Fakta Mengenai Gula Putih & Gula Perang Yang Korang Kena Tahu

Gula adalah salah satu bahan utama dalam masakan dan minuman. Boleh dikatakan setiap sajian makanan dan minuman mesti ada gula, walaupun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya sesudu kecil gula dimasukkan.

Oleh itu, pengambilan gula perlu dikawal seminimum, kurang daripada lima sudu teh sehari untuk kurangkan risiko menghidapi pelbagai penyakit.

Sekarang pengambilan gula perang semakin popular. Tapi tahukah anda apa perbezaan gula perang dengan gula putih?

Ramai yang bertanggapan gula perang lebih baik daripada gula putih. Betul ke? Fakta atau mitos?

Jom tengok fakta yang ramai tak tahu mengenai gula perang dengan gula putih.

Cara Menghasilkan Gula Perang dan Gula Putih

Gula perang dan gula putih diperbuat daripada tebu yang diekstrak dan dipanaskan menjadi molasses. Pemprosesan gula perang lebih ringkas berbanding gula putih. Ia menjadikan gula perang mempunyai kandungan molasses lebih tinggi dan menghasilkan warna perang yang asli.

Warna Gula Berbeza

Sebenarnya gula perang dan gula putih tidak memberikan kesan terhadap kesihatan. Tetapi kedua-dua jenis gula ini memberi perbezaan dari segi rasa, warna dan tekstur. Indeks glisemik (GI) terhadap kedua-dua gula ini tidak memberi perbezaan yang ketara.

Kegunaan Untuk Memasak

Untuk memasak, gula perang dan gula putih akan memberi rasa yang berbeza. Perbezaan dari segi kelembapan, warna, tekstur, rasa dan hiasan pada makanan.

Kegunaan gula perang dijadikan sapuan seperti sos gula pada kek untuk nampak lebih menarik dan berkilat. Biasanya gula perang digunakan untuk membuat kek, biskut dan kuih untuk lebih dapatkan teksture lembap dan pejal. Jika gula putih digunakan untuk membuat kek dan biskut, hasil masakan akan jadi kembang, rapuh dan ringan.

Nutrisi

Gula perang yang dicampurkan dengan molasses akan menjadi sumber tenaga dan mineral yang menyebabkan nutrisi bertambah berbanding gula putih. Penambahan nutrisi termasuk kandungan kalsium, zat besi dan potassium.