WHO TIDAK SETUJU PENGENALAN PASPORT VAKSIN

WHO TIDAK SETUJU PENGENALAN PASPORT VAKSIN

NEW YORK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak bersetuju dengan pengenalan pasport vaksin kerana menyebabkan masalah akses vaksin kebanyakan negara.

Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR), Dr. Babatunde Olowokure mengatakan, mereka memahami kepentingan memulihkan ekonomi pelancongan antarabangsa, tetapi bekalan vaksin global buat masa ini terhad untuk membenarkan pengenalan pasport vaksin.

‘Kekurangan data vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan virus Covid-19 adalah salah satu faktor WHO menolak pengenalan pasport vaksin ini,” katanya.

Beliau berkata, WHO ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak dapat membuktikan vaksin Covid-19 untuk perjalanan antarabangsa sebagai satu syarat khas untuk perjalanan pelancongan.

Bekalan vaksin yang terhad menyebabkan pengenalan pasport vaksin tidak dibenarkan kepada sektor pelancongan.

Beberapa negara termasuk Malaysia telah membuat pertimbangan vaksin bagi pelancong dan beberapa hospital swasta menyokong cadangan ini.

Walau bagaimanapun, Olowokure memberi amaran kepada optimisme vaksin, mengatakan langkah kesihatan awam seperti menggunakan pelitup muka dan kebersihan perlu diteruskan walaupun sudah mempunyai vaksin.

WHO-WPR mengumumkan untuk mengadakan jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun dan Australia bagi menyediakan penjujukan genom virus untuk negara yang tidak mampu membuat demikian.

Pengarah wilayah WHO-WPR, Dr. Takeshi Kasai berkata dengan adanya jaringan pengawasan tersebut, akan membantu mengesan varian baharu selain Covid-19, juga penyakit baru yang muncul.

WHO turut mencadangkan negara-negara menggunakan vaksin jenis AstraZeneca-Oxford yang mengatakan kajian menunjukkan vaksin tersebut tidak menyebabkan darah beku dan membawa kematian.

Penyelaras Ubat-ubatan Penting dan Teknologi Kesihatan untuk WHO-WPR, Dr. Socorro Escalante berkata kadar pemantauan dalam kelompok populasi yang diberi vaksin semakin rendah kerana dijangka berlaku secara semula jadi dalam populasi umum, dipetik dari Bernama.

United Kingdom (UK) melaporkan mempunyai tujuh kematian daripada 30 orang yang mengalami pembekuan darah selepas menerima suntikan vaksin jenis AstraZeneca-Oxford dan pada 6 April, 18 juta orang menerima vaksin di negara itu.

https://www.sahih.com.my