Masakan yang ada banyak rempah ratus memang membuatkan makanan tersebut ‘naik’ bau dan sedap!
Rempah ratus seperti buang lawang boleh dikatakan rempah ‘mesti’ ada di rumah.
Rupa bentuk seperti bunga ini akan menaikkan aroma masakan.
Selain itu, menurut petua orang dulu-dulu bunga lawang membantu menjaga kesihatan dalaman dan wajah kulit.
Tapi mungkin ada antara kita tidak tahu bunga lawang ada dua jenis iaitu Bunga Lawang Cina dengan Bunga Lawang Jepun.
Bunga Lawang Beracun
Kalau tengok betul-betul, Bunga Lawang Cina dengan Bunga Lawang Jepun ada sedikit perbezaan dari segi saiz dan bau, Bunga Lawang Jepun kurang berbau berbanding Bunga Lawang Cina.
Bunga Lawang Jepun mempunyai bahan toksin Anisatin yang digunakan untuk meraun ikan dan dijadikan sebagai racun serangga perosak.
Ia juga boleh digunakan untuk masalah gigi dan sakit kulit.
Ciri-Ciri Bunga Lawang Cina Dan Bunga Lawang Jepun
Sebenarnya susah nak cari perbezaan antara Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun kerana untuk membezakan antara dua bunga lawang ini hanya menggunakan mikroskop melalui analisis kimia.
Kesan Menggunakan Bunga Lawang Tercemar
Elakkan memberi estrak air Bunga Lawang Cina kepada bayi dan kanak-kanak kerana satu kajian mengatakan bayi akan mengalami masalah serius, boleh menyebabkan maut jika minum air bunga lawang.
Bung Lawang Cina sering dicampurkan dalam minuman teh untuk mengurangkan rasa tekanan. Laporan yang dibuat dari Perancins, Sepanyol dan Switzerland membuktikan individu yang minum air Bunga Lawang Jepun tercemar menyebabkan masalah berhalusinasi dan loya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Walaupun banyak restoran sudah mulakan perniagaan, kita masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19.
Selain daripada kurangkan keluar rumah, jaga jarak dengan orang ramai dan sentiasa pakai cecair pembasmi kuman, kita juga perlu menjaga cara pemakanan.
Sekarang kita disarankan untuk masak di rumah supaya terjamin kebersihan dan kualiti makanan. Oleh itu, jom tengok tips macam mana nak pastikan makanan yang kita masak sentiasa berkhasiat, sihat untuk daya tahan badan dan makanan sentiasa berkualiti.
Peralatan Yang Bagus
Tidak semestinya kena beli barang memasak yang mahal, cukup sekadar dalam kemampuan anda. Atau anda boleh beli semasa diskaun besar-besaran!
Laburkan sedikit simpanan anda untuk kesihatan seumur hidup. Banyak jenama perkakas dapur yang berkualiti dan harga yang mampu milik.
Bahan Mentah
Pilih bahan mentah seperti sayur, daging dan barang keperluan yang berkualiti tinggi.
Kurangkan pengambilan makanan segera atau makanan yang sejuk beku.
Bahan yang berkualiti dan segar akan membuatkan masakan lebih sedap dan sihat.
Cara Masak
Jangan risau, jika anda tidak mempunyai cara masak anda boleh buar rujukan sama ada bertanya kepada orang lain atau menggunakan teknologi sekarang.
Senang je, buka je handphone dan cari cara masak makanan yang berkhasiat. Semuanya dihujung jari, pasti masakan anda menjadi.
Banyakkan kaedah memasak secara bakar, rebus, kukus atau panggang. Kurangkan makanan berminyak yang semamangnya tidak sihat untuk jangka masa panjang.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Barang-barang dapur dah semakin canggih dan memudahkan.
Kepada ibu-ibu atau mereka yang suka masak wajib ada barang-barang dapur yang tak renyah lagi. Pendek kata, campak-campak terus siap.
Jangan kerap makan luar atau tapau makanan selalu, tak elok terutama bagi mereka yang ada anak-anak. Kos makan di luar atau bungkus agak tinggi, kalau hari-hari bungkus makanan, haa susah juga.
Dengan adanya peralatan dapur yang hebat ini, korang boleh masak dengan kadar yang pantas dan menjimatkan.
Artikel ini khas untuk korang yang suka masak tapi tak suka buang masa yang lama di dapur.
Eh, barang-barang dapur ini juga sesuai dijadikan hadiah kahwin kawan-kawan yang baru sahaja membina rumahtangga.
Periuk Tekanan
Rupa bentuk periuk tekanan dengan periuk nasi lebih kurang saja tapi kegunaan periuk tekanan sangat banyak.
Bukan boleh masak nasi je, korang boleh buat sup, menggoreng, membakar, melembutkan daging, merebus tulang, eh banyaklah!
Tak rugi korang beli periuk ni. Lagi-lagi yang suka makan makanan siap hidang seperti nasi arab, nasi minyak, nasi hujan panas.
Mudah dan jimat masa, masukkan je segala bahan dalam periuk tekanan, lepas tu dah boleh makan.
Periuk tekanan memang dicipta untuk tahan karat, mudah dijaga dan untuk kegunaan berat.
Psst, nak masak daging korban pun senang.
Air Fryer
Haa, ini alat dapur yang sangat popular sekarang.
Tak dinafikan memang mudah kalau nak masak.
Yang jenis malas masak? Korang pun tak ada masalah kalau wujud air fryer ni dekat rumah korang.
Nak makan ayam goreng ke, ikan goreng ke, campak je dalam air fryer, confirm korang kenyang.
Bukan goreng je tau, buat kek pun boleh. Tak percaya, cuba try.
BBQ Grill & Steamboat Hot Pot
Siapa suka makan bakar-bakar dan steamboat elok korang beli ini.
BBQ grill & steamboat ni pun ada pelbagai saiz.
Yang suka makan dengan kuantiti yang banyak, boleh beli saiz besar.
Kalau yang nak makan depan TV, korang beli saiz kecil senang nak angkut ke mana-mana.
Harga pun tak mahal sangat, ia mengikut saiz dan kegunaan korang. Best juga makan ala ala santai.
Food Steamer
Khas untuk korang yang suka makanan berkukus dan yang on diet!
Food steamer ni mudahkan kerja korang, korang letak je apa yang korang nak makan dan tinggal, tak perlu jaga sangat sebab ia menggunakan elektrik.
Saiz dan tingkat pun ada macam-macam, beli yang korang perlu, okay?
Multifunction Hand Blender
Senang sangat kalau ada hand blender ni.
Macam-macam saiz ada, macam-macam kegunaan dan memudahkan.
Untuk memasak boleh, untuk buat jus buah pun boleh. Bestkan?
Multifunction Sandwich Maker
Nama je sandwich maker tapi sebenarnya banyak lagi kegunaan seperti buat waffle, tart, donut, grill dan macam-macam lagi.
Apa yang memudahkan korang adalah tak perlu keluarkan kuali untuk siapkan makanan.
Makanan yang disediakan menggunakan sandwich maker ini sesuai dimakan bila-bila masa terutama waktu sarapan.
Menu sarapan pun jadi sihat. Jimat masa dan tak perlu cuci periuk banyak-banyak.
Coffee Maker
Wow! Penting kepada coffee lover!
Korang yang suka minum kopi di pagi hari, wajib ada coffee maker di rumah.
Korang boleh brew biji kopi bila-bila korang nak, rasa segar dan original.
Nak hidang air pada tetamu pun senang.
Penapis Air
Sekarang penapis air minuman ni banyak sangat dijual.
Macam-macam jenama ada, korang kena pilih mengikut keperluan.
Kalau ada anak kecil yang menyusu, lebih mudah sebab ada untuk air panas juga.
Kalau korang nak masak air dalam kettle tu, haa sempat baby nangis.
Kalau ada penapis air, korang pun tak terkejar-kejar ke sana ke sini.
Tudung Saji Bertingkat
Rasanya tudung saji bertingkat ni dah ramai yang ada.
Mudah dan tak makan ruang berbanding tudung saji biasa yang besar tu.
Tudung saji biasa tu, sampai anak-anak boleh buat main pula.
Tudung saji bertingkat ni kegunaan sama macam tudung saji biasa cuma ia jimat ruang dan cara penyimpanan pun lebih kemas.
Vacuum Wireless & Robot Vacuum
Vacuum wireless atau robot vacuum cleaner ni pun dah viral.
Harga bergantung pada tahap kemampuan vacuum.
Yang jenis wireless, korang kena charge dan guna selagi ada bateri.
Robot vacuum pula, kena charge dan robot akan bergerak sendiri ke setiap sudut rumah korang.
Tak perlu wayar panjang-panjang dan tarik ke seluruh rumah, sekarangkan makin maju.
Vacuum ni boleh bersihkan dapur lepas korang memasak.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Alhamdulillah, kita masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha walaupun dalam musim pandemik dan sambutan sangat sederhana daripada tahun sebelum-sebelum ini.
Bersyukur kerana masih lagi ada majlis korban dan merasa daging yang diagih.
Biasanya daging korban lebih segar, lembut dan sedap apabila dimasak berbanding daging yang dibeli sejuk beku di pasaraya atau beli di pasar.
Tapi untuk kekalkan kesegaran daging korban, korang mesti kena tahu cara yang betul untuk elak cepat rosak dan tak sedap untuk dimakan.
Selain daripada simpan daging korban dalam peti beku sahaja, korang boleh cuba tips ini untuk menikmati daging segar dan empuk bila masak nanti.
Jangan Simpan Terus Dalam Peti Sejuk Beku
Bila dah dapat daging korban, jangan terus masukkan ke dalam ruang peti sejuk beku.
Biarkan daging di ruang peti bahagian sejuk biasa selama tiga ke lima jam sebelum alih ke ruang sejuk beku.
Cara ini dapat kekalkan kesegaran daging.
Jangan Cuci
Sebelum simpan dalam ruang peti sejuk beku, korang kena ingat jangan sesekali basuh daging korban tu.
Biarkan darah yang masih tertinggal pada daging tersebut.
Nanti dah nak masak barulah cuci daging dan darah yang masih tertinggal.
Nak masak, baru cuci tau! Korang akan dapat rasakan kesearan daging bila makan nanti.
Potong Sebelum Simpan
Kalau korang dapat daging korban yang bersaiz besar, jangan lupa potong daging tersebut terlebih dahulu.
Potong daging bentuk dadu atau kecilkan saiz daging untuk mudah simpan dan tidak makan ruang yang besar dalam peti nanti.
Lepas potong, masukkan dalam bekas kedap udara atau plastik ziplock untuk memudahkan korang waktu masak.
Lebih elok jika daging diasingkan dalam bekas mengikut portion korang nak masak, ambil satu bekas atau plastik untuk buat hidangan.
Jadi, daging yang selebihnya tidak rosak dan kekal dengan suhu peti.
Lembutkan Daging Beku
Untuk lembutkan daging lepas keluar dari peti sejuk beku atau nak defrost daging, jangan gunakan air panas.
Jika daging terlalu keras, lembutkan daging menggunakan air suhu biasa atau air paip.
Pastikan bekas atau plastik ziplock ditutup dengan kemas, hanya lalukan air paip di luar bekas daging.
Setelah daging lembut, barulah korang bersihkan daging untuk masak.
TIPS UNTUK DAGING LEMBUT DAN EMPUK KETIKA MASAK
Tips masak daging untuk jadi lebih lembut, empuk dan sedap bila dimakan.
Setiap orang pasti ada cara tersendiri atau mengikut tips nenek moyang.
Ada tips menjadi, dan mungkin juga tips mitos semata-mata.
Tapi tak salah mencuba, kan? Jom tengok tips lembutkan daging untuk masak pula.
Sudu Kecil
Masukkan sudu kecil dalam periuk ketika masa daging? Petua ini mungkin menjadi dan mungkin tidak.
Kalau ada sesiapa pernah cuba, boleh share tak?
Daun Nangka Atau Daun Betik
Gunakan beberapa helai daun nangka atau daun betik untuk lembutkan daging.
Cuci bersih dan tersebut dan masukkan ke dalam masakan atau air rebusan daging.
Betik Muda
Korang buleh juga cuba dengan betik muda. Buang biji betik dan kulit.
Bersihkan dan masuk dalam rebusan air daging.
Batang Ubi Kayu
Masukkan batang ubi kayu. Potong batang ubi kayu dan bersihkan sebelum masuk dalam periuk yang berisi daging.
Biarkan mendidih selamat lebih kurang sepuluh minit dan angkat ubi kayu tersebut.
Tepung Gandum Atau Tepung Jagung
Perapkan daging menggunakan tepung gandum atau tepung jagung bersama kicap.
Biarkan daging diperap selama setengah jam sebelum masak.
Cuka
Gunakan cuka makan untuk lembutkan daging dan biarkan 10 hingga 15 minit kemudian bilas.
Toskan daging dan korang boleh mula masak.
Api pula jangan besar sangat, pastikan daging betul-betul masak tapi masih tak keras.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!