PEKAN BUKA PPS
PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA PEKAN DIAKTIFKAN
KUANTAN: Pekan menjadi daerah kedua dilanda banjir di Pahang, susulan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Terentang dibuka malam tadi bagi menempatkan lima mangsa daripada sebuah keluarga.
Ia menjadikan setakat pagi ini sembilan PPS sudah dibuka di Pahang termasuk lapan di Raub.
Semua PPS itu menampung 161 mangsa daripada 53 keluarga setakat 11 malam tadi, berbanding 109 mangsa daripada 34 keluarga, petang semalam.
PASUKAN BOMBA MEMBANTU PENDUDUK BERPINDAH KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA
Sementara itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Lipis, Batu Malim di Raub menghampiri paras berjaga-jaga iaitu 113.20 meter berbanding 114 meter yang ditetapkan.
Paras amaran yang ditetapkan ialah 114.24 m manakala, bahaya pula 114.8 m.