Lima sahabat kembali bersatu dalam filem Rajakkal
Lima sahabat kembali bersatu dalam filem Rajakkal
KUALA LUMPUR : LIMA sahabat yang terpisah selama 10 tahun kembali bertemu dalam filem komedi persahabatan Rajakkal yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 10 Disember ini.
Filem terbitan Shaiz Films dan Dee Jam Studio itu mengisahkan pertemuan semula lima sahabat bagi mendapatkan kapsul masa yang pernah mereka simpan bersama.
Bagaimanapun, usaha mereka mendapatkan semula kapsul masa berkenaan membawa kepada pelbagai cabaran dan kejadian tidak dijangka, sekali gus mencetuskan situasi lucu dalam perjalanan mereka.
Diarahkan C. Martin Raj, filem itu mengetengahkan tema persahabatan, kenangan lama dan hubungan yang kekal walaupun masing-masing membawa haluan hidup berbeza selepas sekian lama berpisah.
Pelakon Irfan Zaini antara barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan.
Rajakkal dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 10 Disember 2026, sekali gus menawarkan hiburan komedi dengan elemen persahabatan dan nostalgia kepada penonton.-SAHIH
