Gula adalah salah satu bahan utama dalam masakan dan minuman. Boleh dikatakan setiap sajian makanan dan minuman mesti ada gula, walaupun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya sesudu kecil gula dimasukkan.
Oleh itu, pengambilan gula perlu dikawal seminimum, kurang daripada lima sudu teh sehari untuk kurangkan risiko menghidapi pelbagai penyakit.
Sekarang pengambilan gula perang semakin popular. Tapi tahukah anda apa perbezaan gula perang dengan gula putih?
Ramai yang bertanggapan gula perang lebih baik daripada gula putih. Betul ke? Fakta atau mitos?
Jom tengok fakta yang ramai tak tahu mengenai gula perang dengan gula putih.
Cara Menghasilkan Gula Perang dan Gula Putih
Gula perang dan gula putih diperbuat daripada tebu yang diekstrak dan dipanaskan menjadi molasses. Pemprosesan gula perang lebih ringkas berbanding gula putih. Ia menjadikan gula perang mempunyai kandungan molasses lebih tinggi dan menghasilkan warna perang yang asli.
WarnaGula Berbeza
Sebenarnya gula perang dan gula putih tidak memberikan kesan terhadap kesihatan. Tetapi kedua-dua jenis gula ini memberi perbezaan dari segi rasa, warna dan tekstur. Indeks glisemik (GI) terhadap kedua-dua gula ini tidak memberi perbezaan yang ketara.
Kegunaan Untuk Memasak
Untuk memasak, gula perang dan gula putih akan memberi rasa yang berbeza. Perbezaan dari segi kelembapan, warna, tekstur, rasa dan hiasan pada makanan.
Kegunaan gula perang dijadikan sapuan seperti sos gula pada kek untuk nampak lebih menarik dan berkilat. Biasanya gula perang digunakan untuk membuat kek, biskut dan kuih untuk lebih dapatkan teksture lembap dan pejal. Jika gula putih digunakan untuk membuat kek dan biskut, hasil masakan akan jadi kembang, rapuh dan ringan.
Nutrisi
Gula perang yang dicampurkan dengan molasses akan menjadi sumber tenaga dan mineral yang menyebabkan nutrisi bertambah berbanding gula putih. Penambahan nutrisi termasuk kandungan kalsium, zat besi dan potassium.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Zaman sekarang telefon pintar adalah satu keperluan. Bukan sahaja untuk menghubungi orang lain, malah dengan telefon pintar akan memudahkan banyak urusan seperti bayaran bil, urusan bank dan sebagainya.
Mungkin urusan penting adalah untuk mereka yang betul-betul memerlukan tetapi ada sesetengah orang ketagih dengan penggunaan telefon pintar.
Sebenarnya masalah ketagih telefon pintar bukan masalah biasa, ia sudah menjadi semakin parah dan merupakan satu masalah global.
Laporan daripada MailOnline, penyelidik dari Universiti McGill, Kanada, menjalankan kajian data penggunaan telefon pintar ke atas 34,000 peserta daripada 24 buah negara bermula pada tahun 2014 hingga 2020.
Hasil kajian yang dijalankan, negara China adalah menduduki tangga teratas sebagai ketagiahan menggunakan telefon pintar, manakala Arab Saudi di tangga kedua.
Bagaimanapun, Amerika Syarikat berada di tangga ke lapan belas walaupun negara tersebut adalah ‘hub‘ kepada media sosial dan teknologi paling popular seperti Facebook dan Apple.
Malaysia pula berada di tangga ketiga dalam senarai ketagihan menggunakan telefon pintar di dunia. Jelasnya, Malaysia adalah salah satu negara yang mempunyai masalah tegar dalam penggunaan telefon pintar dan terlalu bergantung kepada telefon pintar.
Kajian ini dikongsi menerusi jurnal Computer in Human Behaviour dan fokus kepada pengguna yang berusia 15 tahun hingga 35 tahun dengan purata umur 28.8 tahun dan majoriti adalah wanita.
Masalah ketagihan telefon pintar menyebabkan punca kesihatan pada mata, otak, kesihatan mental dan fizikal. Ini juga akan mempengaruhi kesihatan dalaman kanak-kanak jika penggunaan telefon pintar tidak dikawal dari awal.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pada suatu ketika dahulu di Tanah Melayu, telah ditempatkan seorang mamat British yang bernama Sir Richard Olaf Winstedt atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt.
Beliau ni merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentadbir koloni dengan kemahiran Malaya British.
Dalam tahun 1902 Sir Richard Olaf Winstedt telah menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu dan ditempatkan di negeri Perak. Di situlah dia belajar dan memahami bahasa dan budaya orang Melayu.
Si mat saleh ni sebenarnya mempunyai satu sifat buruk. Perangai tak semenggah bak kata orang kampung aku. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri di Tanah Melayu ni, dia tak buat pun kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu untuk belajar mengenai manuskrip lama dan ilmu warisan orang melayu.
Jadi atas ‘usaha’ dan ‘kerajinan’ beliau, pada 1909 dia akhirnya telah berjaya menulis dan menghasilkan satu jurnal ‘Ilmu Memanggil Puntianak’. Ayat seruan ini didapati hasil daripada penemuan beliau pada manuskrip lama milik Dato’ Amarabangsa Wiraja. Wijaya yang merupakan seorang pawang yang amat terer lagi hebat dari Temenggor, sekitar tahun 1850.
*Siapa yang berani boleh lah baca.
Sumber dari google dan blog.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pingu, watak penguin yang paling terkenal dalam kalangan masyarakat tak kira la yang kanak kanak hingga la yang dewasa pun ada yang masih lagi meminati cerita Pingu ni.
Pingu bermula apabila seorang warga Jerman yang bernama Otmar Gutmann yang juga seorang pengarah dan juruanimasi membuat ‘stop motion’ dari tanah liat. Pembikinan cerita Pingu ni bermula sekitar tahun 1980an, tayangan Pingu ini bermula pada 28 May 1986 hingga 3 March 2007
Dia mencipta karakter Pingu ini yang diterbitkan sebanyak 156 episod selama 6 siri. Badut Itali yang terkenal iaitu Carlo Bonomi menggunakan suaranya selama 4 siri yang pertama.
Dia menggunakan bahasa yang dituturkan melalui bunyi yang dikenali sebagai Grammelot dan dari situ Pingu menggunakan teknik yang sama untuk membuat bahasa mereka sendiri yang dikenali sebagai Penguinese.
Cerita Pingu ini menggunakan teknik stop motion, satu teknik yang menggerakkan satu pergerakan dan gambar akan diambil kemudiannya disunting menjadi satu cerita. Mereka akan berulang kali untuk membuat gerakan tersebut supaya hasilnya kelihatan lancar.
Bahasa Penguinese ni mengeluarkan bunyi yang tersendiri seperti Noot Noot yang cukup sinonim dengan Pingu itu sendiri. Pingu yang berkisarkan sebuah keluarga pinguin di Antartika hidup dan bekerja di benua ais tersebut.
Watak Pingu merupakan watak utama dalam cerita tersebut dan watak sampingan seperti Pinga yang juga adik kepada Pingu serta rakan baiknya Robby yang merupakan seekor anjing laut.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tahun 1960an : Keberangkatan DYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ke Temerloh .. baginda sedang meninjau tapak untuk dibina Bangunan Majlis Bandaran Temerloh ( Kini Dewan Tun Razak )
Tahun 1960an : Jambatan akan ditarik apabila paras air Sungai Pahang telah hampir mencecah lantai jambatan.
Jambatan lama dilihat dari sudut arah Temerloh ke Maran
Feri yang membawa kenderaan berat menyeberangi Sg. Pahang
Kenderaan Tentera British sedang menyeberangi Sg. Pahang dengan menaiki feri . disebelah kiri kelihatan keadaan asal bahagian tengah jambatan yang ketika itu belum roboh dihanyutkan air bah.
Tahun 1960an : Apabila jambatan tenggelam maka semua kenderaan yang datang dari arah Maran nak ke Temerloh terpaksa menaiki feri ni.
Tahun 1960an : Bas Maran iaitu bas Syarikat Maran Transport Berhad juga terpaksa menaiki feri ini untuk sampai ke Bandar Temerloh
Tahun 1963 : Jalan Tengku Bakar .. kesibukan pada hari lawatan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Dari Jalan Haji Ahmad Shah ke Jalan Tan Sri Yahaya suatu ketika dahulu .. dihadapan simpang terdapat satu papan iklan tayangan wayang gambar Panggung Wayang Seri Semantan. Kelihatan lorong disebelah bangunan kedai kayu yang ditengah itu masih kekal sampai kehari ini. Bangunan kayu tersebut kini adalah Kedai buat papan iklan Berserk
Masjid lama Bandar Temerloh atau Masjid lama Bandar Mentakab? Siapa diantara kita yang dapat membuat pengesahan .....
Tahun 1945 : Taman Kenangan Temerloh .. dibelakang kelihatan kawasan berbukit dimana terletaknya Istana Seri Udara
Pekan Sari Temerloh suatu ketika dahulu ... cuba anda teka dimana lokasi ini sekarang?
Jambatan Temerloh
Dalam tahun 1971, jambatan lama Temerloh yang merintangi Sungai Pahang telah musnah akibat dilanda banjir besar Temerloh.
Atas tujuan pembinaan baru, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah membina sebuah jambatan berukuran panjang 575-m menggantikan jambatan lama. Jambatan baru dikenali dengan Jambatan Sultan Ahmad Shah FT2.
Jambatan Sultan Ahmad Shah lebih tinggi dari jambatan lama, membentuk jambatan kelas pertama untuk tujuan penukaran laluan di Pahang menghubungkan Jalan Persekutuan 10. Projek jambatan baru termasuklah jalan baru menghubungkan Temerloh dan Mentakab, menyebabkan jalan lama seksyen Temerloh-Mentakab digazetkan sebagai Jalan Persekutuan 87.
The construction of the Sultan Ahmad Shah Bridge was completed in 1974.
Pekan Sari Temerloh
Setelah penempatan baru dibuka seberang Kuala Sg Semantan oleh Panglima Bagus dari Perak yang berkahwin dengan anak perempuan keturunan Tuk Suji Bilang, dari semasa kesemasa semakin ramai peniaga samada penduduk tempatan atau peniaga luar yang menggunakan Sg Pahang menjadikan tebing Sg Semantan ( Temerloh Explande ) sebagai tempat pertukaran barangan (berniaga).
Aktiviti ini dipercayai bermula sekitar awal tahun 1800an dengan ketibaan orang Kampar yang terkenal sebagai peniaga yang gigih. Kemajuan pusat perniagaan ini sebagai pusat perniagaan termaju di pendalaman semenanjung sehingga matawang sendiri dinamakan nukud semantan telah digunakan dan dikuatkuasakan.
Begitulah sejarah awal pekan sehari temerloh yang kini dipercayai telah berusia lebih 250 tahun.- SAHIH
Rujukan : KELAB TEMERLOH KOI, portal Negeri pahang .
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Mari kita mengenali Definisi dos primer, dos tambahan dan dos penggalak
🔵 Dos Primer (Primary series)
👉Merupakan bilangan dos lengkap yang perlu diterima oleh individu yang layak bagi mendapatkan rangsangan imun yang optima
👉Contohnya dos primer untuk vaksin Comirnarty, CoronaVac dan AstraZeneza terdiri daripada dos pertama dan dos kedua manakala bagi vaksin Convidecia ( CanSino) dan Janssen terdiri daripada satu dos sahaja.
🟢Dos tambahan
👉🏽 Dos tambahan merupakan dos vaksin yang diberikan selepas menerima vaksin dos primer untuk mendapatkan rangsangan imun yang optima.
👉🏽Dos tambahan perlu diberikan kepada individu tertentu yang layak sebagai sebahagian daripada dos primer.
🟤 Dos penggalak
👉🏿Dos penggalak merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang telah mendapat rangsangan imun yang optima tetapi tahap imuniti menurun selepas 6 bulan menerima dos primer lengkap.
Rujukan: Interim statement on booster doses for COVID-19 vaccination, 4 Oktober 2021 oleh World Health Organization) -SAHIH
KKM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KENALI Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. . Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam. . Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi. . Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. . Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
. Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. . Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. . Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
. Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. . Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. . Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ . Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50. .
HARI PENGGANTUNGAN
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. . Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya. . Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
. ‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. . Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. ‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya,banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel. . Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik. . Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. . Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi . isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. . Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
. ‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. . ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. . Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. . ‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan . bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MEMBIMBANGKAN – KES BAHARU 6,148 DAN R-NAUGHT MENINGKAT
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,148 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,448,372.
Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 21.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.
Sehingga semalam, R-naught untuk negara – formula untuk mengukur tahap penularan Covid-19 – telah mencapai 0.91, meningkat daripada 0.86 pada 21 Okt.
Walau bagaimanapun, selagi R-naught kekal kurang daripada 1.00, angka itu menunjukkan bahawa penyebaran Covid-19 semakin berkurangan.
Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah merekodkan R-naught di atas 1.00.
Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Terengganu (+55.2 peratus).
Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.
Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 26) di mana 5,726 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (929) Sarawak (713) Kelantan (685) Sabah (565) Johor (488) Pulau Pinang (378) Kedah (346) Kuala Lumpur (339) Terengganu (292) Perak (257) Melaka (253) Pahang (219) Negeri Sembilan (199) Putrajaya (37) Perlis (23) Labuan (3)
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kisah Sejarah Melayu dan BANGSA NUSANTARA JAYA (Sejarah, Peristiwa, Kegemilangan, Senibina & Budaya)
SEBAHAGIAN manuskrip alam Melayu yang tersimpan rapi di luar negara.
Ribuan manuskrip alam Melayu dikatakan bernilai puluhan juta ringgit tersimpan di beberapa lokasi di seluruh dunia.Antaranya ialah di British Library, London, United Kingdom; Muzium Topkapi, Istanbul, Turki; Muzium Leiden, Belanda selain Portugal.
Manuskrip alam Melayu ini terdiri daripada pelbagai kategori, antaranya hikayat cerita Melayu, undang berkanun ketika era kegemilangan Melaka sehingga kepada surat rasmi raja-raja.
Menerusi arkib digital di British Library, wartawan menemui lebih 100 naskhah manuskrip pelbagai bidang termasuk kanun bertulis, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah serta surat daripada kesultanan Melayu kepada pembesar luar.
Arkib digital berkenaan kini boleh diakses secara percuma dengan memasukkan kata kunci ‘Jawi’ dan semua bahan manuskrip berkenaan ditulis dalam bahasa Jawi dan ada juga dalam bahasa Arab.
Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah berkata, semua manuskrip berkenaan tersimpan di beberapa negara dan ia cukup terpelihara.
Menurutnya, tahap nilai sesebuah manuskrip itu diukur menerusi isi kandungannya, siapa pengarangnya dan usia manuskrip berkenaan.
Beliau berkata, setiap manuskrip itu akan memberi gambaran kepada kehidupan masyarakat, teknologi serta pengetahuan ketika ia ditulis.”Kebanyakan manuskrip ini berusia antara 200 hingga 700 tahun termasuk manuskrip besar seperti Sejarah Melayu serta kitab-kitab awal berkaitan agama Islam.
“Kitab-kitab berkaitan hukum hakam agama ini kebanyakannya ditulis oleh ulama Nusantara sebelum manuskrip berkenaan dibawa ke negara luar untuk simpanan serta kajian.
“Saya kira, terdapat ribuan manuskrip alam Melayu masih berada di beberapa negara seperti United Kingdom dan Belanda ketika era kolonial dahulu,” katanya kepada Metro Ahad.
Dr Mohd Syukri berkata, wujud juga simpanan manuskrip yang besar di Muzium Topkapi kerana alam Melayu mempunyai pertalian sejarah dengan kerajaan daulah Uthmaniyyah.
“Sebenarnya, terdapat ribuan lagi manuskrip Melayu yang masih tersimpan dan tidak keterlaluan jika saya menganggarkan puluhan ribu.
“Ada manuskrip yang masih belum dikatalogkan lagi oleh penyimpan seperti muzium di sesebuah negara.
Pengkaji tempatan memerlukan kaedah khusus untuk melaksanakan kajian terhadap khazanah kita.
“Jika ada rundingan di peringkat kerajaan kepada kerajaan (G2G), pastinya kita dapat membawa pulang sebahagian besar manuskrip ini namun kita tidak begitu agresif ke arah objektif berkenaan,” katanya.
Gesa wujud Pusat Manuskrip Melayu
Pusat Manuskrip Melayu perlu diwujudkan bagi memartabatkan sejarah warisan bangsa sekali gus menyangkal dakwaan bahawa bangsa Melayu lemah dan ketinggalan.
Itu cadangan Pengerusi Majlis Penasihat Peradaban Melayu, Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar berhubung ribuan manuskrip alam Melayu yang bertebaran di seluruh dunia.
Abdul Latiff berkata, sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan satu institusi khusus yang mengumpul, menyimpan serta melaksanakan kajian berhubung manuskrip lama.
“Saya sendiri pernah melihat beberapa manuskrip alam Melayu yang tersimpan di beberapa negara luar dan ia satu perasaan yang amat menggembirakan apabila melihat ketinggian warisan Melayu suatu ketika dulu.
“Wujud beberapa kaedah untuk kita bawa pulang manuskrip ini, antaranya jika tidak boleh kita ambil manuskrip asal, mungkin kita boleh buat salinan atau menerusi simpanan digital.
“Semua manuskrip ini perlulah diletakkan di suatu institusi khusus dan untuk itu saya berpandangan bahawa kewujudan Pusat Manuskrip Melayu adalah sangat penting,” katanya.
Beliau berkata, pusat berkenaan perlu juga mendapat kerjasama daripada Perpustakaan Negara (PNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memiliki kepakaran dalam pengkajian manuskrip.
Menurutnya, setiap manuskrip ini mempunyai nilai tersendiri termasuklah cerita rakyat yang turut tersimpan di negara luar kerana setiap ciri berkenaan memberi gambaran kehidupan masyarakat ketika itu.
“Saya juga amat yakin, banyak lagi manuskrip yang mungkin tidak dikatalogkan di beberapa muzium utama dunia seperti di Belanda, Itali dan United Kingdom.
“Kita bukan mahu menubuhkan pusat ini untuk berbangga dengan sejarah lalu, namun sejarah lalu memberi gambaran siapa kita pada hari ini.
“Malah, dengan kewujudan satu pangkalan data manuskrip Melayu itu, ia akan menguatkan nilai jati diri anak bangsa supaya tidak mudah diperlekeh kononnya kita ketinggalan sedangkan manuskrip berkenaan adalah bukti keupayaan kita suatu masa dulu,” katanya.
Bawa pulang warisan negara Usaha untuk membawa pulang manuskrip alam Melayu termasuk kaedah untuk menyimpan salinan berkenaan, perlu dilakukan kerana ia adalah khazanah penting negara.
Aktivis Kebudayaan dan Pengasas Pusaka, Eddin Khoo berkata, negara asing sangat berminat dengan manuskrip ini kerana mereka boleh mengetahui adat budaya Melayu termasuk latar belakang sejarah suatu ketika dulu.
Beliau yang juga anak kepada Tokoh Sejarah Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, khazanah negara ini perlu dibawa pulang untuk kajian mendalam berhubung pelbagai bidang.
“Kita sudah mempunyai kepakaran dalam aspek penyimpanan arkib lama malah kita juga boleh melaksanakan dokumentasi digital bahan ini.
“Bagaimanapun, kita seakan kurang agresif untuk membawa pulang manuskrip ini dan hanya menilai manuskrip itu hanya buku-buku lama sedangkan terdapat ilmu pengetahuan yang bernilai di dalamnya.
“Jika ia sekadar buku lama, pastinya negara barat tidak berminat untuk menyimpannya malah banyak naskhah manuskrip alam Melayu yang dikaji oleh sarjana barat,” katanya.
Menurutnya, ia memberi gambaran bahawa manuskrip ini mempunyai nilai yang tersendiri dan pengkaji tempatan perlu diberikan ruang untuk mengkaji khazanah negara ini.
“Apa yang saya tahu, kebanyakan manuskrip ini disimpan di British Library hasil koleksi beberapa tokoh sarjana barat seperti Stanford Raffles dan beberapa orang lain,” katanya.
“Jika ada ruang yang diberikan oleh kerajaan untuk berunding dengan pihak beberapa muzium, pasti kita dapat membawa pulang manuskrip ini atau mempunyai salinan digital yang boleh digunakan untuk kajian lanjut,” katanya.-SAHIH
Sumber : Hmetro Ahad dan Muhammad Saufi dan Nor ‘Asyikin Mat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
INDIA – Nelayan dari Maharashtra bagaikan bingung dengan tuah yang menyebelahi diri selepas terpaksa ‘bercuti’ dari memancing selama berbulan-bulan.
Chandrakant Tare, seorang nelayan dari Palghar yang memancing bersama rakannya pada 28 ogos tidak menyangka bahwa mereka akan berjaya mendapat tangkapan 157 ikan ghol yang dikenali sebagai ’emas laut’, lapor India Times.
Hasil tangkapan itu dilapor telah berjaya dijual dengan harga Rs 1.33 crores (sekitar RM739,110.00). Lelongan ikan tersebut diadakan di Murbe, Palghar dan keseluruhannya dibeli oleh peniaga yang berpangkalan di Uttar Pradesh dan Bihar.
Apa itu Ikan Ghol?
Ikan yang nama saintifiknya ‘Protonibea Diacanthus’ merupakan sejenis ikan croaker. Kerana pencemaran, ikan seperti ini sangat jarang ditemui di kawasan berkenaan. Nelayan di daerah itu perlu menjelajah jauh ke laut untuk mendapatkan hasil tangkapan yang baik.
Kegunaan Ikan Ghol
Menurut India Times, ikan ini juga dikenali sebagai ‘ikan dengan hati emas’ kerana mempunyai nilai dalam bidang perubatan. Ikan Ghol mempunyai sumber kolagen yang berkualiti tinggi, yang digunakan dalam pembuatan makanan dan juga produk kosmetik. Ia dianggap sebagai pengganti gelatin babi dan sapi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!