KLUSTER BAHARU DI SABAH, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.
KUALA LUMPUR: Enam kluster baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, membabitkan Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kluster yang dipantau Kementerian Kesihatan ketika ini ialah 180 kluster.
Seperti yang dipetik dari BH Online, katanya, empat kluster baharu dikesan di Sabah ialah Kluster PTS Sibuga dan Kluster Dermaga di Sandakan, Kluster Tapak Bina Jesselton di Kota Kinabalu, serta Kluster Tempasuk di Kota Belud.
Beliau berkata, dua lagi kluster ialah Kluster UD SS2 di Petaling, Selangor, dan Kluster Tapak Bina Awan Baru di Kepong serta Cheras, di sini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berharap BERSATU dan PAS akan memberi laluan kepada calon partinya pada PRK Parlimen Gerik yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan.
Katanya, sokongan BERSATU dan PAS perlu untuk memberi kemenangan di kerusi kubu kuat UMNO itu.
PRESIDEN UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi
“Memandangkan ketika ini kita menghadapi pandemik COVID-19, seharusnya semua pihak termasuk pembangkang perlu mengelakkan pertandingan dalam pilihan raya kecil tersebut sekali gus memberi kemenangan kepada calon UMNO,” katanya, lapor Bernama.
Ahmad Zahid juga berkata BN akan meletakkan calon tempatan kerana individu itu lebih mengenali dan memahami permasalahan setempat serta kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.
Jelasnya, urusan pemilihan calon diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Saarani Mohamad yang akan mengadakan perbincangan bersama UMNO Bahagian Gerik.
“Kita akan memilih yang terbaik dalam kalangan calon terbaik. Kita akan senarai pendek nama-nama itu apabila UMNO Bahagian Gerik mengemukakannya kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri seterusnya mengemukakan (calon) kepada saya selaku Pengerusi BN untuk kita muktamadkan,” katanya lagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di beberapa negeri di seluruh negara.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku hingga esok di Kemaman, Terengganu dan beberapa daerah di Pahang iaitu Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Di Sarawak pula hujan lebat dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
GAMBAR HIASAN
“Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan di daerah Kudat, Pantai Barat dan pedalaman Sabah serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa hingga 30 November ini.
“Selain itu, amaran cuaca waspada dan hujan lebat dijangka berlaku bermula esok hingga Isnin (30 November) membabitkan beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu,’’ katanya dalam kenyataan disiarkan Bernama.
Daerah yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
Jailan berkata sepanjang tempoh itu, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.
Kejadian itu boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan berkenaan, katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Beberapa kawasan di bandar ini mula dinaiki air akibat banjir kilat pada kira-kira pukul 8 pagi tadi berikutan hujan lebat di negeri ini sejak dua hari lalu.
SEBUAH kereta dipercayai gagal dikawal akibat banjir kilat bersebelahan Stadium Darul Makmur
Kejadian tersebut melibatkan Jalan Dato Lim Hoe Lek berhampiran pintu masuk utama Stadium Darul Makmur serta perumahan Kempadang Makmur.
Limpahan air di Jalan Dato Lim Hoe Lek menyebabkan beberapa kenderaan terbabas memasuki longkang, manakala laluan sekitar perumahan Kempadang Makmur dinaiki air mencecah paras betis.
KAWASAN perumahan berhampiran Kampung Tengah turut dinaiki air
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Zahar Abdullah berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung pemindahan mangsa banjir di negeri ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
USAHA KESAN MANGSA TERJATUH KE SUNGAI PAHANG DITERUSKAN
TEMERLOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemuda yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di Temerloh, pagi semalam, diteruskan hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Hasnuddin Hussin berkata, pencarian mangsa yang dikhuatiri terjatuh ketika melihat rawai ikan di sangkar ikan patin keluarganya bermula jam 8 pagi dan Loqman Hamka, 20 tahun, belum ditemui.
KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin, Hashnuddin Hussin
“Kita menyambung semula SAR kira-kira jam 8 pagi dengan jarak pencarian sekitar enam kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan Bera Waterfront.
“Untuk operasi hari ini, kita mendapat kerjasama daripada semua agensi membabitkan kira-kira 30 pegawai dan anggota termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM dan penduduk kampung,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Hamka Abu Bakar, 61 tahun berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu dari empat adik-beradik itu, telah memaklumkan kepadanya untuk keluar rumah pada jam 9.30 pagi semalam bagi melihat rawai ikan di sangkar.
BAPA mangsa, Hamka Abu Bakar
Namun, tidak lama kemudian, rakan mangsa memaklumkan kepada Hamka, bot milik mangsa telah hanyut tetapi mangsa tiada di dalam bot berkenaan.
“Saya bekas anggota polis, jadi biasanya saya yang cari mayat mangsa lemas.. macam kejadian ini, satu ujian untuk saya.. biasanya dulu, dua atau tiga mayat mangsa lemas, saya yang ambil (jumpa).
USAHA mengesan mangsa dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi
“Apa pun saya redha dengan kejadian ini… saya anggap ia satu ujian,” katanya.
Setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TAIPING: Tiga beranak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Merbah, Kampung Sungai Relong, Kamunting di sini, awal pagi ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, semua yang maut dalam kebakaran kira-kira pukul 1 pagi itu dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35; Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3.
Turut tercedera dalam kebakaran itu, suami Jazmaniza, Mohd Khairul Ismail, 38; anak pasangan itu, Muhamad Afiq Aryan, 6, dan adik Jazmaniza, Jamal Azwan, 33.
“Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 1.20 pagi dan sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dengan dibantu balai Taiping tiba di lokasi, rumah itu telah terbakar 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan dilaporkan Bernama.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sementara yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan dan operasi tamat pada 4.40 pagi.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dengan kerjasama Urusetia Bencana Negeri mengadakan sesi meja bulat bagi melaksanakan simulasi pemindahan penduduk terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan normal baharu di Sekolah Menengah Kuala Krau, pagi tadi.
Selain mengadakan perbincangan bersama semua agensi berkaitan, sesi itu juga turut mengenal pasti kaedah pengurusan di PPS dan proses membawa penduduk terjejas banjir yang mungkin mempunyai kontak rapat dengan penghidap COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin berkata, satu simulasi berkaitan pengurusan PPS akan diadakan di SM Kuala Krau bermula jam 10 malam ini.
“Untuk sesi pagi tadi, kita sudah selesai mengadakan perbincangan dengan semua agensi berkaitan… kita ada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan dan semua sudah diberikan taklimat berkaitan simulasi yang akan diadakan malam ini.
“Kita harap semuanya berjalan lancar dan dapat dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan… bagi proses pemindahan penduduk, kita sudah tetapkan bahawa semua petugas terlibat perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai simulasi yang akan dilakukan malam ini, Ali Syahbana berkata, simulasi terbabit akan diadakan berdasarkan situasi sebenar jika banjir dan memerlukan proses pemindahan penduduk dilakukan pada waktu malam.
“Ini adalah prosedur berdasarkan norma baharu kerana kita tidak boleh jangka bila banjir berlaku… mungkin waktu malam dan waktu siang… simulasi ini bermula malam ini hingga tengah hari esok… kita juga menyediakan kaunter saringan COVID-19 di semua PPS bagi memudahkan proses pemantauan… kita perlu sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Bacaan paras air di Stesen Kuala Tahan pada 6.30 pagi, hari ini, paras air berada pada 64.00 meter dalam keadaan berwaspada tetapi menunjukkan pola semakin meningkat, manakala stesen lain masih dalam keadaan biasa.
Pemandangan di Kuala Tahan
Stesen Sungai Yap bacaan semasa paras air 47.33 meter dan Stesen Jeram Bungor, paras air 56.34 meter menunjukkan semakin menaik, manakala Stesen Kampung Pasir Raja, Stesen Sungai Yap dan Stesen Bukit Betong masih dalam keadaan biasa
Air Sungai Tembeling naik melepasi tebing di Kampung Bantal,Hulu Tembeling.
Bacaan dikeluarkan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Jerantut
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERI KEMUDAHAN TANPA PERLU KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH LIPIS
LIPIS : Pembinaan Pejabat Daerah Kecil Jelai di kawasan Bukit Betong di sini memberi kelegaan kepada penduduk setempat kerana memudahkan urusan berkaitan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis tanpa perlu berulang-alik ke bandar Lipis yang agak jauh.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Pahang memperuntukkan RM10 juta bagi pembinaan pejabat daerah kecil itu yang bakal memberikan kemudahan kepada penduduk di Kampung Kuala Medang, Tanjung Gahai, Bertang dan Lubuk Kulit khususnya penduduk di DUN Jelai.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
“Dengan adanya pejabat daerah kecil ini, pihak kerajaan akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat supaya dapat memudahkan mereka berurusan dengan pejabat daerah tanpa pergi ke pejabat daerah di Daerah Lipis,” katanya.
Beliau berkata, pembinaan pejabat daerah kecil itu juga dapat memberi sumbangan kutipan cukai kepada pihak kerajaan.
Wan Rosdy melawat tapak projek Pejabat Daerah Kecil Jelai, baru-baru ini (2 dari kanan)
Katanya melalui pejabat sementara yang beroperasi di bangunan Balai Perjumpaan Kg Bukit Betong, Mukim Batu Yon 1, yang mensasarkan kutipan cukai di kawasan terbabit sekitar RM 35,000 tetapi telah memperolehi hasil melebihi sasaran kutipan iaith RM39,174.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Cakna Tok Wan di Dewan UMNO Bahagian Cameron Highlands, Sungai Koyan, baru-baru ini.
“Pejabat Daerah Kecil Jelai ini bakal memberikan kemudahan kepada tiga mukim di daerah Lipis iaitu Mukim Ulu Jelai, Mukim Batu Yon dan Mukim Telang dengan seramai 11,231 pemilik tanah.
“Kewujudan pejabat daerah ini dilihat sangat perlu apabila daerah Lipis merupakan daerah yang luas dengan 538,272 hektar dengan 10 mukim dan seramai 44,637 pemilik tanah,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Seramai 1,457 mangsa banjir dilaporkan terjejas di Terengganu dengan sebahagian besarnya dari pedalaman Kemaman dan Dungun sejak bencana itu melanda negeri berkenaan, semalam.
Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A Rahman, berkata seramai 1,419 orang atau 97.4 peratus mangsa banjir di negeri itu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah penduduk kedua-dua kawasan berkenaan.
GAMBAR HIASAN
“Kemaman paling teruk terjejas dengan 1,075 mangsa banjir daripada 260 keluarga telah ditempatkan di lima PPS.
“Seramai 344 mangsa daripada 100 keluarga pula ditempatkan di tiga PPS di Dungun,” katanya seperti dilapor Kosmo! Online.
Che Adam berkata, tiga daerah lain iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus yang terjejas banjir sejak Isnin lalu sebaliknya menunjukkan trend pemulihan.
Beliau berkata, hanya 17 mangsa banjir daripada empat keluarga masih menetap di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini.
“Marang dan Kuala Nerus juga masing-masing hanya mempunyai satu PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang dan Surau Kampung Mak Jintan.
“Seramai 14 penduduk Marang dan tujuh penduduk Kuala Nerus masih terjejas dengan banjir,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!