KUALA LUMPUR: Poster MKN ini telah diubahsuai kandungannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tindakan ini menyebabkan penyebaran berita yang tidak benar kepada masyarakat dan boleh mengakibatkan keresahan awam.
Tindakan dibawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 boleh dikenakan kepada individu yang terbabit dalam rantaian komunikasi berita tidak benar ini. Berhenti menyebarkan berita tidak benar! Tidak Pasti, Jangan Kongsi!
Netizen Malaysia bijak mengenal pasti dan menentukan kesahihan sesuatu berita/informasi.
Pastikan Sahih, Baru Kongsi! Semak sumber sahih di platform rasmi MKN.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BALIK PULAU: Pengendali jet ski yang dilaporkan hilang di Monkey Beach di sini, semalam ditemui lemas pada 10.25 pagi hari ini.
Muhammad Asrul Aswad, 23, ditemui terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohammed berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.
GAMBAR IHSAN JBPM
Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa juga ditamatkan pada 11.10 pagi oleh Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi.
“Turut terbabit dalam operasi ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Polis Marin Batu Uban dan Angkatan Pertahanan Awam.
“Kami turut menerima bantuan daripada nelayan tempatan bersama enam bot,” katanya di sini, hari ini, lapor HarianMetro.
Terdahulu, media melaporkan gerakan mencari mangsa hilang dilakukan JBPM sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.07 petang semalam.
Muhammad Asrul dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada jet ski yang ditunggangnya ketika cuba menyelamatkan dua pelancong.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PENGUNJUNG TAK ENDAH NOTIS, JAMBATAN GANTUNG RUNTUH
JELI: Lebih 10 pengunjung Lata Keding, di sini, terjatuh ke dalam anak sungai apabila jambatan gantung yang dalam pembinaan tiba-tiba runtuh.
Dalam kejadian sekitar 1.30 tengah hari tadi, jambatan sepanjang lebih kurang 40 meter itu dipercayai runtuh akibat gagal menampung kapasiti pengunjung yang berlebihan.
Difahamkan, notis pemberitahuan jambatan itu dalam pembinaan sudah ditampal, namun tidak dipatuhi segelintir pengunjung ke pusat peranginan itu, lapor Harian Metro.
Ketika kejadian, pekerja yang terbabit jambatan gantung itu juga tidak berkerja menyebabkan pengunjung mengambil kesempatan menaiki jambatan berkenaan, ada antaranya merakamkan gambar sebelum jambatan itu tiba-tiba runtuh.
GAMBAR HIASAN
Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi peranginan yang dimiliki pihak persendirian itu.
Katanya, maklumat yang diterima kira-kira 10 pengunjung berada di atas jambatan gantung setinggi 4.5 meter itu.
“Secara tiba-tiba jambatan yang dalam pembinaan itu runtuh menyebabkan kesemua mereka terjatuh ke anak sungai dan binaan itu juga turut terkena pengunjung lain yang sedang mandi.
“Notis mengenai pemberitahuan bahawa jambatan itu sedang dalam pembinaan sudah ditampal namun ada juga pengunjung yang tidak mengendahkannya mungkin disebabkan teruja dengan kewujudan jambatan gantung itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad berkata, ada beberapa daripada mangsa cedera dan sudah dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
3 ADUN PAHANG BELUM TERIMA SUNTIKAN DOS PERTAMA VAKSIN COVID-19
KUANTAN: Hanya tiga daripada 42 ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pahang masih belum mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ketiga-tiga ADUN terbabit sudah mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum menangguhkan pengambilan dos pertama vaksin berkenaan.
WAN ROSDY WAN ISMAIL
“Mereka bukan menolak vaksin, tapi tidak mengambil suntikan (dos pertama) atas nasihat doktor.. mungkin atas faktor kesihatan dan selepas ini, saya percaya tiga ADUN berkenaan akan mendapatkan suntikan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mendapat suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di sini, hari ini.
Wan Rosdy turut melancarkan Sistem Imunisasi COVID-19 Pahang (SICP) pada majlis sama.
Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Sementara itu, mengulas mengenai SICP, Wan Rosdy berkata, sistem itu dikendalikan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bagi memudahkan proses pendaftaran orang ramai yang layak mendapat suntikan vaksin.
GAMBAR HIASAN
“SICP adalah nilai tambah kepada aplikasi MySejahtera dan tujuan kerajaan Pahang memperkenalkan SICP adalah untuk memudahkan dan menyenangkan orang ramai.
“Melalui SICP, rakyat Pahang boleh melakukan pendaftaran secara walk – in dengan memberikan nama ke pusat vaksinasi yang disediakan.
“Melalui SICP ini juga, kita harapkan lebih ramai rakyat Pahang yang tidak mempunyai kemudahan telefon bimbit sebagai contoh, untuk mendaftarkan diri mereka dan kita harap melalui usaha ini, kita dapat menyelesaikan proses pemberian vaksin kepada semua rakyat Pahang menjelang Februari tahun hadapan,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BEIJING: Pasukan badminton Indonesia menarik diri daripada kejohanan Terbuka All England yang sedang berlangsung.
Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan Badminton England hari ini, pasukan terbabit perlu menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan pihak berkuasa.
GAMBAR HIASAN
Penganjur dalam satu kenyataan berkata seorang individu yang menaiki penerbangan sama dengan pasukan Indonesia didapati positif Covid-19.
Mengikut peraturan tempatan, katanya, seluruh pasukan akan menjalani kuarantin selama 10 hari dari tarikh penerbangan masuk mereka, lapor Xinhua.
“BWF dan Badminton England mengesahkan beberapa pemain dan anggota pasukan Indonesia telah dihubungi oleh pihak Ujian dan Jejak Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK dan diminta untuk segera menjalani kuarantin,” kata penganjur.
Arahan itu bermakna semua pemain Indonesia tidak dapat bersaing dalam pusingan semasa atau pusingan seterusnya dan menarik diri daripada menyertai kejohanan itu.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
MARAN: Semua stadium akan disanitasi untuk nyahkuman demi keselamatan penonton sebelum ianya mula dibuka buat penyokong bola sepak yang ingin menonton Liga Super atau Liga Malaysia bermula pada 1 April ini, seperti diumumkan oleh Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata, ia sebagai langkah pencegahan awal mengekang penularan covid-19 untuk memutuskan rantaian penularan wabak itu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Ismail Abd Mutalib
Katanya, proses itu akan dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merangkumi kawasan sekitar stadium yang digunakan bagi penyemburan sanitasi tersebut.
“Apa juga lokasi yang mahu dilakukan pelbagai acara, pastikan supaya bersih dan semburan nyahcemar perlu dibuat, pihak bomba akan main peranan sebelum membenarkan penonton berada di stadium.
“Selain itu, penyokong dan penonton yang hadir agar sentiasa mematuhi perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan di lokasi berkenaan dan sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media di Program Malaysia Prihatin Norma Baharu Pendidikan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Maran, hari ini.
Antara hadirin di Program Malaysia Prihatin ‘Norma Baharu Pendidikan” di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Maran, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Wan Muhammad Zaidi Wan Isa dan Ahli Dewan Undangan Kawasan Luit, Mohd Sofian Abdul Jalil.
Bermula pada 1 April ini, dua perlawanan akan dibenarkan untuk menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton dan stadium tempat perlawanan diadakan.
“Bagaimanapun, kebenaran itu bersifat percubaan dan ia boleh menjadi keputusan kekal atau ditarik semula, bergantung kepada pemantauan yang dilakukan,” katanya.
Katanya, bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, hanya 10 peratus dari kapasiti stadium atau 2,000 penonton dibenarkan dan 25 peratus atau 8,000 orang dibenarkan bagi kawasan PKP Pemulihan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
DOA MENGIRINGI MANGSA LEMAS 6 HARI, HAKIM MASIH BELUM DITEMUI
TEMERLOH : Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin bersama ahli keluarga mendoakan mangsa lemas Mohamad Hakim Faqih yang masih belum ditemui sejak enam hari lalu di lokasi pencarian mangsa di Sungai Pahang,Kampung Loyang, Temerloh.
Perkongsian video berdurasi 59 saat itu dikongsikan Datuk Rofaie Hamdan menerusi facebook miliknya.
“Manusia hanya mampu merancang dan berusaha tetapi hanya Allah sahaja yg menentukan segalanya.
“Walaupun adik Mohamad Hakim Fakeh masih belum ditemui saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya Ustaz Amin @Muhamad bin Abdullah , pihak Bomba, Polis, Marin dan semua yang terlibat di dalam usaha pencarian ini.
“Diharapkan semoga Saudara Nor Azmi (bapa) sekeluarga terus tabah dan sentiasa berdoa semoga penantian ini akan berakhir. Aaminn ya rabbal alamin,” luahnya.
Ustaz Muhammad Abdullah memeluk bapa mangsa selepas berdoa sebagai tanda menenangkan lelaki tersebut.
Mangsa yang berusia 16 tahun dikatakan lemas bersama anak saudaranya, Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul pada 14 Mac lalu.
Mayat Mohammad Naufal bagaimanapun ditemui keesokannya, kira-kira 35 meter daripada mereka dilaporkan lemas.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT: Kerajaan negeri bakal membekalkan produk keju terbesar di bahagian Pahang Barat setelah membuka pusat penternakan kerbau seluas 283 hektar (700 ekar) di Raub.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, projek bersepadu itu turut mengeluarkan susu kerbau untuk menjadikan sumber utama kepada produk pembuatan keju tersebut.
Datuk Seri Mohd Soffi (batik hitam) menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta, turut hadir, ADUN Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (kiri sekali)
“Baka kerbau terbaik bakal dibawa masuk sebanyak kira-kira 500 ekor kerbau dan turut menjalani pemanian berhadas untuk mendapatkan baka yang berkualiti sebagai memperkasakan industri ternakan.
“Oleh itu, semua pemain industri penternakan diharapkan dapat mengemblengkan tenaga dan meningkatkan prestasi amalam ternakan terbaik bagi menghasilan produk berkualiti tinggi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya di Majlis Sidang Penternakan Ruminan di Dewan Baquet, Majlis Daerah Jerantut, semalam.
Katanya, setakat ini pengeluaran daging lembu dan kerbau sebanyak 49 peratus, manakala kambing dan biri-biri sebanyak 10 peratus, masih banyak ruang untuk mempertingkatkan pengeluaran ternakan itu.
“Di daerah Jerantut terdapat banyak penternak dan dianggarkan nilai ternakan sehingga RM30.5 juta, sewajarnya peluang yang masih terbuka perlu direbut dan negeri Pahang adalah pengeluar lembu tertinggi di semenanjung bernilai RM1.7 billion, ” katanya.
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Dr Kamaliah Ghazali berkata, sidang perternakan yang diadakan di Jerantut itu sebagai nilai tambah kepada pengetahuan sedia ada bagi meningkatkan kualiti ternakan masing-masing.
Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, Dr Kamaliah Ghazali
“Pahang sebagai pengeluar susu agak tinggi kira-kira 31 juta liter dan penternak lembu seharusnya merebut peluang kerana masih banyak untuk dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran
“Selain itu, sebagai penternak perlu mengawal penyakit mulut dan kuku (FMD) bagi memastikan kualiti dan kesihatan ternakan sentiasa terbaik dan dikawal,” katanya.
Katanya, dari sudut peniagaan, kualiti di tahap tertinggi dan menjaga standard pengeksportan yang perlu diikuti sebagai menjaga nama baik negara dalam bidang ternakan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican mengucapkan selamat kembali ke stadium kepada penyokong atau digelar pemain sebagai ke-12 dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Ia susulan pengumuman Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini bahawa kerajaan membenarkan kehadiran penyokong ke stadium dengan kapasiti tertentu bermula bulan depan.
Reezal dalam kenyataan di Facebook miliknya menjelaskan, kebenaran itu berkuatkuasa pada 1 April ini dengan dua perlawanan akan dibenarkan dahulu sebagai percubaan atau Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan protokol pengurusan penonton.
Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah mengenal pasti dua lokasi perlawanan untuk proses percubaan iaitu di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 2 April dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 3 April ini.
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
“Bagi pihak KBS dan seluruh penggiat dan pemain industri sukan tanah air, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan, semua menteri, ahli mesyuarat, pihak MKN, KKM dan juga Perdana Menteri atas kelulusan dan kepercayaan yang diberikan kepada komuniti sukan bagi membenarkan kehadiran penonton bermula secara beransur-ansuran, lapor BH Online.
“Kehadiran penonton secara terkawal, teratur dan dengan jumlah yang tertentu merupakan hasrat dan permintaan pihak penganjur acara kejohanan sukan seperti MFL dan juga penggiat sukan tanah air khususnya peminat sukan bola sepak untuk untuk melihat kehadiran penonton di stadium mengikut SOP yang ditetapkan,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, hanya 10 peratus dari kapasiti stadium atau 2,000 penonton dibenarkan, dan 25 peratus atau 8,000 orang dibenarkan bagi kawasan PKP Pemulihan.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
KUANTAN: Kerajaan Negeri telah melonggarkan beberapa perkara berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh negeri Pahang termasuk kebenaran pengganjuran kuliah dan majlis ilmu.
Kelonggaran ini telah mendapat perkenan KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia berkuatkuasa hari ini sehingga dimaklumkan kemudian, bergantung kepada keadaan semasa situasi penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih membelenggu negara dan negeri ini.
Katanya, sebelum ini, kuliah Maghrib dan tazkirah Subuh sahaja dibenarkan tetapi kini dibenar termasuk, Kuliah Dhuha, Kuliah sebelum solat Jumaat, Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain, Kelas Tafaqquh Fid-din anjuran Yayasan Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan bacaan Yaasin dan tahlil.
“Jamuan selepas kuliah dan majlis ilmu ini juga kini dibenarkan termasuk kehadiran pada majlis akad nikah di masjid berdasarkan ruang yang ditetapkan kerana sebelum ini kehadiran itu terhad kepada hanya 20 orang.
GAMBAR HIASAN
“Mengenai had umur bagi mengerjakan solat Jumaat dan solat Fardhu pula, kanak-kanak tujuh tahun dan ke atas kini dibenarkan, sebelum ini hanya yang berumur 12 tahun ke atas dibenarkan,” katanya melalui Kenyataan Media yang dikeluarkan.
Katanya, walau begitu, perkara-perkara lain berkaitan SOP sedia ada seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membawa sejadah sendiri perlu terus diamalkan.
“Semoga dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberi dan dinyatakan ini, kita semua dapat kembali beribadah dengan lebih selesa, seterusnya mengimarahkan masjid dan surau kita,” katanya.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!