BENTONG – Sebelum ini pusat sumber Ibnu Khaldun di Sekolah Menengah Agama (SMA) Pelangai kelihatan ‘agak lesu’.
Namun atas keprihatinan kerajaan Pahang, sejumlah peruntukan diluluskan bagi menceriakan kembali pusat sumber itu.
Selepas menjalani proses ubah suai, pusat sumber berkenaan akhirnya kembali beroperasi.
Perasmian pusat sumber berwajah baru itu dilakukan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Majlis itu turut dihadiri ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang menganggap proses ubah suai pusat sumber terbabit adalah bukti jelas kesungguhan kerajaan Pahang dalam menyediakan infrastruktur selesa kepada pelajar sekolah di negeri ini.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Suasana sambutan Aidilfitri tahun ini tambah bererti apabila pimpinan UMNO Bahagian Bentong dapat bersua muka dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.
Bekas ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai itu meluangkan masa menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Bentong di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Bentong, baru-baru ini.
Penampilan Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘Long Nan’ pada majlis itu disambut oleh pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dan ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.
Amizar melalui perkongsian di laman sosial Facebook miliknya mengakui kehadiran ‘Long Nan’ sangat dinantikan oleh semua ahli UMNO Bahagian Bentong.
“Kehadiran tetamu paling istimewa, YBhg Tan Sri Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob, mantan Menteri Besar Pahang, mantan ADUN Pelangai menambahkan lagi seri dan meriah majlis.
“Ramai orang Bentong yang rindukan Tan Sri Long Nan… Alhamdulillah, dapat bersua kembali dan bertanya khabar,” katanya.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohamad Zaini kerana sudi menjemputnya bagi menghadiri majlis berkenaan.
“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada YH Dato’ Sri Mohamad Zaini bin Salleh kerana sudi menjemput saya.
“Alhamdulillah, malam tadi cukup meriah… ramai tetamu yang hadir,” katanya lagi.- SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam optimis projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghubungkan pekan Karak ke Simpang Pelangai akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Dia berkata, perkara itu adalah antara yang disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkunjung ke Pahang pertengahan April lalu.
“Perbincangan lanjut mengenai LTU Simpang Pelangai memang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Datuk Seri Anwar baru-baru ini.
“Perdana Menteri juga memberi komitmen untuk melihat perkara berkenaan dengan lebih teliti.
“Jadi, saya fikir pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Perpaduan Pahang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pelangai, dekat sini, petang semalam.
Majlis itu dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah dan pimpinan utama semua parti komponen Kerajaan Perpaduan Pahang.
Projek LTU setakat ini sudah menghubungkan bandar Raub dan pekan Padang Tengku, Lipis.
Ia turut membabitkan pembinaan susur ke pekan Simpang Pelangai, namun projek itu masih belum dimulakan kerana belum mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.—– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Kemeriahan Aidilfitri masih lagi hangat dengan sambutan rumah terbuka diteruskan di FELDA Kemasul, dekat Pelangai.
ADUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkongsi sambutan yang dihadirinya di Dewan Semai Bakti FELDA berkenaan, semalam.
“Raya kan sebulan.. kenapa tidak ye dak?,” katanya di laman sosial Facebook.
Amizar yang juga Exco Hal Ehwal FELDA, Usahawan dan Koperasi Pahang turut merakam ucapan terima kasih kepada warga FELDA Kemasul kerana sudi menjemputnya.
“Meriah dengan (kehadiran) orang ramai.. kanak-kanak pula dapat duit raya.
“Pelbagai jenis juadah disediakan,” katanya lagi.
Selesai menghadiri sambutan Aidilfitri di Kemasul, Amizar singgah di Kampung Bukit Gajah, dekat sini.
Dia menyantuni keluarga Allahyarham Mohamed Surin Busu yang baru meninggal dunia.
“Saya singgah ke rumah Allahyarham di Kampung Bukit Gajah, menziarahi keluarga dan waris.
“Ketika ini waris sedang menunggu jenazah dari Kelantan,” ujarnya sambil mendoakan urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan.
Amizar seterusnya meluangkan masa menghadiri mesyuarat penyelarasan pasukan bomba sukarela (PBS) jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Karak yang diadakan di PBS Simpang Pelangai.
“Mesyuarat turut dihadiri Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Karak.
“Bersama dalam mesyuarat adalah anggota PBS dari Telemong dan Manchis.
“Objektif utama mesyuarat adalah untuk membincangkan hala tuju dan fungsi setiap PBS di Pelangai dengan penyelarasan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Karak,” katanya.
Dia berharap melalui pertemuan dan mesyuarat seumpama itu dapat memantapkan lagi pasukan PBS di Pelangai dalam memberi bantuan awal apabila berlaku insiden banjir kilat dan kebakaran.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Bekas ahli parlimen Kuala Krau berani tunjuk sikap ‘gentleman’
TEMERLOH – Sejak negara dilanda pandemik COVID-19 pada awal tahun 2020, pelbagai pihak tampil memberikan bantuan kepada rakyat.
Ketika itu, semua layak menerima bakul makanan – tidak kiralah mereka sokong kerajaan atau pembangkang – tetap tidak dipinggirkan.
Dan semasa COVID-19 ‘menggila’ di kawasan parlimen Kuala Krau, tidak lain tidak bukan, bekas ahli parlimen di situ juga yang sibuk ke sana sini menghulurkan bantuan sewajarnya kepada penduduk.
Itu antara jasa yang dilakukan Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan tidak ramai yang mengetahuinya.
“Dia banyak buat kerja sacara diam-diam.. tak suka hebohkan kepada orang.
“Ramai yang dia bantu ketika itu, pendek kata di Kuala Krau ini.. tidak ada keluarga yang perlu kibar ‘bendera putih’.. bantuan memang sampai,” kata seorang penduduk di situ.
Itulah juga ‘kelemahan’ Datuk Seri Ismail, kerana apabila orang tak tahu apa yang dia pernah buat, maka orang cakap dia tak buat kerja.
Namun, ia adalah bukti jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO Kuala Krau bukan seorang pemimpin yang ‘gila publisiti’, tetapi lebih gemar bergerak secara senyap.
Sejak dua hari lalu, pelbagai pihak mengecam tindakan petugas stor simpanan barangan diuruskan Datuk Seri Ismail kerana membuang barangan dapur di tempat tidak sepatutnya.
Dan kesilapan petugas itu menjadi bahan untuk menyerang pemimpin berkenaan.
Sedangkan, semua barangan itu sudah dinyatakan sudah tercemar dan tidak lagi selamat untuk digunakan.
Maka, adakah adil untuk ‘menyerang’ bekas ahli parlimen Kuala Krau itu di atas kesilapan yang tidak dilakukan beliau?
Sedangkan Datuk Seri Ismail bertindak sebagai seorang ‘gentleman’ apabila mengaku kekhilafan pihaknya dalam hal menguruskan sisa barangan dapur terbabit.
“Orang lain mungkin akan pilih untuk berdiam diri.. tetapi bukan bagi Datuk Seri Ismail, dia ambil tanggungjawab dan mengakui kelemahan pihaknya.
“Bukankah itu sudah cukup bahawa dia ikhlas dan berani dalam memperbetulkan persepsi tidak tepat yang sedang disebarkan pihak tertentu,” kata seorang lagi penduduk.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
JERANTUT – Seperti dijangka, pimpinan PAS Pahang menjadi ‘jaguh’ dalam bab menghentam kerajaan negeri Pahang.
AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, isu penemuan lambakan barangan dapur di pusat pelupusan sampah dekat laluan Rumpun Makmur-Gunung Senyum lewat petang semalam, dengan pantas menjadi ‘peluru’ untuk mereka.
“Barangan keperluan asas itu dah tak selamat digunakan, jadi lebih baik dilupuskan daripada diagihkan kepada penduduk.
“Kalau diagihkan, nanti jadi cerita lain pula… memang PAS tiada modal nak cari salah kerajaan Pahang, jadi benda ini pun boleh mereka ‘tunggang’ asalkan popular,” katanya.
Razak turut mengingatkan bahawa semua barangan dapur itu diusahakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.
Katanya, ia tidak membabitkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Pahang.
Tegasnya, Ismail sudah berusaha memberikan sumbangan kepada penduduk di kawasan berkenaan, berbanding pemimpin PAS yang hanya pandai cari salah orang sahaja.
“Pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Ismail ada juga berusaha.. ada inisiatif untuk mencari dana untuk membantu penduduk.
“Pimpinan PAS Pahang pula buat apa? Takkan hanya pandai cari salah orang saja.
“Cubalah buat sesuatu untuk membantu rakyat dan tidak hanya ‘menunggang’ isu untuk kepentingan politik semata,” ujarnya lagi.
Dia turut menasihatkan penduduk agar tidak termakan dengan permainan persepsi dilakukan pembangkang dalam isu yang tular itu.
“Saya fikir rakyat Pahang sudah matang, sudah masak dengan permainan politik PAS di negeri ini.
“Penjelasan sudah diberikan oleh Datuk Seri Ismail dalam hal ini.. sepatutnya kita ambil ia sebagai satu pengajaran kepada semua pihak.
“Saya harap isu ini tidak diperbesarkan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu,” katanya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
BENTONG – Selepas hampir seminggu meluangkan masa di Perlis atas urusan keluarga, Datuk Amizar Abu Adam kembali bertugas sejak malam tadi.
ADUN Pelangai itu menghadiri mesyuarat jawatankuasa penyelarasan jamuan Aidilfitri 2024 anjuran Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Pahang yang diadakan di bandar Bentong.
“Musim raya tak habis lagi, makanya berbincang untuk mengadakan jamuan hari raya Kerajaan Perpaduan peringkat Negeri Pahang nanti.
“Bila semua persiapan selesai nanti kita maklum jemputan yek,” kongsinya melalui satu hantaran di laman sosial Facebook.
Hari ini pula, Amizar selaku Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang menghadiri mesyuarat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di Bentong.
Sejurus mesyuarat, dia terus masuk pejabatnya di Simpang Pelangai untuk menyelesaikan beberapa perkara tertangguh sejak minggu lalu.
“Abang ni anaknya dapat tawaran ke IPTA, kita bantu apa termampu yek, janji anak dapat belajar dan membahagiakan ibu bapa dan keluarganya akan datang.
“Lepas ni nak terjah ‘kejadian aneh’ di jambatan Kampung Bukit Gajah.
“Standbylah…,” katanya.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Kebakaran musnah rumah guru dapat perhatian UMNO Jerantut
JERANTUT – Seorang guru tinggal sehelai sepinggang selepas rumahnya hangus dalam kebakaran di Kampung Damak dekat sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu turut mengorbankan 15 daripada 18 kucing dan 10 ekor burung peliharaannya.
Mangsa, Faridah Majid, 46, berkata, ketika kejadian dia tinggal seorang diri kerana ibunya, Mekalthom Awang, 80, berada di rumah adiknya, manakala seorang rakannya yang tinggal bersama balik ke kampung sempena cuti Aidilfitri.
“Ketika itu, saya nampak asap hitam berkepul-kepul dan apabila pintu bilik dibuka, api sudah marak.
“Saya segera keluar mengalihkan pacuan empat roda dan meminta tolong,” katanya.
Faridah berkata, selain kehilangan haiwan peliharaan, duit simpanan dan barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000 juga hangus dalam kejadian itu.
“Buat masa ini, saya menumpang sementara di rumah anak saudara dan kerugian keseluruhan dianggarkan lebih RM100,000,” katanya.
Kejadian menimpa Faridah mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah yang diwakili ahli jawatankuasa UMNO bahagian, Razak Daud.
Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank, 556208122812 atas nama Faridah Majid.— SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
Moh lah weh deme balik belaka..!!, kempen anak perantauan pulang ke Felda Jengka 24 sambut Aidilfitri
JERANTUT – Pengurusan Felda Jengka 24 bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) mengadakan kempen bagi mengajak kira-kira 1,000 anak perantauan pulang ke tanah rancangan itu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, kempen itu turut melibatkan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW).
“Bagi anak-anak perantau yang sudah lama tidak pulang ke Jengka 24 kerana kesibukan kerja dan halangan Covid-19 sebelum ini, pulanglah beraya pada Aidilfitri kali ini.
“Ingatlah bahawa masa lalu (ketika berada di Felda Jengka 24) membawa pelbagai kenangan yang tidak akan dilupakan.
“Setiap Aidilfitri, kenangan lama datang kembali. Begitu mengusik jiwa. Sesungguhnya, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Baliklah wahai perantau,” katanya di sini.
Mengulas lanjut, Razak turut mengingatkan, supaya anak perantau Jengka 24 berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung.
“Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
“Jaga juga anak-anak kecil, kesihatan dan jangan terdedah di bawah panas terlalu lama kerana dibimbangi terkena strok haba, demam dan lain-lain penyakit,” katanya.-SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!
TEMERLOH – Bandar Temerloh bukan hanya terkenal dengan jolokan bandar ikan patin apabila nama bandar itu disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini.
Ia mendapat pengiktirafan dari MBOR selepas berjaya menganjur majlis iftar atau berbuka puasa terpanjang di Malaysia.
Perkara itu disahkan wakil MBOR yang turut sama dalam majlis berkenaan.
Berdasarkan rekod Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), kira-kira 5,000 pengunjung ke daerah itu untuk bersama-sama berbuka puasa di sepanjang Sungai Pahang.
Turut hadir Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man dan Yang Dipertua MPT, Suris Mihat.
Mohammad Fakhruddin dalam pada itu berkata, pencapaian MPT perlu dijadikan contoh oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Pahang. “Mungkin usaha MPT ini boleh diperluaskan ke PBT di daerah lain di Pahang selepas ini.
“Saya percaya setiap daerah di Pahang mempunyai keunikan tersendiri, jadi terpulang kepada PBT itu sendiri mencari jalan mempromosikan kawasan pentadbiran mereka,” katanya.
Sijil pengiktirafan diarahkan oleh wakil MBOR, Lee Pooi Leng kepada Suris pada majlis itu. Mohammad Fakhruddin dalam pada itu memaklumkan pihak MPT sedang merancang untuk mengadakan satu lagi program mega menjelang pertengahan tahun ini.
Program memasak ikan patin serentak secara beramai-ramai itu juga dijangka bakal menarik perhatian pihak MBOR.
Pada Disember lalu, MPT memperoleh pengiktirafan oleh MBOR di atas penganjuran Pasar Pagi Terpanjang di Malaysia.– SAHIH
Sahih - Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi!