Kuih 20 sen paling murah di Malaysia berada di Karak, Pahang
Kuih 20 sen paling murah di Malaysia berada di Karak, Pahang
KARAK – Kenaikan harga barang tidak menjadi alasan kepada seorang peniaga kuih-muih di Jalan Karak – Temerloh, berhampiran SMK Sri Bentong dengan menjual kuih-muih pada pada harga 20 sen.
Muhd Haqim Mohamad, 27 tahun bersama
Bersama pasangannya syahaida sobri 26 tahun tidak mengambil keuntungan berganda sebaliknya bersyukur dapat beramal dalam perniagaan..
“Bermulanya gerai kuih 20 sen ni adalah disebabkan ketika saya kehilangan kerja dan pada situ saya merasai kesusahan bukan saya seorang dan orang lain yang kehilangan kerja dari situlah saya mengilhamkan membuat gerai kuih 20 sen supaya golongan atasan dan golongan bawahan semua dapat makan….
… Macam saya cakap tadilah niat utama nak bagi orang makan kan lepas tu kita berniaga sambil bersedekah rezeki kita ada di mana-mana.
Menurut Muhd Haqim, meskipun menjual pada harga yang murah dia tetap menjaga kualiti produknya.
Muhd Haqim bersyukur walaupun dengan keuntungan yang sedikit ia dapat menampung perbelanjaan keluarga.
Muhd Haqim mula mengusahakan perniagaan kuih-muih sejak 2 tahun lalu selepas diberhentikan kerja sebagai jurutera di cyberjaya, selangor ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
Gerai yang dibuka bermula 3 petang setiap hari bulan Ramadan, menjual pelbagai kuih antaranya karipap, cucur badak, kuih kasturi, donat dan pau goreng.
Lebih seribu biji karipap, pau goreng dan cucur badak dijual setiap hari, manakala kuih lain sekitar 400 hingga 500 biji sehari.
Sementara itu, pembeli Rauf dan Nur Alisha yang ditemui memuji usaha yang dilakukan pasangan ini dan ia patut menjadi contoh kepada peniaga lain.
“saya lalu saya nk g mancing pakai baju ni tengok ada macam ni memang terkejut la tak pernah dibuat memang satu benda yang mengejutkan Rauf Deraman itu yang singgah….
…. Dan kuih pun tengok puas hati je takde la kecik sangat, oklah.
Menurut Nur alisha beliau mendapat tahu daripada facebook terkejut juga dengar kuih 20 sen dekat karak mana ada kuih 20 sen zaman sekarang ni kan dengan barang mahal lagi terkejut juga lagi gerai ada jual kuih 20 sen.-SAHIH