Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera dalam kemalangan
LIPIS – Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, 63, mengalami kecederaan di dada dan perut selepas kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Kechau Tui, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama anak perempuannya berusia 26 tahun yang memandu kenderaan itu dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati SUV itu dipercayai hilang kawalan dan berpusing sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan jalan.
“Akibat kemalangan itu, pemandu kenderaan terselamat tetapi tetapi Ahli Parlimen Rantau Panjang tercedera.
“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media.
 Ismail berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 (Rule 10 LN 166/59).-SAHIH,
