Britain – Khamis lalu Britain meluluskan vaksin Novavax untuk kegunaan individu dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.
Selepas memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan vaksin kelima di negara itu, vaksin Novavax perlu diambil dua dos.
Pihak Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) United Kingdom menjelaskan kebenaran diluluskan selepas pengeluaran vaksin tersebut memohon kebenaran Amerika Syarikat selepas bergelut dengan masalah pembangunan dan pembuatan.
Vaksin Novavax dapat kelulusan di Eropah pada Disember lalu yang juga ditangguhkan.
Pentadbiran kerajaan Britain dan Novavax bersetuju mengeluarkan sebanyak 60 juta dos dan menjalinkan kerjasama dalam ujian peringkat akhir pada tahun 2020 lalu.
27 juta bekalan vaksin terbaru tersebut dihantar ke Kesatuan Eropah pada Januari yang dijangka tiba pada suku pertama dan 42 juta pada suku kedua.
Sebelum ini, vaksin yang diluluskan di UK adalah AstraZeneca-Oxford, Pfizer-BioNTech, Moderna dan Johnson & Johnson.
Bagaimanapun, negara tersebut merekodkan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia hingga kini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Siapa suka minum air barli? Air barli rebusan yang segar melarutkan bahan Ibeta-gluten yang membantu menurunkan tahap kolesterol jahat LDL.
Barli juga kaya dengan serat, mineral dan vitamin yang bagus untuk tubuh badan.
Harus diingatkan, hanya barli organik tanpa bahan campuran seperti gula sahaja yang mempunyai khasiat seperti bahan asid fenolik sejenis antioksidan untuk bantu memusnahkan radikal bebas dalam badan.
Patutlah orang dulu-dulu selalu buat air barli rebus tanpa gula untuk diamalkan.
Antara kebaikan air barli tanpa gula ialah:
Turunkan Berat Badan
Ini adalah faktor utama air barli tanpa gula bagus untuk diamalkan. Air barli dan bijirin barli membantu menurunkan berat badan.
kandungan serat yang banyak dalam air barli memberi kesan kenyang yang lama.
Mengawal Paras Gula
Minum air barli yang organik dan direbus dapat mengurangkan masalah paras gula yang tinggi dalam darah.
Paras gula dalam darah yang tinggi akan menyumbangkan penyakit seperti darah tinggi dan diabetes.
Selain itu, air barli mendapat mengawal tekanan darah dan menjadikan tekanan darah normal.
Mencegah Penyakit Saluran Kencing Batu Karang
Sifat barli adalah diuretik yang membuatkan individu kerap membuang air kencing dan secara automatik bantu menyingkirkan toksin daripada badan.
Selain itu, ia juga menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan jangkitan di saluran kencing.Kerap membuang air kecil boleh mencegah masalah pembentukan batu karang dalam saluran kencing.
Berfungsi Sebagai Prebiotik
Khasiat air barli juga berfungsi sebagai prebiotik yang boleh meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik dalam usus.
Bakteria baik dalam usus manusia memberikan banyak kebaikan seperti bantu sistem penghadaman, elak masalah senak perut selepas makan dan menyerap mineral dalam badan.
Kurangkan Penyakit Kardiovaskular
Penyakit-penyakit yang ramai elak seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung elok minum air barli organik.
Air barli dan bijirin barli boleh tingkatkan bakteria baik dalam badan dan berfungsi untuk melancarkan fungsi jantung.
Bagus Untuk Sistem Penghadaman
Air barli tanpa gula adalah salah satu penawar untuk elak sembelit. Serat yang tinggi dalam air barli bagus untuk kesihatan usus dan sistem penghadaman.
Turunkan Tahap Kolesterol
Air barli yang diminum bersama bijirin barli membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi beta-glucan yang boleh menyingkirkan kolesterol yang berlebihan.
Tingkatkan Sistem Imun Badan
Air barli mengandungi banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Air barli juga bantu meningkatkan sistem imun badan atau pertahanan badan.
Fungsi prebiotik daripada bijirin barli mampu bantu melawan penyakit.
Mengurangkan Potensi Kanser
Antioksidan dalam bijiran barli berpotensi untuk kurangkan terkena kanser bahaya seperti kanser usus besar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor mencatat sejarah menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team di Sepanyol pada Mac ini.
‘Seorang pelumba sahaja akan ke skuad elit sekiranya mencapai prestasi yang ditetapkan sepanjang tujuh bulan,’ kata Alia.
Menurut laporan BERNAMA, pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan tersebut merupakan peluang keemasan baginya untuk mencapai prestasi seterusnya dan memasang impian untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang.
Beliau akan pulang ke Malaysia pada April atau Mei dan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada bulan Jun.
Alia berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang lebih membanggakan pada SUKMA kali ini selepas meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada edisi 2018 di Perak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kes positif COVID-19 global terkini melebihi 309 juta jumlah kumulatif dengan penambahan lebih 1.96 juta kes dalam masa 24 jam yang lepas.
Menurut laporan Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan jumpa kes sebanyak 60.9 juta.
Diikuti dengan India dan Brazil merekodkan 35.7 juta dan 22.5 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 10 juta kes seperti United Kingdom, Perancis dan Rusia, Turki merekodkan lebih 9 juta kes.
Keadaan di Asia Tenggara pula, Indonesia merekodkan jumlah sebanyak lebih 4.2 juta kes positif, Filipina hampir 3 juta, Thailand 2.2 juta, Malaysia 2.78 dan Singapura melebihi 286,000 kes positif.
Angka kematian seluruh dunia akibat COVID-19 terkini mencatat lebih 5.49 juta.
Mengikut data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat masih kekal dengan jumlah kematian tertinggi lebih 838,000 kes.
Brazil 620,000 kes, India lebih 483,000 kes dan Rusia 310,000 kes.
Mexico kini mencatat lebih 3000,000, United Kingdom, Itali, Perancis, 90,000 kes untuk Sepanyol dan Jerman lebih dengan 1000,000 kes kematian.
Kes kematian di Asia Tenggara pula, Indonesia mencatat dengan lebih 144,000 kes, Filipina lebih 52,000, Thailand lebih 21,000 dan Malaysia 31,000 kes kematian terkini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ekzema adalah keradangan kulit serta bengkak, gatal, ruam merah yang akan menjadi lebih teruk seperti melecur yang berair.
Penyakit kulit ini juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit) yang selalunya terdapat di bahagian muka, pergelangan tangan, pelipat siku dan lutut. Bahagian kulit yang terkena juga akan menjadi kasar dan berkerak.
Biasanya ekzema berlaku kepada kanak-kanak yang tidak lebih lima tahun. Penyakit ini juga tidak berjangkit hanya memerlukan penjagaan yang rapi.
Tanda-Tanda Dan Gejala
Tompok-tompok pada kulit, gatal, kulit kering pada tangan, leher, muka dan kaki.
Kemerahan, kulit bersisi, kasar dan bertukar warna merah.
Bengkak kecil yang berair.
Faktor-Faktor Ekzema
Keturunan.
Infeksi virus.
Bahan kimia seperti sabun, losyen atau minyak wangi.
Alahan kepada bahan makanan.
Cara Rawatan Moden
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
Losyen pelembap, krim untuk menahan dari kering dan gatal.
Zrim Steroid untuk kegatal yang sangat teruk.
Antibiotik elak jangkitan kuman.
Untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit ekzema, pastikan kanak-kanak mempunyai bilik yang selesa, nyaman dan bersih.
Elak mandikan kanak-kanak dengan air yang suam atau panas.
Jangan pakaikan kanak-kanak baju yang kasar, tebal dan berlapis-lapis.
Pakaikan kanak-kanak pakaian material kapas dan nipis.
Jangan menggunakan sabun yang mempunyai bahan kimia tinggi.
Gunakan krim pelembap khas selepas mandikan kanak-kanak.
Awasi makanan kanak-kanak terutama yang mempunyai alahan dan dapatkan nasihat doktor.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Masalah rambut bukanlah hanya gugur setiap hari, tapi rambut berbau juga menjadi lebih teruk kalau orang sebelah pun terpaksa ‘menikmati’ bau rambut hapak.
Jangan pandang ringan masalah ini. Masalah rambut berbau, hapak, kepam, masam, busuk atau senang cerita bau yang tidak menyenangkan sangatlah memalukan, terutama jika anda ke tempat yang ramai orang.
Tidak kira wanita atau lelaki, mesti ada yang hadapi masalah seperti ini.
Hari ini, kita kongsi tips macam mana nak hilangkan masalah rambut berbau.
1) Cuci rambut anda sebaiknya selang sehari. Lagi-lagi kepada wanita yang pakai tudung. Jangan lupa basuh anak tudung dan tudung anda selepas digunakan.
2) Apabila kulit kepala terasa berminyak dan gatal, cuci rambut anda menggunakan syampu yang sesuai. Sambil cuci rambut, urut kulit kepala anda dengan perlahan.
3) Elak cuci rambut menggunakan air suam kerana ia menyebabkan rambut jadi kasar dan kering. Bersihkan rambut menggunakan air sejuk untuk melembutkan kutikel rambut.
4) Gunakan syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala. Jangan guna syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi, ia akan menjejaskan kesihatan kulit kepala dan pertumbuhan rambut anda.
5) Gunakan perapi rambut tetapi jangan sesekali terkena kulit kepala. Perapi rambut digunakan untuk melembutkan rambut, jadi ratakan perapi rambut hanya pada rambut dan hujung rambut sahaja. Kalau perapi rambut terkena pada kulit kepala, minyak pada kulit kepala akan menjadi lebih banyak dan mendatangkan masalah bau rambut.
6) Keringkan rambut anda dengan sepenuhnya sebelum memakai tudung atau topi. Elakkan guna pengering rambut kerana akan merosakkan rambut. Seeloknya, biarkan ia kering secara semula jadi. Jangan gosok rambut anda dengan tuala secara kasar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menangis bukanlah satu perkara yang aneh atau lemah. Ia sebenarnya adalah ‘ubat’ yang berguna pada tubuh badan dan fikiran.
Siapa yang tak pernah menangis? Kuat manakah anda untuk bertahan tidak mengeluarkan airmata saat sedih, tertekan, kecelaruan dengan hadapi pelbagai masalah.
Ada juga yang menangis kerana gembira, terharu dan melihat sesuatu yang membuatkan hati ‘berbunga-bunga’.
Jom tengok fakta airmata dan menangis yang mungkin ramai masih tak tahu.
Kurangkan Tekanan
Mengeluarkan airmata adalah sama dengan mengeluarkan hormon stress yang ada dalam badan yang dipanggil endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Hormon ini membantu mengurangkan tahap tekanan dalam minda anda dan membantu melawan penyakit yang disebabkan tekanan seperti darah tinggi. Jadi, siapa yang menghidapi penyakit darah tinggi, mungkin salah satu ubatnya adalah menangis!
Melegakan Perasaan
Semua orang tahu menangis mampu meredakan segala perasaan yang terbuku di hati. Tidak kiralah perasaan marah, sakit hati, gembira atau sedih, menangis adalah satu-satunya jalan untuk mengurangkan emosi kita.
Tak salah pun menangis, lagi-lagi untuk kaum lelaki. Lelaki pun ada perasaan, so boleh je menangis. Kalau tak menangis mungkin anda akan boleh dapat sakit mental atau tekanan jiwa.
Terasa Dekat Dengan Orang Lain
Bila menangis anda tidak perlu bercakap atau meluahkan perasaan dekat orang lain. Cukup untuk mereka nampak kesedihan anda. Terutama mereka yang memang sangat dekat atau mereka yang memahami perasaan anda.
Disebabkan itu, anda perlukan seseorang atau teman rapat yang sentiasa ada untuk menyokong dan memberi semangat untuk anda.
Membantu Penglihatan
Airmata yang keluar dapat mencegah kekeringan atau dehidrasi mambran mata yang boleh membuatkan penglihatan semakin kabur.
Tahu tak, sebenarnya airmata adalah anti-bakteria kerana mengandungi cecair lisozom yang mampu membunuh kira-kira 90 hingga 95 peratus bakteria dan kuman yang datangnya daripada skrin komputer, habuk di tangga, orang yang bersin dan persekitaran yang kotor. Kuman ini mampu hinggap di mata kita dalam masa lima minit sahaja!
Keluarkan Racun
Oh, airmata mampu mengeluarkan racun?! Seorang ahli biokimia, William Frey menjalankan kajian mengenai airmata dan mendapati airmata yang menitis disebabkan emosi mengandungi racun.
Secara automatik, racun atau bahan yang tidak diperlukan dalam badan boleh keluar menerusi air mata.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bandar Taman Negara Jerantut dipilih laksana Projek Showcase Healthy City
JERANTUT – Bandar Jerantut di bawah Pentadbiran Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Daerah Jerantut (MDJ) antara yang berjaya melaksanakan Projek Showcase Healthy City di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bersama dua lokasi lain di negara ini.
Selain Bandar Jerantut, Laman Tasek Tambahan Ampang, Selangor dan Taman Tasik Putra, Kulim, Kedah turut dipilih oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PLANMalaysia serta menerima peruntukan RM1.5 juta.
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Muttalib berkata, MDJ berjaya melaksanakan projek itu walaupun berdepan dengan cabaran jangkitan pandemik yang melanda negara.
“Agenda ini dirangka untuk memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dengan menjadikan kesihatan sebagai keutamaan, ANMS diperkasakan dalam mendidik, membina kemahiran dan membudayakan hidup sihat sebagai perisai perlindungan berhadapan ancaman kesihatan.
“ANMS diadakan dalam dua penggal pelaksanaan 2021 sehingga 2025 dan 2026 dan berakhir 2030 dan telah dilancarkan pada 11 November lalu oleh Perdana Menteri,”katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Persamian Projek Showcase healty City bandar Jerantut yang adakan di Dataran Uptown, Jerantut, petang semalam.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Datuk Tpr Mohd Faizal Hamzah, Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris.
Katanya, ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang menyokong kesihatan dan pemantapan kebersihan persekitaran.
“Saya percaya melalui persekitaran yang sihat, ia bukan sahaja mengukuhkan imun badan malah boleh melawan penyakit berjangkit seperti diabetis, hipertensi dan jantung.
“Dalam konteks Keluarga Malaysia, ANMS mengambil pendekatan menyeluruh daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaan menyeluruh memenuhi kehendak rakyat sebenar,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Datuk Tpr Mohd Faizal Hamzah berkata, pemilihan tapak projek adalah berdasarkan pencapaian indeks kemampanan Bandar yang diukur melalui Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar -Luar Bandar Malaysia (MURNInets), potensi lokasi dan juga komitmen PBT.
“Antara komponen pembangunan projek yang dilaksanakan adalah terdiri penyediaan laluan pejalan kaki berbumbung, pemasangan peralatan outdoor gym, penyediaan gazebo, menaiktaraf dataran dan pentas utama serta laluan pejalan kaki.
“Selain itu, laluan khas basikal dan laluan kongsi juga disediakan bagi menghubungkan kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Bandar Jerantut,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Setiap hari sapu lantai sebab banyak sangat rambut gugur. Kadang-kadang sampai penat dah!
Masalah rambut gugur bukan dikalangan wanita sahaja, lelaki pun ada masalah rambut gugur mungkin faktor usia, pemakanan, penjagaan rambut, tekanan kehidupan dan sebagainya.
Macam-macam jenis produk sudah digunakan, macam-macam cara juga untuk kurangkan rambut gugur tapi masalah tetap tidak selesai.
Tanpa membuang duit untuk buat rawatan ke salon, anda boleh cuba dengan cara tradisional atau menggunakan bahan semula jadi. Kadang-kadang cara ini lebih sesuai dengan kulit kepala.
Nak tahu caranya, anda perlu ikut langkah ini.
Daun Inai
1) Kisar atau tumbuk hingga lumat duan inai dengan sedikit air supaya jadi pekat seperti pes.
2) Ratakan pada seluruh kulit kepala dan balut dengan kain atau penutup rambut selama tiga jam.
3) Selepas itu, bilas rambut anda dengan air bersih dan pakai perapi rambut pada hujung rambut. Jangan sampai terkena kulit kepala ya!
4) Cuba cara ini dua kali seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dengan cepat.
Gel Pokok Lidah Buaya
1) Gunakan pokok lidah buaya. Ambil isi lidah buaya atau gel pokok lidah buaya, lumur pada seluruh kepala anda.
2) Urut bahagian kulit kepala dengan lembut dan biarkan sekurang-kurangnya lima minit kemudian cuci rambut seperti biasa.
Minyak Kelapa
1) Minyak kelapa memang terkenal dengan khasiat pertumbuhan rambut dan menghitamkan rambut dengan cantik.
2) Gunakan minyak kelapa pada seluruh kepala anda untuk melebatkan rambut. Jangan lupa urut beberapa minit supaya peredaran darah pada kepala lebih aktif.
Minyak Zaitun
1) Campurkan dua sudu minyak zaitun bersama minyak kelapa dan ratakan pada bahagian kulit kepala sebelum tidur.
2) Urut kepala anda selama 10 minit dan balut semua rambut.
3) Biarkan hingga esok pagi dan bilas seperti biasa.
Isi Buah Avokado
1) Isi buah avokado dan pisang. Lumatkan isi buah ini dan ratakan pada kulit kepala.
2) Biarkan kering selama 30 minit.
3) Bilas dengan syampu dan biarkan kering secara semula jadi.
Kacang Hijau
1) Rendam kacang hijau semalaman. Kuantiti kacang hijau mengikut kepala dan panjang rambut anda.
2) Tapis air kacang hijau. Gunakan air kacang hijau untuk sapu di kulit kepala sambil urut dengan lembut.
Daun Pandan
1) Tumbuk daun pandan dengan sedikit air kemudian perah.
2) Air pandan dicampurkan dengan santan segar, kacau hingga sebati. Biarkan setengah hari.
3) Selepas itu, sapukan pada rambut dan biarkan sekurang-kurangnya 45 minit atau lebih. Selepas kering, bilas rambut dengan air bersih.
4) Gunakan cara ini sekerap mungkin hingga akar rambut anda kuat dan tiada masalah rambut gugur.
Kuning Telur
1) Ambil kuning telur dan sapukan pada kulit kepala sambil urut selama 10 hingga 15 minit.
2) Buang bau hanyir telur dengan basuh rambut anda menggunakan syampu. Lakukan proses ini tiga ke empat kali seminggu.
Santan
1) Gunakan santan untuk lumur pada kepala anda. Jumlah santan mengikut saiz kepala dan rambut anda.
2) Biarkan kering selama 15 hingga 20 minit dan tutup kepala.
3) Bilas menggunakan air sejuk.
Daun Bunga Raya
1) Randam daun bunga raya dan ramas hingga air bertukar menjadi kehijau-hijauan.
2) Basuh rambut dan kepala anda menggunakan air daun bunga raya.
3) Biarkan seketika dan bersihkan dengan air. Tidak kira bunga raya warna apa pun, tapi pastikan daun digunakan adalah daun bunga raya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
LONDON: Di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), seorang doktor menemui cara atasi masalah kegemukan.
Masalah berat badan berlebihan, gemuk atau obesiti adalah salah satu penyakit yang boleh dikatakan melanda seluruh dunia.
Selain daripada menjaga pemakanan, membuat aktiviti riadah dan mengurangkan makan makanan ringan, doktor tersebut menemui cara untuk melemahkan hormon ghrelin iaitu hormon lapar dalam sistem badan manusia.
Hormon tersebut boleh dilemahkan dengan meghentikan bekalan darah ke bahagian perut.
Kajian yang sedang dilakukan di Hospital St. Mary, Paddington tengah London, yang diketuai oleh Dr. Ahmed R. Ahmed iaitu seorang doktor pakar memberitahu kos bagi tujuan itu menggunakan sebanyak £1,500 (RM8,407), jauh lebih murah berbanding pembedahan untuk membuang lemak pada badan.
Individu yang mempunyai masalag berat badan melampau perlu menjalani pembedahan kecil pada pergelangan tangan dan masukkan wayar berongga ke dalam sallur darah yang akan membantu menghentikan keinginan makan secara berlebihan.
Dr. Ahmed mengatakan, selepas indivudu selesai, pesakit boleh keluar dari hospital dalam tempoh masa dua jam.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!