KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memperkenalkan aplikasi e-lesen bagi memudahkan peniaga mendaftar atau memperbaharui lesen perniagaan mereka.
Aplikasi itu lebih mesra pengguna dan dapat menjimatkan masa serta mengawal pergerakan peniaga bagi mengelak daripada terdedah kepada wabak COVID-19.
Menurut kenyataan dikeluarkan MPK, aplikasi berkenaan dikendalikan Jabatan Perlesenan MPK dan bertujuan untuk memudahkan serta melancarkan urusan warga Kuantan, terutamanya yang ingin memulakan perniagaan.
“Mereka tidak lagi perlu datang ke pejabat MPK.. mereka cuma perlu ke laman web rasmi MPK iaitu www.mpk.gov.my dan peniaga boleh terus mencetak lesen yang siap selepas diluluskan oleh Jabatan Perlesenan MPK,” katanya.
MPK sebelum ini mengeluarkan arahan membenarkan peniaga memulakan perniagaan mereka di semua lokasi bersesuaian, sebagai langkah membantu warga Kuantan yang sumber pendapatan mereka terjejas sejak penularan wabak COVID-19, awal tahun ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ARAU : Pengusaha kedai makanan di daerah ini mulai bimbang kehadiran pelanggan yang semakin merosot berikutan dua kes positif COVID-19 di sini yang dilaporkan semalam.
Pemilik kedai Warong@Hotel, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, selepas kes tersebut disebarkan menerusi laman sosial dan WhatsApp, pelanggan yang datang ke premisnya hanya 20 orang berbanding 100 orang pada hari biasa untuk menikmati juadah makanan barat dan timur di premis berkenaan.
Beliau berkata, ekoran itu pendapatannya merundum 70 peratus dan sukar untuk menggaji 7 orang pekerjanya jika perkara tersebut berterusan.
Wan Zikri Afthar Ishak
“Selepas berita tersebut dihebahkan terdapat pelbagai versi sehingga masyarakat takut untuk datang ke daerah ini.
“Kami faham kerana masing-masing risau akan keluarga tersayang.
“Namun saya berharap kita dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang mungkin terjejas teruk mungkin dengan membeli secara bungkus atau online.
Kehadiran pelanggan kurang selepas hebah terdapat dua kes covid-19 di daerah itu semalam
“Andai perkara ini berterusan,premis saya mungkin akan bertahan selama sebulan sahaja dan bagaimana nasib pekerja saya nanti.
“Saya berharap ada pihak berwajib boleh mencari penyelesaian kepada peniaga ketika ini,” katanya ketika dihubungi SAHIH hari ini.
Beliau berkata, sebagai menunaikan tanggungjawab prosedur operasi standard (SOP) di premisnya tidak pernah diabaikan.
“Kedai kami menjarakkan meja melebihi 1 meter supaya tidak terlampau rapat malah kami juga menyediakan cecair pembasmi kuman dan menyediakan alat pengesan suhu selain mewajibkan semua pelanggan dan pekerja memakai pelitup separuh muka.
“Pelanggan juga tidak perlu risau kerana pekerja kami yang mempunyai gejala tidak dibenarkan bekerja,”katanya.
Antara makanan popular di premis berkenaan ialah stik wagyu dengan menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik.
Mengikut laporan Jabatan kesihatan Negeri Perlis semalam, dua kes jangkitan COVID-19 dicatatkan menjadikan keseluruhan jangkitan di negeri ini ialah 40 kes, 36 daripadanya telah sembuh dan dua kes kematian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGUSAHA BAS PERLU PERHATIAN ATAU BERISIKO LINGKUP
KUANTAN: Gabungan Pengusaha Bas Malaysia Cawangan Pahang meminta kerajaan membantu kira-kira 80 ahli mereka yang terkesan akibat COVID-19 sejak November lalu.
Wakil Sekretariat gabungan itu, Zainal Abidin Mehat berkata, pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lalu dilihat tidak banyak membantu meringankan bebanan ditanggung mereka yang semakin terhimpit dengan tunggakan hutang dan kos operasi syarikat masing-masing.
“Kita sedang berdepan masalah yang sangat serius sejak tahun lalu dan apabila kerajaan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada bulan Mac tahun ini, banyak pengusaha terduduk kerana tidak lagi mampu menanggung beban (kos operasi), terutamanya tunggakan hutang.
“Kami cadangkan supaya kerajaan pertimbangkan untuk membantu menstrukturkan semula pinjaman dianggarkan berjumlah RM3 billion.. maknanya, beban pinjaman dipindahkan kepada SME Bank atau Bank Pembangunan Malaysia dan kami (pengusaha) dapat strukturkan semula pinjaman dengan institusi terbabit dengan kadar faedah lebih berpatutan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas bersama 10 pengusaha bas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini.
Laporan itu dibuat terhadap Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan kerana mendakwa tidak ada dana khusus diperuntukkan bagi membantu pengusaha bas.
Zainal Abidin berkata, jumlah tunggakan pinjaman RM3 bilion itu membabitkan hutang ditanggung pengusaha bas di seluruh negara.
”Kalau di Pahang pula, kami secara keseluruhan mempunyai bebanan hutang dianggarkan berjumlah RM200 juta.. jumlah ini membabitkan pelbagai jenis hutang antaranya tunggakan sewa beli bas, kos penyelenggaraan, bayaran gaji pekerja dan pelbagai kos lain.
“Jika mereka (Kerajaan) tidak boleh membantu kami, saya percaya lebih ramai lagi pengusaha bas di Pahang berisiko menghentikan operasi mereka dan akhirnya mengakibatkan kira-kira 3,000 pemandu pelbagai jenis bas kehilangan mata pencarian,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Penduduk terutama golongan B-40 yang menghadapi tekanan kewangan akibat COVID-19 dibenarkan berniaga di mana-mana lokasi dengan syarat ditetapkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Hamdan Hussin, pendekatan itu telah dilaksanakan sejak Julai tahun ini.
Syarat tersebut ialah lokasi perniagaan sesuai dan tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan gangguan kepada penduduk dan sentiasa memastikan kebersihan dijaga.
Beliau berkata, MPK telah mengeluarkan sebanyak 1,210 permit harian yang memberi kemudahan kepada 103 peniaga.
“Mereka kehilangan pendapatan harian, mereka terpaksa menyara kehidupan dalam keadaan kesusahan, jadi melihatkan kepada perkara ini kami permudahkan urusan mereka agar terus dapat menyara keluarga.
“Hal ini sekali gus memberi peluang mereka untuk menjana pendapatan.
“Jadi apabila kami melaksanankan pendekatan ini saya lihat golongan yang terjejas pendapatan disebabkan wabak COVID-19, mereka kini dapat kembali berniaga dengan lebih mudah,” katanya.
Jelasnya, dengan kaedah ini pihak penguatkuasa MPK akan bertemu peniaga di lokasi mereka berniaga dan akan memberi nasihat tentang kebersihan serta memastikan perniagaan mereka tidak menghalang lalu lintas sebelum diberi pilihan lesen harian, mingguan atau bulanan tanpa permohonan di kaunter MPK.
Seorang peniaga, Zainuddin Samseman, 38 tahun berkata, kaedah yang dilakukan oleh MPK ini sangat berkesan dalam membantu masyarakat mencari pendapatan tanpa perlu rasa takut dikenakan tindakan saman.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Ayam buncit bakar pasu telangkup sangat enak kerana bahan rempah perap disapu pada permukaan daging ayam yang dibakar tidak hilang, sebaliknya terus sebati pada daging ayam dan memberi aroma sungguh menyelerakan dengan warna keemasan yang menarik.
Keunikannya, cara pembakaran daging ayam menggunakan tempayan dianggarkan bergaris pusat 50 sentimeter (sm) agak jarang ditemui pada masa ini, menjadi tarikan pengguna laluan Jerantut-Jengka di persimpangan Jengka 10 untuk singgah.
Pemilik gerai itu, Puteri Zaleha Arifin, 40, bersama 12 kakitangannya menjalankan perniagaan bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari.
Ibu kepada empat orang anak itu turut dibantu suaminya menjalankan perniagaan sejak 2005 dengan menjual kira-kira 80 ekor ayam bakar pada hari biasa kecuali pada hari Jumaat hingga Ahad sehingga 130 ekor dengan harga seekor RM25 dan RM13 bersaiz separuh.
“Sejak bertukar cara membakar menggunakan tempayan yang memberi kelebihan pada jualannya kerana mendapati rasa ayam dibakar cara begini lebih berperisa dan daging rasa segar.
“Aneka Produk BUNCIT termasuk Sos cili, Black Pepper, Korean, Pencicah, cuka makanan, rempah perap BBQ ayam dan daging turut dijual serta mendapat tempahan pekedai runcit,” katanya kepada SAHIH.
Katanya, gerainya turut menjual pelbagai sos buatan sendiri dijual di kedai dan pasaraya di sekitar bandar Pusat Jengka dan Jerantut serta turut mendapat tempahan dijadikan cendermata kepada tetamu majlis kenduri kahwin. Kepada yang berminat boleh menelefon 017-9834285 atau 011-55009834.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan vaksin COVID-19 berkesan, selamat dan bebas daripada unsur haram di sisi agama Islam supaya rakyat tidak menolak pengenalan vaksin itu, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
DATUK Seri Dr Abdul Rahman Osman
“Kita perlu pastikan halal dan haramnya. Kalau vaksin ini tidak ada perkara yang haram, tidak ada najis, maka kita boleh gunakan ia dari segi syarak.
“Perlu pastikan ia tidak memberi kemudaratan kepada mana-mana pihak. Jika semua ini dipenuhi, maka tidak ada halangan.
“Buat masa ini, COVID-19 masih tidak ada lagi ubat, tetapi percayalah setiap penyakit pasti ada penawarnya, kecuali mati. Macam mana sekalipun, jika ia tidak memberi kemudaratan, maka ia boleh digunakan,” katanya seperti dilaporkan FMT, semalam.
Beliau berkata, usaha menyelamatkan nyawa antara perkara terpenting dituntut agama Islam menerusi konsep MaqasidSyariah.
Beliau mengulas keraguan dibangkitkan pengguna media sosial terhadap catatan Facebook Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin kerana ada yang memberi pelbagai alasan terhadap pengenalan vaksin COVID-19 di negara ini kelak.
Gambar Hiasan
Khairy sebelum ini mengumumkan Malaysia dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin dari China.
Selain China, Malaysia sedang memuktamadkan rundingan pembangunan vaksin dengan beberapa negara lain.
Khairy yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin COVID-19, berkata peruntukan sekurang-kurangnya RM3 bilion diperlukan tahun depan untuk mengimunisasi 70 peratus rakyat negara ini.
Katanya, bekalan vaksin dijangka mula diperolehi pada suku pertama 2021 dengan petugas barisan depan ialah kumpulan pertama yang akan diimunisasikan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SERDANG: Seramai 23 individu yang sedang leka membuat pertaruhan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan keluarga di pusat beli belah di Persiaran Serdang dekat sini, malam tadi.
Mereka dikesan menjalankan kegiatan judi komputer.
Dalam serbuan kira-kira jam 9.50 malam itu, polis turut menahan dua penjaga kaunter warga asing terdiri daripada seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita warga Indonesia.
Memetik laporan BHOnline, Kesemua 23 lelaki tempatan yang ditahan itu berusia antara 16 hingga 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, berkata pemeriksaan mendapati premis terbabit menjalankan perniagaan pusat hiburan keluarga dan mempunyai 60 mesin untuk pelbagai permainan.
“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati 14 daripada mesin itu adalah mesin judi komputer dan pemain boleh mendapat keuntungan daripada mesin-mesin judi komputer yang disediakan di situ.
“Pemain akan menukar wang di mesin token dan pemain akan bermain di mana-mana mesin judi komputer yang disediakan,” katanya.
Katanya, sekiranya pemain memperoleh keuntungan, pemain itu akan diberikan kadtebusnilai yang boleh ditukarkan kepada wang tunai.
“Urusan penukaran kadtebusnilai kepada wang tunai akan dibuat secara bersembunyi di dalam tandas oleh pemain dan penjaga kaunter.
“Ini dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” jelas beliau.
Menerusi serbuan itu juga, polis merampas 14 mesin judi komputer, sebuah mesin penukar token, 500 token, 207 kad tebus nilai dengan nilai antara RM30 hingga RM250 serta wang tunai berjumlah RM773.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Serbuan menerusi Op Khas Perjudian itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang
LIMBANG: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.
BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.
Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.
“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.
“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Demi kelangsungan hidup dan zaman serba susah, bekas pesilat negara terpaksa membuat keputusan paling sukar dalam hidupnya, apabila barang yang disayangi terpaksa dilepaskan.
Tiga barang kesayangan iaitu pingat emas Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan Sea Chiang Mai Thailand 1995 serta baju silat Malaysia dijual kepada satu kedai barangan terpakai bundle di Kuala Lumpur dengan harga semurah RM100 lebih.
Menurut sumber yang enggan namanya dikenali, dua pingat berkenaan adalah milik bekas atlet negara, Aslinda Ahmad yang pernah mengharumkan nama negara sekitar era 1990-an.
“Saya sebelum ini pernah berhubung beberapa kali dengannya dan memang tahu keadaan Aslinda.
“Dia tidak menafikannya tapi tak mahu mengulas lanjut. Sebab Aslinda ini seorang yang tidak suka berkongsi masalah dengan orang, dia banyak simpan.
“Pingat itu maruah seorang atlet. Nak menang emas di Kejohanan Dunia itu bukan mudah. Anda sendiri boleh fikir bekas atlet negara, juara dunia hidup melarat sampai jual pingat.
“Saya harap sangat Menteri (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) mengambil maklum perkara ini. Takkanlah nak biarkan saja. Bantulah bekas atlet negara kerana tidak semua hidup senang terutama macam sekarang ini,” katanya.
Sebelum ini, negara pernah dikejutkan apabila bekas pemain bola sepak negara, Khalid Jamlus melelong KasutEmas dimenanginya pada 2002, Julai lalu.
Tindakan berkenaan juga membongkar kehidupan sukar pemain berkenaan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.
Tegas sumber itu, beliau amat berharap pihak berwajib seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil membantu dengan memberi pekerjaan bukan hanya kepada Aslinda tapi kepada bekas atlet lain yang kini berdepan dengan pelbagai masalah.
“Sedih bila dengar berita macam ini. Terpaksa jual pingat yang dimenangi kerana kelangsungan hidup. Nak beli makanan. Makan maggi. Pingat itu maruah dan jasa kita. Ia memberi nilai dan erti yang besar.
“Saya harap sangat menteri dan pihak atasan dapat membantu bukan berikan duit one off tapi bantu memberikan dia pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.
“Saya turut dimaklumkan bahawa ada pihak sedang cuba mendapatkan kembali pingat itu dari kedai berkenaan dan kini sedang berurusan dengan pemilik baharu pingat itu untuk membelinya semula,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan ucapan takziah kepada Bahrain di atas kematian Perdana Menterinya, Putera Sheikh Khalifa Salman al Khalifa.
Perdana Menteri berkata demikian melalui satu hantaran yang dimuat naik melalui Facebook, sebentar tadi.
“Malaysia mengucapkan takziah kepada Bahrain atas kematian Putera Khalifa Salman al Khalifa. Kami bersama bersolidariti dengan Yang Mulia Raja Bahrain dan rakyat negara itu.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah berhenti dalam usaha reformasinya yang membawa kemajuan dan kemakmuran bagi Bahrain. Semoga Allah yang maha kuasa menempatkan rohnya di antara orang yang soleh,” katanya.
Hari ini media melaporkan, Perdana Menteri Bahrain yang paling lama berkhidmat itu meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Al-Jazeera yang memetik Agensi Berita Bahrain melaporkan beliau meninggal dunia di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).
Pemerintah Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa, mengumumkan tempoh berkabung selama seminggu dengan sepanjang tempoh itu, bendera akan dikibarkan separuh tiang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!