BENTONG – Bagi memastikan urusan pembayaran cukai tanah oleh penduduk setempat, satu kiosk disediakan di lobi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Bentong.
Kiosk dinamakan ‘Smart Kiosk Cukai Tanah’ itu dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam.
Amizar berkata, melalui pengenalan kiosk pintar itu, segala urusan dapat dilakukan dengan lebih cekap, cekap dan efisien.
“Ini adalah satu kemudahan yang lebih efisien dan produktif kepada warga Bentong.
“Sudah pasti keputusan untuk memperkenalkan dan menyediakan kiosk ini adalah hasil inisiatif yang sangat baik dan menyenangkan rakyat,” katanya.
Perasmian kiosk itu dilakukan Amizar yang juga ADUN Pelangai sebelum menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelesaian Tanah Daerah Bentong di PDT Bentong.
Dia turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pegawai dan kakitangan PDT Bentong atas usaha itu. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Tindakan tegas terhadap kilang proses baja tinja ayam
BENTONG – Kerajaan Pahang bertindak tegas kepada premis menjalankan aktiviti memproses bahan tinja ayam sehingga mengakibatkan gangguan lalat di kawasan Taman Perumahan Makmur Lakeview Karak Jaya.
Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata kerajaan negeri mengambil perhatian rungutan rakyat dan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketidakselesaan.
“Saya diminta oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk menyampaikan mesej bahawa kerajaan Pahang akan membantu dan memberikan keselesaan hidup rakyat.
“Kita akan bertindak tegas mengikut klausa dan akta yang terdapat di bawah PBT (pihak berkuasa tempatan), di mana sekiranya didapati perlu, kita boleh merobohkan bangunan (premis) berkenaan.
“Sementara menunggu akta serta laporan khusus dari agensi terlibat untuk kita tutup secara terus (premis terlibat), kita mohon kerjasama penduduk untuk membantu dengan memberitahu pihak berkuasa untuk sekat sebarang aktiviti daripada berjalan,” katanya yang juga ADUN Pelangai.
Tambah beliau lagi, premis berkenaan juga difahamkan telah dikompaun sebanyak dua kali dalam tempoh setahun atas kesalahan ini.
“Kita juga telah mengambil tindakan tutup (operasi) ini sebanyak dua kali serta mereka juga telah dikompaun sebanyak RM250 dan kemudiannya dikompaun buat kali kedua sebanyak RM10,000,” katanya.
Menurutnya, pihak kesihatan dan pemilik premis juga memberi jaminan akan membuat semburan bagi menghalau lalat di kawasan taman perumahan itu secara berkala. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Bagi menjadikan warga peneroka tanah rancangan FELDA di Pahang berdaya saing dan mempunyai tahap sosio-ekonomi yang makmur, Datuk Amizar Abu Adam tampil dengan sembilan fokus utama dalam menjayakan agenda pembangunan FELDA.
Dia yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang berkata, semua usaha itu sudah dan akan dilaksanakan secara berperingkat dengan sokongan penuh daripada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Tumpuan paling utama adalah isu penempatan anak peneroka – generasi kedua atau ketiga – yang mana kerajaan Pahang sudah pun memperkenalkan Skim Tanah Rakyat FELDA (STRF) di beberapa tanah rancangan.
“Ini akan diperluaskan ke semua tanah rancangan di Pahang secara berfasa dalam usaha mengatasi permasalahan dihadapi warga peneroka,” katanya.
Selain itu, Amizar memaklumkan proses pemulihan semula projek perumahan generasi kedua FELDA yang terbengkalai juga sedang giat dilaksanakan.
Katanya, kontraktor yang bermasalah sudah dikenal pasti dan langkah berikutnya adalah melantik kontraktor yang lebih kompetitif serta berkemampuan melaksanakan projek itu.
“Dalam masa yang sama, saya menyeru lebih ramai warga peneroka, termasuk generasi kedua atau ketiga untuk mendaftar sebagai ahli Kami Anak FELDA (KAF).
“Ia adalah bagi memudahkan penyelarasan aktiviti dan penyebaran maklumat berkaitan peluang dan bantuan yang disediakan,” katanya yang berharap sasaran 100,000 ahli KAF dapat dicapai.
Amizar selaku ADUN Pelangai juga berhasrat agar pemerkasaan ekonomi warga peneroka dapat direalisasikan melalui penyertaan mereka dalam KAF.
“Saya juga berhasrat mewujudkan satu platform yang boleh mengumpulkan semua anak FELDA Pahang yang berada di perantauan… kita akan tubuhkan Anak Rantau FELDA Pahang tidak lama lagi.
“Tujuannya untuk mengesan dan mengumpulkan mereka supaya interaksi lebih berkesan mengenai pelbagai inisiatif diperkenalkan kerajaan Pahang dapat diketahui oleh mereka,” jelasnya.
Dia juga akan memberi perhatian khusus kepada isu pembangunan dalam kawasan FELDA di Pahang yang perlu dirancakkan, seiring dengan kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hadiah hari lahir paling menarik Ketua Peneroka Jengka 24 sebelum ke Tanah Suci
JERANTUT – Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud seolah-olah mendapat ‘durian runtuh’ hari ini.
Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkunjung ke daerah Jerantut bagi merasmikan kilang milik FELCRA.
Dan tengah hari pula, Ahmad Zahid meluangkan masa bersama pimpinan UMNO Pahang, termasuk Bahagian Jerantut dalam satu majlis tertutup.
Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Menteri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Paling menarik, hari ini juga adalah tarikh hari lahir Razak dan tanpa disedari, dia berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Asyraf Wajdi, katanya beliau sangat bertuah berkongsi bulan kelahiran bersama Setiausaha Agung UMNO itu. ”
“Yang pertama sekali saya nak ucap terima kasihlah kepada Wanita UMNO Cawangan Jengka 24 yang sudi membeli kek bagi meraikan hari lahir saya.
“Memang terharu apabila tarikh bermakna ini disambut bersama ramai rakan-rakan, walaupun secara kecil-kecilan tapi ia sangat bermakna,” katanya.
Dia yang juga AJK UMNO Bahagian Jerantut turut menganggap kunjung Ahmad Zahid dan Asyraf Wajdi ke Jerantut seperti ‘hadiah istimewa’ untuk sambutan hari lahirnya.
“Rasa gembira kerana berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan Datuk Asyraf Wajdi yang menyambut hari lahir 14 Mei lalu,” katanya lagi ini saat manis yang akan diingati sebelum ke Tanah Suci pada 22hb April ini.
Razak juga menghargai pada semua rakan sekerja di Yayasan Pahang yang meraikan sambutan hari lahirnya tanda ingatan .
“Sebelum ke Makkah, sempat juga sambut hari lahir,” katanya yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 22 Mei ini. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Golongan belia di tanah rancangan FELDA seluruh negara digalakkan menyertai aktiviti berpersatuan bagi memudahkan penyaluran maklumat dan bantuan dilakukan.
Buat masa ini, pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) sedang berusaha menarik pembabitan dan minat golongan muda dan belia untuk bersama-sama dalam agenda transformasi FELDA secara lebih sistematik.
Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, setiap tanah rancangan FELDA di Pahang sudah memiliki Pengerusi KAF masing-masing untuk menyelaras pendaftaran ahli baharu.
“Jadi saya menyeru agar semua golongan muda dan belia yang masih belum berdaftar dengan KAF, untuk mengambil peluang ini.
“Kita sasarkan 100,099 ahli yang terdiri daripada anak muda serta belia bersama-sama kita dalam KAF bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga peneroka terus diberi tumpuan,” katanya.
Amizar yang juga ADUN Pelangai berharap usaha meningkatkan kesedaran dan penambahan keahlian KAF dapat dijadikan keutamaan oleh warga peneroka generasi kedua dan ketiga.
Katanya, pelbagai aktiviti dan peluang untuk memajukan diri selain pelbagai latihan kemahiran boleh diikuti jika golongan ini menyertai KAF.
“Yang penting ialah kebersamaan antara warga peneroka dalam satu wadah untuk memudahkan mereka bergerak secara bersama.
“Sudah pasti menjadi impian dan harapan saya untuk melihat lebih ramai mengambil bahagian secara aktif untuk memajukan FELDA yang kita cintai ini.
“Selain itu, melalui pembabitan dalam KAF juga, bermacam-macam aktiviti, peluang, latihan, penyebaran maklumat dapat diselaraskan dengan lebih berkesan dan menyenangkan semua pihak,” jelasnya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Penduduk di sekitar Chemomoi dalam kawasan DUN Pelangai diraikan pada Program Penyerahan Pahang Pride Kids, baru-baru ini.
Penyerahan dilakukan ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam di Rumah UMNO FELDA Chemomoi, dekat sini.
“Saya ke Rumah UMNO FELDA Chemomoi bagi menyempurnakan penyerahan Pahang Pride Kids DUN Pelangai daripada Kerajaan Negeri Pahang.
“Seperti selalu diungkapkan YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited membantu rakyat di negeri ini dari segenap lapisan umur, dari bayi baru lahir sehingga warga emas,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Amizar selaku Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang memaklumkan program Pahang Pride Kids adalah antara peranan dan fungsi terbesar kerajaan negeri dalam memastikan kemakmuran negeri dan rakyat. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Kelulusan usul dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sidang DUN Pahang hari ini bagi melantik Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah sebagai ADUN lantikan amat bersesuaian.
Ini kerana Haris Salleh adalah seorang peguam yang dikenali dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
Ketua UMNO Cawangan Jengka 24, Razak Daud berkata, pemilihan Haris Salleh juga dibuat secara teliti oleh Wan Rosdy, selain dipersetujui oleh barisan Exco Kerajaan negeri yang bermesyuarat sebelum ini.
“Saya mewakili ahli akar umbi UMNO Cawangan Jengka 24 sangat teruja dengan pelantikan dibuat Menteri Besar dan yakin Haris Salleh dapat menjalankan tugas dengan baik.
“Selain itu, kepakaran dan kebolehan dimiliki Haris Salleh juga dapat memberi manfaat kepada kerajaan Pahang dalam menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri maju,” katanya yang juga AJK UMNO Bahagian Jerantut.
Razak memaklumkan pimpinan UMNO Bahagian Jerantut menyokong penuh lantikan itu dan berterima kasih atas kepercayaan Kerajaan Pahang terhadap Haris Salleh.
“Semoga pelantikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, baik di peringkat Jerantut dan negeri Pahang,” katanya.
Bagi Ketua UMNO Cawangan Sungai Tekam Utara, Sharif Salleh, pelantikan Haris Salleh adalah satu keputusan yang sangat dihargai.
Katanya, sudah tentu pelantikan dibuat adalah hasil kebijaksanaan dan perkenan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Bagi kami di peringkat Cawangan Sungai Tekam Utara, kami akan berikan sokongan 100 peratus kepada Haris Salleh dan sudah tentu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Kami akan pastikan UMNO kekal sebagai benteng utama untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya.
Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Labu, Jerantut, Datuk Wan Zamsuri Wan Hasnan menyatakan rasa bangga atas lantikan Haris Salleh sebagai ADUN dilantik oleh kerajaan Pahang.
“Keputusan melantik Haris Salleh ini diyakini melalui perbincangan teliti dan seterusnya diperkenan oleh Baginda Sultan Pahang.
“Kami sangat bangga dengan kepercayaan Datuk Seri Wan Rosdy terhadap pimpinan UMNO Bahagian Jerantut dan kita akan membalas kepercayaan diberikan sebaik mungkin dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DUN Pahang lulus usul lantik ADUN lantikan, Haris Salleh antara yang menggalas tugas ADUN lantikan di Jerantut
KUANTAN – Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, meluluskan usul melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.
Mereka adalah pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi AMANAH Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin.
Pelantikan itu mendapat sokongan majoriti mudah selepas dicadangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan disokong tujuh ADUN Pahang.
Tujuh ADUN yang menyokong adalah Datuk Mohd Johari Hussain dari Tioman, Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura), Datuk Abd Aziz Mat Kiram (Batu Talam), Mohd Shahrim Md Zain (Chini), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Tras), Su Keong Siong (Ketari) dan Ho Chi Yang (Tanah Rata).
Wan Rosdy sebelum itu berkata pelantikan ADUN lantikan itu dibuat dengan mengambil kira latar belakang keluarga, pendidikan dan pencapaian serta komitmen dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
Katanya, mereka yang dilantik adalah dalam kalangan ‘berkaliber dan berkemahiran tertentu’ serta berganding bahu bersama ADUN lain untuk menyumbangkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Saya percaya dengan pelantikan ini, ahli yang dilantik dapat membantu dalam mencapai misi dan visi kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata lima ADUN lantikan itu akan mengangkat sumpah pada Sidang DUN Pahang, Ogos depan.
Katanya, tiada kawasan diberikan kepada lima ADUN lantikan itu dan mereka berkhidmat dalam usaha membantu kerajaan negeri. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN – ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam hari ini selesai melakukan penggulungan titah Diraja sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Sidang Dewan Negeri Pahang Ke-15.
Ia mencatat sejarah peribadi kepada ADUN Pelangai itu yang baru dilantik sebagai Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang.
“Saya menjawab persoalan diajukan berkenaan hal ehwal FELDA seperti Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dan Skim Tanah Rakyat Felda (STRF) dan prestasi Felda Plantation Management Sdn Bhd serta hal-hal lain berkaitan.
“Sementelah itu, persoalan mengenai usahawan juga saya kongsikan statistik penerima Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang atau Skim I-PUSH.
“Daripada kenyataan saya sebentar tadi, pembiayaan Fasa 1 dan Fasa 2 pada November 2022 telah diusahakan kepada pemohon yang berjaya oleh Kerajaan Negeri Pahang.
“Daripada kejayaan pembiayaan ini kepada usahawan-usahawan, Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang telah memperluas pelaksanaannya dengan tambahan peruntukan sejumlah RM5 juta di dalam Belanjawan 2024,” kongsinya melalui satu hantaran di Facebook.
Amizar turut berharap agar Allah merahmati dan dipermudahkan segala urusan.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Semangat tidak pudar UMNO Jengka 24 sedia hadapi PRU16
JERANTUT – Semangat kesepakatan dan semangat tidak pudar ditunjukkan ahli akar umbi UMNO Cawangan Jengka 24 dapat meningkatkan keyakinan UMNO Bahagian Jerantut dalam menghadapi PRU16.
Ia ditunjukkan ahli parti cawangan itu dalam Mesyuarat UMNO Cawangan Jengka 24 yang berlangsung semalam.
Bagi AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud, dia bersyukur kerana semua ahli kekal bersemangat tinggi walaupun berdepan kekalahan dalam PRU15 lalu.
“Dengan semangat ditunjukkan dalam mesyuarat kali ini, saya percaya kita dapat membantu merampas kembali kerusi di peringkat DUN dan Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.
“Saya sendiri tidak menyangka bahawa semua ahli tidak patah semangat dalam perjuangan demi bangsa dan agama.
“Kita masih perlu bekerja keras dalam hal memenangi hati pengundi di Jerantut dan di kawasan DUN Tahan, Pulau Tawar dan Damak,” katanya.
Razak juga yakin segala gerak kerja diatur dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama baik semua pihak, sama ada di peringkat Cawangan dan Bahagian Jerantut.
Katanya, pelbagai program turun padang dilakukan pimpinan dan ahli selepas PRU15 bagi membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti untuk musim pilihan raya semata-mata.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!