KLANG: Seorang lelaki warga Kemboja dan empat sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan lima buah rumah di Kampung Delek Kanan di sini, awal pagi tadi.
Memetik laporan SinarHarian, Pengarah Bomba Selangor, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada jam 3.56 pagi.
“Seramai 34 anggota dan pegawai bersama enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.
“Mayat lelaki warga Kemboja di sebuah rumah manakala empat sekeluarga termasuk seorang wanita Kemboja dan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di sebuah rumah lagi,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, sederet rumah setingkat berkeluasan 100 x 20 kaki persegi itu musnah 90 peratus.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi dan kerja-kerja pemadaman dilakukan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KOTA TINGGI: 450 ekor burung murai yang dibawa oleh seorang warga Indonesia ditahan ketika cuba menyeludup keluar ke negara jiran .
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah, berkata lelaki warga emas itu ditahan selepas pihaknya memintas dan menahan sebuah bot gentian kaca di perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi, jam 11.45 malam, kelmarin.
Menurutnya , dalam Ops Benteng itu, seorang lelaki berusia 61 tahun itu ditahan dan 450 ekor burung murai serta bot dan sebuah enjin sangkut yang digunakan suspek dirampas,
Jelasnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM163,408. Burung murai menjadi kegilaan dan buruan masyarakat dari negara jiran kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring.
Katanya, burung murai dari Malaysia dikatakan lebih bermutu tinggi dan harga seekor burung murai mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia.
“Burung jenis ini menjadi haiwan kawalan untuk dieksport mengikut peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2013 (MAQIS)”, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhd Zailani berkata, kes disiasat mengikut Akta MAQIS dan Akta Imigresen 1959/63.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEKAS KETUA PENEROKA FELDA KOTA GELANGGI MENINGGAL DUNIA DI HTAA
KUANTAN: Selepas kira-kira enam hari terbabit dalam kemalangan di Bandar Pusat Jengka, bekas Ketua Peneroka FELDA Kota Gelanggi 3, Nordin Yit meninggal dunia lewat petang tadi.
Beliau yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan patah tulang rusuk dalam kemalangan itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6 petang tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan HTAA, di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung (JKKK) FELDA Jengka 10, Jantan Mat Saman ketika dihubungi berkata, jenazah Nordin dijangka akan dikebumikan petang esok di kampung halamannya di Kota Gelanggi.
“Allahyarham meninggal dunia akibat kecederaan di kepala, tulang rusuk patah dan terkena bahagian limpa dan hempedu.
“Insya Allah.. jenazah akan diuruskan (dikebumikan) esok.. mungkin lepas solat Zohor, bergantung kepada urusan bedah siasat di HTAA,” katanya.
Beliau berkata, Allahyarham Nordin meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan Masjid FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah dengan ujian itu.
Sebelum ini, berita mengenai kematian Allahyarham tersebar selepas terbabit dalam kemalangan Sabtu lalu, namun selepas beberapa rakan menghubungi keluarga Allahyarham, berita itu didapati palsu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Teka-teki hubungan antara Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail dengan seorang selebriti terkenal akhirnya terjawab apabila keluarga PU Riz datang merisik usahawan dan pelakon terkenal itu Ahad lalu.
Namun, disebalik kegembiraan itu, secara tiba-tiba nama bekas kekasih pendakwah bebas itu, Amal Syahmina menjadi trending di laman sosial Instagram dan Twitter.
Netizen juga mendoakan supaya wanita itu terus tabah melayari kehidupan dan menemui kebahagiaan hidup.
Rata-rata netizen berharap Amal akan terus kuat dan tabah melalui ujian hidup.
Dalam pada itu, ramai yang percaya wanita itu akan menemui kebahagiaan satu hari nanti serta dipertemukan jodoh atau pasangan yang jauh lebih baik daripada yang sebelumnya.
Baru-baru ini nama wanita itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik satu kenyataan mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga.
Bagaimanapun, Amal reda dengan ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SINGAPURA: Pengeluaran wang kertas S$1,000 akan dihentikan mulai 1 Januari depan bagi mengurangkan risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti militan atau pengganas, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS), hari ini.
Pengeluaran wang kertas S$1,000 pada masa ini hingga Disember depan dihadkan bagi setiap bulan.
Jelasnya, langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko pengubahan wang haram dan mencegah kegiatan membiayai aktiviti pengganas .
Menurutnya, ia selari dengan norma antarabangsa dan bidang kuasa utama yang sudah pun menghentikan pengeluaran wang kertas membabitkan jumlah yang besar,” kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
MAS turut memberitahu, wang kertas dengan nilai yang besar ini membolehkan segelintir individu membawa sejumlah wang tanpa mendedahkan nama atau identiti mereka.
Dalam pada itu, MAS memaklumkan wang kertas S$1,000 dalam edaran tetap sah dan boleh terus digunakan sebagai salah satu kaedah pembayaran.
Bank juga boleh terus mengedarkan wang kertas S$1,000 sedia ada yang masih berada dalam simpanan.
MAS turut menambah, wang kertas lain akan terus dikeluarkan dan pihaknya akan memastikan ia mencukupi bagi memenuhi permintaan ramai, terutama wang kertas S$100.
MAS turut menggalakkan orang ramai menggunakan kaedah pembayaran secara elektronik antaranya melalui platform PayNow dan FAST.
Untuk rekod, Singapura berhenti mengeluarkan wang kertas S$10,000 pada 2014, yang pada ketika itu menjadi salah satu wang kertas paling berharga di dunia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT : Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Jerantut muncul sebagai salah satu persatuan yang paling aktif di Pahang dalam usaha membantu mencegah gejala dadah di daerah ini dengan mendapat kerjasama penuh agensi kerajaan yang berkaitan.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut, Halimah-Tus-Saadiah Mohd Halim berkata, sebagai anggota masyarakat yang prihatin, sewajarnya turut membantu membenteras gejala dadah di kalangan masyarakat, khususnya anak muda di kawasan hitam di daerah ini.
Ketua Penolong Pegawai Daerah Jerantut, Halimah-Tus-Saadiah Mohd Halim, anggota masyarakat wajar membantu membenteras gejala dadah
“Dengan usaha yang berganda Pemadam boleh membantu anak muda daripada terjebak serta menurunkan kadar penagihan di daerah ini dan wajar dijadikan objektif utama pencegahan.
“Tahniah Pemadam Jerantut, turut masuk ke sekolah dengan pelbagai aktiviti pencegahan kerana fokus utama adalah pelajar sekolah yang mudah terpengaruh dengan gejala ini, usaha ceramah dan pelbagai aktiviti yang berkesan akan menyedarkan pelajar menjauhkan daripada dadah,”katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penutupan Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 yang diadakan di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut, petang ini.
Katanya, Pemadam boleh berperanan sebagai Sahabat kerajaan untuk bersama membantu dengan berteraskan program pendidikan pencegahan bagi merealisasikan Negara Bebas Dadah.
Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Jerantut, Afiq Radzuan berkata, Badan Bukan Kerajaan (NGO) ini perlu meningkat keahlian terutama di kalangan anak muda demi kelangsungan generasi yang sihat, bersih dan jauh daripada gejala dadah.
Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Jerantut, Afiq Radzuan, NGO perlu tingkatkan keahlian di kalangan anak muda
“Pemadam Jerantut akan terus menunaikan tugas dan tanggungjawab serta berusaha menjalankan aktiviti pencegahan setiap masa secara bersepadu dan berkesan.
“Masyarakat jangan terlalu cepat menghukum individu yang terbabit dengan dadah yang menyukarkan mereka (penagih) menyesuaikan diri semula,”katanya.
Katanya, sebaliknya masyarakat harus membantu dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul dan terus membimbing mereka agar boleh berdikari dan berusaha sendiri untuk menjauhkan diri daripada gejala negatif itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JUMLAH HASIL TAWARAN DISKAUN BAYARAN KESALAHAN LETAK KENDERAAN
KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengutip bayaran berjumlah RM182,557 melalui tawaran diskaun kompaun kesalahan meletak kenderaan yang berakhir Ahad lalu.
KESALAHAN meletak kenderaan antara paling banyak dikenakan kompaun/Gambar Hiasan
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, tawaran diskaun itu membabitkan pemilik kenderaan yang dikenakan kompaun RM30 dan RM300.
“MPK meminta pemilik kenderaan supaya meletakkan kupon parkir bagi mengelak dikenakan kompaun dan menyukarkan mereka untuk membayar denda (kompaun) ditetapkan.
“Kita menyediakan kemudahan kepada pemilik kenderaan untuk membeli kupon parkir di ibu pejabat MPK, pondok jualan kupon dan ejen,” katanya ketika dihubungi HarianMetro.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
SAFIEY ILLIAS INGIN BAIKI PAYU DARA & MATA KUYU-KUYU ALA BARBIE
Mahukan yang lebih terjamin prosedur akan dibuat bulan ini, barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu kemunculannya nanti. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain.
Jelasnya, dulu sudah pernah buat dan saya tambah baru. Tapi, saya tidak puas hati dengan hasilnya. Jadi, kena buang dan baiki dengan kualiti yang lebih terjamin,” kata usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias.
Beliau yang dikenali Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias, 26, sekali lagi akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000. Safiey berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.
Menurut Safiey yang popular menerusi lagu SyintaGila, dia juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.
“Selepas ini nak betulkan mata pula. Sebelum ini pernah buat tiga kali di Korea Selatan, tapi kali ini nak buat kuyu-kuyu sikit ala patung Barbie.
Menurutnya, doktor faham kehendaknya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.
“Cuma, jika saya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi.
Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan mencecah jutaan ringgit membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ROMPIN – Seorang nelayan hilang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika menangkap ikan kira-kira 16 batu nautika dari Timur Kuala Endau,Rompin,Pahang, 9 malam tadi.
Mangsa,Mohd Harif Mohd Rosdi,38 tahun merupakan warga tempatan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, selepas kejadian jatuh bot, tekong bot dan awak-awak yang lain cuba mencari mangsa di lokasi yang dikatakan jatuh namun gagal berikutan keadaan gelap.
Beliau berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan yang menerima aduan kemudian telah mengaktifkan operasi carilamat pada jam 9.15 malam tadi.
“Kapal Maritim,KM Pekan yang sedang beroperasi di sekitar perairan Pulau Tioman diarahkan ke lokasi kejadian.
Sementara KM Tatau belayar untuk misi pencarian mangsa pagi tadi.
Pesawat udara Bombadier CL415 daripada Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia juga diterbangkan dari Stesen Udara Maritim Subang, pagi tadi, bagi melakukan pencarian di sekitar tempat kejadian”katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sehingga kini mangsa masih belum ditemui dan pencarian diteruskan dengan keluasan kira-kira182 batu nautika persegi.
Katanya, operasi tersebut turut dibantu sebuah bot daripada Pasukan Polis Marin Kuantan dan tiga bot nelayan.
Komuniti maritim dinasihatkan sentiasa memakai jaket keselamatan dan peka dengan perubahan cuaca semasa setiap kali turun ke laut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Empat buah kenderaan hampir rentung dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Batu 5, Jalan Maran, Temerloh, awal pagi ini.
Ketua Balai Bomba Bukit Angin, Hashnuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.38 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati telah berlaku kebakaran melibatkan empat buah kenderaan yang diletakkan di garaj bersebelahan sebuah rumah kediaman.
“Api sempat dipadamkan oleh penghuni rumah itu dengan menggunakan 2 aliran paip getah dan baldi berisi air bagi mengawal kebakaran dari terus marak.
“ Anggota bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di sekitar kawasan dan kenderaan terbakar bagi memastikan tiada lagi punca atau unsur yang boleh menyebabkan kebakaran berulang,” katanya.
Katanya, mujur kebakaran hanya melibatkan kenderaan dan tidak merebak pada bahagian dinding rumah terdekat serta tiada berlaku kemalangan jiwa. Punca kejadian masih dalam siasatan
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!