Perkara normal apabila manusia berkumuh atau bernyahtinjaan atau lebih mudah buang air besar dan kecil.
Ia adalah hasil bahan buangan daripada badan manusia .
Proses ini mengeluarkan najis, air kencing, peluh dan karbon dioksida.
Bahan buangan ini merupada bahan makanan yang tidak dapat dicerna, lalu akan dibuang melalui proses tadi.
Sebuah universiti di Korea Selatan, Ulsan National Institute of Science and Technology (UNIST) mencipta tandas mesra alam yang mampu menghasilkan biogas dan baja menggunakan bahan kumuhan.
Tandas tersebut dinamakan BeeVi yang menggunakan pam vakum untuk menghantar najis ke tangki bawah tanah yang tidak menggunakan jumlah air yang banyak.
Melalui tangki tersebut, sisa buangan menjadi metana sekali gus dijadikan sumber tenaga untuk bangunan universiti dan kemudahan pelajar.
Sumber yang diambil dari Reuters, seorang profesor Kejuruteraan Bandar Dan Alam Sekitar, Cho Jae-Weon berkata, najis memiliki nilai tinggi dalam penghasilan tenaga dan baja, dengan ciptaan tandas mesra alam najis yang dibuang disalurkan ke peredaran ekologi.
Cho menjelaskan manusia membuang air besar sekitar 500 gram sehari yang boleh ditukarkan kepada 50 liter gas metana untuk menghasilkan elektrik 0.5kWh atau pemanduan boleh mencapai 1.2 kilometer (0.75 batu).
Selain itu, profesor berkenaan juga mencipta Ggool iaitu mata wang digital hasil daripada menggunakan tandas BeeVi.
Pelajar boleh menggunakan mata wang Ggool untuk membeli barang keperluan di kampus seperti kopi, buah-buah, buku atau mi segera dengan mengimbas kod QR untuk membeli.
Untuk pelajar yang menggunakan tandas BeeVi akan memperoleh 10 Ggool sehari dan boleh menggunakan wang digital tersebut untuk keperluan seharian.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Baru-baru ini hangat berita mengenai pelakon sinetron Indonesia yang popular dengan drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih, Nia Ramadhani dan suami ditahan polis kerana telibat dengan penyalahgunaan dadah.
Munurut sumber, pasangan itu ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia kerana didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu melalui ujian air kencing.
Nia dan suaminya mengaku telah mengambil dadah tersebut sejak 5 bulan lalu bersama pemandu peribadi mereka.
Pihak polis merampas bahan bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong).
Pada ketika itu, keadaan Nia sangat cengkung dan kelihatan pucat.
Nia terkenal ketika memegang watak ‘Bawang Merah’ nampak tidak bermaya dan kelihatan sangat berlainan dengan wajah asalnya yang cantik dan manis.
APA ITU SYABU?
Syabu atau crystal methamphetamine adalah dadah yang berbentuk seperti kristal.
Terdapat banyak panggilan untuk dadah jenis ini seperti ice, crack meth, batu, glass dan hiropong.
Crystal methamphetamine digunakan untuk pesakit Gangguan Hiperaktif dan Kuraang Tumpuan (ADHD) yang mengandungi bahan kimia dan penghasilannya dengan amfetamina (amphetamine).
Jika diambil tanpa kawalan, akan menyebabkan ketagihan.
CIRI-CIRI INDIVIDU KETAGIH SYABU
Penyalahgunaan syabu dapat dilihat secara jelas dan tindakan yang bukan dari kebiasaan manusia normal.
Kelakuan Fizikal
Peka dan bertenaga Pergerakan anak mata yang cepat Berhalusinasi, perubahan mood dan kemurungan Kadar denyutan jantung yang laju dan sesak nafas Peningkatan suhu badan dan tekanan darah tinggi
Tingkah Laku
Aktif secara fizikal Pergeseran gigi Cubit kulit dan tarik rambut sendiri Anak mata terbeliak Corak tidur tidak normal, tidak tidur dengan kadar yang lama seperti beberapa hari atau minggu Pergerakan badan tidak lancar dan mengerut Banyak cakap Kurang selera makan dan berat badan semakin susut
Tiada Ransangan
Kerap menggaru Cubit diri sendiri Bergelut dengan diri sendiri
Kesan menggaru dan cubit diri sendiri kerana terasa seperti ada serangga yang merayap di bawah kulit.
Tiada ransangan ini juga menyebabkan risiko untuk cederakan diri kerana individu berada dalam keadaan psikotik atau terputus dari realiti sepenuhnya.
Mereka akan rasa kecewa, lemas. resah dan tidak stabil akan menambahkan keinginan terhadap syabu yang sangat kuat.
Sakit Mental
Dikatakan hampir 1 daripada 4 individu yang aktif menggunakan dadah jenis syabu ini mengalami gejala sakit mental.
Terlalu mencuragi dalam pelbagai perkara Memikirkan dan mempercayai sesuatu yang tidak logik Dengar dan lihat perkara yang tidak wujud, berhalusinasi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Hobi adalah aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapang. Setiap orang mesti ada minat tersendiri.
Lelaki dan perempuan tentu ada aktiviti yang akan selalu dibuat jika ada waktu lapang.
Tak kisahlah apa sekali pun hobi korang, yang penting korang suka buat.
Ada sesetengah orang, hobi dilakukan bila ada waktu ‘free‘, ada juga yang melakukan aktiviti kegemaran secara harian.
Okay, artikal ini untuk gadis-gadis di luar sana. Hobi bukanlah satu ukuran yang membuatkan korang nampak cantik atau menarik perhatian lelaki.
Tapi ini adalah beberapa hobi perempuan yang boleh menarik mata-mata lelaki. Jom tengok!
Bermain Alat Muzik
Kebolehan bermain alat muzik ini adalah salah satu bakat yang luar biasa.
Tak semua orang ada minat dan pandai bermain alat muzik.
Ada juga yang tak reti apa-apa tapi disebabkan minat yang mendalam sanggup belajar sendiri atau belajar dari YouTube! Wow, hebat, kan?
Hobi bermain alat muzik seperti gitar, piano, violin atau apa-apa sahaja membuatkan para lelaki tertarik dan kagum.
Perempuan yang pandai bermain alat muzik sangat berkebolehan dan mempunyai aura tersendiri lagi-lagi masa tengah buat persembahan.
Menyanyi
Bila perempuan menyanyi memang akan menghiburkan lelaki.
Tahu tak, dengan nyanyian seorang perempuan dapat menggoda lelaki.
Menyanyi dapat dijadikan sebagai punca pendapatan.
Di negara kita juga ramai penyanyi perempuan yang hebat-hebat.
Suara perempuan adalah elemen yang seksi bagi lelaki kerana daripada suara membuatkan lelaki tertarik pada perempuan.
Tapi kalau suka menyanyi tapi tidak ada bakat, jangan risau korang masih boleh menyanyi di telinga pasangan korang je. Okay?
Menari
Bakat menari juga adalah salah satu hobi yang boleh membuatkan seorang perempuan kelihatan cantik dan menarik.
Ketika menari personaliti dan daya tarikan mudah dilihat hingga mampu memukau mata lelaki.
So, siapa ada bakat menari jangan sia-siakan tapi pastikan guna pada tujuan yang betul ya!
Fotografi
Selalunya nampak jurugambar mesti lelaki, kan? Jarang nampak perempuan yang jadi photographer professional.
Tapi jangan risau, masih ada perempuan yang berbakat besar dalam bidang fotografi.
Bila seorang perempuan mengeluarkan gajet kameranya, terserlahlah keyakinan diri mereka.
Ketika menggunakan lens, kemera, fokus dan gayakan objek ternyata nampak kretiviti dan dedikasi dalam diri.
Menjahit
Tak semestinya dalam bidang kesenian je, menjahit atau mengait adalah salah satu aktiviti yang nampak ayu.
Hasil bakat tangan ini merupakan satu kebanggaan kerana prosesnya agak rumit dan menguji kesabaran.
Lelaki lebih percaya dengan perempuan yang mempunyai hobi menjahit atau mengait kerana mereka lebih lemah lembut dan sopan.
Memasak
Bila memasak je pasti fikiran kita ke arah perempuan. Tapi ada beza seorang perempuan yang suka memasak dengan memasak untuk meneruskan kehidupan tau.
Perempuan yang suka memasak sangat diminati lelaki.
Rasanya korang pun tahu kenapa, kan?
Bila perempuan suka masak, secara automatik lelaki akan dapat merasa masakan yang sedap-sedap.
Selain itu, untuk jangka masa panjang tidak perlu risau lagi, dijamin anak-anak juga tidak akan terlepas daripada makan masakan ibunya yang istimewa.
Bersukan Dan Aktiviti Luar
Bila nampak lelaki atau perempuan yang sukakan aktiviti luar dan lasak pasti nampak kuat, bersemangat dan sihat.
Untuk perempuan kalau korang suka aktiviti lasak ini adalah bonus untuk korang!
Tak kiralah berjogging setiap petang, bersenam, pergi ke gym, mendaki bukit, travel secara solo atau apa saja pasti korang akan dapat perhatian lelaki yang melakukan aktiviti yang sama.
Bersukan bukan tujuan untuk mendapatkan pasangan tapi kalau dah jodoh, apa salahnya.
Kerja-Kerja Automotif
Kerja yang jarang perempuan buat. Kerja-kerja automotif didominasi oleh kaum lelaki.
Tapi bila nampak seorang perempuan yang comot dengan minyak dan berkebolehan membaiki kereta pasti ramai yang kagum.
Sambil memegang alat tukangan pun nampak cantik dan hebat. Confirm ada yang menegur nanti.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BELUM RASMI UMUM FFM31, AMBIL KIRA SEMUA PANDANGAN
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji kewajaran keputusan penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pengumuman rasmi berhubung festival itu juga belum dibuat.
Datuk Saifuddin berkata, kementerian mengambil kira faktor semua sudut dan juga pandangan berbeza yang diberikan.
Namun demikian katanya, festival itu bukan matlamat untuk berhibur sebaliknya lebih kepada pengiktirafan kepada karya penggiat seni dan membantu mereka.
Malah konsep penganjurannya juga sederhana iaitu hampir sama dengan Anugerah Nasyid Malaysia 2020 yang diadakan pada tahun lalu.
“Cadangan itu memang ada tapi pengumuman rasmi saya belum buat tentang festival itu.
“Hasrat itu memang ada daripada FINAS dan kita faham kenapa dia ingin diadakan kemudian ada pandangan yang berbeza pun kita faham pokok pangkal kita sedang menimbangkan sambil kita meneruskan bantuan kepada penggiat seni filem,” katanya kepada pemberita dalam sidang media secaya maya selepas Perasmian Bengkel Usahawan Pahang Program Pengupayaan Digital.
Semalam, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) minta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mempertimbangkan FFM31 ditangguhkan berikutan situasi semasa dan ramai penggiat seni terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mengulas mengenai dana penggiat seni katanya, kerajaan telah meluluskan 48.8 juta ringgit bagi membantu penggiat seni di bawah program Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma).
Prisma terbuka kepada empat kategori iaitu penggiat industri filem; muzik; kandungan kreatif digital serta penggiat seni visual; persembahan dan kraf.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Setiap kali keluar rumah pelitup muka atau facemask wajib dipakai. Kalau tak, kena bayar saman pula nanti.
Sebenarnya pemakaian facemask merupakan langkah mencegah penyebaran virus COVID-19 dan boleh yang melindungi diri daripada jangkitan bahaya ini.
Selain daripada memakai facemask yang disarankan, penjagaan kebersihan, penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain dan kurangkan pergerakan keluar rumah juga penting bagi menjaga penularan virus COVID-19.
Jenis-jenis pelitup muka yang disarankan adalah pelitup muka jenis perubatan (medical) dan pelitup muka bukan perubatan (non-medical).
Pelitup muka medical mempunyai 3 lapisan seperti 3 ply surgical mask yang biasa digunakan oleh petugas kesihatan.
Facemask jenis medical ini disarankan kepada orang ramai yang mengalami gelaja saluran pernafasan dan kepada penduduk kawasan yang disyaki mempunyai jangkitan virus ini.
Facemask 3 ply ini juga sangat disyorkan kepada golongan warga emas iaitu mereka yang berusia 60 tahun ke atas, kumpulan yang berisiko tinggi dan mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Namun, sebuah syarikat di Jepun telah mencipta pelitup muka yang boleh dimakan dalam masa yang sama masih boleh melindungi diri daripada virus yang melanda dunia.
Syarikat Goku No Kimochi The Labo telah melancarkan pelitup muka berbentuk melon pan atau roti melon yang menjadi snek kegemaran masyarakat Jepun.
Goku No Kimochi The Labo bekerjasama dengan pengeluar roti melon terkenal yang terletak di Tokyo, Melon de Melon untuk menghasilkan pelitup muka yang menarik ini.
Pelitup muka unik ini mendapat kelulusan daripada lembaga ujian pelitup muka Untika Garmentec Research.
Menurut lembaga itu, walaupun pelitup muka ini boleh dimakan, ia tetap memberi perlindungan yang sama seperti pelitup muka komersial yang ada di pasaran sekarang.
Lebih menarik, apabila syarikat itu menyatakan roti yang dikatakan mempunyai 2 lapisan kerana diperbuat daripada roti lembut dan lapisan cookie.
Wow, best! Pelitup muka roti melon dijual secara ekslusif dalam talian yang berharga ¥ 1,800 atau RM68.57.
Diingatkan bahawa pelitup muka roti melon diperbuat daripada roti sebenar dan mempunyai tarikh luput.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEKAS ANGGOTA RABBANI MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19
KUALA LUMPUR – Bekas anggota kumpulan Rabbani, Azizan Khalid yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin disahkan positif Covid-19.
Allahyarham yang juga pemain perkusi Rabbani dikatakan mengalami sesak nafas selepas sarapan jam 8.30 pagi dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, ujian ke atas jenazah semalam mendapati Allahyarham positif virus itu.
Katanya, jenazah dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kubur, Pantai Dalam dan diuruskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada awalnya, keluarga meminta supaya jenazah dibenarkan dikebumikan di kampungnya di Behrang, Perak.
Namun, pihak KKM tidak memberi keizinan memandangkan arwah disahkan positif.
Allah permudahkan urusan jenazah dan pihak keluarga berlembut hati mempercepatkan proses pengebumian di Pantai Dalam, tak jauh dari kediamannya,” katanya kepada Harian Metro.
Isteri Allahyarham, Dewi dan anak perempuannya, Rania juga menjalani ujian calitan dan dikuarantin selama 14 hari.
Harian Metro semalam melaporkan, Azadan berkata, Azizan tidak pernah berdepan masalah kesihatan sepanjang 30 tahun perkenalan mereka, lapor BH ONLINE.
Allahyarham menyertai Rabbani pada 1997 sebelum membuat keputusan berundur diri pada 2001.
Azizan juga difahamkan tidak mempunyai penyakit kronik, namun diserang demam sejak seminggu lalu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kes baharu meningkat pada hari ini (9 Julai) iaitu 9,180 kes menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 817,838 kes. Jumlah kes baharu pada hari ini adalah yang tertinggi sejak 29 Januari 2021, manakala kedua tertinggi sebanyak 9,020 pada 29 Mei lalu.
Selangor dengan kes terbanyak dengan 4,400 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,271) dan Negeri Sembilan (899); manakala WP Putrajaya (16) serta Perlis hanya mempunyai satu kes sahaja.
Sehingga 9 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,180 kes (817,838 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor – 4,400 (277,393) WPKL – 1,271 (86,313) Johor – 315 (74,037) Sabah – 323 (71,791) Sarawak – 406 (68,247) Negeri Sembilan – 899 (51,213) Pulau Pinang – 142 (36,196) Kelantan – 151 (35,902) Perak – 241 (28,758) Kedah – 417 (27,838) Melaka – 222 (20,762) Pahang – 214 (15,601) Terengganu – 82 (11,671) WP Labuan – 80 (9,002) WP Putrajaya – 16 (2,511) Perlis – 1 (603)
Sumber- KKM
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mendapat sambutan menggalakkan kerana orang ramai tidak melepaskan peluang ketika menerima jemputan untuk divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini.
Tinjauan SAHIH mendapati ramai hadir untuk mendapatkan vaksinasi, malah ada yang hadir lebih awal sebelum masa yang dijadualkan.
Seorang jurucakap di PPV itu berkata, sejak kebelakangan ini semakin ramai yang hadir , ini menunjukkan tanda sambutan yang sangat positif mula diterima ramai.
Seorang penerima vaksin, Azman Talib (53) berkata, sebagai rakyat Malaysia yang mahu pandemik ini segera dihapuskan, perlu mendapatkan pelindungan diri agar tidak dijangkiti.
Azman Talib (53), sebagai rakyat Malaysia yang mahu pandemik ini segera dihapuskan, perlu mendapatkan pelindungan diri agar tidak dijangkiti.
“Sewajarnya kita perlu mendapatkan imunisasi sebagai perisai diri untuk menghindari daripada wabak Covid-19.
“Selain diri kita dilindungi, kita juga bertanggungjawab untuk melindungi orang lain , “katanya ketika ditemui di PPV itu.
Seorang lagi yang turut menerima vaksinasi dos pertama, Roslan Ab Malik (60) berkata, saya memang menunggu lama setelah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Roslan Ab Malik (60), dia memang menunggu lama setelah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
“Alhamdulillah…dengan adanya dos pertama dan bakal mendapat dos kedua tidak lama lagi, ini lebih memberi keyakinan kepada diri saya.
“Usahlah dengar dakyah yang disebarkan melalui media sosial, yang pasti kita mahu semua orang selamat, “katanya.
Isterinya, Shamsiah Mt Isa (55) berkata , tidak perlu dirisaukan , semasa disuntik seperti digigit semut sahaja, tak ada apa yang nak ditakutkan.
“Pelik, terdapat visual yang ditularkan melalui media sosial menunjukkan seolah terlalu sakit, jangan percaya,”katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kiriman hadiah kejutan untuk orang tersayang memang jadi trend, lagi-lagi pada musim pandemik sekarang.
Disebabkan tak boleh rentas negeri untuk sambut hari istimewa bersama, cukup sekadar kiriman hadiah sudah memadai.
Perkhidmatan penghantaran bunga, kek, coklat dan macam-macam lagi mendapat permintaan tinggi.
Selain dapat membantu perniaga untuk survive, dapat juga menggembirakan hati penerima tanda ingatan dari jauh.
Siapa tak suka dapat surprise, nak pula hadiah yang diterima itu adalah berbentuk duit!
Tular sebuah video, seorang kanak-kanak menerima kejutan belon yang berisi duit dapat perhatian ramai.
Menerusi akaun Twitter @iNerd__ berkongsi video seorang kanak-kanak perempuan yang membuka ikatan reben pada belon di luar rumah dan belon terbang bersama duit!
Pengajaran yang kita dapat di sini adalah jika dapat kejutan, pastikan buka dalam rumah. Takut ada duit terbang lagi. Menangis!
Untuk adik, mungkin ada rezeki yang lebih baik sempena hari kelahiran tahun depan. Harap bersabar ye!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Semua orang tahu tidur yang cukup memberikan banyak faedah kepada tubuh badan dan otak manusia.
Tidur cukup membuatkan badan dan minda berehat daripada aktiviti yang dilakukan pada siang hari.
Tidur juga membantu menghasilkan sel-sel dalaman untuk bekerja pada keesokkan hari.
Tetapi ramai juga yang masih tidak menyedari, tidur yang tidak cukup atau tidak berkualiti boleh menyebabkan kematian kerana tekanan yang melampau.
Ia boleh memberi kesan psikologi dan biologi terhadap seseorang.
Untuk kanak-kanak tidur memang penting untuk tumbesaran kerana pada waktu tidur otak akan berkembang dan memproses perkara yang dipelajari pada waktu siang.
Tabiat tidur lambat dan menahan mata dari tidur untuk aktiviti yang tidak berfaedah akan meyebabkan kerosakkan badan dan otak.
Tahu tak apa akan jadi jika anda kekurangan jumlah tidur? Jom baca 10 kesan terhadap badan jika tak cukup tidur.
Cepat Tua Haa, ini mesti para wanita takut. Sebenarnya salah satu punca penuaan kulit adalah tidak dapat tidur dan rehat yang cukup.
Kualiti tidur yang tidak baik akan memberikan masalah kulit dan proses penyembuhan kulit menjadi lambat. Kulit akan cepat tua sebelum usia sebenar! Takkan nak nampak tua, kan?
Selera Makan Bertambah Hormon lapar akan cepat bertindak. Inilah punca berat badan anda akan meningkat tanpa kawalan.
Hormon leptin dibuat oleh sel lemak dan ditugaskan untuk mengendalikan nafsu makan dan rasa lapar.
Hormon ini akan memberi isyarat kepada otak untuk memberitahu anda ketika perut rasa lapar atau kenyang.
Jika anda tidak tidur, hormon ini sentiasa aktif menyebabkan anda akan makan lebih banyak dan berlebihan.
Berat Badan Naik Apabila kuantiti makanan anda bertambah, berat badan juga akan terkesan yang boleh menyebabkan obesiti.
Tidur lambat menyebabkan anda lapar pada tengah malam. Tetapi bukan dengan cara tidur berlebihan badan anda tidak gemuk dan berat badan anda terjaga tetapi anda perlukan tidur yang berkualiti.
Jika anda tidur lambat, gangguan rutin senaman dan aktiviti harian tidak dijalankan. Mungkin anda menghabiskan waktu dengan tidur pada waktu petang.
Metabolisme Glukosa Dan Diabetes Tidur yang kurang memberi kesan terhadap kadar kandungan gula dalam darah dan mengurangkan sensitiviti insulin. Simptom pra-diabetes mula aktif apabila anda tidur 4 jam setiap malam, atau 6 hari berturut-turut.
Sistem Imunisasi Sistem imunisasi akan terganggu sekiranya anda tidak menjaga waktu tidur dengan betul.
Pastikan waktu tidur dan corak tidur anda sentiasa konsisten untuk meningkatkan kualiti imunisasi badan.
Masalah selsema juga dikaitkan dengan pola tidur anda. Individu yang kurang tidur sering dijangkiti virus selsema.
Sentiasa Letih Kalau tak cukup tidur, tentu tiada tenaga untuk menyelesaikan banyak perkara pada hari esok.
Kurang waktu tidur membuatkan anda tidak bermaya, tidak bertenaga dan cepat letih.
Kajian mengatakan lebih dua ribu orang yang dikesan tidak cukup tidur dengan kelakuan mereka seperti berjalan perlahan, genggaman tangan yang lemah dan tidak dapat menyelesaikan aktiviti harian dengan cekap.
Tidak Produktif Anda terlepas waktu tidur yang sepatutnya, dan anda akan tidur pada waktu yang tidak sesuai.
Ini menyebabkan otak anda tidak dapat berfungsi dengan normal.
Otak juga tidak dapat bekerja secara optimum ketika mengantuk atau dalam keadaan anda kurang sedar.
Anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cekap dan mengalami masalah cepat terlupa.
Sakit Jantung Dan Angin Ahmar Penyakit berisiko ini mudah menyerang jika anda kurang waktu tidur yang berkualiti. Seperti yang disarankan oleh doktor, waktu tidur seorang dewasa lebih kurang 7 hingga 8 jam sehari.
Gangguan Emosi Dan Sosial Jika anda mempunyai masalah tidur, otak akan mengalami kekeliruan dalam penyampaian ekspresi dan emosi.
Terbukti dalam satu kajian pengecaman wajah yang dijalankan kepada kumpulan tidur yang cukup dan berkualiti dengan kumpulan tidur yang tidak teratur. Mereka yang kurang tidur mempunyai masalah dalam melahirkan emosi dan ekspresi.
Tekanan Ada kajian yang mengatakan 90% masalah tekanan berpunca daripada kekurangan waktu tidur yang berkualiti.
Jika tidak dikawal, individu yang mengalami tekanan ini akan menjurus kepada membunuh diri dan mengalami masalah insomnia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!