PETALING JAYA: Polis menahan pasangan warga Eropah selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, dengan 2 gram ganja turut dirampas ketika serbuan dibuat.
Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, kedua-dua suspek adalah seorang wanita warganegara Denmark berusia 35 tahun dan pasangannya, warganegara Perancis berusia 30 tahun, ditangkap tengah malam tadi di pangsapuri mereka di Segambut, Kuala Lumpur.
Free MalaysiaToday difahamkan wanita terbabit adalah personaliti televisyen terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.
Menurut polis, ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis ganja, manakala suspek wanita negatif.
Lelaki itu direman selama empat hari hingga 23 Mac, sementara wanita terbabit direman selama sehari.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN : Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditemui lemas selepas dihanyutkan arus semasa mandi di Sungai Mas, Sungai Lembing,di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Nur Syakirah Shahrizan ditemui oleh orang awam dan penduduk kampung yang berada dilokasi kejadian kira-kira 10 minit selepas dia dilaporkan mandi pada 10.15 pagi.
Menurut beliau, mangsa bersama keluarga dari Inderapura, di sini dikatakan telah bertolak dari rumah mereka dan tiba di tapak perkelahan Sungai Mas pada jam 9.30 pagi.
Mangsa bersama dua adiknya telah turun untuk mandi di sungai tersebut namun ketiga-tiga mereka telah tenggelam.
Bapa mangsa yang berada di lokasi kejadian sempat menyelamatkan dua orang anaknya manakala mangsa tidak sempat diselamatkan dan telah dihanyutkan arus.
Orang awam dan penduduk kampung yang berada dilokasi kejadian bertindak membantu menyelamatkan mangsa.
Bapa mangsa telah membawanya ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing dan mangsa telah disahkan meninggal dunia.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk proses bedah siasat.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH : Mayat kedua mangsa lemas di Sungai Pahang di Kampung Loyang,Temerloh ditemui hari ini, selepas tujuh hari dilaporkan lemas.
Mohd Hakim Faqih Norazmi,16 tahun ditemui kira-kira 3 kilometer daripada lokasi dia dan anak saudaranya, Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul,8 tahun dilaporkan lemas.
Mohammad Naufal bagaimanapun ditemui keesokannya, kira-kira 35 meter daripada mereka dilaporkan lemas.
Menurut Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd Sobree Mohamed Salleh berkata, usaha pencarian diteruskan memasuki hari ketujuh melibatkan 15 anggota bomba, 7 anggota polis, 10 anggota APM dan 25 orang sukarelawan sungai Pahang.
Usaha pencarian diteruskan pada 7.40 pagi tadi dengan keluasan radius 52 kilometer sehingga ke Jambatan Baru Guai Bera.
Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan mengecam laporan polis yang mendakwa parti itu menerima komisen RM500 juta kerana membantu Putrajaya mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs berkait skandal kewangan 1MDB.
“Strategi memfitnah memang sudah lama diamalkan oleh parti-parti pembangkang. Nampaknya kini ia diteruskan dengan usaha tersusun untuk mencemar imej baik (Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin.
“Hakikatnya Muhyiddin telah membuktikan bahawa beliau seorang perdana menteri yang dihormati kerana beliau tegas memberi tumpuan kepada menjaga kebajikan rakyat.
GAMBAR HIASAN
“Tetapi saingan politik beliau sedang cuba merosakkan imej ini dengan tohmahan yang bertubi-tubi kerana mereka tahu mereka tidak mempunyai calon perdana menteri yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Strategi pembunuhan watak ini adalah strategi lama yang tidak akan berjaya, tambah Wan Saiful lagi.
Dia mengulas laporan bahawa pejabat ADUN Kuang, Sallehudin Amiruddin membuat laporan polis mendesak penyiasatan terhadap dakwaan bahawa berjuta-juta telah dibayar kepada sebuah parti politik melalui seorang peguam berprofil tinggi.
“Terkini timbul tohmahan mengaitkan Bersatu melantik agen untuk ambil komisen daripada penyelesaian kerajaan dalam kes 1MDB.
“Ada juga tuduhan bahawa kerajaan tidak telus dalam menangani kes 1MDB dan Goldman Sach,” katanya, lapor Malaysiakini.
Wan Saiful berkata dia tertanya-tanya sekiranya wujud strategi gelap bersama antara kumpulan penaja parti PEJUANG dan DAP untuk menyerang BERSATU.
“Saya adalah ahli Biro Politik BERSATU dan juga ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan BERSATU. Saya tahu semua ini tidak berlaku.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah ini. Tidak ada agen yang dilantik. Tidak ada komisen diterima. Ini bukan budaya kami dalam BERSATU.
“Parti ini ditubuhkan untuk memperjuangkan integriti dan tadbir urus yang telus. Komitmen kami ialah memastikan kes 1MDB diselesaikan segera, semua yang bersalah menerima keadilan, dan dana negara yang dirompak dikembalikan untuk manfaat rakyat,” katanya lagi.
Rakan sekutu BERSATU, UMNO sebelum ini diketuai oleh Najib Razak yang disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman atas tuduhan rasuah berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan masih menghadapi perbicaraan lanjut berhubung skandal 1MDB.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TERLEPAS TALI GANTUNG, LUKMAN MAHU DALAM PENGAJIAN AGAMA
PUTRAJAYA: Ketika ‘Doktor Ganja’ Muhammad Lukman Mohamad menjalani pemenjaraan, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan moratorium penangguhan hukuman mati sementara mengkaji penghapusan hukuman mati sepenuhnya atau sebahagiannya.
“Saya sangat risau dengan hukuman mati. Tetapi saya masih mempunyai harapan. Saya berharap yang terbaik untuk saya.
Muhammad Lukman Mohamad
“Saya berharap yang terbaik supaya undang-undang mengenai ganja dapat direformasikan.
“Amat buruk jika mereka terus menjatuhkan hukuman mati kerana memiliki ganja,” katanya kepada Malaysiakini pada wawancara pada Rabu lalu.
Lukman menceritakan nasib seorang banduan lain yang telah menghabiskan 32 tahun terakhirnya di penjara kerana memiliki sekitar tiga kilogram ganja.
“Kita perlu mengubah undang-undang.”
Bagi banduan menunggu hukuman mati, katanya ada satu sel untuk setiap orang tetapi ketika dalam tahanan reman, sebuah bilik dengan ukuran yang sama menempatkan lapan atau 10 atau lebih tahanan.
“Ini menjadikannya sangat sukar untuk makan atau tidur dan anda harus menyesuaikan diri dengan ruang sempit,” katanya.
Pada 2018, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman mati terhadap Lukman yang mana kesnya mendapat perhatian meluas.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ketika itu berkata akan menulis rayuan kepada Peguam Negara bagi mendapatkan pengampunan berdasarkan merit kes Lukman itu.
Nurul berhujah, ganja semakin diterima di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutama dalam rawatan pelbagai penyakit kronik.
Pokok ganja
Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri pada 18 September 2018 pula berpendapat kerajaan patut menyemak semula kes Lukman.
Sementara itu, menteri undang-undang waktu itu, mendiang Liew Vui Keong turut mendokong kajian semula undang-undang dadah, khususnya hukuman mati.
Katanya, mereka yang menjadi penagih dadah akan dirawat sebagai pesakit memandangkan trend penyalahgunaan dadah kini sudah berubah daripada dadah konvensional berasaskan tumbuhan seperti ganja, morfin dan heroin kepada jenis sintetik yang lebih memudaratkan.
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 17 Feb membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan atas dua tuduhan mengedar dadah.
Sidang tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, bagaimanapun, menggantikan tuduhan Muhammad Lukman Mohamad kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 9 Akta Dadah Berbahaya (DDA).
Mahkamah mendapati Muhammad Lukman, 31, bersalah kerana memiliki dadah dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun untuk setiap pertuduhan yang akan dijalankan serentak dari 7 Disember 2015, tarikh penangkapannya.
Hakim Tengku Maimun yang mengetuai hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh dan Harmindar Singh Dhaliwal mendengar rayuan Muhammad Lukman berhubung sabitan dan hukuman mati atas tuduhan pertama dan kedua.
Kata Lukman, doa keluarganya dan kegembiraan berita pembebasannya, membuatkan dia dapat menanggung kesakitan akibat hukuman sebatan rotan.
Lukman berkata semasa di penjara, dia telah bercerai dengan isterinya, namun rindu kepada anaknya terubat setelah dapat bertemu susulan pembebasannya.
“Saya sangat berterima kasih kepada pihak berkuasa penjara yang menjaga kebajikan saya semasa saya berada di sana. Dan keluarga, rakan dan penyokong saya yang membantu saya dan mendoakan saya serta menyokong saya selama ini.
“Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan kepada peguam saya Hisyam Tehdan pasukannya serta juga peguam Farhan Maarof yang membela saya sejak kes di Mahkamah Tinggi.
“Nasihat saya dengan rendah hati kepada orang ramai, bahawa walaupun kita mempercayai manfaat ganja perubatan, kita tidak boleh semudahnya melakukan apa yang kita inginkan dan melanggar undang-undang,” kata Lukman.
Katanya, buat masa ini, Lukman berkata dia ingin mendalami pengajian Islam, itulah yang saya nak buat dan itulah yang ibu saya mahukan juga.
“Nanti, saya ingin mendapatkan tauliah untuk kajian ilmiah dan advokasi untuk ganja perubatan,” katanya.
Jelas Lukman, dia masih yakin perlu ada usaha untuk menghalalkan ganja perubatan dan memperkenalkan hukuman dadah yang kurang keras di Malaysia.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MALAYSIA PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN KOREA UTARA
SEOUL: Korea Utara hari ini mengumumkan bahawa negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Menurut Kementerian Luar Pyongyang, ia adalah tindak balas terhadap tindakan Malaysia mengekstradisi seorang rakyat Korea Utara ke Amerika Syarikat (AS), awal bulan ini.
Kementerian itu menyifatkan tindakan berkenaan sebagai ‘jenayah tidak boleh dimaafkan’ yang didakwa dilakukan kerana tekanan AS.
“Kementerian Luar Korea Utara mengumumkan hubungan diplomatik dengan Malaysia diputuskan secara total,” menurut laporan agensi berita KCNA.
Menurutnya lagi, rakyat Korea Utara diekstradisi itu terbabit dalam aktiviti perdagangan yang ‘sah dari undang-undang’ di Singapura.
Pada 9 Mac lalu, seorang lelaki Korea Utara dikenali sebagai Mun Chol Myong, gagal dalam rayuan terakhirnya di mahkamah Malaysia terhadap perintah ekstradisi ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram, lapor AFP.
Menurut peguamnya, lelaki itu menafikan dakwaan bahawa dirinya mengetuai sekumpulan penjenayah yang melanggar sekatan dengan membekalkan item dilarang ke Korea Utara dan terbabit pengubahan wang haram menerusi sejumlah syarikat.
Chol Myong, berumur lingkungan 50-an, menghadapi empat pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan konspirasi perbuatan itu.
Pertuduhan berkenaan berkait terutama dengan kerjanya di Singapura.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
YANGON: Seorang wartawan tempatan berkhidmat dengan BBC Myanmar dilaporkan hilang hari ini, ketika orang awam berpusu-pusu meninggalkan bandar terbesar negara itu berikutan tindakan keras junta tentera.
Konflik di Myanmar berterusan sejak tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi, pada 1 Februari lalu, mencetuskan pemberontakan besar-besaran yang cuba dipatahkan pasukan keselamatan menerusi kempen keganasan dan ketakutan.
Junta juga bertindak ke atas agensi media negara itu, membatalkan lesen lima perkhidmatan penyiaran bebas tempatan, menyerbu ruang berita dan menahan wartawan yang sedang membuat liputan.
Hari ini, akaun Twitter rasmi BBC mengeluarkan kenyataan mengenai wartawannya yang hilang, Aung Thura.
“Kami sangat prihatin terhadap wartawan tempatan Berita BBC, Aung Thura, yang dibawa lelaki tidak dikenali,” katanya.
Penyiar berita Britain itu berkata kehilangannya berlaku sekitar tengah hari tadi dan Pihaknya sudah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesannya.
GAMBAR HIASAN
“Kami meminta pihak berkuasa untuk membantu mengesannya dan mengesahkan bahawa dia selamat,” tambah kenyataan itu.
Media tempatan, Mizzima, juga memaklumkan salah seorang wartawannya, Than Htike Aung, ditahan di ibu kota Naypyidaw hari ini, menurut laman Facebook rasminya.
Kedua-dua wartawan itu dilihat bersama ketika mereka ditahan.
Sejak rampasan kuasa, lebih 30 wartawan ditahan, menurut Persatuan Bantuan Tahanan Politik (AAPP).
Antara yang ditahan adalah Thein Zaw, jurufoto dari Associated Press (AP), yang didakwa kerana membangkitkan ketakutan, menyebarkan berita palsu atau mencemaskan pegawai kerajaan secara langsung atau tidak langsung.
Hari ini, sekurang-kurangnya dua lagi penunjuk perasaan terbunuh di sebuah bandar perdagangan kecil di timur laut Myanmar, kata seorang pekerja tempat pengebumian ketika dihubungi melalui telefon.
Beliau memberitahu mungkin lebih ramai meninggal dunia, namun mereka belum mengambil mayat berkenaan kerana masih berlaku tembakan.
Keganasan baru itu menjadikan angka kematian di Myanmar sejak rampasan kuasa meningkat kepada 230 orang, menurut kumpulan pemantau berkenaan.
Kebanyakan kawasan di Yangon mengalami kekacauan, dengan pasukan keselamatan melakukan rondaan dan melepaskan tembakan secara rambang di kawasan perumahan seperti Tamwe dan Thaketa, lokasi utama tunjuk perasaan hari ini, lapor AFP.
Satu video di Facebook dirakam penduduk Tamwe menunjukkan puluhan tentera dan polis melepaskan tembakan berulang kali dan perlahan-lahan menyusuri jalan ketika mereka mengherdik orang ramai supaya beredar.
“Kami akan mengubah keseluruhan keturunan kamu menjadi timbunan abu. Adakah kamu ingin melihat keseluruhan keturunan kamu berubah menjadi timbunan abu?,” ancam mereka.
Beberapa penduduk yang ketakutan memberitahu AFP mereka sudah meninggalkan Yangon atau merancang untuk pergi ke kawasan luar bandar.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun tanpa kehadiran penyokong, pengurusan pasukan Liga Malaysia (Liga M) kini boleh tersenyum dengan kepulangan ‘pemain ke-12’ ke stadium yang dijangka mampu memberi ruang kepada mereka untuk mengisi ‘kantung’ masing-masing.
Malah, bukan setakat kutipan tiket pada hari perlawanan namun kebenaran yang diberikan kepada penyokong itu pasti menjadi ‘magnet’ untuk menarik lebih ramai penaja terbabit dalam industri bola sepak tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC (SFC), Dr Johan Kamal Hamidon berkata, hubungan antara pasukan dan penyokong kembali mampu terjalin yang secara tidak langsung memberikan semula satu nafas baharu kepada industri bola sepak tanah air.
“Semua pihak pasti gembira dengan perkembangan ini dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara), KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan kerja keras Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana mendapat kebenaran semula penyokong masuk ke dalam stadium.
“Selepas sekian lama hubungan dengan penyokong hanya mampu terjalin secara digital, kini pasukan ada hubungan secara fizikal dan dalam masa sama, pulangan pelaburan kepada penaja dapat dilihat secara langsung.
“Selain itu, peratusan untuk penyokong hadir biarpun buat masa ini masih rendah namun saya yakin akan meningkat secara perlahan-lahan mengikut keadaan semasa.
“Di pihak SFC, kami bersedia mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang sudah dibentangkan oleh MFL dan harap mampu menjalankannya pada hari perlawanan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penang FC (PFC), Dr Amar Pritpal Abdullah turut gembira dengan perkembangan itu memandangkan ramai penyokong setia skuad Harimau Kumbang sudah tidak sabar ke stadium selepas berjaya layak ke Liga Super musim ini, lapor BH ONLINE.
Tambahnya, biarpun kehadiran penyokong hanya dihadkan sebanyak 10 peratus memandangkan Pulau Pinang masih di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Amar melihat ia permulaan yang baik yang seterusnya mampu menambah kantung kewangan kelab.
“Berdasarkan data daripada perlawanan sebelum ini di Stadium Bandaraya, kami boleh mendapatkan kira-kira 3,500 penonton untuk hadir ke stadium dan boleh mencecah lebih 7,000 untuk beberapa perlawanan yang membabitkan pasukan seperti Perak atau Kedah.
“Kapasiti di Stadium Bandaraya adalah 11,000 dan jika 10 peratus, 1,100 penonton dibenarkan masuk, jadi kami akan cuba mencari kaedah terbaik bagi memastikan penyokong dapat hadir ke stadium selepas sekian lama menunggu,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BACHOK – Niat murni seorang lelaki yang cuba menyelamatkan dua beradik yang nyaris lemas di Pantai Kemayang di sini petang tadi tidak kesampaian apabila dia akhirnya menjadi mangsa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Mohamad Syazwan Mazlan, 25, meninggal dunia sewaktu menyelamatkan Ahmad Wafiy Naufal Ahmad Azfar, 6, dan Dhia Aleesya Qaisara, 4, yang lemas selepas ditarik ombak besar di pantai berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superintendan Mohd. Yusrizal Mohd. Ghazali berkata, siasatan awal mendapati dua kanak-kanak itu dipercayai sedang mandi di pesisiran Pantai Kemayang dan dipantau ibu bapa mereka.
“Bagaimanapun kejadian ombak besar di luar jangkaan berlaku secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa hanyut ke kawasan yang lebih dalam.
“Mangsa yang kebetulan berkelah di lokasi nekad memberi pertolongan kepada kanak-kanak terbabit dengan terus masuk ke dalam laut,” katanya ketika dihubungi KOSMO! Online.
Bagaimanapun, jelasnya, Mohamad Syazwan turut dihanyutkan ombak laut sebelum lemas bersama kedua-dua kanak-kanak itu.
GAMBAR IHSAN PDRM
Ujarnya, susulan daripada kejadian itu, ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam di pantai berkenaan, namun Mohamad Syazwan telah disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
“Kedua kanak-kanak itu pula dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
“Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk urusan pengurusan jenazah,” katanya.
Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
ALOR SETAR: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) melancarkan Sumpah Guru, karya antologi KGMMB Edisi 1 Tahun 2020 yang menghimpunkan 20 tulisan ahlinya yang berkaitan pengalaman yang dilalui sepanjang perkhidmatan sebagai guru.
Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, semua 20 buah karya dipilih dan disunting serta diterbitkan sebagai bahan bacaan ringan yang menarik dengan pelbagai pengalaman yang diharungi oleh pendidik yang digarap daripada pelbagai sudut pandang penulis.
Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik, Sumpah Guru himpun 20 penulis ahli KGMMB
“Penerbitan sulung ini memaparkan tugas guru yang dilihat mudah tetapi sebaliknya mempunyai latar belakang yang berbeza berdasarkan kedudukan geografi seorang guru itu berkhidmat.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, hanya guru berhati luhur dan tulus serta sentiasa bersiap sedia serta cekal menghadapi anak didik masing-masing tanpa membezakan latar belakang sosio-ekonomi dan budaya,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, paling menarik terdapat tujuh penulis wanita turut menyumbang di penerbitan pertama ini, terdapat beberapa judul Kemenangan itu milik kita ditulis oleh Azizah Jupri, Kau yang teristimewa (Nik Zubaidah Zainun), Ayish (Noor Hasriza Abu Bakar) , Akulah guru itu (Nur Khamelia Esa), Tanah rancangan, LKTP, Felda?? (Bahriah Ramli).
Turut menyumbang dalam Sumpah Guru itu, berjudul Singgah menyulam bakti ditulis oleh Siti Aishah Aziz dan Ikan sepat ulam pegaga ditulis oleh Wan Nor Sharmilawati Wan Osman.
“Selain itu, Sumpah Guru sebagai medan mencungkil bakat penulisan guru yang selama ini mungkin menyimpan atau menyembunyikan bakat masing-masing kerana tiada tempat untuk dikongsikan.
Sumpah Guru , antologi edisi pertama
“Insya Allah, KGMMB akan menerbitkan edisi kedua dan diharap guru ahli KGMMB yang mempunyai pengalaman selama berkhidmat boleh menterjemahkan dalam bentuk cerpen dan akan dikumpulkan dalam penerbitan berikutnya,” katanya.
Jasni turut berterima kasih kepada guru yang menyumbang cerita masing-masing dengan gaya penceritaan tersendiri dan boleh dijadikan bahan bacaan guru lain terutama guru muda yang mula melalui profesion keguruan ini.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!