Polis Lipis gempur sebuah pot dadah, 25 suspek ditahan
Polis Lipis gempur sebuah pot dadah, 25 suspek ditahan
Foto atas: Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lipis menahan sebahagian penagih dadah diberkas dalam serbuan sebuah pot sempena Ops Tapis di daerah Lipis, Lipis, Pahang hari ini.- Foto IPD Lipis.
LIPIS : Dua puluh lima penagih dadah berusia antara 19 hingga 60 tahun dadah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Lipis dalam Ops Tapis, semalam.
Ketua Polis Lipis, Suprintenden Azli Mohd. Noor berkata, seramai 17 orang anggota polis berjaya menahan seorang suspek di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39C ADB (2 orang) dan Seksyen 15(1)(a) seramai 22 orang.
“Suspek yang ditahan terdiri daripada 24 orang lelaki Melayu dan seorang lelaki India ketika sedang leka menghisap dadah di pot tersebut dan berjaya merampas dadah heroin seberat 20.40 gram.
“Operasi ini adalah yang pertama pada awal tahun ini melibatkan jumlah tangkapan yang terbesar dan ini menunjukkan suspek yang juga penagih masih tidak serik dan takut dengan undang-undang dengan melakukan aktiviti tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, bagi Seksyen 39C ADB 1952 melibatkan tiga kes dilakukan oleh dua suspek yang masing-masing seorang menjalani pertuduhan hari ini, manakala seorang lagi pada 24 Januari ini.
“Seramai 21 orang suspek dadah didapati positf dadah selepas menjalani saringan air kencing,” katanya.
Jelasnya, IPD Lipis sangat berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklumat sehingga berjaya menggempur pot dadah tersebut dan diharap kerjasama berkenaan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha polis membanteras kegiatan dadah di daerah ini.-SAHIH.