KETUM BOLEH GUNA DAN JUAL SECARA SAH, THAILAND KELUARKAN KETUM DARI SENARAI DADAH HARAM
Thailand telahmengeluarkan ketum dari senarai dadah yang diharamkan di negara itu.
Ketum atau dikenali sebagai kratom oleh masyarakat Thailand merupakan sejenis daun tropika yang digunakan untuk tujuan perubatan. Ia turut digunapakai di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara dan Papua New Guinea.
Ketum atau nama saintifiknya Mitragyna Speciosa dikatakan berfungsi sebagai ubat tahan sakit, namun dikatakan merbahaya oleh kebanyakan pengamal perubatan di dunia.
Di bahagian selatan Thailand, masyarakat muslim di sana menggunakan ketum untuk mengurangkan sakit bersalin secara alami.
Menurut jurucakap kerajaan Thailand Anucha Burapachaisri, perubahan dalam undang-undang ini bermaksud, orang awam boleh mengguna dan menjual ketum secara sah di Thailand, lapor AFP
Pada tahun 2019, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ubat-ubatan berasaskan marijuana. Kerajaan Thailand turut melabur dalam industri pembuatan minyak kanabis untuk tujuan perubatan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Satu lagi kejayaan projek Infra Rakyat Demi Ke Arah Kesejahteraan Rakyat
PEMBUKAAN LALUAN PERSEKUTUAN FT366 JALAN TEMIANG – PANTAI, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARI PERSIMPANGAN LALUAN FT86 KE JALAN PENGHUBUNG INTERCHANGE TEMIANG, LEKAS
Jalan Persekutuan FT366 Jalan Temiang-Pantai akan dibuka kepada pengguna jalan raya pada 26 Ogos 2021 jam 11.00 pagi.
Projek Jalan Temiang-Pantai FT366 sepanjang 7.44kilometer ini merupakan laluan baru yang bermula dari Persimpangan Laluan FT86 (Jalan Seremban-Kuala Klawang-Simpang Pertang) dan berakhir di jalan penghubung menghala ke Persimpangan Bertingkat Temiang, Lebuhraya LEKAS.
Pembukaan jalan baru ini mampu memberi kelebihan berikut:
a) memendekkan jarak perjalanan dari Laluan FT86 ke Lebuhraya LEKAS sebanyak 4.50 kilometer.
b) Pembukaan laluan baru FT366 ini, secara keseluruhannya akan menyambungkan laluan masuk utama Koridor Seremban Utara dari Persimpangan Bertingkat Temiang ke Laluan FT86.
c) Laluan ini dijangka mampu menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah dan meningkatkan potensi pembangunan di kawasan sekitar.
Skop projek
Skop utama bagi pembinaan jalan ini melibatkan pembinaan jalan baharu empat (4) lorong dua (2) hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 1.60 kilometer.
pembinaan jalan baharu dua (2) lorong dua (2) hala mengikut piawaian JKR R5 sepanjang 5.84 kilometer
satu (1) persimpangan bulatan
tiga (3) buah jambatan
satu (1) persimpangan di Jalan Pantai, FT86
Projek ini telah berjaya disiapkan pada 23 Julai 2021, iaitu awal 17 hari dari tarikh siap sebenar pada 9 Ogos 2021.
Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Pengarah Projek, Pihak Kontraktor, Perunding dan semua agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.
Diharapkan dengan pembukaan laluan, ianya akan dapat memberi manfaat kepada semua pengguna.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LEPAS 30 TAHUN ‘BAYI’ KULIT ALBUM SAMAN NIRVANA, TUNTUT RM631,500 SETIAP ANGGOTA
NEW YORK – Bayi pada kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal di Nirvana kini sudah dewasa.
Setelah 30 tahun berlalu, dia kini membuat tuntutan terhadap kumpulan atas kumpulan rock terkenal itu alasan eksploitasi seksual kanak-kanak.
Lelaki berkenaan Spencer Elden mendakwa dia adalah bayi yang berbogel di kolam renang pada kulit album Nirvana yang diterbitkan pada tahun 1991 itu.
Menurut laporan TMZ, dalam tuntutannya Elden mendakwa dia tidak bersetuju gambar tersebut digunakan pada album pada ketika itu kerana dia hanya bayi berusia empat bulan.
Malah dikatakan penjaga Elden juga tidak membenarkannya.
Elden dalam tuntutan samannya mendakwa gambar itu sebenarnya adalah eksploitasi pornografi kanak-kanak. Dia juga mendakwa kumpulan rock itu berjanji untuk menutup kemaluannya dengan pelekat tetapi perkara itu tidak terjadi sehingga album tersebut dikeluarkan.
Menurut dokumen tersebut, Elden mendakwa Kurt, Dave Grohl dan anggota kumpulan yang lain gagal melindungi dan menghalangnya daripada dieksploitasi secara seksual.
Malah Elden mendakwa tubuh bogelnya semasa kecil terpampang pada kulit album tersebut menyebabkan dia mengalami ‘kerosakan’ seumur hidup.
Elden membuat tuntuan ke atas ahli kumpulan terkenal itu, harta tanah Kurt Cobain dan lain-lain untuk ganti rugi hanya selepas tiga dekad album tersebut diterbitkan.
Lelaki itu juga difahamkan menuntut USD150,000 iaitu bersamaan RM631,500 setiap anggota Nirvana.
TMZ dalam laporannya cuba menghubungi wakil untuk harta tanah Nirvana dan Kurt namun sehingga kini tidak mendapat jawapan berhubung isu tersebut.
Nirvana adalah kumpulan rock Amerika yang ditubuhkan di Aberdeen, Washington pada tahun 1987.
Kumpulan tersebut dianggotai penyanyi dan pemain gitar Kurt Cobain, pemain drum Dave Grohl dan basis Krist Novoselic. Kurt meninggal dunia pada 5 April 199,lapor TMZ
‘Nevermind’ adalah album kedua kumpulan tersebut yang diterbitkan pada tahun 1991 mengandungi lagu-lagu popular iaitu Smells Like Teen Spirit dan Come as You Are.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seperti biasa sejak dari dulu jika ada isu yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya. Jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya. Apakah kita sekarang ini dibawah Kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.
Dalam soal Tulisan Khat dan Tulisan Jawi ini walau Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat jelas seperti “Keputusan mengenai Khat adalah muktamad”, seharusnya tidak lagi timbul pertikaian dari Dong Zong serta Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP kerana ia merupakan keputusan kerajaan yang diwakili juga oleh DAP. Kenapa lagi perlu petisyen dan sebagainya. Mereka sengaja mengaitkan isu jawi dengan ugama sedangkan jawi hanya tulisan arab dan Khat pula merupakan seni tulisan.
Seperti yang kita tahu bahawa Dong Zong merupakan salah satu Hua Tuan (Persatuan-Persatuan Cina Utama Malaysia) dari lebih 2065 persatuan cina yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan di dalam Dokumen Siqiu. Pelbagai tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu Bumiputera Islam. Pelbagai perkara dalam perlembagaan cuba mereka ubah dan hapuskan untuk melenyapkan hak istimewa Orang Melayu.
Setiap perkara yang berkaitan Orang Melayu menjadi masalah kepada Dong Zong. Apakah Dong Zong ini “Pelampau Cina” yang menjadi “Tangan Jahat” bagi pihak Bangsa DAP? Apakah Tulisan Khat yang menjadi sebahagian dari budaya Orang Melayu Islam seawal 1303 (Batu Bersurat Terengganu) itu dilihat sebagai ancaman kepada Bangsa DAP? Apakah Dong Zong lupa bahawa Malaysia ini Tanah Melayu dan Majoritinya juga Melayu Islam?
Dalam cadangan Kerajaan era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini untuk mewujudkan satu Sekolah Wawasan dimana Sekolah Kebangsaan,SJK(C) dan SJK(T) dikumpulkan dalam satu kampus ditentang oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya melayu diterapkan kepada anak-anak mereka nanti.
Antara tuntutan lain Dong Zong yang ada dalam Siqiu ialah menuntut agar sistem kuota di universiti ,penjawat awam,pinjaman dan bantuan pelajaran dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau berasaskan kebolehan dan pencapaian.
Dong Zong juga merupakan pemain utama dalam menggesa Kerajaan mengiktiraf Sijil UEC dan juga seawal pemerintahan kerajaan DAP-PH, Dong Zong menggesa agar bantuan kerajaan disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Persendirian Cina (Menengah dan Rendah) dan kerajaan DAP-PH secara terus merealisasikan tuntutan Dong Zong ini apabila memasukkan Sekolah Persendirian Cina sebanyak 60 sekolah dengan peruntukan RM12 juta dibawah peruntukan SJK(C) sebanyak RM50 juta yang berada diluar sistem atau dasar Pendidikan Negara sebagai sekolah yang mendapat peruntukan kerajaan dan secara tidak langsung ianya bertentangan dengan dasar kerajaan. Ini juga merupakan tuntutan yang ada dalam Siqiu.
Tuntutan Dong Zong bukan lagi tuntutan tetapi seolah suatu perkara yang harus diutamakan dalam Kerajaan DAP-PH hari ini.Untuk kepentingan mereka semuanya lulus dan “OK” tetapi apabila sampai kepada Orang Melayu Islam dalam bab Tulisan Khat pun mereka menentang dan bersuara lantang dengan pelbagai cara.
Saya ingin memberikan ingatan kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang junjung hari ini. Ini Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam. Jangan dek kerana sikap Dong Zong terlalu lantang ini bakal mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu. Dong Zong jangan jadi “Pelampau Cina” yang akhirnya membakar kemarahan Orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum.
Saya amat setuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu saya mencabar kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong atas dasar menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam senarai negara bergolak atau negara yang tidak selamat apabila berlaku pertembungan etnik, kaum dan agama. Negara pasti tidak aman jika Dong Zong terus dibenarkan bersuara lantang. Dong Zong harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras budayanya juga adalah Melayu. Pasti api kebangkitan Melayu Islam bisa saja membakar setiap kulit Chauvinist yang tidak sedar di mana bumi dipijak dan langit mana yang mereka junjung.
Sumber – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah anak kepada seorang ulamak, Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin ( 1902 – 1975 )
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin Bin Muhammad. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menuntut ilmu sepenuhnya dengan ulama besar Muar iaitu Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hasan al-Muari.
Beliau telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu seperti Faridatul Faraid. Qadhi Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau.
Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting selepasnya. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Azman Bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor.
Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar jugalah amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah :
Sekolah Menengah Mohd Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar. Sekolah ini adalah merupakan sekolah persendirian yang diasaskan beliau
Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri
Beliau meninggal dunia ketika berusia 73 tahun dan dimakamkan di Muar, Johor.-SAHIH
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
Sumber – Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah
Kredit : Tengku Yusuff
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMPOH MATANG SELEPAS DI VAKSIN YANG HARUS KITA BUAT
Tempoh matang Antibodi mengikut jenis vaksin, selepas lengkap dos suntikan:
1. AstraZeneca (14 hari selepas suntikan dos ke-2).
2. PfizerBiontech (7 hari selepas suntikan dos ke-2).
3. Sinovac (14 hari selepas suntikan ke-2).
4. Sputnik V (21 hari selepas suntikan dos Pertama).
5. Moderna (14 hari selepas suntikan dos ke-2).
Tahukah kita, antara penyumbang terbesar kes jangkitan Covid19 masa ini adalah dari golongan penerima vaksin yg telah melengkapi dos suntikan vaksin..? Mengapa ini berlaku..? Ini disebabkan mereka tidak tahu & tidak melaksanakan langkah-langkah tersebut, selepas lengkap menerima dos suntikan vaksin.
Penerima dos lengkap suntikan vaksin, sebenarnya; perlu atau hendaklah mengambil tindakan Kuarantin Kendiri selepas suntikan.
Tindakan ini amat perlu kerana, selepas terima suntikan vaksin, Antibodi kita akan menjadi lemah, bagi suatu tempoh, mengikut jenis vaksin yg diterima. Oleh hal yg demikian, selama tempoh tersebut, sistem imun atau pertahanan tubuh badan, sangat terdedah kepada ancaman virus/bakteria, & dengan mudah boleh dijangkiti.
Oleh sebab itu, penerima dos suntikan vaksin perlu meng- kuarantin kendiri, mengikut tempoh & jenis vaksin yg diterima & menunggu sehingga Antibodi kembali pulih sepenuhnya & bersedia menjalankan fungsinya sebagai perisai kepada sistem pertahanan tubuh badan & pemusnah; dgn meneutralkan virus atau bakteria yg masuk ke tubuh kita. Itu sahaja.
Jika anda sayangi keluarga anda, praktikkanlah kuarantin kendiri selepas terima dos pelengkap suntikan, mengikut tempoh & jenis vaksin yg anda terima.
Semoga bermanfaat kepada semua.
Sharing is caring.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ICELAND: Setiap kali tiba musim panas, sekitar 400 pemburu akan menjelajah sebuah pulau kecil terpencil di Teluk Breizafjour, Iceland bagi mencari bulu itik termahal di dunia.
Pemburuan bulu paling berharga itu diadakan hampir setiap tahun selama lebih dari ribuan tahun.
Eiderdown merupakan bulu itik kutub Eider adalah antara serat semula jadi yang paling panas di bumi sejak sekian lama.
Mereka menggunakan bulu tersebut untuk membuat selimut terbaik yang dapat dijual.
Sekilo Eiderdown dijual dengan harga ribuan dolar kerana bulu itu hanya digunakan untuk menghasilkan produk mewah.
Itik Eider mengeluarkan barang berharga dari payu daranya dan digunakan untuk melapisi sarangnya bagi melindungi mereka semasa menetas, lapor Agensi
Sarang inilah yang diburu semasa pemburuan Eiderdown setiap tahun.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ASTEROID SEBESAR STADIUM BAKAL MELINTASI HAMPIR DENGAN BUMI PADA 24 JULAI INI
AMERIKA SYARIKAT – Sebuah asteroid yang dianggarkan besarnya menyamai saiz sebuah stadium bolasepak dilaporkan akan melintasi begitu hampir dengan bumi pada 24 Julai ini nanti.
Asteroid yang dinamakan oleh Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) sebagai 2008 GO20 itu yang juga dianggarkan 3 kali ganda lebih besar daripada monumen Taj Mahal akan melintasi Bumi pada kelajuan 18,000 batu /jam atau bersamaan dengan kelajuan 28968.192 km/jam.
Berdasarkan kepada kiraan NASA, Asteroid 2008 GO20 itu akan melintasi Bumi pada jarak 0.04 au (astronomical unit) atau bersamaan dengan 3,718,232 batu (5983914.35980800074 km) dari bumi.
Tetapi NASA menjangkakan, 2008 GO20 tidak akan menghampiri bumi kurang dari 2,605,509 batu (4193160.2761 km).
Kapsyen: Kredit: NASA
Sungguhpun jarak asteroid itu memberikan gambaran yang ia masih jauh dari Bumi, tetapi NASA tetap mengklasifikasikan 2008 GO20 sebagai objek yang amat hampir dengan bumi, lapor NASA.
Sebagai perbandingan, jarak antara bumi dengan bulan adalah sejauh 238,606 batu (383999.1345 km).
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tinjauan mendapati lebih raya menghala ke Utara lengang
Tiada kenderaan yang sibuk untuk balik ke kampung, berikutan kes wabak Covid-19 yang semakin naik
Terbaik rakyat Malaysia ini adalah perkembangan yang terbaik mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – SAHIH
PLUS@E1&E2 : Trafik lengang di lebuh raya menghala Utara.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Lukut – Balai Polis Lukut ditutup sementara bermula hari ini akibat penularan COVID-19 dalam kalangan anggotanya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, notis penutupan bermula jam 10.30 pagi hari ini.
Balai Polis Lukut beri notis penutupan sementara bermula 10 Julai hingga 16 Julai ini oleh Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson berikutan tiga anggota Balai Polis Lukut positif COVID-19 selain untuk proses sanitasi.
Susulan itu, semua proses pentadbiran serta lain-lain dihentikan sementara.
Orang ramai yang perlu berurusan dengan Balai Polis Lukut dalam tempoh ini diminta ke Balai Polis Port Dickson atau balai polis berhampiran.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan IPD Port Dickson di talian 06-6462999 atau 06-6472222.
Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson Polis Daerah Port Dickson-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!