Penunggang motosikal maut terbabas.
Penunggang motosikal maut terbabas.
BENTONG, Seorang penunggang motosikal maut, apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas di kilometer 5.8 ketika menuruni , Jalan Genting Highlands ke Kuala Lumpur pada 8.10 malam tadi.
Mangsa, Qua Kim Seng, 18 seorang pekerja sambilan dari Kuala Lumpur yang menunggang bersendirian adalah seorang warga tempatan dan meninggal dunia ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati motosikal tersebut datang dari Genting Highlands menghala ke Kuala Lumpur telah hilang kawalan di satu selekoh lalu terbabas ke kanan jalan dan terlanggar batu konkrit pembahagi jalan.
“Akibat kemalangan tersebut mangsa, Qua Kim Seng yang berusia , 18 tahun maut ditempat kejadian.
Katanya kes disiasat disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutn Jalan ( APJ) 1987.
Beliau berkata orangramai yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.-SAHIH