𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗨𝗕𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗧𝗢𝗡𝗚
𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗠𝗣𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗨𝗕𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗧𝗢𝗡𝗚
Seorang pegawai dan lima orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah bersama sebuah jentera FRT dan sebuah ambulan EMRS dikejarkan ke lokasi kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan sebuah lori 3 tan.
Terdapat seorang mangsa lelaki pemandu lori 3 tan tersepit.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya, lapor JBPM PAHANG