KSN : “Nama saya tak ada pun sebenarnya..”
KSN : “Nama saya tak ada pun sebenarnya..”
Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengakui agak terkejut apabila dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan pada masa sama berasa takut diberi kepercayaan serta tanggungjawab yang disifatkannya amat berat dan mencabar.
Melalui sebuah video yang tular di laman Tiktok, dirinya menceritakan bagaimana Perdana Menteri melantiknya sebagai Ketua Setiausaha Negara(KSN).
“Nama saya tiada pun dalam senarai KSN, selepas itu nombor saya yang ke 26 tetapi 2 minggu sebelum diumumkan itu nama saya dah bermain dalam carta.”
“Dua minggu sebelum Perdana Menteri mengadap YDP Agong saya dah nombor 4, tapi ini semua kuasa Allah SWT”.
Shamsul turut memanjatkan syukur kerana laluan untuknya mudah dan dia juga memberitahu tidak pernah melobi untuk jawatan ini.
“Saya tidak pernah melobi, saya tidak pernah meminta kerana bagi saya jawatan Ketua Setiausaha Negara terlalu besar”.
Rakaman itu dipercayai di sebuah masjid yang tidak diketahui lokasinya selepas Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara baru-baru ini.
Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1969 di Pekan, berkelulusan dari Universiti of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat dan Universiti of Cambridge United Kingdom
European Institute of Business Administration (INSEAD)
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bersara wajib pada 10 Ogos 2024 dan
Sebelum dilantik KSN, beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta.