KERA DISYAKI DIRACUN DI PULAU PINANG
KERA DISYAKI DIRACUN DI PULAU PINANG
PULAU PINANG – Pihak Jabatan PERHILITAN sedang menyiasat aduan awam berkaitan kera yang disyaki diracun di Jalan Bukit Kukus, Hadapan Blok 16, Grand View, Ayer Itam, Pulau Pinang pada 26 Jun 2021.
Siasatan awal mendapati sembilan (9) ekor kera telah mati disyaki terdapat unsur-unsur akibat diracun.
Walau bagaimanapun, jenis racun dan punca kera ini diracun adalah masih dalam siasatan lanjut pihak Jabatan PERHILITAN.
Jabatan PERHILITAN akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 86 (Kezaliman terhadap hidupan liar) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (π΄ππ‘π 716) kerana Kera (πΏπππ-π‘πππππ ππππππ’π) merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah [π΄ππ‘π 716]- SAHIH