Tegur warga asing mabuk, koperal dibelasah
Tegur warga asing mabuk, koperal dibelasah
KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera selepas dibelasah dua warga Myanmar yang dipercayai mabuk ketika menangani aduan kacau ganggu di Kampung Pamah Kulat, Raub, awal pagi Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi selepas anggota terbabit ke lokasi susulan menerima aduan penduduk mengenai dua lelaki warga asing yang membuat bising di tepi jalan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek adalah pekerja sebuah ladang durian di kawasan berkenaan.
“Suspek tidak berpuas hati lalu terus memukul mangsa,” katanya.
Beliau berkata, akibat kejadian itu, anggota terbabit mengalami kecederaan termasuk bengkak di bahagian kepala dan badan.
Azry berkata, susulan kejadian, polis menahan dua lelaki warga Myanmar masing-masing berusia 26 dan 30 tahun bagi membantu siasatan.
Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.-SAHIH
#kw: anggota polis, dibelasah, warga Myanmar, Raub
