331 Penghuni Sang Riang Terima Dos Penggalak
331 Penghuni Sang Riang Terima Dos Penggalak
BERA : Seramai 331 penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat sini, selesai menerima dos penggalak mereka, semalam.
Menurut Pengerusi rumah kebajikan itu, Yap Yoke Moey, proses suntikan dos penggalak dilakukan sekumpulan pegawai dan kakitangan kesihatan daerah di premis berkenaan bermula jam 9 pagi.
“Mereka sebelum itu memberi penerangan ringkas kepada semua penghuni mengenai kepentingan dos penggalak dalam membendung penyebaran virus COVID-19, terutamanya mutasi dikenali Omicron yang sangat bahaya dan mudah merebak,” katanya.
Yoke Moey berkata, proses suntikan berjalan lancar dan tidak ada penghuni yang mengalami kesan sampingan yang teruk selepas menerima dos penggalak mereka.
Katanya, langkah memberikan dos penggalak kepada warga emas diharap dapat membantu menambahkan sistem perlindungan anti bodi mereka daripada dijangkiti virus terbabit.-SAHIH