Taklimat Sukuk Regenerasi Untuk Kerajaan Pahang
Taklimat Sukuk Regenerasi Untuk Kerajaan Pahang
KUANTAN – Kerajaan Pahang menerima kunjungan hormat wakil Maybank Investment Bank Berhad (MIBB) di Wisma Sri Pahang, dekat sini, hari ini.
Kunjungan itu disambut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.
Satu perbincangan berkaitan Sukuk Regenerasi diadakan antara Johari dan Pengarah Bersekutu Liputan Pelanggan (Kerajaan Negeri dan Tempatan) MIBB, Nik Mohamad Rashidi Nik Ishak dan pegawai kanan MIBB dalam sesi kunjungan itu.
Johari berkata, sukuk dibentangkan MIBB itu membolehkan kerajaan Pahang memperoleh manfaat melalui tanah hutan selari dengan keperluan elemen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang boleh memberi impak positif kepada kemakmuran negeri.
“Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pelbagai pelan strategik dan usaha bagi memelihara serta melindungi sumber biodiversiti negeri ini,” katanya.
tamat-SAHIH