TIADA SIDANG KHAS PARLIMEN
TIADA SIDANG KHAS PARLIMEN
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said menolak surat Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang mahukan ahli Parlimen UMNO menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.
Azalina berkata, sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat dia adalah individu yang berpegang teguh kepada demokrasi berparlimen, lapor Malaysiakini.
SETIAUSAHA AGUNG UMNO, DATUK SERI AHMAD MASLAN
“Ia wajar ditekankan bahawa fasal 14(1) ordinan yang baru saja dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini memperuntukan bahawa Parlimen hanya boleh dipanggil sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di- Pertuan Agong.
“Oleh itu, pada hemat saya, kebarangkalian Yang di-Pertuan Agong memanggil satu persidangan Parlimen dalam masa terdekat ini ataupun membatalkan proklamasi dan ordinan tersebut sama sekali sangatlah tipis.
“Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka dengan segala hormatnya saya menolak dan tidak bersetuju dengan permohonan persetujuan ke atas isu tersebut seperti mana yang diminta oleh YB Pontian melalui surat 18 Januari 2021,” katanya dalam surat yang dihantar kepada setiausaha agung UMNO itu.