Seorang pemandu lori diupah RM1500 membawa rokok seludup bernilai RM 3.3 juta

Seorang pemandu lori diupah RM1500 membawa rokok seludup bernilai RM 3.3 juta

BENTONG – Nasib pemandu Lori diupah RM 1500 bawa rokok seludup tanpa cukai 3.3 juta dicekup.

Pemandu dari Kemaman itu diberkas oleh pihak berkuasa di Karak ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata lori bonded muatan 5 tan uang dipandu telah ditahan di Lebuhraya Karak Kilometer 55.2 arah Kuala Lumpur.

Katanya ketika suspek diarahkan mengambil lori di deretan kedai dan kunci ditinggalkan di bawah tayar untuk membawa rokok seludup tersebut.

Difahamkan suspek berusia 43 tahun juga ditemani rakan sejenayah berusia 30 tahun memandu sebuah kereta Toyota Corolla berwarna Hitam.

“Hasil siasatan menjumpai 333 kotak Yang mengandungi enam jenis rokok yang tidak dibayar cukai Kastam.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan kali pertama melakukan kesalahab jenayah, serta hasil ujian air kencing didapati negatif.

“Suspek ditahan reman selama e.pat Hari mulai 20 sehingga 23 November untuk siasatan lanjut dibbawah Seksyen 135(1) (D) Akta Kastam 1967,” katanya.

Mohd Yusri berkata demikian ketika sidang media Di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong hari ini.

Sekiranya disabitkan kesalahan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang kes atau RM 100,000 yang mana lebih tinggi dan tidak lebih 20 kali Ganda nilai barang kes atau RM 500,000 yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnha anggaran nilai rampasan dan sitaan rokok, termasuk sebuah kereta Toyota Corolla, Dan ori muatan 5 tan berjumlah keseluruhan sebanyank RM 3.5 juta.

Jelasnya nilai sitaan dan rampasan tersebut merupakan rampasan muatan rokok tidak berbayar cukai Yang terbesar direkodkan bagi kontinjen Pahang sepanjang tahun 2021.

Mohd Yusri menasihati orang ramai terus tampil menyalurkan maklumat berkaitan Jenayah Dan dadah agar menghubungi balai polis berdekatan. -SAHIH