BANJIR KILAT SEKITAR KUANTAN
KUANTAN: Beberapa kawasan di bandar ini mula dinaiki air akibat banjir kilat pada kira-kira pukul 8 pagi tadi berikutan hujan lebat di negeri ini sejak dua hari lalu.
SEBUAH kereta dipercayai gagal dikawal akibat banjir kilat bersebelahan Stadium Darul Makmur
Kejadian tersebut melibatkan Jalan Dato Lim Hoe Lek berhampiran pintu masuk utama Stadium Darul Makmur serta perumahan Kempadang Makmur.
Limpahan air di Jalan Dato Lim Hoe Lek menyebabkan beberapa kenderaan terbabas memasuki longkang, manakala laluan sekitar perumahan Kempadang Makmur dinaiki air mencecah paras betis.
KAWASAN perumahan berhampiran Kampung Tengah turut dinaiki air
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Zahar Abdullah berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung pemindahan mangsa banjir di negeri ini.