Perjalanan Malaysia-Singapura Dibuka Semula Hari Ini
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura dibuka semula hari ini, 21 Januari 2022 sejak ditangguhkan pada 23 Disember 2021 dahulu.
Penjualan tiket bagi perjalanan udara dan darat antara negara sudah dibuka tetapi kuota tiket jualan terhad iaitu separuh daripada kapasiti asal.
KKM memberitahu kuota penjualan tiket akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan COVID-19 di kedua-dua negara.
Pengguna yang telah membuat pembelian tiket selepas 21 Januari, mereka dibenarkan menggunakan VTL mengikut kuota yang ditetapkan.
Bagaimanapun, KKM mengingatkan kepada penggembara VTL untuk melakukan ujian RTK kendiri pada hari kedua, keempat dan keenam selepas ketibaan dan pmereka perlu menjalani ujian calitan di klinik pada hari ketiga dan kelima untuk memastikan tahap kesihatan terjamin.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Dave Kunst, seorang warga Amerika mengelilingi dunia menggunakan 21 pasang kasut.
Perjalanan diambil selama empat tahun sejauh 14,500 batu merentasi empat benua menggunakan jalan darat.
Kenyataan daripada History.com, beliau meninggalkan kediamannya pada 20 Jun 1970 di Waseca, Minnesota kerana bosan dengan kehidupan seharian.
‘Saya sudah bosan dengan kerja saya, orang-orang yang tidak mahu berfikir dan bosan dengan isteri’, katanya.
Misi mengelilingi dunianya mendapat tajaan dan bantuan kewangan dari UNICEF.
John, saudaranya juga turut menyertai melengkapkan misi ini.
Malangnya pada tahun 1972, di Afghanistan John telah meninggal dunia dan Dave Kunst turut tercedera.
Dave Kunst kembali ke Minnesota untuk mendapatkan rawatan.
Selepas kesihatan Dave semakin pulih, beliau tanpa mengalah meneruskan misi ini bersama saudara yang lain iaitu Peter.
Dalam perjalanan, Peter menarik diri daripada misi ini dengan alasan tahap kesihatan yang tidak stabil.
Dave Kunst meneruskan perjalanan seorang diri dan berjaya menamatkan misi mengelilingi dunia.
Beliau kembali ke Waseca pada 5 Oktober 1974.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Rindunya nak pergi travel, lagi-lagi ke negara luar sebab boleh belajar budaya mereka, melihat suasana yang lain dari Malaysia dan yang penting dapat makan makanan yang tak ada di Malaysia.
Cuba makanan baru adalah salah satu pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana.
Memang di Malaysia wujud kedai makan dan restoran yang menghidangkan makanan dari negara Arab, Korea, China dan macam-macam lagi tapi makan di sana baru terasa originality makanan yang dihidang.
Tapi kena ingat, setiap negara ada etika dan adab sendiri dan memang berlainan dari negara kita ni. Ada yang nampak pelik dan ada juga yang membawa kebaikan.
Pasal makan pun boleh bergaduh, boleh terasa hati sebab mungkin kita terbawa-bawa adab makan di Malaysia ke negara orang.
Sebelum travel, korang kena study dulu setiap keunikan negara yang korang bakal pergi, taklah korang macam pelik sangat nanti.
Jepun
Kalau tengok mukbang terutama negara Jepun, China dan Korea, diorang hirup sup atau makan ramen sampai berbunyi-bunyi.
Slurrp! Slurp! Menyelerakan betul! Tapi bagi kita, ia agak keterlaluan dan tidak manis bila dipandang.
Sebenarnya bagi mereka, makan macam tu menandakan tetamu selera dan makanan yang dihidang tu sedap.
Jadi, tetamu perlu makan berbunyi untuk buat tuan rumah gembira melihat tetamu selera dengan makanan yang dihidang.
China
Hidangan makanan tuan rumah masak memang sedap dan kebetulan makanan kegemaran korang tapi korang tak boleh makan sampai pinggan licin.
Kalau makan sampai pinggan licin menandakan hidangan yang disajikan tidak cukup, tuan rumah akan rasa serba salah dan berkecil hati.
Kalau di negara kita, hidangan licin tu maknanya sedapla, kan?
Satu lagi etika makan di China adalah dilarang sama sekali menegakkan penyepit (chopstick) dalam mangkuk nasi.
Ini perkara paling pantang kerana ini adalah cara nasi ditinggalkan ketika upacara pengebumian.
Selain itu, letak penyepit atas meja dan menghala kepada orang lain juga dianggap biadap.
China & Hong Kong
China, bahagian selatan dan Hong Kong ada satu perkara yang penting ketika makan.
Hidangan seekor ikan tidak boleh diterbalikkan selepas habis makan bahagian sebelah ikan.
Mereka akan keluarkan tulang ikan bahagian tengah untuk habiskan isi ikan di sebelah lagi.
Ini kerana kalau korang terbalikkan ikan dianggap biarkan bot nelayan terbalik dan membawa nasib malang.
Jordan
Sama macam negara China, tak boleh habiskan makanan dalam pinggan.
Mungkin tanggapan pun sama, tuan rumah hidang makanan tidak cukup.
So, makan serba sedikit untuk tidak berlaku perselisihan faham antara korang dengan tuan rumah.
Mesir
Masakan negara lain dengan negara kita memang berbeza, tekak mereka dengan tekak kita mempunyai citarasa yang berlainan.
Tapi di Mesir, jangan sesekali minta penambah perasa makanan seperti lada sulah, lada hitam, garam atau apa-apa penambah rasa untuk mengubah rasa asal makanan.
Ini kerana tukang masak anggap makanan yang dimasak tidak sedap dan tidak hormati citarasa mereka.
Mereka juga tidak boleh melihat tetamu makan sampai licin, paling tidak korang kena tinggalkan suku dari makanan yang dihidang. Alamak, macam membazir pula.
Turki
Lain pula di Turki, korang kena makan semua makanan yang dihidang. SEMUA!!!
Makanan di Turki sangat variasi, kalau korang dihidang sepuluh jenis makanan, korang kena rasa sepuluh makanan tu.
Kalau korang tak rasa, mereka akan suruh sampai korang ambik sekurang-kurangnya sedikit untuk menjamah makanan. Lupakan diet korang bila pergi Turki, okay?
Thailand
Siapa biasa ke Thailand? Betul ke di Thailand penggunaan garfu hanya untuk membantu potong daging atau potong makanan yang dihidang?
Biasanya, kalau kita sudah selesai memotong daging, kita akan manggunakan garfu yang sama untuk masukkanmakanan ke dalam mulut tapi tidak di Thailand kerana dianggap korang tidak mempunyai adab dan berkelas rendah.
Sebaliknya selepas selesai potong daging, letak garfu di tepi dan makan menggunakan sudu.
Korea Selatan
Negara ini sentiasa mementingkan kesopanan dan menghormati warga tua.
Ketika makan, mereka akan tunggu warga tua atau lebih elok tunggu semua ahli keluarga duduk di meja makan.
Amalan macam ni pun bagus juga, kan? Makan bersama semua ahli keluarga, meriah dan boleh rapatkan hubungan.
Ahli keluarga yang lain juga akan menunggu orang yang lagi tua sentuh lauk tersebut, kalau tak korang tak boleh ambil lauk tu!
Yang lebih muda kena ikut kelajuan makan orang yang lebih tua. Korang tak boleh makan terlalu laju.
Selain itu, jika korang ditawarkan tambah minuman oleh orang yang lebih tua, korang kena terima dengan kedua-dua belah tangan memegang cawan.
Korang dianggap tiada adab jika menuang minuman untuk diri sendiri sahaja, korang kena tunggu orang tuangkan air dalam cawan korang.
Kalau lambat sangat, korang boleh minta tolong orang lain yang tuangkan. Fuh!
Itali
Itali antara negara popular dengan kopi tapi ada perkara yang ramai tidak tahu.
Selepas selesai makan, korang tidak digalakkan minum kopi bersusu kerana ia akan menghalang proses penghadaman.
Korang boleh pesan minuman espresso atau kopi bergula. Ini bukanlah satu etika tetapi korang dianggap tak tahu perkara remeh.
Amerika Syarikat & United Kingdom
Mendengar sudu berlaga dengan cawan ketika mengacau teh atau kopi adalah perkara biasa tetapi tidak kepada dua negara ini.
Mengacau sudu dengan cawan dan berbunyi dianggap biadap.
Selain daripada bunyi bising sudu dengan cawan, nampak tidak elok bila korang minum air panas dengan adanya sudu dalam cawan.
Korang kena keluarkan sudu tersebut dan letak di atas piring dan arah yang sama dengan pemegang cawan. Wow!!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Menurut edisi terbaru Henley Passport Index, pasport Malaysia mampu mengakses ke 177 buah negara tanpa visa. Pemegang pasport Malaysia mendapat tempat ke-13 pasport berkuasa di dunia dan di Asia Tenggara pula pasport Malaysia mengekalkan kedudukan pasport kedua berkuasa selepas Singapura.
Negara yang tersenarai dalam Henley Passport Index adalah mengikut kedudukan asal negara berdasarkan jumlah destinasi yang diakses oleh pemegang visa.
Negara Asia yang tersenarai dalam Henley Passport Index termasuk Jepun, Singapura dan Korea Selatan yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga. Indeks ini dikemaskini berikutan dengan kesan buruk pandemik yang melanda dunia.
Menurut pihak Henley & Partner, pada bulan Januari dan Mac 2021, beberapa kemajuan telah dicapai menjadi 12% ketika pra-pandemik berbanding tahun 2019.
Henley & Partner menyatakan sementara berlakunya pra-pandemik ini, kemajuan untuk kembalikan tahap mobiliti antarabangsa akan menjadi perlahan.
Ketika virus COVID-19 melanda, boleh dikatakan semua negara di dunia menyekat perjalanan domestik dan antarabangsa walaupun memiliki pasport yang sah.
Namun kemunculan cryptocurrency akan membuatkan industri perhotelan kembali pulih. Cryptocurrency digunakan oleh kumpulan hotel antarabangsa yang menerima pengunjung dari setiap negara untuk membuat tempahan hotel.
Cryptocurrency dikenali sebagai inisiatif baru yang menggunakan mata wang digital untuk membuat bayaran ketika membeli barang atau menggunakan perkhidmatan. Kerjasama antara The Pavilions Hotels & Resort dengan gateway pembayaran crypto global, Coindirect.
Pengunjung dibenarkan membayar barangan dan perkhidmatan secara fleksibel dengan Bitcoin, Ethereum dan mata wang maya yang lain.
Pengasas bersama Coindirect, Jesse Hemson-Struthers berkata, perkhidmatan pembayaran secara maya ini memberi jaminan yang selamat, fleksibel dan mudah untuk pengunjung.
‘Pengunjung boleh membuat pembayaran menggunakan mata wang maya, kripto pilihan mereka bergantung kepada jenis mata wang, lokasi semasa membuat pembayaran dan menawarkan lebih banyak kemudahan secara moden,’ katanya.
Walau bagaimanapun, di Malaysia memberi pendapat aset nilai wang digital bukan tender sah memberi amaran kepada para pelabur supaya lebih berhati-hati ketika membuat urusan menggunakan sistem cryptocurrency.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sudah merancang pergi bercuti dalam negara tapi jangan lupa bawa barang yang penting untuk kemudahan diri sendiri. Dalam keadaan sekarang, pergi bercuti perlu mengutama kebersihan dan kelengkapan yang rapi. Jangan ambil ringan. Pakai pelitup muka dan sentiasa bawa hand sanitizer untuk membersihkan tangan.
Sementara menunggu tarikh percutian, anda perlu buat persiapan dan pack barang. Selain pakaian, ada beberapa barang yang dianggap tidak perlu tetapi sebenarnya penting. Untuk memudahkan anda semasa bercuti, bawa enam barang ini. Tak payah risau semua barang ini mudah dicari dan murah.
Vacuum Bag
Ini sebenarnya sangat sesuai untuk perempuan. Kalau pergi travel walaupun tiga hari, mesti nak bawa baju banyak. Nak OOTD sepanjang bercuti, beg mesti jadi besar dan berat. Vacuum bag boleh mengurangkan ruang dan berat luggage. Masukkan baju atau jaket yang anda nak bawa dan sedut udara keluar. Lipatan baju anda akan jadi senipis-nipisnya. Bolehlah sumbat banyak lagi baju!
Tuala Microfiber
Material yang nipis dan menyerap air dengan baik. Yang penting tuala microfiber mudah kering dan kalau dilipat tidak setebal tuala material kapas.
Penyangkut Baju Lipat
Nampak macam tak penting. Kenapa kena bawa penyangkut baju masa travel, kan? Kalau menginap di hotel mungkin ada sediakan penyangkut baju kalau di tempat yang murah dan bajet inilah masanya anda gunakan penyangkut baju untuk sidai tuala, baju atau jaket. Boleh dilipat dan mudah disimpan.
Travel Bottle Kit
Lecehkan nak bawa sabun, syampu, krim penjagaan muka yang botol besar. Semua makan ruang. Beli travel bottle kit dan isikan sabun mandi, syampu dan keperluan anda mengikut kuantiti yang diperlukan.
Beg Kosmetik
Eh bukan kena letak barang make up tapi boleh letak barang keperluan dan botol-botol kecil, berus gigi, ubat gigi, barang elektronik seperti charger, wayar telefon atau powerbank. Masukkan semua barang dalam beg ini. Boleh hand carry atau masuk dalam luggage. Tidak bersepah dan mudah dicari.
Botol Air Lipat
Ini sangat penting! Bawa botol air lipat. Mudah dibawa, mudah disimpan dan boleh digunakan bila-bila masa. Tak perlu beli air botol di kedai, pakai sahaja botol air lipat untuk isi air RO. Jimat dan selamat. Boleh kempiskan dan isi air semula. Jangan guna botol air plastik, jaga alam sekitar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!