RUPANYA KULIT PISANG BANYAK KEGUNAAN, GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN

Pisang adalah antara buah yang sedap dan tidak perlu tunggu musim untuk makan.

Mesti ada je orang jual di tepi jalan atau supermarket.

Banyak resepi yang boleh dibuat menggunakan pisang seperti kek, kuih, pencuci mulut dan sebagainya.

Pisang banyak khasiat pada badan kita tapi selalunya kalau kita makan pisang, kulit pisang akan dibuang.

Betul ke kulit pisang tidak ada manfaat langsung? Atau kita tak tahu kebaikan kulit pisang.

Bahagian dalam kulit pisang dikatakan banyak fungsi bukan sahaja pada badan kita malah untuk benda lain pun boleh.

Petua ini mungkin dari turun temurun, tapi tak salah mencuba, kan?

Kalau ada petua tambahan, anda boleh share, okay?

Memutihkan Gigi

Gosok secara putaran menggunakan bahagian dalam kulit pisang selama dua ke tiga minit.
Anda boleh amalkan setiap hari selepas gosok gigi.
Hasilnya akan membuatkan gigi anda sihat dan cerah.

Hilangkan Kegatalan Dan Ruam

Sapu bahagian dalam kulit pisang pada kawasan yang gatal, ruam atau kemerahan.
Ia membantu mengurangkan rasa gatal dan keradangan kulit anda.
Amalkan hingga kulit pulih.

Ubatkan Luka Kecil

Gosok kulit pisang bahagian dalam pada luka secara perlahan.
Luka akan cepat kering dan sembuh.
Pastikan guna kulit pisang yang segar.

Tegangkan Kulit

Guna bahagian dalam kulit pisang, gosok pada kulit anda.
Biarkan sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit.
Basuh hingga bersih.
Amalkan dua hingga tiga kali seminggu.

Kurangkan Kemerahan Jerawat

Gunakan bahagian dalam kulit pisang, gosok pada jerawat dengan perlahan.
Selepas gosok, biarkan 10 hingga 15 minit, kemudian bersihkan dengan air.

Kilatkan Barang Perhiasan Perak

Eh, kilatkan barang perhiasan pun boleh tau!
Caranya adalah, kisar kulit pisang dengan sedikit air, jadikan seperti pes tapi jangan terlalu cair.
Gosok pes pisang pada barang perhiasan perak di rumah anda selama beberapa minit hingga anda puas hati.
Barang perhiasan anda akan kelihatan berkilat, cantik dan antik!