Pas keluarga Malaysia galak orang ramai guna pengangkutan awan

Pas keluarga Malaysia galak orang ramai guna pengangkutan awan

KUALA LUMPUR – Perdana menteri, datuk seri ismail sabri yaakob hari ini melancarkan pas ‘keluarga malaysia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Beliau berkata, pas yang bakal dijual bermula 1 disember itu membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari sabtu , ahad dan cuti umum dengan harga cuma rm15.


Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar rm3.75 untuk menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (lrt), transit aliran massa (mrt), monorel dan transit bas laju (brt) di bawah kendalian rapid kl sepanjang hari.


Inisiatif pengenalan pas keluarga malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di kuala lumpur dan selangor

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pas keluarga malaysia di kl sentral pada isnin.

Dalam pada itu , ismail sabri turut mengumumkan bahawa prasarana, menerusi anak syarikat nya, prasarana integrated development sdn. Bhd . Atau pride akan menawarkan “pakej transit untuk pengusaha industri kecil dan sederhana
Mulai bulan mac 2022.

datuk seri ismail sabri yaakob /perdana menteri


Sejak bermulanya pandemik covid-19, saya sedia maklum bahawa prasarana telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu para usahawan kecil untuk meningkatkan hasil jualan peniagaan mereka

.
Menerusi pakej ini sejumlah dua puluh lot perniagaan , bersaiz antara lapan puluh hingga ke empat ratus kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana secara cabutan lot

Justeru itu beliau berkata , pengusaha industri kecil dan sederhana digalakkan untuk mengambil bahagian dan memperkasakan ekonomi setempat agar dapat melimpah kan kesejahteraan dan manfaat kepada keluarga malaysia.-SAHIH