Pembaca berita veteran RTM meninggal
Pembaca berita veteran RTM meninggal
PETALING JAYA – Bekas pembaca berita RTM, Kamaruddin Ahmad, 78, telah menghembuskan nafas terakhir beliau akibat sakit tua hari ini, lapor kosmo online
Menurut portal RTM One News, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Bukit Sentosa, Selangor, pukul 7 pagi ini.
Allahyarham Kamaruddin meninggalkan seorang balu, lapan anak, 17 cucu dan enam cicit.
Sepanjang 20 tahun bertugas di RTM, Allahyarham menjadi penyampai televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud.
Dilaporkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Beruntung, selepas solat Asar nanti.