KUALA LUMPUR – Malaysia berpandangan bahawa persatuan negara-negara Asia Tenggara (Asean) dan China harus bekerja sama dalam bidang ekonomi, transformasi, infrastruktur dan kesaling hubungan bagi memastikan rantai an bekalan kekal lancar tanpa halangan selain terus berkembang dari segi pemulihan ekonomi pasca pandemik covid-19.
Ketika berkongsi pandangan itu , Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan perkongsian ekonomi komprehensif seratus (rcep) dan perjanjian perdagangan bebas Asean-China yang menyeluruh juga mampu menyumbangkan kepada usaha mempercepat pemulihan serta daya tahan seratus
Dari segi hubungan dialog, Malaysia mengakukan keputusan utk meningkatkan hubungan kepada perkongsian strategi ini bakal menyaksikan dalam bidang telah menyebutkan yang pertama ialah diplomasi kesihatan
Katanya di sidang media mengena hasil sidang kemuncak khas Asean-China bagi memperingati ulang tahun ke-30 dialog Asean-China secara maya pada hari Isnin.
Kenyataan Perdana Menteri itu disampaikan menerusi Menteri Luar , Datuk Saifuddin Abdullah .
Sidang kemuncak tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Sultan Brunei Darulsalam, Sultan Hassan Al Bolkiah dan Presiden China, Xi jinping.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Pas keluarga Malaysia galak orang ramai guna pengangkutan awan
KUALA LUMPUR – Perdana menteri, datuk seri ismail sabri yaakob hari ini melancarkan pas ‘keluarga malaysia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Beliau berkata, pas yang bakal dijual bermula 1 disember itu membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari sabtu , ahad dan cuti umum dengan harga cuma rm15.
Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar rm3.75 untuk menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (lrt), transit aliran massa (mrt), monorel dan transit bas laju (brt) di bawah kendalian rapid kl sepanjang hari.
Inisiatif pengenalan pas keluarga malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di kuala lumpur dan selangor
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pas keluarga malaysia di kl sentral pada isnin.
Dalam pada itu , ismail sabri turut mengumumkan bahawa prasarana, menerusi anak syarikat nya, prasarana integrated development sdn. Bhd . Atau pride akan menawarkan “pakej transit untuk pengusaha industri kecil dan sederhana Mulai bulan mac 2022.
datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri
Sejak bermulanya pandemik covid-19, saya sedia maklum bahawa prasarana telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu para usahawan kecil untuk meningkatkan hasil jualan peniagaan mereka
. Menerusi pakej ini sejumlah dua puluh lot perniagaan , bersaiz antara lapan puluh hingga ke empat ratus kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana secara cabutan lot
Justeru itu beliau berkata , pengusaha industri kecil dan sederhana digalakkan untuk mengambil bahagian dan memperkasakan ekonomi setempat agar dapat melimpah kan kesejahteraan dan manfaat kepada keluarga malaysia.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Seorang pemandu lori diupah RM1500 membawa rokok seludup bernilai RM 3.3 juta
BENTONG – Nasib pemandu Lori diupah RM 1500 bawa rokok seludup tanpa cukai 3.3 juta dicekup.
Pemandu dari Kemaman itu diberkas oleh pihak berkuasa di Karak ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata lori bonded muatan 5 tan uang dipandu telah ditahan di Lebuhraya Karak Kilometer 55.2 arah Kuala Lumpur.
Katanya ketika suspek diarahkan mengambil lori di deretan kedai dan kunci ditinggalkan di bawah tayar untuk membawa rokok seludup tersebut.
Difahamkan suspek berusia 43 tahun juga ditemani rakan sejenayah berusia 30 tahun memandu sebuah kereta Toyota Corolla berwarna Hitam.
“Hasil siasatan menjumpai 333 kotak Yang mengandungi enam jenis rokok yang tidak dibayar cukai Kastam.
“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan kali pertama melakukan kesalahab jenayah, serta hasil ujian air kencing didapati negatif.
“Suspek ditahan reman selama e.pat Hari mulai 20 sehingga 23 November untuk siasatan lanjut dibbawah Seksyen 135(1) (D) Akta Kastam 1967,” katanya.
Mohd Yusri berkata demikian ketika sidang media Di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini.
Sekiranya disabitkan kesalahan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang kes atau RM 100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali Ganda nilai barang kes atau RM 500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurutnha anggaran nilai rampasan dan sitaan rokok, termasuk sebuah kereta Toyota Corolla, Dan ori muatan 5 tan berjumlah keseluruhan sebanyank RM 3.5 juta.
Jelasnya nilai sitaan dan rampasan tersebut merupakan rampasan muatan rokok tidak berbayar cukai Yang terbesar direkodkan bagi kontinjen Pahang sepanjang tahun 2021.
Mohd Yusri menasihati orang ramai terus tampil menyalurkan maklumat berkaitan Jenayah Dan dadah agar menghubungi balai polis berdekatan. -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
HUJAN LEBAT BERTERUSAN, TANAH RUNTUH DAN POKOK TUMBANG HEMPAP KENDERAAN DI CAMERON
KUANTAN : Orang ramai dikehendaki berhati-hati ketika berada di kawasan peranginan Cameron Highlands berikutan hujan lebat selama dua jam bermula petang, semalam.
Sebanyak lapan buah lokasi berlaku kejadian tanah runtuh, laluan terkandas dan pokok tumbang di kawasan tanah tinggi itu, mengakibatkan seramai empat orang mangsa di lokasi berasingan mengalami kecederaan akibat tersepit di dalam kereta yang dihempap pokok tumbang.
Salah sebuah dihempap pokok dalam kejadian hujan lebat berterusan di Cameron Highlands.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang yang berlaku di beberapa buah lokasi di pusat peranginan tanah tinggi tersebut.
“Sehingga jam 6.30 petang semalam kejadian tanah runtuh masih berlaku dan pokok tumbang di lokasi berkenaan juga telah melibatkan jalan perhubungan terputus.
“Kami menerima panggilan kecemasan dalam kejadian pertama pada jam 4.16 petang tadi mengenai kejadian tanah runtuh berdekatan Hotel Casatelarosa, Cameron Highlands di sini,”katanya.
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dan Ringlet telah berkejar ke lokasi dengan seramai sembilan orang pegawai serta dua buah jentera FRT untuk tugasan kerja menyelamat.
Beliau menambah, kejadian berlaku berdekatan hotel tersebut melibatkan tanah runtuh sehingga menyebabkan beberapa batang pokok tumbang lalu menghempap sebuah kereta.
Katanya, dua orang mangsa lelaki dewasa yang tersepit dalam kenderaan telah berjaya dikeluarkan dan dilaporkan mengalami kecederaan.
“Kejadian kedua juga melibatkan dua buah lokasi tanah runtuh dan pokok tumbang berdekatan Big Red Strawberry lalu menghalang laluan kenderaan, tetapi tidak melibatkan mangsa.
“Dalam kejadian ketiga berdekatan berlaku Smoke House Hotel, dua buah kereta telah dihempap pokok melibatkan dua orang mangsa berketurunan India mengalami luka dan pendarahan hidung. Mangsa berjaya dikeluarkan daripada kereta dan diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Katanya, tiga kejadian yang sama juga dilaporkan laluan ke Ladang Boh Sungai Palas, iaitu dua kejadian, manakala satu kejadian di jalan Water Crest dan Rose Valey cuma menghalang laluan lintas dan tidak melibatkan kemalangan sama ada nyawa atau kerosakan harta benda.
“Anggota bomba Cameron Highlands dan Ringlet menjalankan operasi membersihkan kawasan dan laluan dengan menggunakan gergaji berantai, skop dan cangkul bagi memulihkan semula kenderaan bergerak di kawasan tersebut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Sejak 21 Novmber 2021, Ahad seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja sudah melengkapkan vaksin COVID-19.
Laporan daripada data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), laman CovidNow, seramai 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja menerima satu dos vaksin.
Bagi golongan remaja, 22,390,580 individu atau 95.6 peratus telah melengkapkan vaksin dan dewasa yang menerima satu vaksin seramai 97.8 peratus atau 22,914,289.
36,028 dos vaksin diberi pada hari Ahad yang melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dok kedua dan 29,459 untuk dos penggalak.
Terkini jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 51,938,646.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA – Kerajaan menyasarkan 80 peratus kawasan di seluruh negara akan menerima capaian liputan 5G menjelang 2026.
Pelancaran jalur lebar capaian 5G akan dibuat pada Disember ini di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, biar pun negara ASEAN lain telah menerima liputan capaian 5G, namun kerajaan kini percaya Malaysia masih belum ketinggalan.
Jadi Malaysia akan mendapat sama liputan 5G sama seperti negara-negara lain di ASEAN dan jugak di seluruh Asia walaupun negara lain telah memulakan 5G tapi kita percaya apabila pelancaran yang akan kita buat pada Disember 2021 kita tidak akan ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain.
Sementara itu, kerajaan menyasarkan 100 peratus capaian 4G di seluruh kawasan berpenduduk menjelang 2025, katanya.
Sehingga kini 94 peratus kawasan berpenduduk telah mendapat liputan mudah alih 4G.
Setakat ini 6.42 juta premis di seluruh negara telah disediakan dengan akses gentian optic dan dijangka meningkat kepada 9 juta premis pada tahun 2025.
Justeru kelajuan jalur lebar mudah alih dijangka meningkat kepada 100mbps menjelang 2025, berbanding 31.34 mbps ketika ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemerkasaan Pendigitalan (PMKS) Kebangsaan 2021 di Bera, Pahang.
Di Bera, 90.4 peratus kawasan berpenduduk telah menikmati capaian internet 4G ketika ini dan disasarkan 100 peratus capaiannya pada 2025.
Pada majlis tersebut sebanyak 8 geran diserahkan kepada usahawan mikro kecil dan sederhana.
Antaranya geran DC-3 digital comic, digital creative content dan geran automasi pintar.
-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA – Masyarakat terutama golongan muda digalakkan kembali merakyatkan seni dan budaya tradisional negara agar tidak ditelan zaman.
Malah, aktiviti itu sekaligus dapat dimanfaatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan segmen pelancongan budaya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MOTAC melalui pelbagai agensinya harus melakukan pendekatan baharu dan kreatif dalam memperkenalkan elemen kepelbagaian bangsa, bahasa dan budaya menarik kepada mpelancong domestik mahupun luar negara.
Menurut beliau, antaranya kembali memperkasakan sukan-sukan rakyat dan budaya tradisional di setiap negeri.
Sukan rakyat perlu diperkasakan lagi lebh banyak lagi dilaksanakan setiap daerah jadi bukan sahaja program rasmi kementerian tapi di peringkat daerah aktiviti aktiviti daerah itu boleh dilaksanakan sebagai acara mingguan dan sebagainya supaya kalau tidak kalau datuk nancy tak datang ni kita tak ada sukan rakyat tadi..Kalau boleh diperbanyakkan boleh diadakan tempat khusus untuk sukan rakyat..
Tambah beliau, kawasan mahupun lokasi khusus harus disediakan dan diaktifkan dengan pelbagai aktiviti bagi menarik minat masyarakat.
Sekaligus menjadi tumpuan pelancong luar untuk dimasukkan dalam jadual kunjungan mereka ke negara ini.
Beliau berkata demikian di sidang media Progran Komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera 2021 di Bera, Pahang.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Dalam majlis sama, seramai 22 orang pemain industri yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 menerima Bantuan Penggiat Seni Pahang.
Turut disampaikan pemberian bantuan insentif seni kepada 9 buah persatuan seni budaya dengan peruntukan sebanyak 71 ribu 900 ringgit.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
800 ribu dapat manfaat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi
BERA – Seramai 800 ribu usahawan kecil disasar menerima manfaat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi menjelang tahun 2025 melalui program itu yang diterajui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama agensi dan pemain industri.
Bagi tujuan itu, sebanyak 1 ribu 83 PEDi diseluruh negara akan dipertingkat dan dipergiatkan untuk melahirkan serta memperkasa usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Anuar Musa berkata, dalam usaha memperkasakan usahawan luar bandar PEDi akan menganjurkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil, yang diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta.
Bagi memastikan PEDi menawarkan program bersesuaian mengikut tuntutan semasa, setiap PEDi akan mempunyai panel penasihat tersendiri yang dianggotai wakil komuniti setempat, pertubuhan bukan kerajaan serta persatuan peniaga.
Selain itu, seramai 600 Rakan Digital PEDi akan dilantik untuk menjalankan program-program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta yang turut disokong Ikon Usahawan PEDi bagi memberi motivasi serta semangat kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian PEDi di Dewan Orang Ramai Kampung Durian Tawar, Bera yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu katanya, kementerian akan menyalurkan peruntukkan khusus hingga 50 ribu ringgit setahun akan diberikan kepada PEDi melalui SKMM bagi penganjuran program yang diperlukan.
Malah, penubuhan pusat seumpama itu turut dicadangkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara. – SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BERA – Seramai 15.4 juta penduduk dalam golongan B40 seluruh negara bakal menerima manfaat kemudahan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang memperkasa kegiatan ekonomi digital khususnya kawasan di luar bandar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi.
Bagi tujuan itu katanya, sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dipertingkat dan dipergiatkan sebagai pusat sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar selain menyediakan akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital dan kakitangan terlatih.
Selain itu, sebanyak 37 PEDi baharu akan dibuka pada suku pertama 2022, sementara sebanyak 173 PEDi lagi beroperasi menjelang penghujung tahun depan; menjadikan sebanyak 1,083 PEDi beroperasi di seluruh negara.
Menyedari kemahiran penggunaan Internet mampu membuka peluang ekonomi dan secara langsung meningkatkan taraf kehidupan, Kerajaan menyediakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (atau PEDi) di seluruh negara. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan kepada 15.4 juta orang penduduk negara ini, terutamanya golongan B40 dan masyarakat luar bandar,
PEDi bermatlamat meningkatkan tahap sosio ekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital agar semua penduduk, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi, berupaya menyertai dan mengambil peluang dalam ekonomi digital.
Beliau berkata, selain kemudahan infrastruktur, kerajaan yakin dengan adanya Panel Penasihat PEDi, Rakan Digital PEDi dan Usahawan Ikon di setiap PEDi; akan menggalakkan komuniti setempat melibatkan diri dalam aktiviti dianjurkan serta mengguna pakai sepenuhnya perkhidmatan di situ.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan PEDi di Dewan Orang Ramai Kampung Durian Tawar, Bera, Pahang.
Turut hadir; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Di Bera katanya, seramai 1,158 peserta yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi dan menggunakan pusat ini untuk menghadiri kelas keusahawanan seperti asas fotografi dan cara pemasaran di Shopee serta Yezza.
Dari jumlah itu, seramai 48 usahawan dilatih di PEDi tersebut; yang mana sebanyak 47 peratus adalah usahawan yang mengusahakan perniagaan makanan dan minuman, 42 peratus dalam fesyen dan gaya hidup serta perkhidmatan, agro dan elektronik.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
PROGRAM SULAM UNTUK ANAK ORANG ASLI LANJUT PENGAJIAN KE IPT
BERA – Program Perkhidmatan Pengajian Universiti Malaysia Untuk Masyarakat (SULAM) membuka ruang kepada lebih ramai anak Orang Asli melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai mengubah mobiliti sosial kaum itu.
Sebagai projek perintis, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sedang memperhalusi program laluan khas kemasukan pelajar Orang Asli ke UPNM dan dijangka bakal dilaksanakan tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi agenda utama kerajaan bagi memastikan impian menyaksikan lebih ramai generasi muda Orang Asli dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.
“Kerajaan sentiasa meletakkan tumpuan utama yang jelas seperti yang saya umumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan seterusnya pada (pembentangan) Bajet lalu.
“Kerajaan akan terus memperkasakan untuk melihat lebih ramai anak-anak Orang Asli berpeluang mengikuti pengajian tinggi di universiti dan berjaya keluar sebagai golongan profesional,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Walkabout Perdana Menteri Bersempena Program Khidmat Komuniti Bersama UPNM dan JAKOA di Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Rok, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua Pengarah JAKOA, Sapiah Mohd Nor dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Hasagaya Abdullah.
Pada majlis sama, JAKOA melalui skim bantuan galakan pendidikan (SBGP) menyerahkan replika cek berjumlah RM90,840 kepada UPNM bagi menampung empat mahasiswa Orang Asli yang kini menyambung pelajaran di universiti berkenaan.
Sementara itu, Ismail Sabri dalam ucapannya turut memberi jaminan kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan dan pendidikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara.
Katanya, pelbagai bantuan diperkenalkan sebelum ini dan telah dihentikan akan diteruskan serta ditambah baik.
“Kita meletakkan sasaran menghantar sekurang-kurangnya 10 mahasiswa Orang Asli melanjutkan pengajian ke luar negara melalui (pembiayaan) Majlis Amanah Rakyat (MARA) diteruskan,”katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!