kehadiran salji yang kelihatan di Arab Saudi.
Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga Ahad manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan bahawa ribut petir akan dialami di beberapa wilayah sehingga Isnin.
Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk juga diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk. – Agensi
Sumber dipetik daripada Sinar Harian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RISDA beri bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Kuala Bera
BERA – Menyedari kepayahan pekebun kecil yang terjejas akibat banjir, pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) melalui Yayasan Risda Risda Estates Sendirian Berhad menyampaikan sumbangan berjumlah RM 13, 000 kepada 50 ketua isi rumah (KIR) pekebun kecil di daerah ini.
Pengerusi Risda, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, setiap keluarga menerima bantuan berupa dapur gas, bakul makanan dan tilam, bantuan itu bagi meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir.
“Pasukan sukarelawan Risda telah menyumbang tenaga di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan membabitkan kerja-kerja pembersihan dan pembahagian sumbangan kepada penduduk terjejas.
Pengerusi Risda, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif menyampaikan bantuan kepada penerima bantuan
“Selain itu, sukarelawan ini bagi menyelaras pengurusan pasca banjir serta persediaan menghadapi gelombang kedua banjir,” katanya.
Katanya, kedudukan Kampung Kuala Bera yang berada di tengah-tengah jajaran Sungai Triang dan Sungai Pahang menyebabkan lokasi terbabit sering dinaiki air apabila tiba musim tengkujuh kerana berada di lokasi rendah.
Penduduk yang terjejas di Kampung Kuala Bera, Rohani Jamaludin menceritakan detik cemas, bila setiap kali tiba musim hujan, dia persiapkan semua dokumen penting dan jika air naik semua dokumen itu akan dibawa bersama.
“Kami sentiasa berwaspada kerana keadaan tempat kami memang seirng dinaiki air, kereta kami alih dahulu ke tempat yang tinggi dan selamat kerana air banjir naik sangat deras dan cepat.
“Saya hanya sempat menyelamatkan dokumen penting, sebelum diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),”katanya.
Seorang penduduk yang terkesan banjir, Rosimah Man berkata, kejadian banjir kali ini dianggap tidak begitu parah.
“Pada 2014 air sampai mencecah siling rumah, bagi rumah dua tingkat, 2 hingga 3 anak tangga lagi air hendak sampai ke lantai tingkat atas, bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir, ” katanya.
Seorang penerima bantuan RISDA, Ahmad Ashaari Mohamad berkata, dia berterima kasih kepada pihak Risda memberi bantuan seperti dapur, alas tidur dan lain-lain peralatan.
“Walaupun sempat berpindah ke PPS berhampiran, namun penduduk menyifatkan banjir kali ini amat terkesan kerana air naik secara mendadak.
“Bantuan Risda ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga untuk menyiapkan peralatan rumah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Naskah Al-Quran telah banyak diedarkan masih tidak habis-habis
Foto atas: Naskah Al-Quran yang rosak dalam kejadian banjir di Sekolah Kebangsan Tun Fatiman, Bentong, baru-baru ini.
BENTONG – “Sungguh istimewa tugasan saya hari ini, lepas berbaki 4 kotak terakhir dan telah banyak diedarkan, apabila ke lokasi lain, masih ada 4 kotak naskah Al-Quran lagi, walhal sudah diedarkan daripada pagi hingga ke petang.
Kata Che Wan Che Azman yang ditugaskan mengedar kira-kira 300 naskah Al-Quran itu bagi pihak badan bukan kerjaaan (NGO) Sahabat Infaq Malaysia ke sekitar Bentong, sehingga ke sebuah surau di Karak Jaya, dekat sini masih berbaki 4 kotak naskah kitab suci itu.
Che Wan Che Azman, selepas habis diedarkan di lokasi terakhir, masih ada lagi 4 kotak naskah Al-Quran.-Foto Sahabat Infaq Malaysia.
“Saya mengedarkan senaskah Al-Quran bagi setiap rumah dan kepada individu selepas solat fardhu di masjid dan surau di beberapa lokasi bandar Bentong dan kawasan berdekatan yang terkesan musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.
“Saya hairan, selepas habis diedarkan di lokasi terakhir, masih ada lagi 4 kotak naskah Al-Quran,” katanya.
Katanya, Allah membuktikan kitab suci yang diturunkan ini dan terlindung daripada segala bencana,” katanya melalui video media sosial yang tular petang semalam.
Seorang petugas yang turut serta dikenali Safwan Razali menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat yang tular petang semalam turut terkejut dengan pengedaran Al-Quran yang tidak habis-habis.
Safwan Razali, selesai pengedarannya, namun, telah diedar masih tidak habis, seolah-olah naskah Al-Quran terus ‘beranak-pinak’.
“Ada 4 kotak terakhir dan selesai pengedarannya, namun, telah diedar masih tidak habis, seolah-olah naskah Al-Quran ‘beranak-pinak’.
“Itulah kebesaran Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT, selain itu terdapat sebuah rumah, semua buku habis basah tapi senaskah Al-Quran yang disimpan di rumah itu tidak cacat sedikitpun walaupun kawasan dan rumah itu ditenggelami air,” katanya.
Sementara itu, Bendahari Sahabat Infaq Malaysia, Baizura Datuk Sabiamad mengesahkan kejadian itu kerana Yayasan Nasyrul Quran di Putrajaya memberi amanah misi pengedaran Al-Quran dilaksanakan oleh NGOnya.
Bendahari Sahabat Infaq Malaysia, Baizura Datuk Sabiamad (depan sekali) bersama kru yang terlibat dalam msi bantuan banjir di Bentong, semalam.
Katanya, Sahabat Infaq Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghantar bantuan dan sumbangan berupa tilam, alatan dapur dan makanan kepada mangsa banjir di berapa lokasi di Bentong.
“Kami memang menyediakan sebuah pacuan empat roda khas membawa 300 naskah atau 25 kotak Al-Quran untuk diedarkan senaskah kepada setiap individu, tetapi kejadian ajaib ini memang benar berlaku atas kehendak Allah SWT.
“Semoga kejadian ini memberi kesedaran kepada manusia khususnya umat Islam agar sentiasa terus melakukan ibadah yang terbaik di samping memberi sumbangan kepada insan yang terkesan dengan banjir,” katanya ketika dihubungi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Keadaan paras air sungai tidak menentu ekoran hujan di Hulu Tembeling, laluan dilimpahi air
JERANTUT : Pengguna jalan raya menghala ke Felda Padang Piol dan Taman Negara Kuala Tahan, air mula melimpah di atas jalan raya di Simpang Paya Garuk dekat sini mulai petang semalam berikutan gelombang kedua bencana ini dalam tempoh angin monsun luruan masih belum berakhir.
Selain laluan di Simpang Paya Garuk yang merupakan kawasan rendah yang kerap dinaiki air, terdapat beberapa batang jalan lain seperti di Jalan Jerantut ke Lipis berdekatan Kampung Paya Teh, Jambatan Sungai Kerak dan Kampung Sepial, Kuala Tembeling turut digenangi air yang memenuhi jalan raya dan tidak boleh dilalui kenderaan.
Di Jerantut harini, Sungai Tembeling dan Pahang mengalami trend menaik dan menurun berikutan hujan di kawasan hulu adakalanya lebat pada awal sebelah pagi dan berhenti seketika pada waktu tengah hari memberikan impak paras air di sungai utama.
Penduduk menggunakan khidmat bot penambang untuk ke Felda Padang Piol menyebrangi kawasan dinaiki air di Simpang Kampung Paya garuk, hari ini
Tinjauan pagi ini, laluan di Paya Garuk dinaiki air lebih satu meter menyebabkan tidak boleh dilalui kenderaan dan penduduk yang berurusan di bandar Jerantut ataupun menghala ke Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang, perkampungan Tembeling Tengah termasuk Taman Negara terpaksa menggunakan perkhidmatan bot penambang.
Sehingga ini tiada pengunjung dilaporkan ke Taman Negara berikutan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di sini mengeluarkan arahan semua pelawat ke pusat peranginan hutan tropika itu mengosongkan pusat inap sebelum berlaku gelombang kedua pada 28 Disember 2021.
Sementara itu, penduduk Felda Padang Piol, Sulaiman Sarip, 53, berkata keadaan banjir Simpang Paya Garuk masih bertahan dan bimbang sekiranya hujan berlaku lagi di kawasan Ulu Tembeling boleh menyebabkan peningkatan paras air.
“Laluan ini tidak boleh dilalui kenderaan ringan dan penduduk yang berurusan di bandar mahupun yang pulang ke Felda dan kampung kawasan Tembeling Tengah dan Kuala Tahan menggunakan perkhidmatan bot penambang di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan memaklumkan anggota polis mula ditempatkan di kawasan yang mudah ditenggelami banjir di Jalan Kampung Telok (Pulau Tawar) ke Bukit Nikmat, Jalan Gintong yang berdekatan dengan Sungai Pahang.
Ketua Polis Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan memaklumkan anggota polis mula ditempatkan di kawasan yang mudah ditenggelami banjir di Jalan Kampung Telok (Pulau Tawar) ke Bukit Nikmat, Jalan Gintong yang berdekatan dengan Sungai Pahang.
“Polis bekerjasama dengan agensi kerajaan di daerah ini dalam penugasan risiko keselamatan penduduk, penempatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bantuan makanan dan kebajikan tertentu.
“Ketua Kampung diminta mengenalpasti dan melaporkan penduduk yang tinggal terpencil di hujung kampung, pesisir sungai utama yang mudah dinaiki air termasuk jalan kampung bagi memudahkan kita (polis) serta anggota pasukan beruniform lain menjalankan kerja menyelamat,” katanya.
Mazlan turut menasihatkan penduduk yang tinggal di tempat tinggi dan selamat tanpa terkena banjir supaya berada di kediaman bersama keluarga masing-masing dan tidak perlu keluar ke bandar atau tempat lain kecuali kecemasan.
“Nasihat ini berikutan keadaan hujan dan kenaikan paras air serta beberapa laluan ampuh menyukarkan kerja menyelamat sekiranya kenderaan terkandas di kawasan ditenggelami air,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Selenggara kenderaan, peka maklumat banjir dan elak layan scammer ketika banjir – Polis
Jerantut – Polis nasihati orang ramai sentiasa peka dengan maklumat berkaitan banjir, selenggara kenderaan masing-masing, rancang perjalanan dan elak melayan ‘scammer’.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, ketika ini anggota polis telah ditempatkan di kawasan sensitif banjir seperti di jalan ke Pulau Tawar dan perkampungan Gintong yang berdekatan dengan Sungai Pahang.
Ketua Polis Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan
“Orang ramai juga diharap memastikan kenderaan masing-masing dalam keadaan baik dan turut pastikan tayar ganti juga elok kerana keadaan cuaca tidak menentu jalan licin dan berlubang boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini.
“Diharap turut merancang perjalanan masing-masing dan memastikan elakkan melalui jalan yang mempunyai pohon besar yang boleh tumbang akibat angin kuat atau berlaku gelinciran tanah yang menutup sebahagian jalan raya,” katanya.
Jalan jerantut – Felda padang Piol, air mula melimpah di atas jalan di persimpangan jalan Ke Kampung Paya Garuk sedalam kira-kira 0.5 meter
Katanya, dalam keadaan mencabar sekarang, orang ramai elakkan melayan ‘scammer’, jangan cuba meminjam daripada peminjam wang yang tidak berlesen yang boleh menjerat diri kemudian.
“Pihak polis turut berkerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk memantau keadaan bekalan makanan dan keperluan harian agar tiada berlaku peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
Katanya, beberapa laluan dan rumah di kawasan rendah berdekatan pesisiran Sungai Pahang mula dinaiki air semula sejak pagi semalam dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka semula ekoran hujan berterusan selama 4 hari.
Sebuah rumah di kampung Paya Teh turut dinaiki air sedalam kira-kira 1.0 meter sejak dua hari lalu
Laluan ke Kuala Lipis tidak dapat dilalui kerana air mula naik berdekatan Jambatan Sungai Teh serta rumah di kawasan rendah dekat situ turut ditenggelami air setakat jam 7.00 petang, semalam.
Selain itu jalan ke Felda Padang Piol di persimpangan masuk ke Kampung Paya Garuk telah dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter, manakala laluan masuk ke Kampung Paya Garuk air telah naik sedalam kira-kira 2 meter dan ditenggelam air sejauh kira-kira 700 meter, trend air semakin naik.
“Walaupun dalam keadaan banjir, pastikan akur prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Banjir gelombang kedua datang semula dan menenggelamkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Tawar dan sekitar selepas berlaku banjir kali pertama pada 19 Disember yang lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah berkata, hujan berterusan selama 4 hari bermula di kawasan Hulu Tembeling pada 2 Januari yang membawa air Sungai Pahang mula melimpah di kawasan rendah.
Datuk Nazri Ngah berada di antara jalan ke SMK Pulau Tawar yang ditenggelami air sedalam kira-kira 0.5 meter
“Selepas siap urusan kerja, saya terus meninjau air banjir di jalan ke SMK Pulau Tawar dan ke Bukit Nikmat dan keadaan jalan di situ ditenggelami air, baru lagi proses pembersihan sudah dilakukan di SMK Pulau Tawar yang turut disertai Datuk Menteri Besar baru-baru ini.
“Tapi takdir menentukan segalanya, cuaca dan luruan angin monsun timur laut membawa angin dan hujan berterusan di bahagian timur semenanjung, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor menyebabkan berlaku banjir,” katanya, semalam.
Katanya, setakat hari ini, kawasan di Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4 , Kampung Sungai Siam, Persimpangan Jengka 8 dan sekitarnya masih keadaan selamat dan tidak dinaikki air.
Antara kawasan rendah yang ditenggelami air
“Kita berdoa agar keadaan kembali pulih dan banjir tidak berlarutan, penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir, diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga dan patuhi arahan daripada pihak berkuasa.
“Diharapkan semua penduduk peka dengan keadaan sekitar dan sentiasa siaap siaga, kita hanya berusaha, bersiap sedia, namun semua yang berlaku adalah ketentuanNya,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Penduduk menyelamatkan diri masing-masing daripada gangguan gajah
JERANTUT – Kejadian bunyi yang kuat dari arah sebuah rumah mengejutkan penduduk yang sudah tidur pada jam 11.00 malam untuk keluar rumah menyelamatkan diri masing-masing, semalam.
Dalam kejadian malam semalam, seekor gajah liar telah menceroboh ke penempatan Orang Asli etnik Bateq di Kampung Yong berdekatan Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.
Sebuah rumah Orang Asli etnik Bateq rosak akibat dirempuh seekor gajah liar yang menceroboh penempatan penduduk di Kampung Yong berdekatan Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut malam semalam. – Foto Penduduk Kampung Yong.
Sebelum itu, tiga malam berturut kehadiran haiwan liar itu ke kampung tersebut, kejadian malam ketiga adalah lebih dasyat dan lebih dekat dengan penempatan kampung itu.
Gangguan haiwan liar itu menyebabkan sebuah rumah penduduk rosak serta banyak barang makanan di dapur dimusnahkan dan berselerak di tanah berdekatan rumah dan beberapa pokok buah-buahan ditumbangkan.
Seorang penduduk Orang Asli etnik Bateq, Boyong a/l Boyong, 40-an, berkata, ancaman gajah itu menyebabkan sebuah rumah penduduk rosak, banyak peralatan serta barang dapur serta makanan berselerak di atas tanah.
“Di samping meninggalkan ketulan najis selepas haiwan ini beredar kembali ke hutan, kejadian pencerobohan gajah liar di kawasan penempatan penduduk di sini bukan kali pertama tetapi sudah beberap kali tetapi kali ini, haiwan itu sudah masuk ke kawasan perkampungan.
Barang makanan dan peralatan dapur milik Porang Asli etnik Bateq turut dirosakkan oleh seekor gajah liar yang menceroboh di Kampung Yong, Kuala Tahan, Jerantut, semalam
“Penduduk Orang Asli di sini terdiri daripada seramai antara 40 hingga 60 orang daripada 15 keluarga yang menetap di situ di samping ketika kejadian itu ada segelintir daripadanya telah berpindah ke tempat lain,” katanya.
Seorang penduduk kampung itu, Sahar a/l Ajib berkata, kejadian ini menyebabkan habis harta benda termasuk rumah mereka rosak sehingga terpaksa berpindah ke kawasan berdekatan seberang Sungai Tembeling dengan membina pondok sementara untuk mengelakkan gangguan gajah liar.
Katanya, dia berharap ada pihak berwajib dapat membantu mengatasi gangguan gajah liar itu bagi membolehkan penduduk kembali semula ke kampung ini dengan selamat dan selesa mencari rezeki.
“Mujur malam itu, saya sedar dan ternampak seekor gajah mula menceroboh lalu memberitahu orang lain supaya keluar bersama keluarga lari menyelamatkan diri masing-masing, diharap ada pihak berwajib dapat membantu mengatasi gangguan gajah liar ini bagi membolehkan penduduk kembali semula ke kampung ini dan selesa mencari rezeki.
“Sekarang, penduduk di sini takut untuk masuk ke hutan mencari sumber hutan seperti rotan, akar kayu dan pelbagai sumber lain kerana bimbang bertembung dengan haiwan ini,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kampung Bantal masih dinaiki air akibat hujan berterusan di kawasan hulu
JERANTUT : Penduduk pesisir Sungai Tembeling di Kampung Bantal, mukim Ulu Tembeling daerah ini masih berwaspada apabila banjir gelombang kedua yang melanda di kawasan penempatan masih bertahan dan tidak nampak tanda akan surut hari ini.
Penduduk Kampung Bantal memaklumkan pada jam 9 pagi hari ini keadaan air Sungai Tembeling masih bertahan selepas hujan turun di kawasan hulu sungai pada pukul 4 pagi hari ini.
Arus yang deras itu turut menghanyutkan kayu balak reput dan reba pokok besar turut membawa air melimpah masuk ke kawasan rumah, kedai kopi dan jeti bot penambang yang terletak di pesisir sungai pada jam 6 pagi semalam.
Penduduk Kampung Bantal, Jamizan Rasid berkata, petang semalam sudah ada tanda air akan surut, tetapi naik semula pada pukul 4 pagi hari ini kemungkinan hujan lebat berlaku di kawasan hulu sungai.
Paras air Sungai Tembeling kembali menaik ekoran hujan berterusan di kawasan Hulu Tembeling sejak semalam.
“Penduduk di sini masih berwaspada kerana air masih ke kawasan rumah, kedai kopi dan jeti bot penambang, manakala arus sungai sangat deras.
“Namun, penduduk yang tinggal di pesisir sungai ini sudah membuat persediaan rapi sekiranya kejadian banjir lebih buruk berasaskan amaran angin monsun luruan masih belum berakhir,” katanya di Kampung Bantal dekat sini hari ini.
Kejadian banjir yang bermula pada 17 Disember lalu menyebabkan air Sungai Tembeling melimpah masuk ke kawasan rumah, kedai kopi, kedai runcit dan pusat inap yang terletak di pesisir sungai tersebut kemudian berulang semula pada 30 Disember 2020 lalu.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!