LELAKI PECAH MASUK PASAR RAYA DITAHAN
LELAKI PECAH MASUK PASAR RAYA DITAHAN
BINTULU: Polis menahan seorang lelaki yang memecah masuk sebuah pasar raya di Naim Bintulu Paragon, Jalan Lapangan Terbang Lama di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata suspek, 37, cuba melarikan diri semasa tangkapan dibuat.
“Dalam usaha melarikan diri, suspek telah merosakkan beberapa barang di dalam premis, lapor Utusan borneo
“Hasil pemeriksaan mendapati siling pasar raya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasar raya turut rosak akibat dipukul oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata suspek direman sehingga 5 Julai ini untuk membantu siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama membabitkan pecah masuk kedai dan khianat.