JERANTUT – Penerapan konsep kesederhanaan boleh menjadi tunjang utama dalam memulihkan UMNO.
Melalui konsep ini juga dapat membina semula hubungan rapat antara ahli UMNO dan bukan ahli UMNO yang masih yakin dengan perjuangan parti.
Calon ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, nilai murni dalam UMNO dan semangat kesetiaan kepada parti perlu dihidupkan semula.
“Kita sebagai ahli UMNO mempunyai tanggungjawab besar dalam membentuk pemikiran masyarakat dan prinsip kesederhanaan inilah akan membantu kita dalam merangka gerak kerja di peringkat lapangan.
“Begitu juga dengan kesetiaan kepada perjuangan parti harus dipertahankan walaupun kita lihat segelintir ahli UMNO sanggup ‘melompat’ selepas kita kalah pada PRU14,” katanya.
Beliau yang juga bendahari UMNO Bahagian Jerantut berharap setiap perwakilan dapat membuat pilihan tepat dan memilih pemimpin yang layak mengetuai UMNO Jerantut.
Katanya, pertimbangan rasional dalam kalangan ahli sangat penting dalam melakukan pembaharuan dalam parti itu.
“Saya fikir semua perwakilan dan ahli UMNO (Jerantut) sudah faham apa yang sedang berlaku dalam parti ini selepas PRU15.
“Jadi inilah masa sesuai untuk kita bersama-sama membuat pertimbangan yang sebaik mungkin demi kebaikan UMNO dan daerah Jerantut,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Foto atas : Sebahagian murid Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra yang turut terbabit dalam kempen ‘World QuranHour’ merakam kenangan bersama-sama Mohd Said dan isterinya Siti Hawa (tengah) serta tetamu jemputan pada majlis perasmian rumah ngaji itu, baru-baru ini.
Rumah Ngaji usaha pupuk generasi muda celik Al-Quran
BERANANG – Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra yang di bawahnya Mahaad Tahfiz Khadijahtul Kubra Lil Banat, dekat sini ditubuhkan dalam usaha memupuk masyarakat berinteraksi dengan al-Quran iaitu membaca, faham dan amal sejak masih kecil lagi.
Timbalan Pengerusinya, Mohd Basori Umar, berkata operasi dua pusat pengajian agama itu akan berjalan serentak, iaitu mahaad tahfiz berkenaan yang tumpuannya kepada menghafal manakala rumah ngaji lebih kepada membaca al-Quran dengan membabit pelajar bermula usia lapan tahun.
Mohd Said dan Siti Hawa beramah mesra dengan murid Rumah Ngaji Khadijahtul Kubra.
Katanya, rumah ngaji itu sejak dibuka pada Mei 2022 telah mendapat sambutan serta sokongan amat baik daripada masyarakat sekitar khusus ibu bapa.
“Mereka menghantar anak masing-masing untuk belajar mengaji dan secara tidak langsung menerap nilai mulia daripada penghayatan surah yang dibaca.
“Ini dapat melahirkan generasi yang celak al-Quran dan seterus mampu menghafal surah dibaca apabila mendapat pengajaran dan pendedahan sejak kecil lagi sebelum melangkah ke alam persekolahan termasuk memasuki sekolah agama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian rumah ngaji berkenaan yang disempurnakan oleh tokoh aktivis masyarakat yang juga ahli perniagaan, Datuk Mohd Said Mat Saman pada 9 Mac 2023 lalu.
Katanya, rumah ngaji itu terletak dalam bangunan serta mempunyai kemudahan di Dataran Dato’ Mohd Said, Rinching Tengah, Beranang, Selangor.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman; Pengerusi Pusat Jagaan Nur Hasanah, Mohiadin Bahado; Pengerusi Pusat Jagaan Insan, Mohd Syafiq Mohiadin; Ahli Jawatankuasa Sahabat Hospital Selangor Cawangan Kuala Langat, Suhaizam Mohd Kassim; dan Penggerak Rumah Ngaji berkenaan, Azilawati Mat Nuar.
Sementara itu, Mohd Said dalam ucapan pada majlis itu, berkata dia terpanggil untuk mengizinkan satu lot bangunan di dataran berkenaan dijadikan rumah ngaji apabila mendapati program mengaji itu berkait dengan kehidupan sebagai orang Islam mesti membaca, menghayati serta mengamal al-Quran.
“Sebagai pemilik dataran itu, saya akan turut memantau perjalanan rumah ngaji berkenaan supaya menepati objektif penubuhannya selain mengingatkan murid yang mengikuti kelas mengaji supaya tekun belajar dan menimba ilmu.
“Saya amat berbangga dan memuji usaha murni yang dilakukan pihak pengurusan rumah ngaji dan juga mahaad tahfiz mengambil inisiatif menubuh kelas mengaji itu yang akan menjurus kepada menghafal pula,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Setiap ahli UMNO perlu mahir menggunakan media sosial untuk membantu memperkukuhkan semula parti.
Saranan itu disuarakan calon ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Murad Mat Hassim @ Idris.
“Cadangan ini adalah berdasarkan perkembangan teknologi yang begitu pantas sejak tahun 2000.
“Dalam masa 23 tahun, kita dapat lihat sendiri kemunculan pelbagai aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tik Tok.
“Semua ini penting dan perlu dikuasai ahli UMNO jika mahu bersaing dengan parti lain,” katanya.
Ahmad Murad yang juga pakar sistem telekomunikasi berkata, penguasaan media sosial juga boleh mempengaruhi golongan remaja dan belia dalam membuat pilihan untuk menyokong parti yang mereka suka.
“Kita boleh tengok ketika PRU15 yang lalu, ada parti tertentu menggunakan media sosial untuk berkempen dan hasilnya sangat mengejutkan.
“Jadi, ahli UMNO Jerantut juga perlu mahir dan memanfaatkan teknologi melalui penggunaan media sosial untuk memenangi hati rakyat, termasuklah golongan muda,” katanya.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Keunikan dimiliki daerah Jerantut belum diteroka dan dimanfaatkan sepenuhnya.
Memiliki kawasan Taman Negara yang sangat disukai pelancong dari dalam dan luar negara, potensi sebenar produk pelancongan di daerah ini belum diteroka sebaik mungkin.
Calon ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, antara agenda diberi perhatian olehnya adalah memastikan jenama Taman Negara itu terus segar.
“Kita ada banyak kawasan dan produk menarik di Jerantut selain Taman Negara, jadi perlu ada usaha untuk memasarkan semua produk ini kepada dunia.
“Macam Taman Negara itu tidak mengapalah, sudah lama dan ramai orang tahu, tapi mereka belum didedahkan dengan kawasan pergunungan yang ada di sini.
“Begitu juga dengan kehebatan masakan tradisional di Jerantut, sudah sekian lama jadi buah mulut orang luar berkunjung ke sini dan setiap produk yang ada memiliki potensi untuk dikomersialkan,” katanya.
Haris Salleh yang merupakan seorang peguam professional menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan yang dijadualkan esok.
Beliau akan bersaing dengan tiga lagi individu yang tidak kurang hebatnya, Ahmad Murad Mat Hassim @Idris; Adzlan Zakaria; Mohd Taufek Abd Razak.
“Saya mempunyai visi untuk membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk di Jerantut dan sekali gus dapat membantu juga ahli UMNO di sini.
“Peluang dan potensi ekonomi memang banyak, tinggal lagi untuk kita teroka dan kongsi bersama.
“Jadi, saya harap diberi peluang dan dipilih sebagai ketua UMNO Bahagian Jerantut untuk memudahkan segala perancangan dilaksanakan,” katanya.-SAHIH
tamat
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kepakaran Telekomunikasi Bantu Bawa Perubahan di Jerantut
JERANTUT: Tokoh belia dan jurutera, Ahmad Murad Mat Hassim @ Idris, mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknologi telekomunikasi.
Beliau memiliki Ijazah Kejuruteraan Telekomunikasi dari Universiti Teknologi Malaysia pada 1998.
Ahmad Murad memulakan kerjaya sebagai juruteknik kilang Motorola Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 1992 hingga 1993 sebelum melanjutkan pelajaran di UTM.
“Selepas itu saya bersama (bekerja) dengan ZTE (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpengkalan di China selama setahun.
“Kemudiannya saya menyertai Edotco (M) sebagai pengurus besar pemasaran dan bertanggungjawab menjaga dan merancang pemasaran infrastruktur telekomunikasi untuk pelbagai syarikat telekomunikasi di seluruh Malaysia,” katanya.
Beliau kini memegang jawatan sebagai ketua penyelaras pembangunan 5G untuk negeri Pantai Timur Semenanjung.
Katanya, tujuan utama menawarkan diri untuk bertanding sebagai ketua UMNO Bahagian Jerantut adalah bagi membawa perubahan kepada barisan pimpinan parti itu.
“Perubahan yang ingin saya bawa bukan sahaja untuk memperkuatkan kembali UMNO, tapi mengukuhkan kembali perpaduan dalam kalangan ahli,” katanya.
Ahmad Murad juga ingin melihat UMNO Bahagian Jerantut menjadi lebih terbuka dan mesra dengan golongan muda dan membawa lebih ramai golongan ini bersama dalam parti.
tamat-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Calon MKT – Abdul Rahman mahu parti kukuhkan ukhwah dan hadapi cabaran politik negara
LIPIS – Penyandang Ketua Bahagian Umno Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yang menang tanpa bertanding di bahagiannya bertekad untuk meneruskan khidmatnya untuk memperkukuhkan ukhwah dalam parti keramat ini untuk memberi impak besar sepanjang sesi 2023-2026.
Beliau yang bertanding dalam sesi ini (2023-2026) untuk jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dengan nombor calon 83 berharap semua sahabat untuk membantunya bagi memenangi pemilihan kali ini bagi jawatan tersebut.
“Peredaran masa dan perubahan lanskap politik yang berlaku di dalam negara dilihat sebagai cabaran utama dan menjadikan semua ahli perlu berhadapan arus peredaran ini bagi memperkukuhkan parti.
“Selain itu, semua ahli khususnya jawatankuasa yang dipilih pada kali ini perlu meletakkan sepenuh roh dalam parti untuk mengembalikan ‘kedaulatan’ parti yang selama ini menjadi tunjang politik negara,” katanya.
Katanya, ini memerlukan kekuatan yang bukan sahaja merupakan komponen penting dalam menggerakkan jentera parti tetapi sentiasa mendekati dan menyantuni ahli dan masyarakat di peringkat akar umbi.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Perubahan lanskap politik, Fadilah bertanding jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Jerantut
JERANTUT – Peredaran masa dan perubahan lanskap politik yang berlaku di dalam negara dan khususnya di daerah Jerantut dilihat sebagai cabaran utama yang mendorong wakil daripada sayap Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Fadilah Sallehuddin mengambil keputusan untuk bertanding bagi jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Jerantut pada pemilihan parti peringkat bahagian yang bakal diadakan pada 18 Mac ini.
Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 34 tahun lalu meletakkan rasa setia dan sayang kepada Parti keramat ini sebagai pemangkin untuk menawarkan diri sebagai satu-satunya calon wanita yang bertanding di antara tiga jawatan teratas di dalam struktur peringkat bahagian di belakang Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian.
‘Setelah selesai pemilihan sayap Wanita Umno Bahagian Jerantut pada 11 Mac yang lalu, saya telah dipilih oleh para perwakilan untuk terus berada di dalam barisan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno.
“Jawatan ini telah saya sandang sejak tahun 2008, memang tidak dinafikan sayap Wanita selama ini merupakan tulang belakang yang bukan sahaja merupakan komponen penting dalam menggerakkan jentera parti ketika pilihanraya, malah sentiasa mendekati dan menyantuni masyarakat dan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, budaya kerja sukarela atau pun sebagai pemudahcara dan perantara kepada masyarakat perlu diperkasakan menerusi platform Umno Bahagian Jerantut.
Fadilah juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Daerah Jerantut (PSKD) merupakan rakan strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jerantut.
“Saya melihat pendekatan berterusan yang inklusif dengan semua lapisan masyarakat akan dapat membina hubungan yang lebih rapat dan jitu serta bukan lagi hanya persepsi klise apabila calon-calon yang bertanding pilihan raya datang melawat menjelang pilihan raya semata-mata.
“Selain itu saya juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jerantut dan Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Jerantut,” katanya.
Katanya, pendidikan juga merupakan aspek yang dititikberatkan, beliau berpendapat bukan sahaja memastikan tiada anak-anak atau pelajar-pelajar sekolah yang keciciran, malah anak-anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang ke IPTA juga harus digalakkan untuk meneruskan pendidikan dengan mengikuti latihan di dalam bidang TVET (pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional).
“Selain itu, mengikuti latihan kemahiran digital dan keusahawanan yang mereka cenderung dan minati supaya dapat melengkapkan diri untuk bersaing, mudah untuk mencari pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri dan seterusnya membela nasib diri dan keluarga.
“Konsep ‘lifelong learning’ atau pun pembelajaran berterusan sepanjang hayat ialah sesuatu yang patut diterapkan di dalam masyarakat pada masa kini, mereka patut merebut peluang untuk menyambung pelajaran bukan bertujuan kenaikan pangkat, tetapi dapat memastikan fikiran kita sentiasa berkembang menerusi ilmu-ilmu baru dan membantu pembentukan peribadi dan sahsiah,” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor korporat, calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ahmad Murad Mat Hassim @Idris mempunyai personaliti yang disenangi orang ramai.
Bukan sahaja senang didekati dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja, Ahmad Murad juga pandai mencari peluang memenangi hati golongan muda.
“Semua ini adalah hasil pembabitan saya dalam bidang korporat dan bidang ini memerlukan saya bertemu dengan pelbagai jenis latar belakang orang.
“Jadi, saya tidak kekok untuk bergaul dengan siapa sahaja, sama ada baru pertama kali berjumpa atau sudah lama kenal.
“Memang saya lihat perkara ini sedikit sebanyak membantu saya mempersiapkan diri untuk menjadi ketua,” katanya.
Ahmad Murad sebelum ini memegang pelbagai jawatan penting dalam syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia.
Kemahirannya dalam sistem teknologi komunikasi memberi peluang kepadanya kini untuk mengetuai seksyen penyelarasan sistem 5G bagi negeri Pantai Timur Semenanjung.
“Semua pengalaman ini sangat membantu saya dan saya harap diberi peluang untuk membawa perubahan dalam UMNO Bahagian Jerantut.
“Saya sudah mulakan langkah pertama jadi saya pilih slogan #MohUbah sebagai tanda komitmen saya untuk membantu UMNO Jerantut melakukan perubahan secara total.
“Melalui perubahan ini jugalah kita dapat memperkukuhkan semula UMNO di Jerantut selain membantu UMNO Pahang menjadi dominan kembali,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Raih sokongan perwakilan untuk terus berkhidmat bersama Umno
Razak Daud, penyandang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jerantut meraih sokongan daripada perwakilan yang bakal memilih pada 18 Mac ini untuk beliau meneruskan khidmatnya bagi sesi 2023-2026.
Baliau bakal bertanding untuk jawatan yang sama berhasrat untuk meneruskan khidmatnya untuk bersama-sama ahli jawatankuasa bahagian yang dipilih nanti untuk memacu dan menjana kekuatan dan menarik kembali sokongan ahli Umno bagi sesi 2023-2026.
“Saya bakal menghadapi seramai 42 calon untuk bertanding jawatan yang sama dan kini semua calon sedang rancak berkempen dengan cara tersendiri dengan sihat.
“Saya akan bertanding dengan nombor calon 18 untuk jawatankuasa dan nombor 19 untuk pertandingan G7,” katanya.
Katanya, sepanjang sesi itu nanti akan jawatankuasa yang dipilih bersama-sama memikirkan untuk menyusun Kembali kekuatan dan strategi untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang ke -16
“Diharapkan semua yang dipilih meneruskan agenda perjuangan Umno di masa akan datang dengan penambahbaikan yang perlu diteliti” katanya.-SAHIH.
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Ketua UMNO Cawangan Jengka 24, Razak Daud masih belum puas membantu UMNO Bahagian Jerantut.
Beliau yang juga penyandang jawatan ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian menawarkan diri untuk terus mengekalkan jawatan dimenangi pada pemilihan yang lalu.
“Saya masih bersemangat untuk terus membantu UMNO Bahagian Jerantut dan disebabkan itu saya menawarkan diri untuk bertanding.
“Perjalanan kita (UMNO Jerantut) masih jauh dan perlu segera bangkit semula untuk memulihkan semangat semua ahli.
“Saya percaya dengan sokongan dan kerjasama semua pihak dalam parti, kita boleh kembali menguasai kerusi parlimen dan DUN pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Razak menjelaskan cabaran dalam pemilihan peringkat Bahagian kali ini sangat sengit apabila 42 calon menawarkan diri untuk jawatan AJK.
Katanya, pertandingan di peringkat ketua, timbalan dan naib ketua Bahagian juga menyaksikan pertembungan antara muka lama dan muka baru.
“Persaingan kali ini memang sengit dan ia menunjukkan semua masih yakin dengan kemampuan UMNO.
“Jadi, saya harap terus diberi peluang dan dipilih oleh ahli pada proses pemilihan yang dijadualkan Sabtu ini,” katanya.
tamat -SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!