Zaman sekarang banyak kes jenayah berlaku dalam perkahwinan. Mendengar kisah mangsa-mangsa biasanya sebelum mengikat ikatan yang sah, pasangan mereka sangat baik, tiada tanda-tanda yang tidak baik dan kebanyakkan kes adalah bakal pasangan adalah suami atau isteri orang.
Perkara ini mungkin tidak terjadi pada diri kita, tetapi kepada mangsa sangat terkesan dan boleh menyebabkan trauma.
Sebelum berjanji dan setuju untuk berkahwin, pastikan anda semak status perkahwinan dan rekod jenayah pasangan masing-masing.
Anda boleh menyemak status tersebut dengan layari laman web rasmi E-Syariah.
1) Lawan Web Rasmi E-Syariah
2) Pergi ke ‘Semak Status Kes’
3) Pilih ‘No.Kes’ atau ‘No.KP Semasa’ ‘Mal’untuk kes perkahwinan, anak luar nikah dan sebagainya. ‘Jenayah’ untuk kes jenayah individu.
Ini adalah contoh menyemak rekod ‘Mal’ individu.
Jenayah yang direkodkan dalam E-Syariah adalah bukan kes jenayah sivil seperti membunuh, mencuri, dadah tetapi ia berkaitan dengan jenayah yang melibatkan mahkamah Syariah seperti berzina, minum arak, berkhalwat dan sebagainya.
Berhati-hatilah pada zaman sekarang yang mungkin segala perkara boleh terjadi.
Semoga urusan anda dipermudahkan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
EMPAT SEKOLAH DI KLANG BERGABUNG SAMBUT HARI MALAYSIA
KLANG: Buat julung kali, empat buah sekolah rendah bergabung menganjurkan Program Jalinan Kemerdekaan 2021 secara maya untuk memupukkan semangat patriotisme serta cintakan perpaduan di kalangan murid pada 30 September lalu.
Program itu juga bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia sekolah yang terlibat, Sekolah Rendah Islam (SRI) Hira’, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Klang Utama (SKTKU), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pui Ying dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Meru.
Program tersebut merupakan cetusan idea Guru Besar, SRI Hira’, Zaroni Desa dan Guru Besar SKTKU, M. Khalimi Dalhan dan dikendali oleh empat pengacara cilik, Eusoff Dzihney M. Anwar dari SKTKU, Aisyah Farhani Muhammad Rizal (SRI Hira’), Yong Jia Xuzn (SJKC Pui Ying) serta Sathana Segaran (SJKT Jalan Meru).
Guru Besar, SRI Hira’, Zaroni Desa
Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKTKU, Habshah Simon, berkata program itu bagi memupuk hubungan kerjasama serta mengerat silaturahim antara sekolah di sekitar lokaliti berhampiran serta menyemaikan semangat muhibah dalam kalangan guru dan murid.
Katanya, program secara tidak langsung menyediakan platform berkonsep pendidikan inklusif dalam meraikan kepelbagaian potensi murid di samping mencungkil dan menggilap bakat mereka menerusi beberapa aktiviti seperti berceloteh sebagai pengacara majlis, pembikinan video serta seni kaligrafi.
“Program seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana dapat mencungkil serta mengembangkan potensi dan bakat murid demi kemenjadian mereka yang secara tidak langsung khususnya dalam unit kokurikulum,” katanya.
Guru Besar SJKC Pui Ying, Choo Lay Yoong berkata, program itu dapat melahirkan rasa syukur dan bangga kerana berkolobrasi dengan sekolah pelbagai aliran selain berharap supaya rakyat Malaysia dapat terus berganding bahu serta memikul tanggungjawab bersama khususnya menangani wabak Covid-19 sekarang.
Guru Besar SJKC Pui Ying, Choo Lay Yoong
Guru Besar SJKT Jalan Meru, Susila Muniandy berkata, cetusan idea sebegini amat baik untuk diteruskan di masa hadapan demi membentuk generasi muda yang faham dengan keperluan hidup muhibbah serta saling menyayangi antara kaum.
Guru Besar SJKT Jalan Meru, Susila Muniandy
Guru Besar SKTKU, M Khalimi Dalhan, berharap dalam memperbaharui tekad patrotisme, supaya tidak mempersia-siakan apa yang telah warga terdahulu tinggalkan disebabkan perbezaan antara kita, sebaiknya kita perlu meraikan dan pertingkatkan semangat jati diri.
Guru Besar SKTKU, M Khalimi Dalhan
Guru penyelaras dan pengarah Program itu, Fauziah Aripin dari SRI Hira’ berkata, program itu memberi pendedahan kepada murid sekolahnya yang beraliran agama dengan suasana sambutan kemerdekaan bersama-sama rakan berbilang bangsa.
“Di samping menjadi medan bertukar budaya kerja bagi guru sekolah pelbagai aliran yang terbabit kerana sekolah mempunyai kekuatan tersendiri serta perbezaan itu boleh dibentuk dan mewarnai masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan hidup penuh muhibbah.
“Program ini disusun dengan begitu rapi dan dimulakan dengan ucapan ringkas yang mahukan program berkenaan menjadi perintis jalan bagi kesinambungan program pada masa akan datang dalam usaha mempersiapkan generasi yang menghayati konsep Keluarga Malaysia. – SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
GURU PERLU HIDUPKAN SEMANGAT GURU TAHUN 70AN DAN 80AN
JERANTUT: Ahli Parlimen Jerantut mahu semangat di kalangan guru yang berkhidmat pada tahun 1970an dan 1980an dihidupkan kembali bagi meningkatkan siratulrahim antara guru dengan guru yang berlainan tempat berkhidmat serta masyarakat setempat.
Semasa itu, guru mengenali guru yang mengajar di sekolah lain melalui aktiviti perlawanan persahabatan bola sepak, bola jaring atau permainan lain serta lawatan ke sekolah lain yang mempunyai kebitaraan yang boleh dikongsi oleh guru lain.
Ahli Parlimen itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, kebelakangan ini golongan guru sudah agak renggang dari sudut kekitaan warga pendidik dan bersifat diri sendiri serta hanya mengenali rakan sejawat di satu sekolah yang sama sahaja.
Datuk Ahmad Nazlan Idris menyampaikan sumbangan kepada salah seorang guru di majlis itu, semalam
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai guru sebelum terjun ke bidang politik mengalami alam perkhidmatan akhir 1970an dan 1980 yang menyeronokkan, secara tidak langsung menaikkan semangat untuk bertugas dengan dedikasi.
“Apa tidaknya pada masa itu, kelab guru dan staff sentiasa mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah jiran sekurang-kurangnya sebulan sekali, selain dapat mengenali rakan guru, beriadah menjaga kesihatan jasmani dan rohani, kami boleh berkongsi dapatan dan pengalaman sekolah lain.
“Malah, kami semasa belum berumah tangga mengenali dan melawat serta bermalam dengan kawan guru sekolah lain, khususnya yang tinggal di bandar untuk berehat di hujung minggu kerana ada yang bertugas di kawasan Felda dan kampung tradisional selain mahu membeli bahan dapur setiap minggu boleh bertemu sahabat sekolah lain di bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Untuk Kelab Guru dan Staf Sekolah-Sekolah Daerah Jerantut yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura, hari ini.
Katanya, kebelakangan ini kelihatan guru seperti tepu dengan keadaan tugasan masing-masing sehingga tidak ‘mesra’ dengan guru sekolah lain, seolah-olah bukan seperti satu keluarga guru seperti dihasratkan oleh Perdana Menteri, Keluarga Malaysia.
Sumbangan itu disampaikan oleh beliau kepada 75 buah sekolah rendah dan menengah termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebanyak RM2,000.
Pengerusi Kelab Guru dan Staf, SMK Inderapura, Mohd Mokhtar Nawi, berterima kasih kepada Ahli Parlimen Jerantut yang memberi sumbangan untuk menggerakkan aktiviti kelab guru, khusus di penghujung akhir tahun yang selalunya mengadakan program hari keluarga.
“Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kelab sekolah ini tidak menjalankan aktiviti yang sering diadakan sebelum ini untuk mematuhi Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.
Pengerusi Kelab Guru dan Staf SMK Damak, Faizal Sulaiman bersyukur dengan sumbangan itu yang bakal digunakan dengan sebaik mungkin untuk guru dan staf sekolahnya.
“Majlis bersama keluarga sekolah akan menghimpunkan semua guru dan staf serta keluarga masing-masing untuk mengeratkan warga sekolah ini,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Ramai kecam aksi penunggang basikal bersaing dengan lori
PETALING JAYA – Tindakan beberapa penunggang basikal mengekori dan bersaing dengan sebuah lori mengundang kemarahan orang ramai.
Menerusi sebuah video berdurasi sembilan saat yang dikongsi pengguna Twitter @Radevengers, memaparkan tiga orang penunggang basikal mengekori dengan rapat dan bersaing dengan sebuah lori besar.
Lebih membimbangkan, penunggang basikal itu juga kelihatan berbasikal di lebuh raya yang sesak dengan kenderaan-kenderaan lain.
Bagaimanapun, di mana lokasi kejadian itu dirakam tidak dinyatakan oleh pengirim video berkenaan.
Video yang telah ditonton lebih 39,000 kali itu dihujani ribuan komen yang mengecam tindakan penunggang basikal tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan.
“Baru kelmarin keluar berita penunggang basikal kena gilis dengan lori, tak faham kenapa tak serik masih nak berbasikal tengah jalan,” kata Amra.
“Dulu mengata budak-budak main basikal lajak, dapat dekat orang tua main basikal lagi teruk rupanya,” kata Tiha, lapor kosmo online
“Aku yang bawa motor (motosikal) pun takut nak bersaing dengan lori, kalau kena langgar memang tak dapat apa,” kata Syah.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DAKWAAN PEMASANGAN KAMERA PERANGKAP HAD LAJU DI BAWAH JAMBATAN YANG PALSU DIDAPATI TULAR DI APLIKASI PESANAN WHATSAPP
KUALA LUMPUR- Pihak PLUS telah mengesan mesej yang menjadi tular semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak PLUS ingin menasihatkan semua pengguna agar sentiasa berkongsi maklumat yang sahih dan tidak mudah percaya pada khabar angin dan mesej dari sumber tidak sah yang tular di media sosial.
Dapatkan maklumat yang sahih dari laman rasmi atau berhubung terus dengan pihak PLUS (PLUSLine 1800-88-0000) untuk mendapat kepastian. Rujuk visual di bawah untuk bacaan lanjut.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MACHANG – Sebuah kedai emas di Bangunan Majlis Daerah Machang di sini mengalami kerugian kira-kira RM10,550 selepas seutas rantai leher dan seutas gelang tangan dilarikan seorang lelaki yang berpura-pura hendak membeli barang kemas itu semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.10 petang ketika seorang pekerja wanita premis itu sedang bekerja sebelum didatangi oleh suspek yang berminat untuk membeli barang kemas di premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Suprintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan mendapati, suspek telah meminta pekerja itu mengeluarkan seutas rantai leher jenis kikir melor seberat 29 gram yang dijual pada harga RM7,000.
Menurutnya, ketika pekerja itu meminta bantuan rakannya mengira harga semasa rantai itu, suspek telah mengarahkan wanita tersebut mengeluarkan seutas gelang tangan jenis coco seberat 14.2 gram dengan anggaran harga RM3,550.
“Selepas mengeluarkan kedua-dua barang kemas itu, suspek meminta pekerja premis berkenaan mengira harga keseluruhan kerana dia mahu membelinya.
“Ketika wanita terbabit mengira harga sambil memegang kedua-dua barang kemas itu, suspek merampas rantai dan gelang itu sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Honda Wave bersama seorang lagi rakannya yang sudah menunggu di luar premis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Ganti, wanita itu cuba mengejar suspek dengan bantuan orang ramai, namun gagal kerana keadaan jalan agak sesak dengan kenderaan ketika itu, lapor kosmo online
“Polis sedang mengesan suspek dalam kes itu berpandukan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis tersebut. Tiada sebarang maklumat diperoleh untuk menangkap suspek setakat ini,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kluang: “Mangsa sempat memberi laluan bagi membolehkan kereta saya memotongnya. Namun tidak lama kemudian dia dirempuh pacuan empat roda,” kata saksi kejadian kemalangan, Mohd Hanafiah Mohd Sarif, 61.
Dalam kejadian jam 5.30 petang semalam, penunggang motosikal, Mohd Saifful Nizam Mohd Dahalan, 40, parah dan meninggal dunia sejurus nahas di kilometer 83.8, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini.
Hanafiah berkata, sebelum rempuhan berlaku, mangsa baru sahaja berselisih dan memberi laluan untuk keretanya memotong.
“Tidak lama kemudian, sebuah pacuan empat roda muncul dari arah hadapan dan cuba memotong kenderaan lain. Namun cubaannya gagal sebelum kenderaan itu merempuh motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Taman Setia Jaya, Simpang Renggam di sini, tadi.
Katanya, mangsa belum berkahwin dan bekerja sebagai pemandu lori kelapa sawit.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.40 petang kelmarin,lapor HM online
“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengakutan Jalan 1987,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Seramai 136 penagih dadah dicekup hasil operasi khas dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang di sekitar daerah Rompin sejak Isnin lalu.
Operasi selama 72 jam dinamakan Op Tapis dan Op Indera itu tertumpu di kawasan FELDA dalam daerah Rompin yang dipercayai masih menjadi ‘port’ dadah dalam kalangan remaja dan generasi kedua FELDA.
Ketua JSJN Pahang, Superintendan Mohd Azam Ab Razak berkata, dalam operasi itu juga pihaknya berjaya merampas sejumlah dadah dipercayai digunakan penagih di kawasan berkenaan.
“Bagi operasi kali ini, kita mensasarkan lima ‘port’ dadah yang diserbu serentak dengan kerjasama polis daerah Rompin.
“Seramai 136 penagih berusia antara 16 hingga 60 tahun berjaya kita tahan atas pelbagai kesalahan dan kita juga berjaya merampas 1,410 gram dadah jenis heroin dan 66.05 gram dadah jenis syabu.
Ketua JSJN Pahang, Superintendan Mohd Azam Ab Razak
“Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan melalui operasi terbabit dianggarkan RM105,200,” katanya melalui satu kenyataan media di sini hari ini.
Mohd Azam turut meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di kawasan mereka bagi membantu polis membanteras kegiatan tidak bermoral itu.
Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian 09-50519999 atau 09-50512202 atau hotline JSJN Pahang di talian 012-2087222.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PEKAN: Kemalangan jalan raya antara kereta Myvi dengan sebuah lori di Kilometer 42, Jalan Pekan – Paloh Inai, berhampiran Taman Selasih berlaku pada jam 6.15 petang, hari ini.
Kedua-dua kenderaan terbabit remuk di bahagian hadapan.
Seorang lelaki yang memandu kereta Myvi meninggal dunia di tempat kejadian. Punca kejadian masih dalam siasatan.-SAHIH
Gambar: Media Sosial
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
RAMAI KECAM AKSI PENUNGGANG BASIKAL BERSAING DENGAN LORI
PETALING JAYA – Tindakan beberapa penunggang basikal mengekori dan bersaing dengan sebuah lori mengundang kemarahan orang ramai.
Menerusi sebuah video berdurasi sembilan saat yang dikongsi pengguna Twitter @Radevengers, memaparkan tiga orang penunggang basikal mengekori dengan rapat dan bersaing dengan sebuah lori besar.
Penunggang basikal mengekori rapat sebuah lori yang mengundang bahaya
Lebih membimbangkan, penunggang basikal itu juga kelihatan berbasikal di lebuh raya yang sesak dengan kenderaan-kenderaan lain.
Bagaimanapun, di mana lokasi kejadian itu dirakam tidak dinyatakan oleh pengirim video berkenaan.
Video yang telah ditonton lebih 39,000 kali itu dihujani ribuan komen yang mengecam tindakan penunggang basikal tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan membahayakan keselamatan.
“Baru kelmarin keluar berita penunggang basikal kena gilis dengan lori, tak faham kenapa tak serik masih nak berbasikal tengah jalan,” kata Amra.
“Dulu mengata budak-budak main basikal lajak, dapat pada orang tua main basikal lagi teruk rupanya,” kata Tiha.
“Aku yang bawa motor (motosikal) pun takut nak bersaing dengan lori, kalau kena langgar memang tak dapat apa,” kata Syah. – K! ONLINE
Video: Media sosial